MURTAD: Siti Fatimah @ Tan Ean Huang

Siti Fatimah Tan Abdullah

PULAU PINANG: Kes terbaru murtad mula membahang di negeri ini apabila satu lagi kes tuntutan murtad difailkan oleh seorang wanita mualaf pada 10 Julai 2006.

Sumber yang dipercayai berkata, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang telah menetapkan 24 April ini bagi memperdengarkan keputusan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam.

Tarikh itu ditetapkan oleh Pendaftar Mahkamah Syariah, Azzeman Omar, setelah kes itu disebut di hadapannya pagi ini.

Keputusan kes itu akan dibacakan oleh bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu dahulu, Othman Ibrahim, yang ketika ini merupakan Ketua Hakim Syarie Perlis.

Peguamnya, Ahmad Jailani Abdul Ghani berkata, keputusan mengenai kes itu sudahpun dibuat dan hanya menunggu ia dibacakan oleh hakim berkenaan.

Terdahulu, Siti Fatimah, 38, atau nama asalnya Tan Ean Huang, memfailkan permohonannya itu terhadap Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) selaku defendan. MAIPP diwakili peguam syarie Ahmad Munawir Abdul Aziz.

Beliau mendakwa tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian.

Fatimah yang berasal dari Nibong Tebal dalam afidavitnya memohon keluar daripada Islam kerana beliau tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak dia memeluk Islam pada 25 Julai 1998 dan berkahwin dengan Ferdoun pada 16 Sept 2004.

Beliau yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.

Dalam tuntutannya juga, Siti Fatimah menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.

cikwiduri: Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk membawa Natrah balik ke Belanda.

Keprihatinan seluruh umat Islam dan masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu dengan berjalan kaki dan berbasikal, berkumpul dan berdemonstrasi di Singapura untuk membantah serta mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikit pun memikirkan perasaan takut berhadapan dengan bedilan peluru serta cota tentera British yang menghalang mereka.

Itu dulu..jika dibandingkan dengan umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus yang hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan sejumlah 100,000 (Mufti Perak), dan 250,000 kes (2006) yang telahpun murtad “tanpa paksaan” dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara.

Saya dapati kes ini tidak mendapat liputan panas media mungkin kerana wanita tersebut adalah seorang ‘mualaf’ ataupun ianya telah terlalu lama dijerukkan selama 2 tahun dari (2006 – 2008).

Terdahulu, kes murtad Azlina Jailani @ Lina Joy pernah membuat permohonan pada tahun 1997 untuk menukar namanya kepada Azlina Lelani tetapi ditolak kerana telah menukar agama Kristian.

Diikuti dengan kes keluar dari Islam secara sukarela iaitu Mohamad Ya, 57; Mat Yaakob Ismail, 56; Kamariah Ali (isteri Mohamad Ya), 51; dan Daud Mamat, 62, mengemukakan rayuan terhadap Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Kes murtad bukanlah perkara baru dibincangkan di Malaysia yang terkenal antara negara yang memperjuangkan Islam hadhari. Anak orang Melayu pun boleh murtad (kes Aishah), inikan pula seorang mualaf yang ditinggalkan suami dan dia masih lagi merangkak untuk mengenali Islam. Apakah badan keIslaman negara hanya memandang enteng masalah sebegini?

Daripada Ibnu Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab, berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll).

“Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh.” (Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud).

Related:
- MURTAD: Azlina Jailani @ Lina Joy
- MURTAD: Islam dihina di Malaysia
- MURTAD: Permohonan Siti Fatimah diterima
- MURTAD: Selimah Mat buried according to Buddhist rites

43 Responses to “MURTAD: Siti Fatimah @ Tan Ean Huang”

  1. mutiara_hati89 Says:

    Umat islam sekarang tidak seperti 1400 tahun dahulu..makin mundur..tiade lg pewaris pejuang seperti Umar Al-Khattab, Usamah b.Zaid..Kehidupan umat islam skrg lbh kurang same dgn non-muslim..cmne non-muslim b’minat nk msk islam..
    Semoga Allah melindungi umat islam akhir zaman dan beri kekuatan utk bangkit seperti dulu menyirami dunia dengan cahaya keimanan..AMIN..

  2. rosli Says:

    Salam semua..

    Panjang betul isu ni dibincangkan.

    Mari kita tegok apa pandangan peguam yang membela Fatimah Tan ni

    tengok dlm http://ustjai.wordpress.com

  3. sori dad Says:

    apa rasionalnya membunuh si murtad?si murtad tak akan kembali walaupun dgn ancaman kpd nyawanya!

    sebab utk mencegah org lain dr berbuat perkara yg sama tak blh dipakai sama sekali…

    kalo dah tak caya,nak rujuk ke JAKIM ka mana ka..tak akan berhasil

    habis,tgjwb kita utk mbunuh si murtadin ker?

  4. cikwiduri Says:

    sori dad
    rujuk lah pada al-quran dan hadis
    ulama cuma membahaskannya dan kita ikut apa yang benar

  5. sori dad Says:

    bobkhairul . tgh piqiaq ni

    secara rasional,tak ka hangpa pernah piqiaq awat org yg keluaq dr agama (murtad)harus dibunuh?

    awat kena ucap panjang bila org mempersoalkan hukum bunuh ni?

    kalo bukan memaksa,apa maksud hukum bunuh ni?maintain status qou jumlah muslim dunia?hukum ni dicipta tangan ulama sendiri,pastu depa pakai nama nabi???

  6. bobkhairul Says:

    ” Sesungguhnya masuk SYURGA ku itu bukan kerana PAHALA atau AMAL IBADAT tetapi kerana RAHMAT ku…”
    ” Dan Aku BEBAS memilih SIAPA sahaja untuk ku masukkan ke SYURGA ku…”

    ada paham ka???
    pikir…pikir…pikir….

