apek workshop (1)

hari nie aku masuk opis. wat kije yg asek tertangguh. naik muak dah. tengah hari aku sempat ke workshop motor apek kat sentul tue. rosak teruk dah motor aku nie.. nak tak nak kena la baiki. nanti susah plak aku nak gie kerja.

aku tinggalkan motor kat situ pukul 2.00pm. then lengchai workshop tue bagi aku pakai motor suzuki tahun berapa ntah. hehe.. lawak bagi aku sebab motor tue motor lama.. so kena la berhati-hati bawaknya. kalau berhenti kat traffic light, orang duk tengok je aku. mana taknya.. motor nie bising nak mampos. aduhai.. sabor je la. aku tekan gear kaki, ade 7 gearnya. huhu.. mesti dah bikin sampai takut aku nak bawak. sepanjang aku bawak suzuki nie, aku duk tersenyum geli hati. hehe.. mesti orang kata aku gile! oldskool sungguh!

habis keja kul 6.30pm aku ke workshop semula nak amik motor aku. tak siap lagi. aduhai.. mata aku dah stim, kepala berputar je nie. ngantuk beb lepas makan ubat! siap semua aku agak2 mesti kena dalam rm100 lebih nie. welding, repair handle yang patah dalam, repair apa2 yg patut. at last apek tue kira rm80 je. “dengan lu wa kira cincai la”. “eleh! ye ke nie boss”. “haiya.. (apek gelengkan kepala sambil senyum). kalau itu handle ketat, lu datang kasi adjust balik”. phew.. aku senyum bagi duit sambil cakap “nie yang buat i sayang u boss”. hahaha.. amik atie apek la katakan (kembang bontot apek tue agaknya.. hehe). on da way ke rumah tak de lagi bunyi kruk krek, kruk krek. huhu..

 

- Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.. walaupun mereka berlainan bangsa atau agama -

5 Wasiat ALLAH Kepada Rasullallah S.A.W

Rasullallah S.A.W. bersabda : Pada waktu malam aku di isyrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan 5 wasiat antaranya :

1) Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2) Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3) Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4) Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5) Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.


Ibrahim bin Adham berkata, “telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan aku tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Aku berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepadaku, yang akan membuat aku takut kepada Allah S.W.T. ” Lalu mereka berkata : Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

1) Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2) Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
3) Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4) Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

5) Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6) Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7) Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya.

- Berusaha dan mintalah pertolongan daripada-Nya kerana hanya Dia yang berhak memberi –

Bagaimana Roh Keluar Dari Jasad

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata: “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut“.

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh“.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: “Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh“.

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya“.

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung alahanku. Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku“.

Ada satu riwayat drpd Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dan duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”. Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada Malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Kemudian, datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang Mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain”.

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin itu dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmunya. Maka berkata tangan: “Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan”. Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu”.

Apabila malaikat maut gagal mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir”. Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah”.

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu”. Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: Roh itu menuju ke tujuh tempat :-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari kiamat.

Sabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

- Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati -

big liar man

11.00pm – aku baru je sampai rumah dari office. pagi tadi masuk office awal. 10 minit je sampai. laju x laju la aku remp-it. hehehe.. then my fwenz si oren call. ajak aku hang out ke Ibiza dgn bf dia n few friends. tapi aku bagi excused. letih + malas! then she told me 1 news yang buat aku senyum sinis sepanjang pagi nie (dah kul 1.00am pun masa type blog nie).

about my ex! in previous blog aku ade sebut bout this guy. i call him as naz @ nazri. ya my ex now. so the story is.. that guy dah bertunang.. means engaged! wah! woo! itu je jawapan aku masa oren story td. dan itu yg buat aku tersenyum sinis. coz aku tak akan lupa masa clash tue ape ayat2 si naz tue campakkan kat aku.

he blame me for all thing! that it. and reason dia nak clash kononnya nak tumpukan pada family dia.. nak senangkan mak ayah dia dlu and dia x suke aku duk cerita hal kahwin. ello!!! bercinta bagai nak rak tentu la kena fikirkan future gak. huh! tapi when i heard that news.. otak aku berputar balik pada last time masa gaduh n putus tue. hahahaha… cakap x serupa bikin la ini jantan.

bagi aku la.. kalau nak putus terus-terang je “saya nak bertunang dengan dot dot dot”. ha! simple! x yah cakap putar belit. pas tue dok nyalahkan aku plak yg seolah-olah aku nie la punca segala masalah. what the fuck! if i met him one day, aku pasti akan tunjuk jari tengah nie kat depan dia. heh! banyak2 guy yang aku kenal.. this man yg paling suck sekali lah. harap muka je putih tapi hati hitam.

masa aku isyak tadi.. aku cuma berdoa, hanya Dia sahaja yang berhak di atas segalanya. setiap perkara itu ade hikmah. aku redha dan aku tak akan balas dengan cara apa sekalipun. never to revenged sebab aku yakin hanya Dia sahaja yang berhak membalasi. aku juga hanyalah hamba-Nya yang diberi nyawa selagi ada. biarlah Tuhan sahaja yang membalasnya.. amin.

