MURTAD: Siti Fatimah @ Tan Ean Huang

Siti Fatimah Tan Abdullah

PULAU PINANG: Kes terbaru murtad mula membahang di negeri ini apabila satu lagi kes tuntutan murtad difailkan oleh seorang wanita mualaf pada 10 Julai 2006.

Sumber yang dipercayai berkata, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang telah menetapkan 24 April ini bagi memperdengarkan keputusan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam.

Tarikh itu ditetapkan oleh Pendaftar Mahkamah Syariah, Azzeman Omar, setelah kes itu disebut di hadapannya pagi ini.

Keputusan kes itu akan dibacakan oleh bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu dahulu, Othman Ibrahim, yang ketika ini merupakan Ketua Hakim Syarie Perlis.

Peguamnya, Ahmad Jailani Abdul Ghani berkata, keputusan mengenai kes itu sudahpun dibuat dan hanya menunggu ia dibacakan oleh hakim berkenaan.

Terdahulu, Siti Fatimah, 38, atau nama asalnya Tan Ean Huang, memfailkan permohonannya itu terhadap Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) selaku defendan. MAIPP diwakili peguam syarie Ahmad Munawir Abdul Aziz.

Beliau mendakwa tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian.

Fatimah yang berasal dari Nibong Tebal dalam afidavitnya memohon keluar daripada Islam kerana beliau tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak dia memeluk Islam pada 25 Julai 1998 dan berkahwin dengan Ferdoun pada 16 Sept 2004.

Beliau yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.

Dalam tuntutannya juga, Siti Fatimah menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.

cikwiduri: Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk membawa Natrah balik ke Belanda.

Keprihatinan seluruh umat Islam dan masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu dengan berjalan kaki dan berbasikal, berkumpul dan berdemonstrasi di Singapura untuk membantah serta mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikit pun memikirkan perasaan takut berhadapan dengan bedilan peluru serta cota tentera British yang menghalang mereka.

Itu dulu..jika dibandingkan dengan umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus yang hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan sejumlah 100,000 (Mufti Perak), dan 250,000 kes (2006) yang telahpun murtad “tanpa paksaan” dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara.

Saya dapati kes ini tidak mendapat liputan panas media mungkin kerana wanita tersebut adalah seorang ‘mualaf’ ataupun ianya telah terlalu lama dijerukkan selama 2 tahun dari (2006 – 2008).

Terdahulu, kes murtad Azlina Jailani @ Lina Joy pernah membuat permohonan pada tahun 1997 untuk menukar namanya kepada Azlina Lelani tetapi ditolak kerana telah menukar agama Kristian.

Diikuti dengan kes keluar dari Islam secara sukarela iaitu Mohamad Ya, 57; Mat Yaakob Ismail, 56; Kamariah Ali (isteri Mohamad Ya), 51; dan Daud Mamat, 62, mengemukakan rayuan terhadap Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Kes murtad bukanlah perkara baru dibincangkan di Malaysia yang terkenal antara negara yang memperjuangkan Islam hadhari. Anak orang Melayu pun boleh murtad (kes Aishah), inikan pula seorang mualaf yang ditinggalkan suami dan dia masih lagi merangkak untuk mengenali Islam. Apakah badan keIslaman negara hanya memandang enteng masalah sebegini?

Daripada Ibnu Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab, berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll).

“Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh.” (Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud).

Related:
- MURTAD: Azlina Jailani @ Lina Joy
- MURTAD: Islam dihina di Malaysia
- MURTAD: Permohonan Siti Fatimah diterima
- MURTAD: Selimah Mat buried according to Buddhist rites

Khir letak jawatan dalam Umno

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo malam ini mengumumkan keputusan beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor.

“Saya rasa bertanggungjawab dengan prestasi buruk BN Selangor maka dengan rasa penuh tanggungjawab, saya melepaskan jawatan sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor dan pengerusi Barisan Nasional Negeri Selangor,” katanya pada sidang akhbar ringkas di sini.

Dr Khir juga memohon maaf di atas prestasi buruk BN Selangor di dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas sehingga menyebabkan negeri itu jatuh ke tangan kerajaan campuran PKR, PAS dan DAP.

Katanya beliau telah berbincang dengan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai keputusannya itu dan menurutnya Perdana Menteri pada dasarnya telah bersetuju untuk melantik Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai pengerusi BN dan Badan Perhubungan Umno Selangor yang baru.

Muhammad yang dilantik sebagai Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar dalam barisan Kabinet baru yang diumumkan Abdullah semalam, juga adalah Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Beliau berkata jawatan-jawatan lain di dalam Badan Perhubungan Umno negeri akan ditentukan oleh pengerusi yang baru.

Dr Khir berkata beliau akan bersama-sama dan memberikan kerjasama kepada pengerusi yang baru bagi menyatupadukan Umno Selangor dan menjayakan misi mengembalikan Selangor ke pangkuan BN.

“Saya buat keputusan ini kerana kalau lambat membuat keputusan akan menimbulkan pelbagai masalah akhirnya kita berpecah di Selangor dalam usaha kita untuk mengambil semula negeri Selangor daripada pihak pembangkang (kerajaan campuran PKR, PAS, DAP),” katanya.

Ditanya sama ada keputusanya itu dibuat secara terburu-buru, beliau berkata, “tidak terburu-trburu kerana saya lihat prestasi buruk ini telah ada sikap salah menyalah antara satu sama lain. Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab saya memikul tanggungjawab ini dan melepaskan jawatan pengerusi Badan Perhubungan Umno dan pengerusi BN Negeri.”

Beliau berkata keputusan itu dibuat tanpa sebarang tekanan dan dengan rasa penuh tanggungjawab kerana beliau mengetuai jentera pilihan raya BN Selangor pada pilihan raya umum lepas. Keputusan meletakkan kedua-dua jawatan dibuat kerana tidak mahu membebankan lagi Umno Selangor.

Dr Khir berkata, “saya akan terus sokong Tan Sri (Muhammad) kerana saya akan jadi makmum yang baik dan saya akan bersama-sama rakan yang lain turun ke bawah bagi memastikan Umno dapat berkuasa semula. Ini bukannya masa untuk kita berpecah tetapi untuk kita bersatu.”

Radzi letak jawatan dalam Umno

Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang digugurkan dari barisan kabinet yang baru dibentuk mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini.

Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu berkata, beliau tidak dapat bekerja secara efektif sebagai Setiausaha Agung kerana tidak lagi berada dalam kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

“Saya rasa saya tidak boleh lagi bekerja. Pertamnya saya tidak lagi berada dalam kabinet jadi saya tidak boleh bekerja dengan berkesan sebagai Setiausaha Agung… saya tak boleh kerja,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Radzi berkata keputusannya itu telah dimaklumkan kepada Abdullah yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN melalui telefon pagi ini dan menerusi sepucuk surat rasmi. Perdana Menteri telah menerima perletakan jawatan beliau, katanya.

Beliau yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Umno selama empat tahun berkata, “Saya harap Umno terus maju di bawah kepimpinan presiden parti. Saya akan terus memberi bantuan dalam apa cara sekali pun,” katanya.

Beliau menolak anggapan bahawa keputusannya itu dibuat setelah kecewa kerana tidak dipilih menganggotai kabinet baru-baru ini.

“Dalam politik sentiasa ada orang mengambil alih. Tiada siapa yang kekal,” katanya.

Beliau juga menafikan bahawa peletakan jawatan itu mempunyai hubung kait dengan kemelut Umno di Perlis yang turut menyaksikan Datuk Seri Shahidan Kassim tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar.

“I dont think so… I am happy with the leadership in Perlis,” katanya.

Beliau menyertai Umno sejak 1973 kemudian dilantik sebagai setiausaha agung Umno dan BN pada 1 Jun 2004. Menyifatkan 4 tahun pengalaman sebagai setiausaha agung parti sebagai ‘wonderful experience’, Radzi berkata beliau ada menerima tekanan, bagaimanapun itu merupakan perkara biasa dalam politik.

“Please do not think that there is split in Umno,” katanya dan mengulangi pendiriannya bahawa pilihan raya 8 Mac yang lepas merupakan penggal terakhir beliau menjadi wakil rakyat.

Mengenai rancangannya selepas ini, beliau akan menumpukan kepada tugasnya sebagai Anggota Parlimen Kangar selain membimbing wakil rakyat muda di kawasan itu. – Bernama

Politik Shahrir penuh warna warni

Datuk Shahrir Samad 

KUALA LUMPUR: Selepas 21 tahun berada di luar kerajaan, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Shahrir Samad dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Beliau yang mempunyai karier politik penuh warna warni mula mencipta rekod sebagai calon Barian Nasional termuda bertanding pada pilihan raya 1978 bagi kerusi Parlimen Johor pada usia 29 tahun dan kini kekal memegang kerusi ini pada usia 59 tahun selepas menang pada pilihan raya umum 2008.

Pada 1978, beliau memulakan jawatan pertamanya dalam pentadbiran kerajaan sebagai Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri.

Beliau yang dikahirkan di Kuantan, pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri dari 1980 hingga 1982.