  7. bobkhairul Says:

    oppsss…sori satu group aku tertinggal….

    Orang HINDU aku nak tanya… korang cakap pasal KRISHNA, MURUGAN, GANESH ni korang kenal ke DIAorang tu siapa sebenarnya?

    hehehehe….jgn mara aaa…..

  8. bobkhairul Says:

    Orang ISLAM aku nak tanya… korang cakap pasal ALLAH ni korang sendiri kenal ke ALLAH tu ape? atau siapa?
    hehehehe….

    Orang CHRISTIAN aku nak tanya… korang cakap pasal JESUS ni korang kenal ke SIAPA JESUS ni?
    hehehehe….

    Orang BUDDHA aku nak tanya… korang cakap pasal SIDDHARTA GAUTAMA BUDDHA ni korang kenal ke siapa DIA?
    hehehehe….

    Orang SIKH aku nak tanya… korang cakap pasal GURU NANAK ni korang kenal ke DIA tu siapa sebenarnya?
    hehehehe….

    ” Sesungguhnya masuk SYURGA ku itu bukan kerana PAHALA atau AMAL IBADAT tetapi kerana RAHMAT ku…”
    ” Dan Aku BEBAS memilih SIAPA sahaja untuk ku masukkan ke SYURGA ku…”

    Jadi masingmasing aku cadangkan :-
    1) Buat le AMAL IBADAT banyak-banyak !!! pastu ikut stail yahudi tipu orang sana HITAMkan yang di DALAM dan gilapkan yang DILUAR….
    2) Buat le AMAL IBADAT banyak-banyak !!! pastu ikut stail yahudi tipu orang sana HITAMkan yang di DALAM dan gilapkan yang DILUAR….
    3) Buat le AMAL IBADAT banyak-banyak !!! pastu ikut stail yahudi tipu orang sana HITAMkan yang di DALAM dan gilapkan yang DILUAR….

    ditujukan KHAS untuk SEMUA BANGSA dan AGAMA di dunia !!!
    hheheheheheehhehehe….

    • hidayah Says:

      isytifar byk2 bro…(jika anda sorg islam)
      m’ucap byk2

      KeTuhanan
      Yahudi dan Islam menganggap Tuhan itu Satu. Tuhan Yahudi disebut Yahweh yang merupakan bentuk ketiga tunggal ”Dia adalah” (He who is). Ada pun Tuhan dalam Islam disebut Allah yang merupakan bentuk tunggal dan tertentu dari Ilah (Sembahan/Tuhan). Dalam Al Qur’an surat Al Ikhlas dijelaskan tentang keEsaan Tuhan:
      Katakanlah: “Dia-lah Allah, Yang Maha Esa,
      Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
      Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,
      dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia”. [Al Ikhlas:1-4]
      Sebetulnya dalam Alkitab keEsaan Tuhan juga dijelaskan dalam 10 Perintah Tuhan yang ada di Exodus 20:
      Lalu Allah mengucapkan segala firman ini:
      “Akulah TUHAN, Allahmu, yang membawa engkau keluar dari tanah Mesir, dari tempat perbudakan. Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku. [Exodus 20:1-3]
      Tapi meski dalam Yahudi dan juga Islam Tuhan itu adalah Satu termasuk zatNya, namun dalam agama Kristen ada doktrin Trinitas yang menyatakan bahwa Tuhan terdiri dari 3 oknum (person) yaitu Bapak, Anak, dan Roh Kudus yang diformulasikan pada abad ke 4 M oleh Saint Augustine. Dalam konsep Trinitas disebut Satu itu Tiga dan Tiga itu Satu. Trinitas/Triniti/Tritunggal terdiri dari 2 kata: Tri artinya Tiga dan Unity artinya Satu.
      Berbeda dengan Al Qur’an surat Al Ikhlas yang menyatakan Tuhan tidak beranak atau diperanakkan (berbapak) di Alkitab disebut:
      Allah, yaitu Bapa dari Yesus, Tuhan kita, yang terpuji sampai selama-lamanya, tahu, bahwa aku tidak berdusta” [2 Corinthian 11:31]
      Terpujilah Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, Bapa yang penuh belas kasihan dan Allah sumber segala penghiburan [2 Corinthian 1:3]
      Di ayat di atas jelas disebut Allah adalah Bapa dari Tuhan Yesus. Sebaliknya dalam Islam diajarkan Monoteisme yang mutlak/Tauhid bahwa Allah itu satu dan tidak punya anak atau pun sekutu:
      “Dan katakanlah: “Segala puji bagi Allah Yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan Dia bukan pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya.” [Al Israa:111]
      Maha Suci Allah dari mempunyai anak dan sekutu.
      “Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebahagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu,” [Al Mu’minuun]

      so..u fikir la sdr…

  9. bobkhairul Says:

    Hai manusia semua !!!
    ( tidak kira apa bangsa dan agama)

    ALLah berkata :-
    ” Sesungguhnya masuk SYURGA ku itu bukan kerana PAHALA atau AMAL IBADAT tetapi kerana RAHMAT ku…”

    dan…

    ” Dan Aku BEBAS memilih SIAPA sahaja untuk ku masukkan ke SYURGA ku…”

    ALLAH = SYURGA = SEMUA perkara yang BAIK.
    SYAITAN = NERAKA = Semua perkara yang BURUK.

    Semua agama ajar benda yang BAIK dan Syaitan itu berjanji menggoda ANAK ADAM (bukan org ISLAM sahaja tu) hingga KIAMAT….

    paham ke????

    so???

    Lu Pikiaq La Sendiri…..

  10. SW Says:

    How Do We Know Islam Is the Truth?

    Islam means: Submission; and as the name of the religion, it stands for: “Unconditional submission to the One and Only Creator-Sustainer”. All beings in the universe owe their existence to the Creator-Sustainer, who alone is without beginning, without end.