Posted in Diary Hati. Tags: , . 1 Comment »

philly

it was a long time ago punya story, but suddenly last nite i’m talking to him. it was a long long time punya story. almost 4 years this guy try to reach me but aku yang lari-larikan diri. actually i know this guy on net. let we call him as philly.

for 4 years i’m avoiding him. i have no confident to meet him. last nite, entah gile ape yg rasuk aku, hehehe.. aku send sms pada semua orang using ’send to many’ lah. he reply my sms “hey! i dah keep in touch wif u for so many years. dari zaman u baru habis study sampai la sekarang. dari time u dok di kg, sampai la u dok sendiri. u hilang, i jumpa gak u. betul tak? i dok sms u. send ym ikut u punya dev. sampai u di bernama. betul tak? how can u say like that :( ” perghhh.. i can’t answer his question. the reality.. memang aku menghilangkan diri. aku menjadi pelarian. don’t know why :)

chat and chat so i decided to meet him this friday. goshh.. am i nut?!! kenapa harus aku jumpa dia kalau aku tak berani. arghhhh.. aku balik yang tension! tapi kalau x jumpa, aku tak dapat minta maaf kat dia. sob sob..

friday.. 9pm sharp” his last sms. im gonna kill myself ! help me..

christmas in office

merry christmas to all christian.

otak dah set hari nie cuti.. Ya ampun.. apesal la malas banget nak gie opis nie.. kije banyak woo! cuti krismas, cuti raya haji, cuti deepavali, cuti raya cina.. semua cuti tue aku habiskan di opis!

at last 10.25am i punch card so it means 6.25pm back to home. work work workkk.

blind date !

my fwenz call me around 12 noon. malas nak pick up. sambung tedo. sempat bangun kejap nak sidai baju then tedo. bangun semula around 5 noon. masak nasi for dinner. around 8.00pm dah dinner. my fwenz call lagi. kali nie i pick up her call.. ajak aku temankan dia gie detink. alahai.. aku suwuh gie sowang x nak. dia baru kenal sowang mamat polis. heheh..

so around 10.00pm we all already kat Leisure Mall. bukan masuk pun, just parking outside the building. around 30 min one waja stop at our car. that guy, whose blindate wif my fwenz nie datang la kat our car. aku disuwuh naik waja dgn kawan dia. arr.. seram aih. tak pew.. dia berani2 la.. aku bukak karate nanti. so aku pun mula la berkenalan dgn mamat yg bawa waja nie. memang dia polis. hehe.. macam2 topik we all discuss. pasal hindraf, pasal pilihanraya, pasal anwar ibrahim bla bla bla.. aku direct tanye, “u orang kedah ke perlis?”. hahaha… slanga dia x berubah yew.. sib bukan org kelantan. tobatttttt dah!

lepak kedai makan, layan bola. jersi biru vs jersi merah belang. aku dgn dia dah bosan. kawan aku nie plak x hingat dunia berborak dgn blind date dia. at last kul 1.20am tue kami ke haluan masing2. alhamdulillah. tak de dah jd penunggu blinddate.

trus ke Lotus. lepak dgn my old fwenz and with his geng waja. ok la kepala depa. ble masuk. hehe.. they invite me joined their team. bowling, gie mandi sungai, camping, travel.. i like dat !! macam2 story.. seb baik Lotus x ramai malam nie. kalau tak, aku rasa macam telanjang jew orang duk tengok aku jalan depan diorg. yang nak terkeluar biji mata pun ade specially “man” lah kan.

3.00am – at home. basuh muka.. off pc and sleep !

I am legend

bangun pagi tadi almost 11am. i should go to office. i have to workkkkkkkkkkkkkkkk. siot btol tak sedor apew! bom jatuh pun sure tedo mati lagik. terjaga pun sebab dapat phone call almost 4 miss call from my fwenz. lew.. pepagi kol ajak kuar. aduhai.. ngantuk x hilang lagi.

last nite i bergayut from 4am till 6.30am. patutla ngantuk banget. a person yg i x kenal but we talk like we know each other. luckily, the topic was good enough to describe. more about travel, camping, jungle tracking, umrah, kes bom kat bali and kes tipu. kekekeke.. lantak la. it will be 1st and last call.

so.. my fwenz pick me at home. 3 ladies hang out together. makan2 sambil cuci mata di sunway piramid. i teringat last time i training at pizza hut here as asst. trainee manager. just a week then i resigned. wakakakaka.. then we all ke Midvalley watching ‘I Am Legend’.

Will Smith - I Am Legend

    WILL Smith stars in vampire horror, as a brilliant scientist who becomes the last human survivor when an incurable, man-made virus wipes out New York City. But he is not alone. He is surrounded by “the infected”- victims of the plague who have mutated into carnivorous beings who can only exist in the dark and who will devour or infect anyone or anything in their path. His, and perhaps mankind’s, last hope is to find a way to reverse the effects of the virus using his own immune blood. But his blood is also what “the infected” hunt, and he is running out of time.

this story ok la for me. banyak aksi2 yang mengejut sampai i terjerit dalam cinema. ngee.. malu aku la. yang kelakarnya.. masa nak masuk cinema, my noise stud tercicir pulak. satu kerja nak mencari kat lantai depan kedai aksesori tue. orang2 kat situ dah perhati semacam. then time nak balik, we all lupa kat mana we all park kereta. ya rabbi.. jenuh ke hulu ke hilir mencari kereta my fwenz nie. at last i yang jumpa. lain floor parking. cheh! salah sendiri.

the last resort.. ke tasik titiwangsa. my fwenz yang drive nie suke la sangat ajak we all ke titiwangsa. cuci mater katenye.. i dah siap terlena dalam kereta. lepak kat cafe eye on malaysia tue tengok visual 3d. 10x menguap dah nie. tapi my fwenz bole lagi ajak lepak Bar Ibiza lak. aduhai.. memula i kata ok. kesiankan dia nak sangat ke sana. but then.. bebetul tak larat dah. mata pun dah kuyu. better go home.. take a rest for tomorrow.

chit chat

today dah balik kl. 7pm sampai umah. miss my room. ngee.. (homesick person macam nie la). kemas dlu barang2 yg dibawa dr kg. kemas my room. clear! mandi manda selepas ditimpa hujan renyai2 sepanjang perjalanan dari Seremban ke KL.