Di usia 34 tahun, Shahrir merupakan menteri termuda dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 1983 hingga 1986 dan kemudian menjadi Menteri Kebajikan pada 1987.

Dalam kegawatan politik negara pada 1987, Shahrir digugurkan daripada jawatan Menteri Kebajikan dan dari sini bermula era turun naik karier politiknya.

Pada Februari 1988, Shahrir enggan menyertai Umno baru setelah Umno diharamkan dan menjadi antara lapan anggota Majlis Tertinggi Umno yang tersisih daripada jawatankuasa pro-tem Umno Baru pimpinan Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad.

Dengan keputusan itu beliau menjadi anggota Bebas dalam Parlimen dan kemudian meletak jawatan pada April 1988, bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan seterusnya mengalahkan calon BN, Mas’ud Abdul Rahman untuk menjadi anggota Parlimen Johor Baharu semula.

Shahrir pernah diarah keluar dari Dewan Rakyat disebabkan keengganannya mengangkat sumpah sebagai anggota baru kerana Speaker pada masa itu Tan Sri Mohamed Zahir Ismail (allahyarham) adalah anggota tribunal yang menasihatkan supaya Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dipecat.

Namun Shahrir akhirnya mengangkat sumpah dan setahun kemudian mengumumkan kembali kepada Umno dengan menyertai cawangan Gertak Merah dalam Umno Bahagian Johor Baharu pada 1989. Pada tahun sama beliau menerima tawaran untuk menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno dan kembali menjadi ketua Umno Bahagian Johor Baharu pada 1990.

Shahrir kemudian menyepi apabila tidak menjadi calon pilihan raya umum pada 1990 dan 1995 dan digantung keanggotaan Umnonya pada tahun 1995 kerana didakwa tidak menyokong calon BN bagi kerusi negeri Tanjung Puteri pada pilihan raya tahun itu.

Penggantungannya berakhir pada 1996 bersama 13 anggota lain, sebelum terpilih semula sebagai ketua bahagian pada 1998.

Pada pilihan raya umum 2004, Shahrir kembali bertanding sebagai calon BN menewaskan Atan Ahmad dari PAS.

Beliau dipilih menjadi pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan dalam penggal berkenaan tetapi meletak jawatan pada Mei 2006. Selain itu beliau juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC).

Shahrir melepaskan jawatan sebagai pengerusi BNBBC selepas majoriti anggota Parlimen BN tidak menyokong pendiriannya berhubung usul Ketua Pembangkang Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) untuk membawa seorang anggota Parlimen yang dilaporkan sebuah akhbar mencampuri urusan Kastam Diraja Malaysia, ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.

Pada tahun 2008, beliau dilantik semula ke dalam Kabinet namun tidak mengejutkan Shahrir walaupun beliau mengetahuinya pagi ini. “Saya tak rasa terkejut kerana banyak perubahan dan perkembangan politik terkini dalam negara, kita perlu bersedia untuk berkhidmat dalam kerajaan,” katanya.

Jawatan barunya itu dianggap penuh cabaran kerana kementerian itu adalah barisan hadapan terutama dalam menghadapi masalah kenaikan harga. Beliau menerima pelantikan itu dengan hati terbuka dan berharap dapat menyumbangkan khidmat dengan sebaik mungkin.

cikwiduri: Bakal ganti PM. Hope so..

Related Topics:

- 5 menteri baru Kabinet 2008
- Senarai penuh Kabinet 2008
- Senarai gugur Kabinet 2008
- Rafidah antara 8 yang digugurkan

5 menteri baru Kabinet 2008

Datuk Mohd Zaid ibrahim – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Datuk Amirsham A Aziz – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Datuk Ong Ka Chuan – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Datuk Ismail Sabri Yaakob – Menteri Belia dan Sukan

Tan Sri Muhammad Muhd Taib – Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

cikwiduri: ‘Muhammad Taib’ jadi menteri? huhu..

Related Topics:

- Politik Shahrir penuh warna warni
- Senarai penuh Kabinet 2008
- Senarai gugur Kabinet 2008
- Rafidah antara 8 yang digugurkan

Senarai gugur Kabinet 2008

KUALA LUMPUR: Berikut senarai jemaah menteri yang digugurkan daripada kabinet baru diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini:

1. Datuk Seri Rafidah Aziz

2. Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad

3. Datuk Seri Azmi Khalid

4. Datuk Seri Ong Ka Ting (atas permintaan)

5. Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (mengikut perlembagaan MCA selama dua penggal sahaja)

6. Datuk Abdullah Md Zin

7. Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor

8. Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis

cikwiduri: Orang lama perlu bagi laluan pada muka-muka baru ye tak..

Related Topics:

- Politik Shahrir penuh warna warni
- 5 menteri baru Kabinet 2008
- Senarai penuh Kabinet 2008
- Rafidah antara 8 yang digugurkan

Rafidah antara 8 yang digugurkan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Rafidah Aziz, 64, merupakan Menteri paling lama berkhidmat sejak 1980, digugurkan daripada barisan Kabinet baru. Beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno, mula menjadi Menteri Kabinet ketika dilantik Menteri Perusahaan Awam pada Sept 1980. Seterusnya, dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Industri pada Mei 1987. Beliau terus kekal dengan portfolio tersebut yang kemudiannya dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada Okt 1990.

Turut digugurkan adalah Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, 66, bekas menteri dalam negeri yang juga Setiausaha Agung Umno dan BN, dilantik pertama kali ke Kabinet sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian pada Apr 1982 dan kemudian dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1983. Radzi digugurkan daripada jawatan Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada 7 Mei 1987, berikutan krisis dalaman Umno dan 17 tahun kemudian beliau dipertanggungjawabkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perundangan) pada 30 Mac 2004.

Datuk Seri Azmi Khalid, 67, merupakan bekas tokoh korporat juga sebagai bekas menteri sumber asli dan alam sekitar, dilantik pertama kali sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri pada 3 Mei 1995 selepas memenangi kerusi Parlimen Padang Besar pada pilihan raya umum 1995.

Walaupun memenangi kerusi Parlimen Kulai, Datuk Seri Ong Ka Ting, 52, yang juga Presiden MCA, enggan dilantik menjadi Menteri kerana mahu memantapkan parti itu berikutan prestasi buruk MCA pada pilihan raya umum 2008.

Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, 64, yang merupakan bekas menteri sumber manusia sejak 1999 sehingga pilihan raya umum lepas, telah mencapai tempoh memegang jawatan Kabinet selama dua penggal yang ditetapkan perlembagaan MCA.

Nasib yang sama diterima Datuk Abdullah Md Zin, 61, bekas Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan) Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), memenangi kerusi Parlimen Besut walaupun pertama kali bertanding pada pilihan raya 2004. Tahun yang sama, beliau dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama.

Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, 58, yang merupakan anggota Parlimen Putrajaya, pertama kali dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Jan 2001 dan dinaikkan pangkat di jabatan sama dua tahun kemudian. Beliau digugurkan daripada barisan Kabinet selepas pilihan raya 2004 tetapi dilantik semula sebagai Menteri Pelancongan dalam rombakan Kabinet pada Februari 2006.

Manakala, Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis, 56, Anggota Parlimen Rompin selama lima penggal pertama kali menyertai Kabinet pada 2002 sebagai Menteri Kewangan Kedua dan kemudian dilantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada Januari 2004 dan dua bulan kemudian sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi.

cikwiduri: Nampaknya tak ade wakil dari Perlis yang masuk jemaah menteri baru.

Related Topics:

- Politik Shahrir penuh warna warni
- 5 menteri baru Kabinet 2008
- Senarai penuh Kabinet 2008
- Senarai gugur Kabinet 2008

Senarai penuh Kabinet 2008

PUTRAJAYA: Berikut senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini:

Perdana Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S.K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A. Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S. Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Seri Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M. Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh

cikwiduri: I wonder…why ‘no fan’ minister still in the list?! Isk.. isk..

Related Topics:

- Politik Shahrir penuh warna warni
- 5 menteri baru Kabinet 2008
- Senarai gugur Kabinet 2008
- Rafidah antara 8 yang digugurkan

Jalil Ngah meninggal dunia

Abdul Jalil Ngah

KUALA LUMPUR: Pengarah Kreatif AVXS Sdn Bhd, Abdul Jalil Ngah, 51, yang terkenal dikalangan krew penerbitan termasuk artis rock era 80-an menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.30 pagi, semalam di Institut Jantung Negara (IJN) akibat sakit jantung.

Arwah yang dilahirkan di Kuala Terengganu meninggalkan seorang balu, Jalina Mustafa, 34, dan dua orang anak Adham, 11 dan Afrina, 8. Jenazah, selamat dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Siti Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Deraian air mata sahabat handai, membuktikan betapa dekatnya Allahyarham di hati mereka. Ia jelas kelihatan apabila M Nasir dan Man Bai berpelukan dalam keadaan sebak.

Persada seni tanah air terus diselubungi suasana suram dengan kehilangan seorang lagi insan seni yang begitu berharga. Sememangnya keadaan seperti ini sukar diterima apatah lagi sebelum ini mereka terpaksa menerima kenyataan kehilangan penulis lirik terkemuka, Rosli Khamis (Loloq).