    And among the created living beings, only man is endowed with reason and freewill – two special traits that together form the basis of human creativity. Man’s unique position in the universe as well as his inherent creative potential was meant to take him to the peak of material progress, and to benefit humanity as a whole.

    But those very same qualities have also a tendency to generate in him a diabolic sense of self-conceit and hubris: And so man needs Divine guidance for his own good and real success.

    From the very inception of man on earth, God had been sending to mankind His chosen prophets, who included among others, Abraham, Noah, Moses, Jesus and the Final Prophet Muhammad, peace and blessings of God be upon them all.

    And there never was a nation to whom a prophet was not sent. These prophets, with the help of Divine revelation taught humanity, ways of tempering their passions to lead on earth a life of virtue and peace seeking the general welfare of all.

    Generation after generation, as humanity made progress through centuries, the guidance of God had been available to them in the teachings of the prophets as well as in the Divine books revealed to them.

    But as mankind came of age at the dawn of modern civilization as it were, a Prophet came, through whom God completed and perfected His Guidance. His name is Muhammad (peace and blessings of God be upon him) and the book of God revealed to him, is the Quran.

    In the Quran, Allah Almighty tells us how He took the covenant of all the human souls who would come to live on earth generation after generation:

    *{ When thy Lord drew forth from the Children of Adam – from their loins – their descendants, and made them testify concerning themselves, (saying): “Am I not your Lord (who cherishes and sustains you)?”- They said: “Yea! We do testify!” (This), lest ye should say on the Day of Judgment: “Of this we were never mindful }* (Al-A`raf 7:172)

    This means that Allah made all the souls before their birth on earth to testify that He is their Lord. In other words, every child is born with a natural belief in Allah and an inborn inclination to worship Him alone. The foregoing also means that there is a Day of Judgment when each soul will be held responsible and answerable for their willful actions.

    But later as each soul is born into this world and lives here, they are in a state of forgetfulness and are unaware of the covenant made in primordial time before God. Besides, they come under various influences that prompt them to ignore their innate and natural yearnings towards God.

    But there are signs in all regions of the earth and in their own souls, which awaken from time to time the glimmerings of the truth of God. And they may hear from the four corners of earth the echo of their own testimony before God: “I bear witness that there is no god other than Allah”.

    And so, if the people are honest with themselves, they will reject their false gods and hasten towards Allah.

    Islam as a religion is not only natural, but also rational, in the sense that it bases its fundamental beliefs on principles furnished by reason. In fact the elemental simplicity of its creeds points to its natural and rational basis. It is no wonder therefore, that its creeds devoid of any theological complexity and are so easily understandable to ordinary humans.

    One can mention the egalitarianism of Islam as a great service to the cause of humanity. As H.A.R Gibb has noted: “No other society has such a record of success in uniting in an equality of status, of opportunity, and of endeavors so many and so various races of mankind… Islam has still the power to reconcile apparently irreconcilable elements of race and tradition. If ever the opposition of the great societies of East and West is to be replaced by cooperation, the mediation of Islam is an indispensable condition. In its hands lies very largely the solution of the problem with which Europe is faced in its relation with East. If they unite, the hope of a peaceful issue is immeasurably enhanced. But if Europe, by rejecting the cooperation of Islam, throws it into the arms of its rivals, the issue can only be disastrous for both.” (H.A.R. Gibb: “Whither Islam” London, 1932, p.379.)

    “History shows that the Muslims increased in civilization and progressed in relation to the strength of the truths of Islam; that is, to the degree that they acted in accordance with that strength. And history also shows that they fell into savagery and decline, and disaster and defeat amidst utter confusion to the degree of their weakness in adhering to the truths of Islam.” (Nursi)

    Allah in the Quran commands Muslims to learn lessons from history, so that old mistakes are not repeated and new ways of solving problems are discovered while making headway in different areas of life. Deriving inspiration from the Quran, Muslims ought to not only undertake the quest for knowledge with the intention of discovering the meaning of existence, but also to work for the welfare of all human beings, indeed of all creation: In fact the Holy Quran, as well as the Example of the Prophet, teaches them to combine faith in God with love for His creation.

    The foregoing means that Islam can lead the world to peace, progress and happiness in the future, IF only Muslims once again “hold fast to the Rope of Allah all together” (Aal `Imran 3:103) and “strive with their might and main” (At-Tawbah 9:20) in the Way of Allah Almighty.

  11. shasha wardah Says:

    sedih melihat sikap manusia2 yg berfikiran cetek & hanya mementingkan duniawi! nauzubillah….

  12. shm Says:

    asmida and adi.If both of u mamai atau giler ngan ayat sendiri lbh baik, TUTUP je mlot dr berkata-kata krn silap ckp sendiri nahas!!!

  13. roy Says:

    ia tak akan jadi masalah kalo maklumat agama tak wujud dlm mykad.

    nak debat2…tu salah undang2 negara nak yg bukan islam kahwin islam tu masuk islam

    jadi, siapa yg ikhlas masuk islam?

    tak heran dia keluar dr islam @ masuk islam cuma utk kahwin

    kebebasan dialah nak keluar dr islam

    ia bukan agama pilihan dia pun

  14. hamba Allah Says:

    “BIARKAN LAH … LAGI PUN DIA MASUK ISLAM PUN DENGAN NIAT NAK KAWIN JERRR …. YG ISLAM KAT LUAR TUUU LAGI RAMAI YG MURTAD DAN TAK IKUT HUKUM ISLAM” adi ali

    “Agama islam ni banyak main paksa” asmida

    hmm mengucap panjang la wahai kawan2..ya, mmg betul kebanyakan “mereka2″ yg murtad ni bukan dipaksa utk tukar agama, dan mereka tak amalkan pun ajaran islam secara menyeluruh TETAPI sedarlah teman sekurang- kurangnya “mereka2 ini” akan mati dlm “KALIMAH ALLAH” kalimah syahadah!!!..sepatutnya sebagai saudara Islam yg mmg sudah lahir sebagai Islam patut bimbing saudara2 baru ini..bukan menggalakkan..dan menyalahkan hukum ISLAM tu!!!!…subhanallah..