settle semua, on pc men game 1st. huhu.. nak tamatkan freeding frenzy. i win. yeah! then baru on kan internet. saja2 nak tengok sapa online kat ym and irc. ooppss.. br log in ym dah ade yg buzz me. phewww!

actually, this blog related with person whose buzz me just now in ym. known as.. fastforward. a man whose admit himself as project designer. i met him in irc on April (accidentally know him). then tak bertegur sapa sebab dia maki2 aku kat irc. puncanya i delete his @op access in my room (#). on 13/12/07 for da 1st time he ym me. dia pun dah berjuta kali minta maaf.

selama berchatting dgn fastforward, he quite ok la. caring, manje semacam, duk citer hal kerja (aku x la percaya 100% kerja dia tue tapi dah dia beria-ia cerita). so.. in 1 week, aku dapat rasa dia nie macam caring berlebihan pulak. aku no hal tapi ‘jangan ade makna sudah’. sampai la masa tadi kat ym. at first he say ‘windu to me’ (maklum la aku balik kg semalam). chat n chat then he paste this to our conversation ‘ChanServ- #Sex .***: VOP access’ . perghhh.. aku dah agak. dah paham sangatttt…

MOS: u nie berbaik dgn i utk naik OP kat channel ke?. dr dlu u duk mintak. i thought u bole bersabar. i kalau nak add, i akan add tp seem u nie mcm berkwn dgn i utk xs je. k la… take ur time. i malas ym. bye
he: No !!~
he: No !!~
he: pls jgn salah faham Ok.
he: ya Allah ~
he: ermm btw sorry.. Ok i takkan touch pasal xs ke apa
he: clear?
he: maafkan i wid yer
he: btw siang td i roger jap cinema
he: erm.. then ada lah beberapa movie
he: not bad actually
he: Insyaallah cukup bulan ni we will.
he: Lahai dah off. merajuk lar tu
he: erm..
he: Tomorrow buzz me taw
he: tak elok merajuk
he: for me kawan biar berkawan dgn hati jgn mengharapkan apa2
he: such s u know my status but u r not materialistic to me
he: that the key i can accept u
he: plus my background org kl la konon but then u can match all the condition
he: tq for that
he: n glad to c u tonite.
he: selamat malam wid
he: maaf kalau i terkasa bahasa
he: akum
MOS: for me kawan biar berkawan dgn hati jgn mengharapkan apa2 >> u sendri type then u patut review urselff
MOS: why keep pushing me for xs?
MOS: i know when the suit time to add u or not
MOS: but u keep pushing n rushing. u never learn to be patient
MOS: why ? don’t u know how to take women’s heart ?
MOS: if u really 30’s i think u have enough thing to learn plus u have a better job! a job that make u know people more. a job that better than me. why ?
MOS: im tired to talk, im tired to speak, im tired to type. enjoy yourself!

Nah !! i hate fake person !!!

Hari Raya Qurban 1428H (2007)

20/12/2007 tomorrow.. Selamat Hari Raya Qurban to all muslim n muslimat. after 6.30pm today, i have rush to Central Market. tunggu bas ke Seremban. and as usual, memang kena que panjang. people prefers to take a bus to Seremban better than Komuter yang semput2 aje coz banyak perhentian. semalam, thought nak balik naik bas express from Puduraya. but, i still not prepared for ticket and time doesn’t help me to rushing. so no need to burst my head.. just go to CM take a bus to Seremban and from there arrive to my hometown by car. done!

as i remember, almost 2-3 years i didn’t celebrate Hari Raya Haji nie. sejak kembali meneguk jerebu di KL, Raya Aidilfitri pun balik last minute. so tomorrow, sambut untuk kali pertama after almost 2-3 years im working on raya qurban.

actually, i already told my mom that im not celebrate this year. i rather working then balik kampung hanya cuti sehari. but my boss decided our office close for raya qurban so kena la cuti. daripada duk umah its better im going back to kg. miss my mom! sure my mom terkejut dgn my new hair style. ngeh..ngeh..ngeh.. i love to stay in kg. no traffic jam, no bising2, no gaduh2 sesama jiran. here very peaceful and harmony and the best part, aku suka tengok pokok2 bunga yg mak tanam. (tengok je la..). dari gate depan hingga ke dapur belakang.. tersusun segala jenis pokok2 bunga. mak kata buah jambu dah mula gugur. yummy! pink guava wif cute size.

the last time our family buat qurban tahun 1993 kot (my lovely dad still ada). yg bestnye.. even i am a little girl on that time but i tengok depan mata macam mana lembu disembelih and ble plak jadi camerawoman on that time (sekarang nie kalau tengok darah pun boleh pengsan). petang nie balik.. yeah!

Raya Haji 1992

    kopiah putih berdiri is my dad (love him always), tudung putih my mom (i love u mom), yang kecik2 tue semua my anak buah. which one is me? lol. i yang tengah snap thic pic. hehehe..

senior tua yang kokak

this morning quiet early arrive office. sempat gak mekap kat umah. if not, mekap simple je kat office kalau dah lewat.