“Hari ini hari kelapan arwah berada di IJN. Dia sepatutnya menjalani pembedahan pintasan jantung jam 7 pagi tadi disebabkan tiga saluran jantungnya tidak berfungsi. Sebelum itu, beberapa kali arwah diserang sakit kepala yang teruk sehingga terpaksa diberikan ubat. Tidak beberapa lama kemudian dia pulih kembali dan dapat berbual seperti biasa sampailah saat dibawa ke ICU. Saya memintanya mengucap dua kalimah syahadah dan dia mampu melafazkan dengan lancar. Keadaannya itu sedikitpun tidak membayangkan dia akan meninggalkan kami semua tetapi itulah yang berlaku selepas 25 Minit dalam ICU, doktor memberitahu arwah sudah tiada,” kata sahabat baiknya, Ahmad Fitri Emir, 44, atau lebih dikenali sebagai Arab.

Arab menambah, arwah sudah lama dikesan mengidap sakit jantung bagaimana kebelakangan ini kadar kesihatannya makin terjejas. Atas alasan itu juga pembedahan pintasan jantung yang sepatutnya diadakan Mei ini terpaksa dipercepatkan kepada 18 Mac.

Putera sulung hasil perkahwinan Jalil dengan isterinya, Jalina iaitu Adham berkata, “Saya terkejut apabila dimaklumkan ayah sudah meninggal. Dua hari lalu saya melawatnya di hospital dan sepanjang lapan hari ayah di sana saya, adik dan emak sempat menjenguknya tiga kali. Saya menulis satu surat kepada ayah supaya dia kuat dan cepat sembuh malah memberitahu kepadanya yang saya dan adik sangat sayangkannya. Ayah juga beritahu saya yang dia sayangkan kami berdua. Tadi saya tidak dapat menahan sebak tetapi sekarang saya tak mahu menangis kerana tak mahu arwah ayah sedih. Sampai bila-bila pun saya akan ingat kenangan memasak dengan ayah, waktu ayah bercerita kisah hidup dia sampai bila-bila”.

Jalil yang aktif di bidang seni sejak 1957 sehingga 2008, merupakan abang kepada komposer terkenal, Manan Ngah dan adik kepada kartunis Fatah Ngah yang popular dengan siri kartun Lagak A Mamud dalam komik Gila-Gila.

Manan Ngah mengakui langsung tidak menyangka abangnya pergi dalam usia yang muda serta meninggalkan dua orang anak yang masih bersekolah.

“Walaupun sedih, sebagai adik saya harus reda dengan pemergiannya. Apatah lagi, sudah lama dia derita sakit jantung namun enam bulan kebelakangan ini kondisi kesihatan tidak begitu stabil. Arwah, anak yang keempat dari tujuh beradik. Selain saya, arwah dan seorang lagi abang kami iaitu Fatah, antara yang terbabit dalam bidang kreatif. Kalau ikutkan hubungan saya dan arwah tidak begitu rapat namun satu-satunya yang saya perasan kami akan melakukan satu-satu perkara itu dengan penuh minat. Abang saya ini memang pakar dalam rekaan pentas dan penataan cahaya. Minatnya terhadap seni dan rekaan sudah menyerlah sejak kecil lagi dan arwah gemar mereka cipta sesuatu menggunakan barangan terpakai,” katanya.

Rocker terkenal, Amy Search pula berkata, pemergian Jalil Ngah amat dirasai kerana arwah antara orang kuat yang banyak membantu memacu kerjaya seni Search.

“Arwah, antara individu di belakang tabir yang sering bekerjasama dengan Search. Sejak dari zaman Isabella sampailah sekarang. Pembabitan arwah bukan setakat Pengarah Kreatif untuk konsert Search tetapi juga terbabit dalam penghasilan kulit album dan video klip. Antara kulit album kami yang mendapat hasil sentuhan Jalil adalah Gema Timur Jauh, Magic, Saat Ku Idamkan manakala Bencana adalah salah satu video klip yang dihasilkannya. Sepatutnya tahun ini kami akan mengadakan konsert Revolusi sempena ulang tahun ke-25 Search tapi nampaknya hajat tak kesampaian. Jalil terus menjadi pilihan Search kerana dia faham kehendak kami nilai seorang yang mementingkan nilai artistik. Malah dia juga individu yang bertanggung jawab membuat rekaan dalaman restoran saya, Cheng Ho yang akan beroperasi di Wangsa Maju tidak lama lagi,” katanya.

Video klip Isabella dari Search antara hasil sentuhan Jalil Ngah ketika mula berjinak dalam bidang pengarahan.

Menyingkap latar belakang Jalil Ngah, selepas menamatkan pengajian dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka dari Institut Teknologi Mara (kini Uiniversiti Teknologi Mara) pada 1980, beliau terlebih dahulu mencari pengalaman dengan bekerja sebagai Pelukis Ilustrasi dan Pengarah Seni di beberapa agensi pengiklanan selama lima tahun.

Kerjaya sebenarnya dalam bidang rekaan set dan pentas bermula apabila beliau bekerja di TV3 sebagai pereka set pada penghujung 80-an. Set terawal program terkenal TV3 iaitu Muzik Muzik adalah hasil rekaan Jalil. Ini diikuti Golden Kite World Song Festival anjuran TV3 dan Penerbangan Malaysia (MAS) pada 1990.

Selepas berkhidmat selama lima tahun, dia menubuhkan syarikat AVXS Sdn Bhd cukup sinonim dengan bidang produksi konsert, sistem pencahayaan dan rekaan pentas.

Antara konsert dan acara yang membabitkan AVXS secara langsung ialah Konsert Legenda Sheila Majid, Raihan (Singapura), sebahagian besar konsert solo M Nasir, Ella Tour, Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Sukan Negara (1997 hingga 2000), Penang World Film Festival, Konsert Mohram di Istana Budaya, Search (Pulau Pinang), Konsert Ambang Merdeka (Putrajaya) dan persembahan delegasi filem Puteri Gunung Ledang di Festival Filem Venice, Itali tidak lama dulu.

Berikutan tugasnya lebih banyak di balik tabir, mungkin tidak ramai yang mengenalinya. Tetapi bagi yang terbabit secara langsung dalam produksi dan pengurusan konsert, Jalil adalah antara yang terbaik.

Jalil yang cukup sinonim dengan bidang produksi konsert, sistem pencahayaan dan rekaan pentas dikenali ramai yang terbabit secara langsung dalam produksi dan pengurusan konsert sejak 20 tahun lalu. Hampir semua konsert-konsert mega membabitkan Search dan Wings pada era 80-an dan 90-an dulu menggunakan kepakaran dan daya kreativitinya.

“I won’t accept minister’s..”

KUALA LUMPUR: Umno Youth vice-head Khairy Jamaluddin said he would not accept any offer to join the Cabinet as long as Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi is the Prime Minister.

Khairy, who is also the Member of Parliament for Rembau, said he had informed his father-in-law of the matter before the general election on March 8, and Abdullah had acepted his stand.

“Thats not fair to PM (Prime Minister). I stayed out of his way as much as possible. I’m just a normal MP and want to focus on my job. There are people who are there to help and assist him,” he told reporters after attending the meeting of the Umno Youth Exco and State Umno Youth heads which was chaired by the movement’s head, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein at the Umno headquarters, at Menara Dato Onn, here today.

Khairy said this when commenting on the allegation that he had influenced the Prime Minister’s decision in making government policies, and responding to reporters’ question why he was not included in the new Cabinet line-up announced by Abdullah in Putrajaya today.

He said his focus now was to discharge his duty as a member of parliament in the Dewan Rakyat to face the opposition.

On the outcome of the March 8 general election which saw five states falling to the opposition, Khairy said it was a lesson to the BN to be more sensitive to the voice of the people.

“I have learn that we have to listen to the people more, and the party needs to listen to the people more. We cannot isolate ourselves, we must reform the party and take note,” he said.
On the claim that he was the cause for the BN defeat, Khairy said the defeat was a joint responsibility and the actual reason for the defeat would be studied.

“I’m not bothered if people make all kinds of accusations. What is important is to build up the party. If it’s found that my services are not required in the party, then we will have a party election soon, let the election decide on the future of Umno leaders.

“But I will not shirk from my responsibility as the Umno Youth vice-head. I have the responsibility of regaining the strength of Umno Youth and BN Youth,” he said, conceding that everyone have their personal shortcomings.

Khairy said, “All of us from the top leadership down to the grassroots including myself must do some soul-searching. Certainly from the indications given by the people, there are many shortcomings from the personal level right up to the party.”

On the decision of the Umno Youth Exco meeting today which did not take any action on the Member of Parliament for Jerlun who is also Umno Youth Exco Member, Datuk Mukhriz Mahathir, who had called on Abdullah to step down as the Prime Minister through a letter writen last week, Khairy said it was the personal view of Mukhriz.