  15. yang hina kerdil Says:

    ye betul hukum hudud,qisas,ta’zir(wajib dijalankan oleh pemerintah tp msia nma shja islam tp xjalankan hkum islam).dlm hukum islam org yg murtad pertama hendaklah nasihat spy kembali jika dia ingkar maka wajib dan hukum bunuh kpd yg murtad dan tak mahu kembali kpd islam.allahakbar!

  16. ikankoruk Says:

    oshkosh,

    betul ke orang Islam perlu membunuh orang Islam yang keluar dari Islam untuk bertukar agama?

    tq.

  17. oshkosh Says:

    PULYE;
    1)Anda menyebut tentang hadith2 palsu wujud & dikatakan sahih.Adakah anda ‘mencadangkan’ hukuman murtad ini datangnya dari hadith tersebut? Ayat2 anda semacam mengiakannya.
    2)“Menjatuhkan hukum pun perlu dikaji adakah ianya bersesuian pada keadaan itu atau tidak”. Saya langsung tidak setuju dengan kenyataan ini. Islam agama sepanjang zaman. Hukumnya boleh digunapakai dari dulu sampai sekarang. Zaman Nabi S.A.W disuruh wanita menutup aurat (rambut) sebagai contoh, adakah kita perlu mengkaji pada waktu kini sama ada sesuai lagikah perempuan menutup rambutnya? Adakah anda lupa dengan ayat “Kami dengar, Kami patuh”? Tak perlu diperdebatkan/dikaji lagi.

    Mr Toleransi;
    1)Saya tidak pasti tujuan sebenar komen anda tetapi pada pendapat saya ayat anda bertujuan melaga-lagakan umat Islam. Minta maaf kalau saya silap, tetapi saya rasa anda bukan orang Islam. Jika anda Muslim ternyata anda orang yang jahil.

    Asmida;
    1)Pada pendapat saya, kemungkinan besar anda bukan orang Islam. Anda hanya menyamar menggunakan ‘nickname’ yang membuat orang menyangka anda orang Islam. Jika benar anda menyamar, bermakna anda bertujuan melaga-lagakan orang Islam. Saya hairan kenapa anda takut? Orang Islam tidak pernah memusuhi orang kafir. Agama Islam tak pernah memaksa orang kafir menganuti Islam. Tetapi anda harus faham, bila anda memeluk Islam anda tertakluk dibawah hukum-hakamnya. Sama seperti masuk ‘army’, kerajaan tidak memaksa rakyatnya jadi askar tetapi bila anda memilih untuk jadi askar maka anda diwajibkan patuh arahan-arahannya. Sukar sangatkah untuk memahami konsep ini?
    2)Jika sangkaan saya pada (1) salah, dan anda sesungguhnya seorang muslim maka ternyata sekali anda jahil. Saya tidak tahu adakah anda tidak diberikan didikan agama yg secukupnya (tugas ibubapa anda) ataupun sememangnya anda yg tidak mahu belajar agama. Ternyata anda seorang yg angkuh, apakah maksud anda dengan ayat “Agama islam ni banyak main paksa”? Anda langsung tak faham dengan Islam, Islam adalah agama yg lebih kepada ‘prevention’ berbanding kepada menghukum. Saya bukannya ustaz atau ulama tetapi dari pembelajaran saya sudah cukup ‘membuka’ mata saya kepada kesucian Islam. Contoh senang, Quran tidak menyatakan “Janganlah kamu berzina” secara ‘direct’ tetapi menyatakan “Janganlah kamu mendekati zina”. Sebagai manusia yg berakal anda seharunya dapat berfikir yg Islam sangat2 mengharamkan zina kerana perkara yg ‘mendekati’ zina pun sudah dilarang inikan pula perbuatan zina itu sendiri. Ini sama dengan kes murtad, jika sewenang2nya orang keluar dari Islam maka ‘kesucian’ Islam itu sendiri sudah tiada. ‘Hukuman’ murtad itu sendiri bagi saya adalah langkah ‘prevention’.
    3)Anda mempersoalkan tentang adakah orang yg membunuh orang yg murtad itu tidak takut akan dosa? Anda ternyata sekali jahil & saya sudah muak memberikan penjelasan kepada anda. Cadangan saya, anda pergi mendalami agama Islam dan jika anda kafir diharap anda jangan memeluk Islam jika tidak terlebih dahulu memahaminya (ternyata anda takut dihukum bunuh jika murtad kembali).

    Adi ali;
    1)Sikap beginilah yg menyebabkan Islam ‘lemah’.