9.30am – meeting wif all staff. dada ku berdegup kencang gak la.. maybe x suka hal aku tak datang office seminggu dibangkitkan in meeting. wateva it is, aku bukan ponteng! i already mention to supervisor n boss directly.

boss baru nak mulakan meeting, sentuh pasal produktiviti staff n tugas. then, aku dengar satu suara sumbang “macam mana nak buat kerja bersungguh kalau cuti seminggu”. wah! wah! ini makcik tua mula bikin hati aku panas la. aku jeling makcik tua then aku pandang clik aku kat sebelah sambil cakap “apa masalah kau nie? kalau tak puas hati cakap la berdepan”. lepas aku cakap gitu, aku jeling makcik tua. dia duk gelak dgn si pendek. huh! nanti la kau.. when the last day my contract tamat, akan aku sembur kau cukup2 !!!

makcik tue kejap2 duk sibuk hal aku dgn my click. eleh! kecoh jew. aku malas nak layan even dia tegur aku. buat bodow. memang nampak sangat la aku perbodohkan dia bila dia bercakap dgn aku, aku buat x dengar. amik kau !!

so dalam meeting, boss akan suruh one by one staff suarakan apa2 cadangan, bangkangan or wateva. so when my turn, aku terangkan flow tugas aku sekarang, biar semua orang tau apa aku buat n jangan pk aku duk goyang kaki (aku sempoi je so they thought im not doing anything). paling best! bila aku suarakan hal nie “i collect data for 4 seniors now. perhaps, 1 senior give me 5 profile only. my work flow panjang, if they gimme more, i can’t concentrate to another HTML work”. then 1 senior bisik sama aku, ade ke yang bagi lebih dari 5 profile? aku kata.. ada kak (jawab sambil senyum penuh bererti).

3.00pm – i call 1 company yg interview me last month. good news, interviewer dah submit my name into list selepas ditapis. bad news, kalau pun nama in the list tapi no call from them it means.. i’m not successful. uwaaaaaaaaaaa…

tonite, aku akan ke office seperti semalam. even no OT claim, aku tak nak kerja aku tertangguh lagi.

 

 

..: untuk menjadi senang perlu susah sekarang.. untuk menjadi senang perlu usaha berlipat ganda.. God bless me :..

control myself

9.09am – sampai office, dah dengar suara sumbang pasal aku terlewat 9 min.
bored gak la.. tapi memikirkan keja yang melambak-lambak.. better i concentrate dgn profile yang tak dihantar lagi. meja aku org dah sentuh. gerammm aku!. ye la.. hanya aku je yg tau kertas2 yg aku dah asingkan. sampai office, aku spray dgn pewangi yg dah campur dgn garam. petua tue..

10.00am – breakfast wif my click. dia bukak semua citer sepanjang aku x dtg opis. “kecoh satu opis kak x dtg seminggu” katanya. then sambung my work.

1.15pm – rest time.. lepak kat kaunter. x kuar makan.. x de selera.

1.45pm – bos masuk opis, lalu depan kaunter, aku senyum then say “assalammualaikum puan”. she smile.. my click pelik dgn my boss. “kalau kami la kak, sure dah ade dlm bilik boss nie.. kena panggil sbb x dtg seminggu. dgn kak, boss relax je”. aku sengih2 je. alhamdulillah.. doa aku Tuhan makbulkan (aku doa siang malam time aku bole menunaikan kewajipannya).

2.00pm – continued my work. filing record, collect data, search info in internet, make listing, xerox, typing.. bla bla bla..

5.45pm – kemas meja, x tutup pc coz nak update antivirus. dalam otak dah pk, malam kang dtg opis semula at least kul 9pm kat opis.

6.09pm – punch card. out da office!!

..: any work place sure meet pressure. have to think either nak resigned or not. Goshh :..

Tour to Kangar (Part 3)

pagi tadi tedo lewat. dekat kul 4 lebih aku still ber sms dengan kekasih gelapku, faiz. huahuahuahua.. (kekasih la sangat!!). so jawapannya sure la lewat bangun. aku sempat lagi belek2 harian metro (baca muka depan harian metro hari nie mengenai cinta pengkid). then gie mandi bla bla bla.. tengok2 dah kul 9.30am. aduh.. faster faster.. takut terlepas bas.

ke bas stand kangar. sempat tapau roti bakar jew. suraya tak kasi aku balik. hehe.. kalu aku x keja, aku pun x nak balik. wahahahaha.. apakan daya.. seminggu dah aku x masuk opis!!!

bas nie pon same jew dgn bas masa aku datang kangar. lembappppppppppppp! aku dah la duk kat seat belakang pemandu. duk ngomel sowang2. “bole tak bawak laju sikit!” “aduh.. bape km/j la driver nie bawak bas” “mampos aku x sampai kl on time la cenggini” n bla bla bla.. aku cakap sowang2. bas berhenti dekat 4 kali. ya rabbi.. saket jiwe aku la. si Fairchild dah call aku dkt 4 kali. ade gath tapi nampaknya aku tak sempat la join. uwaaaaaaaaaa…

macam-macam signboard aku nampak tapi tak satu pun aku pernah singgah. jelapang la, ayer hitam la, apatah lagi. aku pun lupa. bukit kayu hitam tue sampai la.

dari kul 10am naik bas, 6 lebih ptg td sampai. bayangkan.. bagaimana punggung anda kematu dengan seat yang x best. huhu.. 8 jam! baik naik flight. tapi perlis mana de airport. hahaha.. sian aku. sampai pudu, naik star ke station sentul. tunggu teksi pula (seb baik senang dapat teksi kat sini). trus balik umah. i miss my room, my pc n my ikan! (sian ikan aku 3 hari tak makan naa).