He said further discussion on the matter was “counter productive”, and what was important was that the majority of the party members supported the leadership of Abdullah and his deputy, Datuk Seri Najib Tun Razak, to continue to lead the country. – Bernama

cikwiduri: Never vote him to be the Prime Minister. Don’t ‘play seek and hide’ for something you want. Peoples watch you..

Dr Md Isa Sabu (BN) MB Perlis (update)

Dr Md Isa Sabu 

KANGAR: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perlis kecuali Adun Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim hadir pada majlis angkat sumpah Dato’ Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar di Istana Diraja Arau.

Md Isa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-8 di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, kira-kira jam 5.40 petang tadi, diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Osman dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Abdul Rasid Sudin.

Turut hadir, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Syed Sirajuddin.

Istana Diraja Arau mengesahkan perlantikan itu adalah menurut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.

Sumber berkata, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin bersetuju melantik Md Isa sebagai Menteri Besar, menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.

8 Adun yang menyokong perlantikan Md Isa sebagai Menteri Besar ialah Ahmad Bakri Ali (Kayang), Jamil Saad (Sena), Mat Hassan (Kuala Perlis), Dr Por Choo Chor (Indera Kayangan), Yin Sun Onn (Titi Tinggi), Mat Rawi Kassim (Beseri), Sabry Ahmad (Santan) dan Syed Radzlan Syed Putra Jamalullail (Pauh) dan seorang Adun PAS dari Simpang Empat, Ros’sele Eizan, hadir di majlis berkenaan.

Manakala 4 Adun yang memihak kepada Shahidan ketika kontroversi perlantikan Menteri Besar ialah Khairi Hassan (Mata Ayer), Mansor Jusoh (Chuping), Abdullah Hassan (Sanglang) dan Jafperi Othman (Guar Sanji), hadir sama di majlis itu.

Biodata
* Nama penuh: Dato’ Dr Md Isa bin Sabu (DPMP)
* Umur: 61 tahun
* Tempat Lahir: Kampung Kechur, Kangar, Perlis
* Isteri: Datin Asiah binti Asmuni
* Anak: 6 orang
* Alamat: No. 22 Jalan Ilmu, Taman Guru Jaya, 01000 Kangar, Perlis
* Pendidikan:
- Graduate Universiti Sains Malaysia (USM)
- Malayan Teachers College, Penang
* Kerjaya:
- Bekas Guru
- Okt 1990 : Exco Kerajaan Negeri Perlis, Pengerusi Pertanian
- Dis 1999 : Exco Kerajaan Negeri Perlis, Pengerusi Pelancongan dan Alam Sekitar
- 17/03/2008 : Menteri Besar Perlis
* Politik:
- 1969 : Memasuki Umno
- 1986 : Adun di N6 kerusi Bintong, PRU ke-7 (vs Mohd Abidin bin Halifah – PAS)
- 1990 : Adun di N6 kerusi Bintong, PRU ke-8 (vs Murshid bin Haji Mohamad – PAS)
- Sept 1993 : Timbalan Ketua Umno bahagian Kangar
- 1995 : Ahli Parlimen di P2 kerusi Kangar, PRU ke-9 (vs Aziz bin Shariff – PAS)
- 1999 : Adun di N6 kerusi Bintong, PRU ke-10 (vs Abdul bin Zakaria – PAS)
- 2004: Tidak bertanding, PRU ke-11
- 08/03/2008 : Adun di N6 kerusi Bintong, PRU ke-12 (vs Mohd Anuar Mohd Tahir – PAS)
* Anugerah:
- 17/05/2002 : Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (DPMP) membawa gelaran Dato’ daripada Kerajaan Perlis.

cikwiduri: La ni rakyat Perlis dah boleh tarik nafas lega na…

Ir. Mohammad Nizar (PAS) MB Perak (update)

Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin

KUALA KANGSAR: Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru, selepas persetujuan mengadakan pakatan kerajaan campuran antara DAP, PKR dan PAS untuk mengetuai pentadbiran kerajaan negeri dicapai. Majlis itu terpaksa ditangguhkan pada Khamis lepas kerana Barisan Alternatif (BA) tidak mencapai kata sepakat dalam penubuhan kerajaan campuran.

Mohammad Nizar, 51, menerima watikah pelantikan pada jam 11.40 pagi di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah sebelum diteruskan dengan majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Menteri Besar.

Beliau yang ditemani isterinya, Fatimah Taat, menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk V. T. Singam.

Turut hadir pada istiadat itu ialah Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali serta wakil anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kerajaan campuran itu.

Hari ini cukup bermakna dalam hidup Mohammad Nizar Jamaluddin, selain menyambut ulang tahun kelahiran ke-51, beliau juga disahkan sebagai Menteri Besar Perak ke-10.

Biodata
* Nama penuh: Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
* Umur: 51 tahun
* Tarikh Lahir: 17/03/1957
* Isteri: Fatimah binti Taat
* Anak: (8 orang) 5 lelaki, 3 perempuan
* Pendidikan:
- Sek. Rendah Anglo Chinese School (ACS), Kampar, Perak
- Sek. Menengah Kebangsaan Anglo Chinese School (ACS), Kampar, Perak
- Sek. Menengah Teknik Ipoh, Perak
- 1976 : A-Level, Norwich City College Of Science Technology, Norfolk, UK
- BSc. Mechanical Engineering, Aston University, Birmingham, UK
* Kerjaya:
- Pengurus Projek KPPD (UDA)
- Pengurus Kanan Daya Urus Sdn Bhd (UDA)
- Pengarah Urusan, Urus Harta S/R (PDC Penang)
- Jurutera Perunding Mekanikal (Pengangkutan Vertikal, Elevator & Eskalator)
- 17/03/2008 : Menteri Besar Perak
* Politik:
- 1995: Menyertai PAS
- Sehingga 2008 : Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak
- Terdahulu : Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak, YDP PAS Kampar
- 2004 : Tewas di P67 kerusi Kuala Kangsar, PRU ke-11 (vs Datuk Seri Rafidah Aziz – BN)
- 08/03/2008 : Adun di N51 kerusi Pasir Panjang, PRU ke-12 (vs Datuk Dr S Vasan – BN)
* Kegiatan Masyarakat:
- Pengerusi Gabungan Membantah Kenaikan Air Perak
- Timbalan Setiausaha PPK.

cikwiduri: He look low profile.. Tunaikan amanat yang telah diberi dengan sebaiknya.

Yazid Sobrani meninggal dunia

Arwah Yazid menderita pelbagai penyakit

MELAKA: Dramatis terkenal, Yazid Sobrani yang makin tenat sejak tiga tahun lalu, meninggal dunia di wad Hospital Melaka, awal pagi ini di pangkuan isterinya kerana menderita pelbagai penyakit kronik selama 14 tahun.

Yazid atau nama sebenarnya Abd Yaziz Sobrani, 44, disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 5.30 pagi selepas mengalami komplikasi dalaman penyakit hati, jantung dan buah pinggang.

Allahyarham, mendirikan rumahtangga tujuh tahun lalu meninggalkan seorang balu, Norashah Mohd Rashid, 43, dan lima anak Nurul Hazwani, 23, Mohd Shafik, 22, Nurul Intan Shafinaz, 16, Mohd Amirul Shafuan, 14 dan Muhamad Salehan, 13.

Norashah berkata, suaminya sakit sejak 1994 dan sejak itu dia terus berikhtiar untuk mengubati penyakitnya termasuk mencuba perubatan tradisional di Telok Mas, Melaka. Mereka ke Melaka pada 10 Mac lalu dan dalam masa dua hari mendapatkan rawatan, arwah sudah menunjukkan perubahan.

“Namun, dia jadi tidak bermaya kerana tidak mahu makan dan tiada tenaga sebelum pengsan. Saya bawa dia ke Hospital Melaka.

“Arwah tiba-tiba nazak jam 2 pagi tadi. Saya sedar mulut dia berbuih dan berdarah sehingga jam 5 pagi. Saya panggil doktor dan mereka arah saya keluar dan berjanji akan berusaha sedaya mungkin memulihkannya.

“Dalam masa setengah jam, doktor beritahu suami saya sudah meninggal dunia. Doktor kata, suami saya tidak dapat diselamatkan kerana penyakitnya dah merebak dengan teruk. Hati, organ penting dalam badan dah rosak,” katanya lagi.

Menurutnya, dia reda dengan apa yang ditakdirkan Tuhan dan tidak pernah menyalahkan takdir.

“Saya tidak pernah tinggalkan dia yang sakit tenat selama tiga tahun. Tidak pernah sekalipun. Ketika dia nazak hanya saya seorang menunggu dia. Saya sempat ajar dia mengucap dan ingat Allah. Dia hanya mengangguk saya dan cuba mengucap bersama dalam keadaan mulutnya berbuih dan berdarah.

“Memang sudah lama dia menderita dan kakak reda dengan pemergiannya kerana jika hayatnya masih ada pasti dia akan lebih terseksa,” katanya sambil menjelaskan arwah hanya bergerak menggunakan kerusi roda sejak keluar dari Hospital Serdang pada 1 Februari 2002.