    Norhayati Kaprawi(SIS);
    1)“Pendirian kami adalah – apabila seseorang itu tidak mahu berada di dalam suatu agama, tidak ada guna bagi pihak berkuasa menyekatnya dari keluar.” Inilah contoh orang Islam yg meruntuhkan sendiri agamanya. Sudahlah terang-terangan sesat malah menyesatkan orang Islam lain. Saya sangat membenci SIS dan sebab utamanya bukanlah kerana perjuangan sekularnya tetapi perkataan ‘Islam’ pada pertubuhan tersebut. Saya amat malu dengan perjuangannya yg lebih kepada menentang Islam tetapi menggunakan nama ‘Islam” itu sendiri. Saya pernah membaca artikel yg ditulis oleh salah seorang ahli SIS (sudah lupa siapa) dlm newspaper, si sohai itu dengan bangga menyatakan maknya walaupun tidak bertudung tetapi sangat alim. Tidak pernah meninggalkan solat, etc. The point is, that Sohai mau menunjukkan yg orang yg tidak bertudung ini tak semestinya jahat. Yes, u doesn’t have to prove anything. We know that. Islam mengarahkan wanita menutup aurat so why want to argue? Contohnya, jika ada sifulan binti sifulan yg memakai tudung tetapi tak pernah sembahyang ternyata dia ada kebaikannya. Mak u dah terang2 melanggar perintah Allah, si anu itu walaupun tidak sembahyang tetapi dia masih takut melanggar perintah Allah secara terang-terangan (perbuatan yg orang nampak). Sembahyang boleh dikategorikan secara sembunyi kerana kita tidak tahu apa yg dilakukan oleh semua orang. Saya tidak berani menyatakan orang itu masuk syurga, orang ini masuk neraka kerana itu hak Allah semata2. Tetapi jika anda sayang ibu anda maka tentunya anda mahu dia melakukan perbuatan2 yg mendekati syurga. Baguslah ibu anda seorang yg alim tetapi bukankah lebih bagus jika ibu anda alim & menutup aurat? Anak boleh menasihati Ibu bapanya tetapi ianya salah bapa anda kerana tidak dapat ‘mengawal’ perbuatan isterinya. Suami yg baik tidak akan membenarkan isteri atau tanggungannya (anak2nya) melakukan perbuatan mungkar. Saya memohon agar Allah dapat mengampunkan saya jika terdapat kesilapan dalam penjelasan saya kerana saya tidak mahu dikategorikan sebagai orang yg menyesatkan. Bukan itu niat saya. Amin.

    p/s: I stand corrected…

  18. Ijam Says:

    Hidup dan mati kita hanya untuk Allah..tiada Tuhan lain lagi di dunia ini yang patut disembah melainkan Allah S.W.T..renung2kanlah cik asmida~

  19. cikwiduri Says:

    aidamanap88 : saya sokong komen anda :)

  20. aidamanap88 Says:

    to ASMIDA…u faham ker aper yang u tulis..?? u malay or what?? juz ask…

  21. aidamanap88 Says:

    Hanya Allah yg lebih bkuasa dan berhak menghukum manusia yg dikehendakinya…kita sbg manusia hanya mmpu untuk berusaha menyelamatkan ssorg muslim itu daripada murtad…semoga mereka(murtad) mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah s.w.t

  22. ReN Says:

    [SN173] Pada hari khamis lepas telah terpahat dalam lembaran sejarah kehakiman Negara Malaysia, apabila Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang meluluskan permohonan murtad oleh seorang wanita yang bernama Siti Fatimah, 39 yang nama asalnya ialah Tan Ean Huang. Penghakiman itu diberikan oleh Hakim Syarie Othman Ibrahim manakala Siti Fatimah diwakili oleh peguam syarie Ustaz Ahmad Jailani. Kes ini ternyata mengundang reaksi dari banyak pihak kerana ia menjadi ‘landmark case’ yang membenarkan permohonan murtad di Malaysia. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas hal ehwal Islam, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat dari pelbagai kaum seharusnya menerima keputusan ini. Keputusan mahkamah itu dibuat selepas majlis penasihat membuat pertimbangan sewajarnya dan seharusnya diterima oleh orang ramai [UM 09/05/08]. Di antara orang yang gembira dengan keputusan mahkamah ini adalah presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting yang menyatakan, “Ini adalah langkah penting untuk rakyat Malaysia yang progresif, berbilang kaum dan berbilang budaya. MCA selalu menekankan bahawa agama adalah satu hal peribadi dan ia adalah hak setiap rakyat Malaysia untuk memilih agama masing-masing sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan”. Tegasnya lagi, “adalah menjadi hak Siti Fatimah untuk memeluk Islam dan begitulah sebaliknya, menjadi haknya juga untuk keluar dari Islam.” Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah turut mengeluarkan kenyataan yang hampir sama, “adalah menjadi hak Siti Fatimah untuk kembali kepada agama asalnya (tetapi) Majlis sepatutnya mengambil berat kebajikan mua’laf seperti Siti Fatimah” [sila rujuk http://thestar.com.my untuk membaca komen penuh yang diberikan].

    Seperti biasa, kumpulan liberal yang sering ‘dinaikkan’ dalam isu murtad ini adalah Sisters In Islam. Pengurus programnya, Norhayati Kaprawi berkata, “Pendirian kami adalah – apabila seseorang itu tidak mahu berada di dalam suatu agama, tidak ada guna bagi pihak berkuasa menyekatnya dari keluar. Kes ‘landmark’ ini adalah selari dengan ajaran Islam dan juga Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama” [http://thestar.com.my]. Turut sama mengulas isu ini adalah Mufti Perlis Mohd Asri yang menyifatkan keputusan ini adalah ‘tepat’ dan komentari ini terkandung dalam laman webnya “..Saya puji tindakan peguam Ahmad Jailani Abd Ghani dan Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim kerana berani mengendalikan kes sebegini yang pertama kali seumpamanya di Malaysia…Akidah Fatimah atau nama sebenarnya Tan Ean Huang, 39, yang tidak mengamalkan ajaran Islam sejak awal lagi sudah murtad, walaupun sebelum mendapat pengiktirafan mahkamah,” [BH 10/05/08]. Amat menyedihkan apabila orang-orang Islam yang sepatutnya menjaga agama Islam dan sepatutnya berjuang untuk menegakkan agama Allah ini, sebaliknya menyokong keputusan mahkamah syariah yang diputuskan bukan berdasarkan hukum Allah, malah bertentangan langsung dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Walau apa alasan yang diberikan oleh hakim, peguam, mufti, pemimpin Islam mahupun pemimpin bukan Islam, namun yang pasti, ‘kebenaran’ dan ketepatan itu hanyalah apabila kita berhukum dengan hukum Allah, bukan mengikut akal masing-masing. Ukuran ‘kebenaran’ itu adalah apabila ia ‘bertepatan dengan Al-Quran dan Sunah’, bukannya kerana bertepatan dengan logik akal, bukannya kerana bertepatan dengan Perlembagaan dan bukannya kerana bertepatan dengan Enakmen Aturcara Mal 2004 Pulau Pinang.