Related ‘Aku yang travel’ :-

- Tour to Perlis 2008 (Part 1)
- Tour to Kangar 2007 (Part 2)
- Tour to Kangar 2007 (Part 1)
- Tour to Pulau Pangkor

Tour to Kangar (Part 2)

pagi tadi terjaga lewat gak la. heheh.. malu aih kat mak aya. makcik faham-faham je la. saya nie jauh merantau. kekekekeke.. terjaga pun dalam kul 8am. coz aya nak anta maknya ke butterworth. katanya dari kangar nie 4 hours je. je? uisy.. letih gak tue nak ulang-alik. sejuk woo mandi. tedo yang lena sekali. walaupun ade mimpi ngeri yang hadir tapi serious shit aku tak ble ingat ape mimpi tue. jangan depa dengar aku meracau time tedo udah. breakfast nasi lemak and lepat pisang. yummy ~!

right now.. aku kat cc demutiara. duk sowang ja. cc bukak pon kul 10am tapi nampaknya saya sowang je kat sini.. cikgu. dah mula boring ngadap pc, duk ngadap astro lak. one movie to another movie. sampai la kul 12 tgh hr bro zam call suwuh beli barang2. ade ke nak kena beli garam kasar 4 atau 5kg. huh!! gile aihh.. then petang tue ke rumah ustaz lama gak lak duk melangut nunggu dia balik. then dia dah buat semua dengan barang2 yang aku bawa, aku gie mandi. yang sadisnya.. pas mandi i have to throw away my kain batik ke sungai. uwaaaaaaaaaa… mampos aku kalau mak tau kain batik cantik nie kena buang. tak pe.. umah aku banyak lagi kain batik (cuma belum mampu nak bukak bisnes kain batik jew) ngeee..

pas mandi.. duk lepak dgn ustaz n family, bro zam n aya. semua kata muka aku dah nampak ok skang. alhamdulillah. mula2 aku sampai umah, depa kata muka aku cengei (maksudnya muka orang sombong n garang). depa kata kalau aku tak berubat, orang pandang benci, meluat, menyampah, geram semua yang buruk2 lah kat aku. then kalau couple pun sure la pasangan aku akan jemu, hubungan panas, asyik bergaduhan dan yang pasti tak akan kekal lama. perghhh.. teruk idup aku. bayangkan la selama 8 tahun ex aku buat aku macam tue. patut la susah sangat nak dapat kerja. rezeki tue ade tapi ade pula panghadang yg dibuat dr org2 hati busuk dan bertuankan syaitan nie. semoga Allah sentiasa melindungi aku dari sihir dan kezaliman manusia serta syaitan. insyaallah.. aku boleh sihat. setiap penyakit pasti ada ubat. jika aku tak berusaha dari sekarang tentu aku tak hidup aman dan bahagia sehingga aku mati. asalkan berusaha mengikut ajaran Islam dan bukannya dengan cara yg syirik, bidaah serta kufur.

petang tue suraya amik aku. then gie bas stand kangar nak beli tiket. aku yang bawa scoot si suraya. alahai. tak best! hahah.. sebab dah biasa bawa moto yang ada gear. bawa scoot kena press minyak je. bas stand sini tak besar. ala ala pekan kecilnya tempat perhentian but completed. hehe.. dapat tiket kul 10am esok. aku siap tanya bole sampai kl tepat ke jam 3ptg. coz esok aku nak rush ke klcc plak. ade gath kat situ. budak jual tiket tue kata maybe dalam kul 5ptg sampai. arr?? slow sangat ke bas nie. aduh.. leper la my boot dalam bas nanti. balik dalam keadaan berhujan. aku bawa selaju mungkin. suraya kat belakang menjerit jangan bawa laju. takoooootttttt katanya. kah kah kah kah..

sampai umah suraya, aku masak simple dishes. ayam goreng cili api dengan sup sawi. 3 orang punya perut cukup la. pas mandi, makan then aku nak gie cc. nge nge nge.. so pas nie nak balik umah tedo. sok masih ada lagi perjalanan dari kangar ke kl pula. din plak suwuh aku off pc kul 12pm. cesss.. dia kata “sini bukan kl”. nak jew aku bahabi kan dia. tapi tak ble.. kawan aku jugak. hehehe..

related Travel topics:

- Tour to Kangar (Part 1)
- Tour to Kangar (Part 3)
- Tour to Pulau Pangkor

Tour to Kangar (Part 1)

hari ini, aku tempuhi satu perjalanan yang paling lewat sekali. nak cari tiket ke Kangar.. sold out. at last amik ke alor star. i never use bas to utara so.. dapat bas cikai gak la. patutnya just 5 hours tp jadi 7 hours. haru.. haru.. aku 100x menguap dalam bas. 50x terlentok dalam bas. bas pun penuh. duk kat single seat. seat sebelah pakwe encem. tapi tak koser i nak tegur sapa. sejuk mak aihh. siap berselubung dalam bas.

4.30ptg gerak dr Puduraya. kul 7 lebey baru sampai petronas Simpang Pulai Utara. mak oi.. jauh lagi ke. ramai yang jadikan petronas tue tempat perhentian. lapaq dah nie..bas nie tak moa ka benti kat tempat makan? sadis sungguh! aku sempat la sedut sampoerna sepam. trus gie toilet. seb baik toilet dia bersih. huhu..

station pertama benti kat Sungai Petani. sini macam pekan cowboy jew. lebih kurang macam kat Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR). apa ade kat jln tar sama je ade kat sini. then bas gerak lagi. ble tahan jem gak sini. tapi x mampu kalahkan jem kat kl. hahahaha.. sms din “skang kat sungai petani. jauh lagi ke nak sampai alor star?”. “ade la 40 minit”. din reply. kebas dah bontot. tak ble nak gerak-gerak kat single seat nie.