Pelakon kelahiran Kuala Perlis pada 17 Januari 1964 itu pernah membintangi filem Jaket Biru (1991), SH3 The Movie (2004) dan Tak Ori Tapi OK (2005). Allahyarham yang berlakon dalam siri drama Opah, turut berlakon drama Apai dan Metro Squad arahan Datuk Yusof Haslam. Beliau sering memegang watak pendekar dan jahat dalam beberapa drama bersiri RTM.

Allahyarham Yazid disemadikan di kampung asalnya di Tanah Perkuburan Kampung Utan Idus, Kuala Perlis, selepas solat Isyak malam ini, seperti wasiatnya kepada keluarga.

Sementara itu, beberapa rakan artis daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) seperti Roy Azman dan Kamal Bakar juga melawat dan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.

Pelakon, Roy Azman menyifatkan arwah sebagai orang bertanggungjawab membuka peluang dia menceburi bidang lakonan selain memberi tips berguna untuk menjadi artis.

“Arwah banyak membantu rakan dari segi kewangan. Apa yang jelas arwah terlalu baik orangnya. Saya hanya mendapat tahu dia meninggal ini selepas rakan artis, Baggio menghantar SMS kepada saya. Saya terus ke Hospital Melaka,” katanya.

Pelakon, Kamal Bakar pula berkata sudah mengenali arwah lebih 10 tahun dan menjelaskan arwah sememangnya seorang yang suka membantu dan amat baik kepada setiap orang. Sikapnya yang mudah mesra dengan sesiapa amat disenangi oleh rakan taulan.

“Dari segi lakonan, yang paling meninggalkan kesan kepada saya ialah kami berlakon dalam drama bersiri Tun Perak yang disiarkan di TV1,” katanya.

Menurut Kamal, dia mengetahui pada Jumaat lalu, arwah menetap di Rumah Anak Yatim di Bukit Pegoh, Teluk Mas, sementara mendapatkan rawatan tradisional penyakit dideritainya.

“Itulah, kali terakhir saya bertemu dengan arwah yang nampak begitu tenat dan terseksa. Saya perhatikan arwah kurang bercakap dan saya berada di situ selama empat jam sebelum balik.

“Kehilangan arwah satu kerugian kepada industri lakonan di Malaysia, kerana tiada orang boleh menandingi lakonannya yang mantap dan tersendiri,” katanya lagi.

Kenapa BN mahu sangat rampas Kelantan

Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000, 000,000).

Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).
Ianya terletak di Blok-Blok berikut,

* Blok A18
* Blok B17 & C19
* PM3
* Sub-Blok Ular
* PM301 & PM302
* PM303
* PM311 & 312

Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

Apa Yang BN Sembunyikan Dari Rakyat Kelantan?

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

* Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
* Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

Perairan gas di Malaysia

Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya bayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

* Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.
* PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.

Perancangan Operasi Telaga-telaga Gas Asli Lain Di Perairan Kelantan

* Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
* Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
* Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
* Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

Peta operasi telaga gas asli di Kelantan

Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.

Berapa Banyak Royalti Gas Asli Yang Menjadi Hak Rakyat Kelantan?

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion).

Sebab itulah BN mahu merampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.

Royalti Gas Asli Hak Rakyat Kelantan

* PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.
* Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti di Terengganu.
* Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.
* Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu.
* Jika BN memerintah, rakyat akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu.
* Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.
* Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta. (Terbaru tinggal hanya RM4 juta++)

Abdul Khalid Ibrahim (PKR) MB Selangor (update)

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 

SHAH ALAM: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan pada jam 3.30pm hari ini.

Pada istiadat itu, Khalid menerima watikah pelantikan dan diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor ke-14.

Beliau menandatangani watikah perlantikan dengan disaksikan oleh Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad.

Biodata
* Nama penuh: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PSM, DPSM)
* Umur: 61 tahun
* Tarikh Lahir: 14/12/1946
* Tempat Lahir: Jeram, Selangor
* Isteri: Puan Sri Salbiah binti Tunut
* Anak: 4 orang (3 perempuan, 1 lelaki)
* Alamat: Pejabat Menteri Besar Selangor, Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor
* Pendidikan:
- 1965-1966 : Sijil Teachers Training College, Penang
- 1969-1971 : B.A. (Hons) Economics, University Malaya (UM)
- 1973-1975: MBA University of Queensland, Australia
- Okt 1980 : Kursus Pengurusan Am, Administrative Staff College, Henley, UK
* Kerjaya:
- 17/03/2008 : Menteri Besar Selangor
* Politik:
- 08/03/2008 : Ahli Parlimen di P124 kerusi Bandar Tun Razak, PRU ke-12 (vs Datuk Tan Chai Ho – BN)

Related Topics: Kenyataan Khalid Ibrahim

cikwiduri: This post will be update soon ! check it out ~

Coretan: Reformasi PRU ke-12 (2008)

Oleh Salmiah A Hamid
Harian Metro

Tanggal 08 Mac 2008 Pilihan Raya Umum ke-12 diadakan untuk membentuk kembali kerajaan Malaysia setelah Parlimen dibubarkan.

Tsunami politik Malaysia menyaksikan kegagalan BN meraih undi dua pertiga. Kekecewaan ini jelas kelihatan apabila barisan pemimpin ‘besar’ BN tumbang ketika pilihan raya menentang pembangkang mereka terdiri daripada PKR, PAS dan DAP. Sungguh menyayat hati apabila calon BN yang berjawatan ketua menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen tewas dengan majoriti besar.

Si kecil molek berjiwa pemimpin, anak kepada Penasihat PKR, Nurul Izzah Anwar bangkit pertama kali membawa kemenangan PKR di P121 Lembah Pantai dengan majoroti 2,895 undi berjaya mengalahkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengungguli kawasan itu sejak 12 tahun lalu. Sharizat akur dengan suara rakyat yang mahukan perubahan serta nafas baru pemerintahan.

Kisah di Pulau Pinang pula menyaksikan jatuhnya seorang Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di P46 Batu Kawan kepada calon DAP, Prof Dr P Ramasamy dengan majoriti 9,485 undi. Kekalahan BN-Gerakan di Pulau Pinang memberi impak yang besar pada negara apabila pembangkang mengaut 43 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen.

Presiden MIC yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu amat terkejut dengan undian rakyat apabila beliau tewas di tangan calon PKR, Dr Michael Jeyakumar Devaraj. Beliau yang yakin menang di kerusi ‘favourite’nya di P62 Sungai Siput terpaksa mengaku kalah dengan perbezaan 1,821 undi. Sadis kerana kekalahannya itu sempena dengan hari lahir beliau pada 08/03/1936. Pasti hadiah harijadi ini memberi tamparan yang cukup hebat untuk dikenang.

Kisah sedih Samy Vellu ini, turut menimpa Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin yang kecundang di tangan calon PKR dengan majoriti 9,381 undi. Johari Abdul, nama yang belum gah di persada politik telah menarik kepercayaan rakyat di P15 Sungai Petani untuk menyuarakan hasrat serta kemahuan mereka. Sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, sudah pasti beliau punyai senjatanya sendiri untuk merubah pemikiran rakyat di Sungai Petani.

Angin perubahan BN turut dirasai oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Aziz Shamsuddin. Kepercayaan beliau untuk memenangi hati penduduk P108 Shah Alam tumbang dengan majoriti 9,314 di tangan calon PAS, Khalid Abd Samad. Keyakinan penduduk dengan arus politik PAS memungkinkan Khalid diterima untuk memenuhi selera baru mereka. Penangan yang diterima oleh Aziz, harus dijadikan iktibar kerana penduduk sekitar melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan sikap beliau yang didapati tidak turun padang serta jarang menemui dan beramah mesra dengan penduduk.

Ramai lagi timbalan menteri serta setiausaha parlimen yang kecundang di arena PRU ke-12 kali ini. Tidak dinafikan pergolakan politik Malaysia turun dan naik ini berkait rapat dengan tampuk teratas pemerintahan. Akur dengan keputusan rakyat seharusnya BN menilai kembali kejatuhan mereka yang teruk di 5 buah negeri. Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Persoalan kenaikan harga barang, minyak dan tol mungkin menjadi punca berlakunya perubahan undi. Rata-rata penduduk Malaysia sudah lama mempertikaikan masalah ini yang dari dulu masih tidak berjaya diselesaikan.

Ramai yang menyatakan sokongan terbuka kepada BN namun keputusan undi telah mengubah persepsi pemimpin BN, pembangkang bukan lawan mereka yang lemah. Terdapat pengundi yang ragu-ragu untuk menukar arus pemerintahan namun usaha pembangkang yang tidak jemu ditambah dengan manifesto yang pelbagai, rakyat berasakan tidak salah memperjudikan nasib mereka.

Apa yang pasti, PRU ke-12 menyaksikan kejatuhan BN yang teruk dan berakhir dengan 5 negeri dikuasai pembangkang. Majoriti rakyat telah bersuara, undi telus diakui SPR. Namun, apakah tsunami politik Malaysia yang diwakili pembangkang mampu mengubah kehendak masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia? Apakah agenda pembangkang semasa kempen mampu dilaksanakan? Apakah kaum Cina mampu menerima pemimpin Islam dari PAS (seperti di Perak) kerana mentaliti mereka akan berlakunya pemerintahan hukum hudud Islam sepertimana di Kelantan? Dan bagaimana pula kehidupan orang Melayu Islam di Penang setelah DAP menguasai kerajaan tersebut?