    Sekilas Fakta & Keputusan Kes Siti Fatimah

    Sebelum kita melihat hukum syarak ke atas apa yang berlaku, kita perlu memahami realiti kes Siti Fatimah ini terlebih dahulu dan hujah-hujah yang dibawa oleh semua pihak. Pada 10 Julai 2006, Siti Fatimah telah memfailkan permohonannya terhadap MAIPP selaku defendan, untuk keluar dari Islam. Menurut pernyataan tuntutannya, beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004. Siti Fatimah, yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab. Dalam tuntutannya juga, beliau menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir. Berdasarkan sejumlah fakta yang dikemukakan, dengan hujah peguam dan saksi yang telah meyakinkan beliau, maka hakim Othman Ibrahim berpuas hati yang plaintif tidak mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 25 Julai 1998. Hakim lalu membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad). Beliau juga turut memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) membatalkan sijil memeluk Islam wanita itu. Untuk menukar status dalam kad pengenalan, Siti Fatimah diminta menguruskannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana itu di luar bidang kuasa mahkamah syariah. Hakim Othman Ibrahim dalam pada itu melahirkan rasa kesal dan mengkritik MAIPP kerana lalai dengan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan mualaf.

    Berdasarkan apa yang dihujahkan oleh peguam Ahmad Jailani, kita dapat simpulkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga persoalan/perbahasan penting yang berlaku dalam kes ini. Pertama: permohonan ini bukannya untuk ‘keluar dari Islam’ tetapi untuk ‘menentukan status agama’ Siti Fatimah. Kedua: Siti Fatimah bukan seorang Muslim walaupun telah bersyahadah, kerana dia hanya bersyahadah (untuk masuk Islam) secara ‘formaliti’ untuk membolehkan dia berkahwin dengan orang Islam. Ketiga: Siti Fatimah tidak dikatakan Islam kerana dia sentiasa mempraktikkan ajaran agama asalnya (Buddha) sama ada sebelum atau selepas syahadah (pengisytiharan masuk Islam).

    Menjawab Beberapa Persoalan Dan Kekeliruan

    Persoalan Pertama: Berdasarkan satu wawancara yang disiarkan di Internet [http://youtube.com/watch?v=echaEOz0OrU], Ahmad Jailani mengakui yang memohon murtad adalah haram di dalam Islam dan beliau tidak akan bersetuju dengan perkara ini. Beliau juga yakin bahawa hukuman bagi si murtad adalah bunuh dan beliau tidak akan menyokong jika permohonan adalah untuk murtad. Tetapi di dalam kes ini, ia adalah permohonan ‘untuk menentukan status agama’, sebab itulah beliau sanggup mengambilnya. Sekali dengar, ada logiknya dengan hujah yang dikemukakan, namun umum mengetahui bahawa peguam memang pandai bermain kata-kata. Kita akan dapat tahu apakah permohonan sebenar di dalam kes ini jika kita dapat melihat Pernyataan Tuntutan (Statement of Claim) yang difailkan oleh Ahmad Jailani, namun berdasarkan laporan media, memang salah satu dari permohonan itu adalah untuk mengisytiharkan bahawa si plaintif (Siti Fatimah) telah keluar dari Islam (murtad). Jika benar sekalipun sebagaimana didakwa Jailani, persoalannya adalah, apakah bezanya antara “permohonan mengisytiharkan diri sebagai bukan Islam” dengan “permohonan untuk keluar dari Islam”? Bukankah itu hanya ‘mainan’ kata-kata/istilah perundangan yang sememangnya bersifat terpusing-pusing? Pokoknya, permohonan itu dibuat oleh Ahmad Jailani SETELAH terdapat bukti bahawa Siti Fatimah telah memeluk Islam dan kini memohon untuk keluar dari Islam (memohon murtad). Jadi, hakikatnya di sini adalah “permohonan untuk mengisytiharkan agama Siti Fatimah (Buddha)” adalah permohonan untuk mensahkan bahawa Siti Fatimah telah murtad. Jadi, ia sebenarnya tidak ada bezanya.

    Persoalan Kedua: Ahmad Jailani menegaskan bahawa Siti Fatimah bukanlah seorang Islam walaupun dia telah mengucap syahadah. Ini kerana syahadah yang diucap itu hanyalah untuk memenuhi syarat bagi membolehkan dia berkahwin dengan seorang Muslim. Inilah pendapat dan hujah peguam yang mewakili si murtad ini. Dengan hujah ini jugalah beliau berani menyatakan bahawa ‘ini bukan permohonan murtad’ kerana Siti Fatimah tidak pernah pun masuk Islam. Peguam ini juga menyatakan bahawa keIslaman seseorang itu perlu disertai niat dan semasa mengucapkan syahadah, jelas bahawa Siti Fatimah tidak memahami kalimah ini, jadi dia bukanlah seorang Islam. Jailani tidak menolak kemungkinan yang Siti Fatimah berbohong bahawa dia tidak memahami kalimah syahadah yang dia ucapkan. Yang peliknya, Jailani dalam masa yang sama, menyatakan bahawa Siti Fatimah faham bahawa ‘kesan’ dari syahdatain adalah dia akan menjadi seorang Islam. Jadi, persoalan hukum syarak yang perlu diselesaikan di sini adalah, apakah seseorang itu telah beragama Islam setelah mengucap syahadatain?