station ke dua semua orang turun. i’m da 3rd person yang last turun. takut buatnya bas nie benti makan angin ja. haru kena tinggal lak. mamat encem tue jeling aku. dia nak turun Jitra rupanya (aku dengar dia tanya driver bas). sian dia. kalu sama haluan, aku ajak je dia naik kereta ke Kangar (ouch ~! gatai na). bas stand Alor Setar tak la sebesar mana. lebey kurang macam bas stand kat kuala selangor je (last aku gie 2005). din ajak lepaking dengan budak cenel kedah. aduh.. segan na. kenai nick depa je. tak pernah jumpa before this. (thanks to din Setan n shah da^jakers yang susah payah amik aku dr Alor Setar ke Kangar).

sampai Kangar dah. same as before. sebuah pekan kecil. sebelum aku balik tedo kat umah suraya, depa ajak minum. aku yang kelaparan order tomyam je. tapi punya la lama dekat 1 jam setengah tak anta order. aku dah hangin. last aku panggil. awek yang perasan lawa tue trus cakap “nasi tengah masak”. perghhh terbakar atie aku. sian shah sebab dia order nasi goreng. aku tanya “tom yam dah buat?”. dia kata belum! goshh! aku rasa macam nak tepuk je kepala minah tudung tue. din cakap.. “makanan cancel”. pastu minah tue trus blah with no sorry. what da bodo! mementang la mat-mat askar penuh kat meja sebelah, hang duk layan meja aku nie sebelah mata je. skola tak habes!!!

balik umah aya, nyamannya tedo. sedap aihh duk sini. sejuk.. nyaman.. damai.. sunyi.. ah.. miss my hometown.

related Travel topics:

- Tour to Kangar (Part 2)
- Tour to Kangar (Part 3)
- Tour to Pulau Pangkor

malas kerja?

hari nie kan.. dah 3 hari 3 malam jugak lah aku tak gie kerja. apesal la liat bebenor aku nak gie kerja nie. bangun pagi awai dah.. bukak je mata aku tros anta sms kat supervisor “saya tak datang kerja hari nie”. ngeee..

kalau ikutkan hati.. aku nak amik je cuti seminggu nie. aku malas + menyampah + blurr sangat nak jejakkan kaki ke opis. paling benci la nak semuka dengan makcik kat opis tue. berani cakap belakang jew. pangkat takat kerani tapi nak ngutuk orang macam la dia boss. harkhhhh ptuihhh muka dia.

ikutkan kerja aku nie.. aku cuma part timer. so.. patutnya tak jadi masalah la kalo aku tak mai sebab depa bayar gaji ikut bape hari aku kerja ja. tapi kecoh la depa nie. macam la opis tue depa yang jadi boss depa yang bayar gaji aku. blah la. dah tua tak sedar diri. dah nak mampos pon tak sedar diri. duk ngumpat berbakul sok akhirat bagi je aku sedekah free free. elok la tue. sok aku nak berhenti, aku nak lambakkan semua yang aku simpan, semua yang aku dengar yg depa duk ngumpat nista hal aku. heh! ingat aku nie diam je kat opis aku tak collect maklumat ke. arr.. wat masa nie tengokkan aje. sok aku dah abis kontrak.. aku lambakkan kat muka sekor-sekor. biar sedar diri sikit. langit tue tinggi ke rendah.

ingat orang mcm aku nie tak ble pk ke. ade ke duk ngumpat aku kat kawan aku sendri. mcm la kawan aku tue tak cerita balik kat aku. astaga.. ape punya manusia la nak kasi orang lain huru hara. ske sangat agaknya.. sampai bertepuk tangan tengok orang lain bergaduhan. ini lah realitinya kalau bekerja dengan kakitangan kerajaan dan badan berkanun. hasad dengki penuh melekit dalam hati tue. hitam likat agaknya. ini bukan pengalaman pertama aku keja kat sektor awam. depa semua sama ja pangai.. macam babi!

makcik dan pakcik, bawak-bawak la bertaubat. umur tue makin meninggi. bersihkan sikit hati tue. jangan biar hitam pastu dibiarkan jugak sampai hitam melikat. orang lain tak wat dosa dengan kamu. jangan la kamu pun ikut tambah dosa kering. ada paham ORANG TUA??

Tour to Pulau Pangkor

On Saturday, 10th December till Sunday, aku ikut family fwenz ke Lumut. Actually its not a good plan if you go without preparation. So kalau tak plan dari awal, what did you expect? All hotel fully booked. Gile kentang~! We just not merayau area pekan di Lumut tapi terpaksa berpusing di pinggiran Lumut semata-mata nak cari hotel kosong. My advices, before we go somewhere to rest yourself than you should make a good preparation. Tentukan berapa orang yang nak pergi, survey harga setiap hotel di lokasi berdekatan, budget untuk penginapan + makan + minum, hiburan (please include) and lastly consider your money for SHOPPING !

Back to the story, disebabkan aku dan kawan aku tidak berduit pada masa itu, jadi kami banyak diam walaupun dalam hati memberontak sebab bosan dengan perjalanan jauh yang tunggang langgang nie. The last resort we go to Pulau Pangkor. Tunggu bot di jeti berhampiran. Memang damai rasanya apabila melihat kehijauan bukit dan kebiruan laut. Apa yang menarik, sekumpulan ikan todak yang sederhana saiznya memunculkan diri di permukaan air. Geram hati aku. Rasa macam nak tangkap aje. Agak tidak selesa apabila menaiki bot yang sudah berusia dan sarat dengan penumpang. Nun, di tepi tingkap hati aku terbuai dengan keindahan laut dan merasai bau udara laut yang melapangkan tekanan aku.

Sampai di jeti Pulau Pangkor, kami perlu naik van mini yang ada di situ. Van tersebut mengingatkan aku kepada pengangkutan awam di KL dahulu iaitu ‘bas mini’. Setiap seorang dari kami membayar RM5.00. Sebenarnya aku tak tau pun harga sebenar yang di charge van mini tersebut. Luckily we get the hotel but really sucks sebab hotel kami terperosok jauh ke dalam. Sadis sungguh!