Jelas di sini, pembangkang telah menang dengan 5 negeri namun mereka harus berwaspada dengan kebangkitan BN serta acuannya untuk merampas kembali pemerintahan negeri tersebut. Menang atau kalah, itu adat perlawanan. Politik tidak akan mati dan terpadam dalam jiwa seorang pemimpin yang telah merasai kekalahan.

Artis senior selera ‘mat saleh’

This news (not so new lah) I read from Harian Metro (10th March) regarding the senior artist of course from Malaysia which have a relationship with ‘mat saleh‘.

Now days, artis perempuan melayu dengan mat saleh dah jadi semacam habit mungkin kerana lelaki melayu di Malaysia nie dah tak minat perempuan. Its not the main topic here. I like to address below statement regarding that makcik.

“..dengan imej terbaru pelakon itu. kalau dulu penampilannya nampak rapi dan sopan tapi sejak-sejak bercinta ini hai! bukan main seksi lagi mengalahkan orang muda.

Kalau pakai baju, tak sah kalau tidak mendedahkan dadanya dan mini skrit pula sesingkat-singkat tidak sampai nampaklah urat di hijau di pehanya.”

Memang betul kita tak berhak nak judge people pakai macam mana sekalipun.. but you are “artist”. You are the model that people watch you in television, movie, theater so what ever. Its not good if the old lady start changed penampilan yang semakin HOT and SEXY. You almost 50’s. Mana perginya kemelayuan wanita yang selama ini kita tengok this lady on screen. It gone! Hilang terus imej sopan santun yang selama ini we watch her on the tv.

Hope so.. this old lady knows.. what mean ‘public figure’. As long you are the artist people will always watch and critics you. “Orang memuji kehebatannya dalam lakonan tetapi bila di luar pakaian sudah tidak serupa orang, lama-lama peminat pun hilang hormat.”

cikwiduri: kita pun nyampah tengok old lady nak jadi remaja balik!

Gossip:
- Artis wanita nafsu kuda?
- Artis anak pontianak lagi!
- Artis nafi anak kandung
- Artis AF 2008
- DJ berpesta ganja
- Artis kebas barang hotel
- Artis bogel di set pengambaran
- Artis ‘anak pontianak’ bogel?

Kenyataan Khalid Ibrahim

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah petang esok bagi mendapatkan perkenan baginda untuk penubuhan kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan yang baru.

Katanya, ini disusuli dengan majlis mengadap bagi mempersembahkan kepada baginda senarai anggota Exco kerajaan negeri pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Khalid mendapat persetujuan pakatan pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS di Selangor untuk menerajui negeri itu sebagai Menteri Besar. Soal pengagihan jawatan Exco kerajaan negeri Selangor telah dibincang dengan baik termasuk kemungkinan mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar sepertimana yang termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Ditanya sejauhmana pakatan itu mampu bertahan, Khalid berkata beliau yakin ia akan berjalan dengan baik untuk memberi khidmat sebaik mungkin kepada rakyat.

“Beri kami peluang untuk melakukannya, jika kami melaksanakannya dengan baik dan anda tidak menghargai kami, tidak apa.

“Kerajaan Persekutuan dan negeri di bawah Perlembagaan dan bukanlah perkara asing untuk mempunyai perbezaan tapi kami harap kerajaan persekutuan akan lebih berasaskan rakyat dalam memberikan peruntukan,” katanya.

Beliau juga berkata, maju atau tidak negeri Selangor nanti ada hubung kait sama ada kerajaan yang mentadbir dapat mengagih-agihkan sumber kekayaan untuk dinikmati oleh rakyat. Ketua-ketua jabatan yang ada di Selangor tidak akan ditukar selagi mereka berkhidmat dengan baik.

Khalid berkata, beliau akan bertemu dengan penasihat undang-undang kerajaan negeri serta setiausaha kerajaan negeri dalam masa terdekat bagi membincangkan urusan pentadbiran negeri termasuk dalam menangani dakwaan salah laku dan penyalahgunaan kuasa kerajaan negeri sebelum ini.

Azizan (PAS) sebagai MB Kedah

Azizan Abdul Razak 

ALOR STAR: Pesuruhjaya PAS Kedah Azizan Abdul Razak petang ini menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar yang baru daripada Sultan Kedah di sini.

Istiadat yang berlangsung di Wisma Darul Aman disaksikan Raja Muda, bekas Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid dan para Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memenangi pilihan raya umum semalam.

Azizan, 64, dilantik Menteri Besar setelah menerajui pakatan parti pembangkang yang berjaya menumbang Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

PAS memenangi 16 kerusi, Parti KeAdilan Rakyat (PKR) empat kerusi dan masing-masing satu oleh DAP dan calon Bebas manakala BN menguasai 14 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pakatan pembangkang antara PAS dan PKR buat pertama kali dalam sejarah Kedah membentuk kerajaan campuran setelah menumbangkan BN yang menguasai 31 kerusi DUN pada pilihan raya umum 2004.

Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al-Azhar dan Undang-Undang dari Universiti of Kent, United Kingdom, ialah bekas Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan anggota jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau kali pertama bertanding dan memenangi kerusi DUN Sala pada pilihan raya umum 1999 dan mempertahankannya pada 2004 apabila ditukar menjadi Sungai Limau.

Pada pilihan raya umum ini, Azizan menewaskan calon BN, Basori Abu Hassan di DUN Sala dengan majoriti 3,212 undi. Azizan memperoleh 12,028 undi. – Bernama

MB : 3 PAS, 1 PKR dan 1 DAP

KUALA LUMPUR: Selepas menerajui kerajaan Kelantan selama 18 tahun, PAS mempunyai dua lagi Menteri Besar manakala DAP dan PKR masing-masing satu selepas pakatan pembangkang mencapai kejayaan mengejut menang di lima negeri pada pilihan raya umum.

BN kalah di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor dan PAS mengekalkan Kelantan dalam pilihan raya umum semalam ketika BN kembali berkuasa tanpa majoriti dua pertiga.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, 77, sudah hampir pasti terus menerajui kerajaan Kelantan manakala Pesuruhjaya PAS Kedah, Azizan Abdul Razak, 64, telah menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar daripada Sultan Kedah hari ini.

Di Kedah, PAS tanpa disangka-sangka menang 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan PKR empat manakala DAP dan calon Bebas masing-masing satu. BN hanya memenangi 14 kerusi.

Di Perak pula, PAS, DAP dan PKR memulakan langkah awal penubuhan kerajaan campuran dengan mencalonkan Setiausaha Perhubungan PAS Perak Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang menang kerusi DUN Pasir Panjang sebagai Menteri Besar walaupun DAP memperoleh kerusi terbanyak dalam pakatan itu. DAP memenangi 18 kerusi DUN di Perak manakala PAS enam dan PKR tujuh.

Di Pulau Pinang, bakal Ketua Menteri, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng akan mencapai sesuatu yang ayahnya, Lim Kit Siang hanya dapat impikan dan perjuangkan tetapi gagal dilaksanakan menerusi beberapa projek “Tanjong” untuk menawan negeri pulau itu. Guan Eng menerajui parti itu mencapai kejayaan cemerlang di Pulau Pinang, menang 19 kerusi negeri, bersama PKR (sembilan) dan PAS (satu), yang jelas sekali cukup untuk menumbangkan BN.

Di Selangor, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Khalid Ibrahim disebut-sebut sebagai calon utama dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas pakatan pembangkang menang 36 daripada 56 kerusi negeri.

Setiausaha Agung PKR itu menang kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan kerusi DUN Ijok, yang beliau tewas pada pilihan raya kecil tahun lepas.

PKR akan mengadakan sidang akhbar hari ini bagi mengumumkan pembentukan kerajaan negeri dan Menteri Besar baru. – Bernama

PAS kuasai Parlimen Titiwangsa

KUALA LUMPUR: PAS berjaya merampas kerusi Parlimen Titiwangsa yang selama ini berada di bawah penguasaan BN apabila calonnya Dr. Lo Lo Mohamad Ghazali menang dengan majoriti 1,972 undi.

Dr Lo’ Lo’, 50, yang memperoleh 17,857 undi mengalahkan calon BN Datuk Aziz Jamaluddin Mohamad Tahir, 53, yang memperoleh 15,885 undi.

Mengulas kemenangannya itu, Dr. Lo’ Lo’ yang ditemani suami dan dua orang anaknya berkata ini membuktikan bahawa rakyat di kawasan Parlimen Titiwangsa mahukan perubahan.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini yang amat berharga dalam hidup dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Titiwangsa kerana berani membuat perubahan.

“Perkara pertama yang akan saya lakukan ialah dengan mendengar dan memahami apakah kehendak penduduk Titiwangsa dan akan memperjuangkan hak mereka,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan kerusi Parlimen itu oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Titiwangsa Che Yahya Che Soh di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini.