    Untuk menjawab persoalan dan kekeliruan ini marilah kita merujuk kepada dua pusaka agung yang ditinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Terdapat beberapa riwayat yang jelas yang menerangkan kepada kita tentang ‘status keIslaman’ seseorang, setelah dia mengucap syahadah. Ibnu Katsir di dalam menafsirkan Surah al-Nisa’ (4) ayat 92-94 menjelaskan dengan panjang lebar tentang asbabunuzul dan makna ayat-ayat tersebut. Menurut Imam Ibn Katsir, dari Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam, ayat 92-93 dari surat al-Nisa ini diturunkan mengenai Abu Darda’, salah seorang sahabat nabi yang telah membunuh seorang lelaki kafir yang mengucap syahadah di saat Abu Darda’ mengangkat pedang (untuk membunuhnya). Abu Darda’ tidak menghiraukan syahadah lelaki itu lalu dibunuhnya juga. Dan apabila dia menceritakan kepada Rasulullah akan apa yang telah berlaku (dengan tambahan keterangan) bahawa lelaki itu mengucap sekadar untuk menghindari dirinya dari dibunuh, lalu Rasulullah bersabda “Hal syaqaqta ala qalbihi?” (“apakah kamu telah membedah hatinya?”) [Tafsir Ibnu Katsir].

    Dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengutus Khalid Al-Walid kepada suku Bani Khuzaimah mengajak mereka masuk Islam. Mereka tidak menyatakan dengan tegas “aslamna” (“kami telah masuk Islam”) tetapi hanya menyatakan “saba’na saba’na” (“kami telah bertukar agama”). Oleh Khalid Al-Walid, dibunuhnya suku tersebut. Apabila sampai berita pembunuhan itu kepada Rasulullah, baginda bersabda seraya mengangkat kedua tangannya, “Allahumma inni abra’a ilaika mimma sana’a Khalid” (“Ya Allah aku berlepas diri kepada Engkau darip apa yang dilakukan oleh Khalid”). Kemudian Rasulullah mengutus Ali bin Abu Talib untuk membayar diyat kepada keluarga yang dibunuh oleh Khalid itu [HR Bukhari]. Imam Ibnu Katsir juga mengutip Riwayat Ahmad, Bukhari dan Bazzar, tentang Miqdad bin Aswad yang diutus dalam sebuah sariyah (peperangan yang tidak diikuti Rasul), lalu beliau membunuh seorang penggembala kambing yang mengucapkan syahadah. Setelah dipanggil ke hadapan Rasulullah, baginda bersabda, “Wahai Miqdad, apakah engkau membunuh seseorang yang mengucapkan syahadah, apakah jawapan engkau besok tentang La ilaha illallah itu?” [sila baca riwayat penuh dalam Tafsir Ibn Kathir 4:94].

    Demikianlah beberapa riwayat yang sahih tentang status seorang yang mengucapkan syahadah yang mana mereka sesungguhnya dikira telah masuk Islam, walau untuk tujuan apa sekalipun syahadah tersebut diucapkan, sama ada untuk menyelamatkan diri dari dibunuh dalam medan perang atau untuk mengelakkan harta dari menjadi ghanimah (rampasan perang). Jadi faktor ‘niat’ bukanlah menjadi syarat sah atau tidak keIslaman seseorang itu, walaupun faktor niat memang boleh mensahkan ibadah seseorang, namun berdasarkan riwayat di atas, ia tidak terpakai di dalam kes ‘masuk Islam’. Satu perkara yang pasti yang tidak diperselisihkan di sini adalah, Siti Fatimah sememangnya telah mengucap dua kalimah syahadah, beliau sendiri mengakuinya, juga terdapat saksi dan terdapat bukti bertulis (Sijil Memeluk Islam). Siti Fatimah memang mengakui bahawa dia telah memeluk Islam untuk berkahwin. Di dalam pernyataan tuntutannya ke mahkamah (yang biasanya disediakan oleh peguam), ada menyebut dengan jelas bahawa “sepanjang memeluk Islam, beliau tidak pernah mengamalkan ajaran Islam…” yang bermaksud, beliau (dan peguam beliau) mengakui bahawa beliau (Siti Fatimah) telah ‘memeluk Islam’. Agak pelik kenapa keIslaman Siti Fatimah dipertikaikan sendiri oleh peguam yang menyediakan pernyataan tuntutan tersebut! Apa yang jelas dari segi hukum syarak adalah bahawa ternyata Tan Ean Huang telah memeluk Islam dan adalah seorang Islam (sebelum murtad). Tidak kira apa niat atau tujuan dia memeluk Islam, yang pastinya apabila dia telah mengucap syahadatain, maka dia telah menjadi seorang Muslim. Inilah ketentuan syarak ke atas orang yang mengucap kalimah suci ini.

    Persoalan Ketiga: Antara isu yang menjadi tulang belakang dalam kes ini adalah ‘perbuatan’ Siti Fatimah setelah dia mengucap syahadah. Menurut wawancara dengan Ahmad Jailani, Hakim bersetuju dengan hujah beliau bahawa semasa mengucap dua kalimah syahadah itu, plaintif (Siti Fatimah) sebenarnya tidak masuk Islam. Ini kerana berdasarkan zahir fakta tidak ada satu pun bukti yang menunjukkan dia mengamalkan (ajaran) Islam. Setelah mengucap syahadah, Siti Fatimah tidak pernah mengamalkan ajaran Islam, malah langsung tidak berubah dan tetap menyembah berhala, memakan babi dan meminum arak. Satu kemungkinan yang wujud di sini adalah Tan Ean Huang ini berbohong kepada peguamnya dan juga kepada mahkamah tentang ‘perbuatannya’. Untuk menang kes, kita tahu bahawa orang Islam pun sanggup berbohong, apatah lagi orang kafir/murtad. Namun, jika dia tidak berbohong sekalipun, isu yang kita perlu putuskan di sini ialah berhubung soal ‘akidahnya’ yang baru memeluk Islam. ‘Tidak mengamalkan ajaran Islam’ tidaklah menjadikan seseorang itu kafir, seperti memakan babi atau meminum arak. Begitu juga jika seseorang itu berzina, mencium perempuan ajnabi, membunuh orang tanpa hak, mencuri, menerapkan hukum sekular dan sebagainya tidak menjadikan seseorang itu kafir. Akidahnya tidak gugur dengan hanya melakukan perbuatan tersebut. Ia hanya menjadikan seseorang itu berdosa kerana telah melakukan keharaman. Berbeza halnya dengan seorang Muslim yang ‘meyakini’ (dari segi akidah) bahawa berzina adalah halal, minum arak adalah halal atau menerapkan hukum kufur/sekular adalah halal. Di sini akidahnya boleh gugur.