At the night, aku habiskan masa aku sendiri berjalan-jalan di sekitar hotel tersebut. Aku tidak berkesempatan ke pantai kerana jam 11.00pm, laluan ke pantai menjadi gelap. Jadi aku cuma jalan-jalan di aksesori dan kebanyakan kedai menjual pakaian. Sempat beli 1 souvenier, 1 skirt mandi dan 1 selendang biru sebagai kenang-kenangan. Agak mahal harga makanan, satu-satunya kedai Melayu di situ. Rata-rata yang golongan ibu bapa gemar bercuti di Pulau Pangkor.

bagi aku takde la yang menarik kalau percutian last minute nie. dah la pegi sabtu balik ahad. perghhh sia-sia je penat. memang aku takde perasaan ape kat sana. setakat pegi tengok-tengok barang then aku balik hotel tedo. that’s it. pasnie kalau depa ajak sorry to say la nak ikut. tak prepare langsung. ditambah dengan kewangan yang tak mencukupi lagi la segan aku nak follow pas nie.

ahad sampai kl dah 11 lebih. pastue nak ke Gombak lak amik kuda aku. kul 12.30mlm tue aku mandikan kuda aku dengan air bunga. hehehe.. memalam eh.. gile la aku nie. tawakal je balik dr gombak ke rumah. seram sejuk btol. sampai depan umah.. lagi sekali bulu roma aku tegak dah. aduh.. macam-macam la. jangan la benda-benda halus nie mengikut aku masuk umah. basuh muka, kaki, selawat then ayat kursi.. then tedo.

pagi tadi aku bangun dah 10.30am. tak sedar ape! badan sakit-sakit. letih. semua ada. memang tak gie keja. aku tak inform office pun. MALAS. kredit x de ape semua. baru bukak mata sikit terlelap sampai kul 4 ptg. badan aku panas. rasa nyesal je ikut gie pangkor. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….

Related ‘Aku yang travel’ :-

- Tour to Perlis 2008 (Part 1)
- Tour to Kangar 2007 (Part 3)
- Tour to Kangar 2007 (Part 2)
- Tour to Kangar 2007 (Part 1)

ubat oh ubat

tadi sebelum pakcik datang, aku dah kena marah dengan panglima. dia kata aku “bodoh!”. (tak guna punya panglima! malu aku depan semua orang free free je kena sembur). aku faham ape maksud dia kata gitu. ye la.. bodo sebab aku ikut je kata ex aku yg 8 tahun aku couple tue. heh! kalau aku ade kekuatan time tue memang aku dah ceraikan ex aku tue. tapi benda dah terkena kat aku. nak wat cemana.

aku mula perasan hal nie setelah aku putus dgn naz. aku duk pk. nape la aku asyik putus cinta je (cinta? kui kui kui..). macam something wrong lak. peliknya.. bukan aku yang minta putus tapi depa yang minta. aku luahkan pada seorang kawan perempuan. then dia la yang ajak aku jumpa kakaknya. dia ajak pergi berubat. mak kata “cuba-cuba la. mana tahu ada penyelesaian. kita nie berusaha”. tapi tak sangka. sangat aku tak sangka. nauzubillah.

setelah aku tau semua.. aku berubat terus. tapi aku selalu je rasa benda jahat tue ikut aku. masa habis berubat tadi.. abg dan akak perasan ade benda ikut depa balik. tak tau la benda sapa yang punya. nauzubillah..

“usaha, doa dan tawakkal… Insyaallah.”

sabar je lew

semalam hari yang amat penat bagi aku.. dalam seminggu nie banyak sangat perkara yang menguji kebencian aku. hal di opis.. hal kawan-kawan.. hal masa depan.. hmm..

hal di opis dari dulu memang menjadi topik hangat untuk aku dan part timer yang lain. dan orang yang suka buat hal dengan aku.. let say we call her rony. ikutkan umur, rony nie memang dah tua selayaknya makcik untuk aku. dia nie Tuhan dah bagi sakit kronik. tapi.. tak tau la ape punya pangai orang tua nie masih tak sedar diri dengan petunjuk yang Allah bagi. aku nie tak pernah amik port hal-hal opis nie. mungkin malas nak campur dengan senior. tapi semalam.. sekali lagi aku harus.. harus bersabar dengan perangai buruk rony nie. aku duk dengar la dia ngumpat. Ya Allah.. pekakkan la telinga ku dpd mendengar umpat keji dan hinaan manusia. dlu.. pernah dia ngumpat my frenz in front of me. konon-konon dia je yg bagus dlm bab keja. ya rabbi.. depan aku duk kutuk kwn aku. ape punya pangai la. ingat aku nak termakan kata dia la tue. bodow je! aku kalu nak type dia punya umpat keji.. astaga.. letih ah. dah tak larat nak dgr sebab cerita akan bertukar ganti. esok-esok umpat org lain. esok org lain plak. heh! “rumah kata pergi, kubur kata mari” sedar-sedar la diri! sabar.. sabar.

yg nie pula kisah seorang kawan luar opis. aku baru sampai umah kul 6.55pm. it’s late and raining. then she call me. bla bla bla cepat la datang bla bla.. aku nak gie shopping sebelum gerak.. pastu aku jawab. “kan tengah hujan nie. aku sampai lepas maghrib la. sabar la.. ye la.. aku tau la.. aku nak semayang dulu kang pas maghrib aku gerak la..”. isk.. tiba-tiba je aku geram. berulang kali aku cakap tak pepaham gak.