Dr. Lo’ Lo’ berkata beliau akan berusaha menunaikan janji-janji yang terkandung di dalam manifesto PAS. – Bernama

DAP bentuk kerajaan di Penang

PULAU PINANG: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti-parti pembangkang di Pulau Pinang memenangi 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan keputusan ini membolehkan mereka mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional.

Beliau berkata DAP menang 19 kerusi DUN dan tujuh kerusi Parlimen yang ditandinginya.
Parti Keadilan Rakyat menang empat kerusi DUN dan empat Parlimen.

Ini bermakna DAP dan PKR secara kolektif menguasai 11 kerusi Parlimen di Pulau Pinang.
Lim berkata ia akan menjadi kerajaan bagi semua rakyat Malaysia – Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum.

“Kami tidak akan memerintah bersendirian tetapi bersama-sama dengan PKR. Kami juga berharap wakil rakyat PAS (juga) boleh membantu kerajaan ini,” katanya pada sidang media pagi ini.

“Kami terharu terhadap sokongan yang diberikan sehingga berjaya memenangi kerusi DUN dan Parlimen,” kata Lim.

Beliau berkata DAP dan PKR tidak akan mengecewakan rakyat Pulau Pinang.

Pada sidang media itu PKR diwakili oleh pengerusi negeri, Datuk Zahrain Hashim, yang menang kerusi Parlimen Bayan Baru, menewaskan Ooi Siew Kim daripada BN.

Lim berkata kemenangan mereka tidak semata-mata milik DAP dan PKR, malah penduduk Pulau Pinang.

“Pulau Pinang menunjukkan bahawa kami boleh memimpin pergerakan itu untuk mengubah Malaysia dan Pulau Pinang mengamalkan proses demokrasi sebenar,” katanya.

Menurutnya DAP juag mengucapkan tahniah kepada BN atas kemenangan sebahagian parti komponennya dan berharap mereka akan serius memain peranan sebagai pembangkang yang bertanggunjawab dan konstruktif.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada anggota dan penyokong kami yang telah bekerja keras sehingga kita berjaya selepas berusaha selama 41 tahun untuk membentuk kerajaan negeri (di Pulau Pinang). – Bernama

Gerakan kalah di Penang

KUALA LUMPUR: Gerakan mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah sejak memimpin Kerajaan Pulau Pinang mulai 1969.

Pemangku Presiden Gerakan yang juga ketua menteri Tan Sri Koh Tsu Koon turut kecundang, sekaligus menghancurkan harapannya untuk menggangotai kerjaaan pusat. Beliau tewas kepada bekas pensyarah, Dr P. Ramasamy daripada DAP.

Daripada 12 kerusi Parlimen, Gerakan hanya menang kerusi Gerik dan Simpang Renggam, selain memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) – Kuala Sepetang (Perak), Ketari (Pahang), Pemanis (Johor), Bukit Batu (Johor) dan Derga (Kedah).

Parti itu bertanding di 31 kerusi DUN dan tumpas kesemua kerusi di Pulau Pinang, tempat ia bertapak.

Pada pilihan raya 2004, Gerakan memenangi 10 daripada 12 kerusi Parlimen dan 30 daripada 31 kerusi DUN.

Gerakan memimpin kerajaan negeri Pulau Pinang selepas pilihan raya 1969, sebagai pembangkang di peringkat awal sebelum menyertai kerjaaan perikatan di bawah kepimpinan perdana menteri kedua Tun Abdul Razak.

Pemimpin lain parti itu yang kalah ialah dua naib presidennya, Datuk Chang Ko Youn (Prlimen Bruas) dan Datuk Dr Teng Hock Nam (DUN Pulau Tikus), setiausaha agung Datuk Seri Chia Kwang Chye (Bukit Bendera), dua timbalan setiausaha agung Datuk Lee Kah Choon (DUN Machang Bubuk) dan Datuk Lum Weng Keong (DUN Teratai).

Turut tewas ialah Ketua Pemuda Datuk Mah Siew Keong di Teluk Intan.

Hanya Ketua Wanita Datuk Tan Liang Hoe menang di Parlimen Gerik bersama-sama pendatang baru Liang Teck Meng yang menang kerusi Parlimen Simpang Renggam. – Bernama

Samy Vellu gagal di Sungai Siput

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu gagal mengekalkan kerusi Parlimen Sungai Siput bagi penggal kesembilan apabila kalah kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Michael Jeyakumar Devaraj dengan majoriti 1,821 undi.

Menteri paling kanan dalam Kabinet Malaysia itu memperoleh 14,637 undi, manakala Dr Jeyakumar, anggota Parti Sosialis Malaysia yang belum didaftarkan, mendapat 16,458 undi dengan bertanding atas tiket PKR. Seorang lagi calon, Nor rizan Oon, yang bertanding sebagai calon Bebas, hanya mendapat 864 undi.

Sebanyak 1,001 undi diisytiharkan rosak.

Samy Vellu, 72, yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada hari pengundian bagi pilihan raya ini, adalah penyandang kerusi berkenaan sejak 1974.

Ahli politik veteran, yang terlatih sebagai arkitek ini, dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Julai 1978 sebelum dilantik sebagai Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Awam (kemudian dikenali sebagai Menteri Kerja Raya pada Jun 1983) setahun kemudian, sebelum menyandang jawatan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada Jun 1989.

Beliau sekali lagi dilantik sebagai Menteri Kerja Raya pada Mei 1995 dan menyandang jawatan itu hinggalah ketika menghadapi pilihan raya umum ke-12.

Samy Vellu telah diberi kepercayaan memangku jawatan presiden MIC pada September 1979 berikutan kematian Tan Sri V.Manickavasagam, sebelum dipilih mengetuai parti itu pada Mac 1981 dan merupakan tokoh yang paling lama memimpin MIC.

Pada pilihan raya umum 2004, Samy Vellu mengalahkan Dr Jeyakumar dengan 10,235 undi. Beliau mendapat 18,797 undi, Jeyakumar 8,562 dan calon DAP S. Ponmugam memperoleh 2,864 undi. – Bernama

Wan Azizah pertahan kerusi Permatang Pauh

PERMATANG PAUH: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,388 undi.

Wan Azizah yang memenangi kerusi itu selama dua penggal mendapat sebanyak 30,338 undi berbanding Datuk Pirdaus Ismail 16,950 undi.

Pada pilihan raya 2004, Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 590 undi.

Sementara itu, penyandang kerusi DUN Seberang Jaya Datuk Arif Shah Omar mempertahankan kerusi itu setelah mengalahkan calon PKR Ramli Bulat dengan majoriti 533 undi.

Kerusi DUN Permatang Pasir dimenangi calon Pas Mohd Hamdan Abd Rahman yang menewaskan calon BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 manakala di Penanti, calon PKR Mohammad Fairus Khairuddin mengalahkan calon BN Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

Wan Azizah kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau tidak menjangka keputusan itu dan percaya rakyat telah membuat pilihan terbaik.

“Biarlah kami menikmati detik indah ini. Saya akan menyimpan kerusi ini untuk (Penasihat PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), tetapi kita akan bermesyuarat dulu dengan pemimpin PKR,” katanya. – Bernama

Anak Presiden PAS antara 22 orang ditahan

KUALA LUMPUR: Anak kepada Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, 31, adalah antara 22 penyokong parti pembangkang itu yang ditahan polis kerana bertindak agresif dan menahan dua buah bas serta menyerang kenderaan polis di Kampung Rusila, Marang di Terengganu pagi ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata dalam kejadian pukul 11 pagi, 200 hingga 300 penyokong PAS yang berkumpul di kawasan tersebut bertindak menahan dua buah bas dan beberapa kenderaan yang membawa pengundi dari luar daerah itu.

“Kumpulan itu turut merampas 58 keping kad pengenalan daripada 76 penumpang-penumpang bas itu tetapi polis telah memulangkan kembali kepada pemiliknya,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Berikutan itu, katanya kumpulan itu bertindak melontar batu dan kayu ke arah kenderaan polis dan menyebabkan tujuh buah kenderaan termasuk empat buah kereta, sebuah bas Unit Simpanan Persekutuan (FRU), sebuah jip dan sebuah van milik polis rosak. Beliau berkata bagi meleraikan kekecohan, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

“Cermin kenderaan polis tersebut dipecahkan, bagaimanapun tiada anggota polis tercedera,” katanya.

Musa berkata bagaimanapun, Muhammad Khalil mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan kaca apabila penyokong-penyokongnya yang mengerumuni kereta polis bertindak memecahkan cermin kereta.

“Muhammad Khalil dibawa ke hospital dan menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya.
Beliau berkata polis berjaya mengawal keadaan pada pukul 1 tengah hari.

“Keadaan pulih seperti sedia kala dan FRU juga masih memantau sekitar kawasan tersebut bagi menjamin keselamatan orang ramai keluar mengundi,” katanya.