tapi best woo malam tadi.. macam-macam benda aku belajar. benda yang memang disebutkan di dalam Quran. orang macam aku gemar la kaji untuk tau lebih lanjut. dari gombak dah kul 3 lebih. adoi.. hati plak rasa tak sedap. ye la.. time pagi macam nie la benda-benda halus nie suka merayau. sampai umah aku terus bersihkan kaki, wudhuk, isyak then sunat taubat. memang tak bole nak tedo. ikan aku dah mati 4 ekor lak tue. lastly, kul 5.00am aku tedo ditemani lampu. bila bangun pagi tadi aku rasa air mata aku mengalir dan bantal aku basah. isk.. nape lak nie? aku macam pelik. aku memang tak bole ingat apa-apa mimpi masa aku tedo kul 5 tue.

pagi tadi aku bangun dengan rasa yang segar dan bertenaga macam mendapat nafas baru.

“Ya Allah.. Kau jadikan lah hambamu ini dikalangan kekasih dan tetamu yg Kau sayangi. terimalah taubatku ya Allah. kuatkan lah semangatku, tabahkan lah hatiku, kukuhkan lah imanku agar aku mampu menghadapi segala rintangan dan dugaan di dunia dan akhirat. ya Allah.. semoga tubuhku sihat semula ya Allah. menjalani kehidupan ini dengan lebih bahagia ya Allah. kuatkan lah semangatku agar aku mampu melawan anasir jahat yg dituju kepada hambamu ini. ya Allah ya Robbalalamin.. tiada tuhan yang ku sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. amin..”

Posted in Diary Hati. Tags: . 1 Comment »

rutin kerja

hari nie bangun lak. too late to go office. nah! 9.08am punch card. selisih plak dengan boss. ya ampun.. malunya aku. boss sesenyum je pagi nie.. seb baik mood dia baik.

melangkah ke opis tugasan yang perlu every monday – sunday. unless kalau tak nak collect duit aku cuti la saturday – sunday. but today im not in good mood. entah la. aku banyak diam je hari nie. nak angkat phone depan mata nie pun amat la malas. start cutting newspaper coz nak clear my table yang sarat dengan macam-macam paper. done 1 keja. dah kul 12.45 plak. go lunch pun tak banyak cakap. macam ada mutiara lak dalam mulut nie. heheheh.. another job waiting me. start collect yesterday profile. prepared letterhead. tup tap tup tap. siap tepat kul 5.30pm. bukannya sikit. 1 staff who’swho gimme at least 8 profile. if 4 staff? hah. calculate yourself la. then naik ke level 14. nak bagi those surat kat dispatch biar esok dia hantar. 6.10pm.. out from my office. tomorrow.. same as usual. rutin.

aku sentiasa berdoa ade la company yang akan bagi aku job. at least aku dah tak ngadap keja-keja hantar surat nie. at least aku berusaha.. berusaha apply sana sini. cuma rezeki je belum ada. bak kata ayah kayangan “sabaq.. satu hari nanti hang hidup senang, mak hang pun tak susah hati dah. hang sabaq.. hang usaha dan tawakal. insyaallah”. insyaallah..

aku minat bab IT, computer.. at least aku ade basic technical tapi lain plak bidang aku study kat U. aduh.. nak study balik perlukan kewangan. even nak amik autocad pun beratus gak bayar. dengan kerja yang tak tetap nie.. segalanya masih di luar kemampuan.

Ya Allah.. limpahkan la rezeki mu kepada hamba-Mu ini.. bukakan la pintu rezeki mu luas untuk hamba-Mu ini. bantulah aku Ya Allah agar aku mampu teruskan hidup di dunia ini dengan hidayah-Mu. amin..

terbang gak 210

yesterday.. too tired nak menaip. patutnya semalam gie kerja tapi tak gie kerja gak. huhu.. tedo kul 6.45am.. seawal 10.30am dah bangun. ya ampun.. letihnya mata. 1st thing that i have to do is.. call my housemate. ngee..

round sentul wif housemate. cari saloon. pusing sana pusing sini.. at last.. one shop yang offer bagus. 180 ++ others 2 treatment free. sian my housemate. lama aih dia tunggu. aku halau balik tak nak lak dia. aku yg dikerjakan nie pon sangap gilew. ubah sana, ubah sini. touching sana touching sini.. macam-macam woooo.. pastu kena duk kat kerusi depan cermin tue ade la around 30 min. ya ampun.. lenguhnya badan jadi patung kat situ. tak bole gerak-gerakkan badan. mampos haku.

at last siap! phewww.. nape aku tengok muka aku len macam. heheh.. gedebak gedebuk beli sebotol spray semua RM210.00 . ngee.. tak pe. setahun sekali je buat. nampak muka aku lain dengan rambut habis lurus nie. dulu rambut aku curl. makin nak menganggur.. makin advance lak aku. hahahaha.. nak upload photo tapi nanti-nanti la. wait n see je.

-sometimes, when we changed to something advances, will improved yourself than always stick to traditional way-

Wanita.. tulang rusuk Lelaki

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan WANITA untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir selepas satu pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”. Tiba-tiba WANITA terdiam dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan linangan air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negara tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia minum kopi dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat dimana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”.

Seminggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dipatahkan kerana kebodohannya.
………

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat. Oleh itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.

Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kita ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima ??
-cik widuri

1st time here

phew…

cari punya cari.. setup macam-macam.. at last

nah ! i got it..

today my first time wrote in this blog .. kekekekeke…

payah sungguh nak edit.. etc etc etc.. then i keep mumbling to myself because of this blog

dunno how to start.. how to arrange.. 4 hours miss using just for this blog

ahh.. im lovin it!