Musa berkata sejak semalam, 26 orang telah ditahan di Terengganu dan polis akan menyiasat kemungkinan wujud pembabitan pemimpin-pemimpin parti politik dalam kejadian itu. Kumpulan itu juga dipercayai terlibat dalam kes penahanan beberapa buah bas di Kuala Ibai, Terengganu pagi kelmarin.

Antara lain, katanya polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 143 dan 148 Kanun Keseksaan kerana berkumpul secara haram dan merusuh selain kesalahan menurut Akta Pilihan Raya 1954.

Beliau berkata sehingga semalam, sebanyak 417 kes dilaporkan sepanjang proses pilihan raya dan sebanyak 300 kes telah disiasat.

Musa turut memberi amaran keras kepada mana-mana parti yang bertanding agar tidak membuat perarakan bagi meraikan setiap calon yang menang. Polis terus mengawal keadaan pada malam ini hingga esok bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Kita tidak mahu mana-mana pihak yang menang membuat perarakan dan mana-mana yang kalah membuat kacau hingga mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya. – Bernama

cikwiduri: tak perlu ambil tindakan terburu-buru jika ingin tawan sebuah pemerintahan.

Rumah Pengerusi SPR disimbah cat merah

KUALA LUMPUR : Kediaman Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman disimbah cat merah tengah malam tadi, dipercayai akibat rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap keputusan SPR membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Sabtu ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam, ketika Abdul Rashid dan keluarganya sedang tidur. Sebelum itu, beliau menyertai sesi wawancara di sebuah stesen televisyen swasta.

Beliau yang hanya menyedari kejadian itu pada pukul 7.30 pagi ketika keluar untuk menyerahkan kunci kereta kepada pemandunya, terkejut melihat keadaan luar rumahnya dipenuhi dengan cat merah.

“Saya tidak tahu siapa yang melakukannya kerana tiada sebarang bunyi pelik atau kejadian aneh malam tadi.

“Saya hanya menyedari kejadian itu sejurus membuka pintu rumah dan melihat tembok, sebahagian besar lantai dan pintu pagar dilumuri cat merah selain turut terkena pada salah sebuah kereta. Tanpa berlengah saya terus membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Beliau percaya kejadian yang pertama kali menimpanya itu bermotifkan politik dan mempunyai kaitan dengan isu pembatalan cadangan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum 8 Mac ini, yang ditarik balik dua hari lepas oleh suruhanjaya itu.

SPR membuat keputusan itu berikutan laporan keselamatan yang diterima SPR yang mendedahkan terdapat pihak tertentu membeli dakwat terbabit dari luar negara.

Abdul Rashid berkata kejadian itu tidak akan sesekali mematahkan semangatnya dan tidak akan mengubah sebarang keputusan berkenaan pilihan raya yang telah dibuat.

“Mereka yang melakukan dajal ini tentunya tidak berpuas hati dan tidak mahu menerima alasan rasional yang diberi SPR, mereka hanya ikut perasaan dan tidak menggunakan akal yang waras.

“Hari ini rumah saya menjadi mangsa tetapi saya tidak gentar… saya tidak terjejas dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, saya akan terus lakukan apa yang perlu dan wajar seadil-adilnya,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan faktor keceluparan sesetengah pemimpin politik yang mencaci dan mempertikaikan keputusan SPR, mendorong para pengikut parti bertindak di luar kawalan kerana terpengaruh dengan dakyah pemimpin tersebut tanpa berfikir panjang.
- Bernama

cikwiduri: Dakwat khas itu tentu ada caranya yang boleh digunakan bagi mengelak penipuan. Kenapa perlu dibatalkan ye? Hanya mereka sahaja yang tau. Politik.. politik..

PAS bekal alat pengimbas kad pengenalan

KUALA LUMPUR: PAS akan membekalkan alat pengimbas kad pengenalan kepada petugas parti itu terutama ejen pilihan rayanya di seluruh negara bagi menghalang kehadiran pengundi hantu.

Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Mohamad Shahir berkata dengan adanya alat itu, ejen berkenaan akan dapat mengesan pengundi yang menggunakan kad pengenalan palsu dan menahan mereka sebelum membuat laporan polis.

“Penggunaan alat itu adalah antara langkah menghalang kehadiran ‘pengundi hantu’ terutama di Kelantan dan Terengganu dan juga kawasan ‘panas’ lain, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

“Kalau ada yang datang mengundi menggunakan kad pengenalan palsu kita akan membuat tangkapan dan membuat laporan polis dengan segera untuk menghalang mereka daripada mengundi,” katanya.

Katanya langkah itu bukan bertujuan menghalang anak tempatan mengundi tetapi menghalang mereka yang bukan pengundi yang berdaftar untuk mengundi di kawasan tertentu. – Bernama

cikwiduri: Syabas! Semoga dapat tangani ‘pengundi hantu’ yang mengganggu.

Batal guna dakwat khas

PUTRAJAYA: Pihak polis mengesan wujud pihak tidak bertanggungjawab yang membeli dakwat khas dari negara jiran untuk memperdaya pengundi di kampung dan pedalaman bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi itu.

Mereka dikesan selepas pihak polis mendapat laporan berhubung empat individu yang dipercayai membeli dakwat khas dari luar negara untuk digunakan sebelum hari mengundi, Sabtu ini.

Kes empat individu berkenaan dilaporkan antara 16 hingga 21 Februari lalu, masing-masing satu kes di Kedah dan Kelantan serta dua kes di Perlis.

Modus operandi yang digunakan mereka adalah dengan masuk ke kampung dan pedalaman dan mencalitkan dakwat khas pada kuku pengundi sebelum pilihan raya umum berlangsung, dengan alasan orang ramai hanya dibenarkan mengundi sekiranya sudah mencalitkan dakwat terbabit pada kuku masing-masing.

Sasaran utama mereka adalah orang kampung dan pedalaman yang kurang faham atau tidak jelas mengenai penggunaan dakwat khas yang pertama kali dicadangkan digunakan pada pilihan raya umum kali ini.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk membatalkan cadangan penggunaan dakwat khas kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) Sabtu ini supaya ia tidak mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman, berkata keputusan itu dibuat selepas didapati penggunaan dakwat kekal khas itu berpotensi besar menimbulkan perselisihan faham, pertengkaran pergaduhan di tempat mengundi.

“Selepas mendapatkan nasihat perundangan dan meneliti dari sudut ketenteraman serta keselamatan awam, SPR yang bermesyuarat hari ini (semalam) memutuskan untuk membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal ini.

“SPR amat dukacita atas keputusan ini, namun demi menunaikan kewajipan dan tanggungjawab dalam memastikan kelancaran proses pengundian, keselamatan dan ketenteraman awam, kita perlu mengambil tindakan tegas dan muktamad,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPR, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Abd Rashid berkata, terdapat juga kemungkinan pengundi yang diperdaya tidak keluar mengundi kerana bimbang dianggap melakukan kesalahan.

“Selain itu, kehadiran mereka juga boleh menimbulkan keraguan di kalangan ejen calon dan petugas SPR mengenai status pengundi itu.

“Ini boleh menyebabkan tercetusnya kekecohan di pusat mengundi yang mungkin sukar dikawal jika berlaku secara berleluasa,” katanya.

Ditanya apa yang akan dilakukan dengan bekalan dakwat khas yang sudah dibeli dari India, Abdul Rashid berkata:

“Kita akan uruskan itu… Ada negara lain yang menggunakan dakwat sama, mungkin kita tukar dengan benda lain.”

Sementara itu, Musa berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci, termasuk terhadap empat lelaki berusia antara 33 hingga 40-an itu dan kes mereka diklasifikasikan sebagai cubaan menipu. – HM

cikwiduri: masih belum telus ke pengundian di Malaysia nie?

Artis bogel di set pengambaran

Pagi tadi I baca artikel nie di Harian Metro. Then baca Harian Metro online tentang topik yang sama. About artis melayu wanita yang berbogel di set pengambaran dibuat di pinggir hutan.

I ask my clik. Sapa artis nie. My click gelak jew. I search then dapat lah jawapannya.. Seorang artis muda, kulitnya hitam manis, yang memang ada masalah disiplin pun.

No wonder la sebelum ke set pengambaran, dia dah beli arak siap-siap. Malamnya buat pesta di atas bukit. Pesta sex! Hahaha.. Next morning, another krew nak panggil artis nie dengan krew yang lain untuk mulakan shooting. Terkejut gila la krew tue sebab dia tengok artis tue tidur berbogel di dalam jip sambil dipeluk krew yang juga mabuk.

So, what do you think? Kisah ini dan kisah gambar bogel artis tersiar, jangan pula kata “super impose” kerana banyak sangat dah bukti. Takut nanti artis-artis berkenaan, laku hanya kerana SEX. Kucing tak kan tolak ikan kalau dah ade depan mata.

cikwiduri: tengok free gambar artis yang bikin hot!

Gossip:
- Artis wanita nafsu kuda?
- Artis anak pontianak lagi!
- Artis nafi anak kandung
- Artis AF 2008
- DJ berpesta ganja
- Artis kebas barang hotel
- Artis senior selera ‘mat saleh’
- Artis ‘anak pontianak’ bogel?