    Adapun perbuatan Siti Fatimah yang dikatakan balik ke rumah dan menyembah berhala, maka perbuatan ini sahajalah yang perlu dibawa untuk membuktikan yang dia telah kembali ke agama asal (murtad). Apabila dia telah mengakui dengan jelas bahawa dia telah menyembah berhala Buddha, maka tidak diragukan lagi bahawa dia sekarang telah murtad (keluar dari Islam). Ini kerana dia merupakan seorang yang telah pun bersyahadah sebelumnya. Jadi, dengan kata lain, permohonan sebenarnya adalah agar mahkamah ‘mengesahkan’ bahawa beliau telah keluar dari Islam. Pokok persoalan di sini bukan lagi untuk ‘menentukan status agama’ kerana berdasarkan keterangannya sendiri, kita sudah tahu bahawa dia telah kembali kepada agama Buddha (telah murtad). Jadi, tugas mahkamah dalam kes ini sebenarnya bukanlah untuk ‘mengesahkan’ atau memberi pengiktirafan bahawa dia bukan lagi seorang Islam. Di dalam Islam, fungsi mahkamah di dalam kes ini adalah untuk mengarahkan agar si murtad bertaubat dan jika enggan (setelah diberi tempoh waktu tertentu), maka tugas hakim sekarang adalah menjatuhkan hukum Allah ke atasnya berdasarkan sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam “Barangsiapa yang menukar agamanya, hendaklah kamu bunuh akan dia” [Hadis Riwayat Jemaah ahli hadis, kecuali Muslim]. [Untuk kefahaman lanjut tentang hukum murtad dan tugas mahkamah dalam Islam, sila rujuk SN078: 250,000 Murtad – Masihkah Kita Ingin Berdiam Diri dan juga SN125: Sijil Mati Untuk Lina Joy].

    Keputusan mahkamah yang hanya ‘mensahkan’ agama si murtad, memerintahkan MAIPP agar membatalkan Sijil Memeluk Islam dan meminta si murtad pergi sendiri memadamkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya adalah bertentangan langsung dengan hadis Rasulullah. Ini hanyalah keputusan berdasarkan hukum rekaan manusia di Pulau Pinang yang diputuskan menurut Enakmen Aturcara Mal 2004, bukannya keputusan yang disandarkan kepada ketetapan dari Allah dan Rasul di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Jadi, bagaimana mungkin ada orang Islam yang boleh memuji dan menilainya sebagai ‘tepat’? Apakah parameter yang digunakan untuk membuat penilaian sebegini, akal atau wahyu? Yang turut menyedihkan kita ialah ‘perangai’ pihak MAIPP hanya datang sekali sahaja ke mahkamah sepanjang perbicaraan. MAIPP ditegur keras oleh mahkamah kerana tidak mengambil berat dalam membimbing saudara-saudara baru kepada Islam. Teguran oleh hakim Othman Ibrahim itu ada asasnya dan inilah yang kita mahukan, kerana teguran itu didasarkan kepada Islam. MAIPP sepatutnya menjalankan amanah yang diserahkan kepada mereka dengan baik, namun yang berlaku adalah sebaliknya. Di samping ‘memberi teguran’ yang baik, kita juga mengharapkan agar hakim syari’e di seluruh Malaysia dapat menerima teguran yang baik. Hakim syari’e perlu sedar bahawa mereka memutuskan hukum bukan berdasarkan apa yang Allah turunkan dan mereka perlu insaf bahawa mereka memutuskan hukum bukan berdasarkan apa yang Rasulullah perintahkan.

    Hakim syari’e perlu sedar bahawa adalah haram bagi mereka untuk berhukum dengan hukum yang dibuat oleh manusia. Mereka wajib menjadi hakim yang memutuskan sebagaimana Rasulullah memutuskan (berdasarkan hukum wahyu). Mereka perlu bertaubat dari dosa-dosa mereka dan mereka perlu bangkit untuk merubah hukum kufur sekular yang ada pada hari ini dan menggantikannya dengan hukum Allah. Kita tidak mahu lagi hidup di dalam sistem sekular yang hanya menjadikan seseorang itu ‘Muslim’ hanya berdasarkan sekeping sijil, kemudian jika dia ingin keluar dari Islam, maka boleh dibenarkan dan sijil tersebut dibatalkan. Ramai di kalangan umat Islam yang mendakwa bahawa kita tidak ada pilihan lain kecuali mengikut sahaja undang-undang yang sedia ada. Kita manfaatkan undang-undang kufur yang sedia ada untuk kebaikan Islam, hujah mereka. Hujah ini bukan sahaja keliru, malah bercanggah dengan Islam. Yang benarnya ialah kita dilarang (haram) untuk berhukum dengan hukum kufur dan kita wajib berjuang untuk menggantikannya dengan hukum Islam. Kita tidak dituntut untuk memanfaatkan sistem kufur, tetapi kita dituntut untuk menukarnya kepada sistem Islam.

    Suatu yang haram itu haram untuk dimanfaatkan dan wajib diganti dengan yang halal, bahkan ‘jalan’ yang menuju kepada yang haram pun adalah haram (al-wasilatul ilal haram, haram). Kaedah syarak juga menyebut bahawa ridha bil kufr, al-kufr (redha dengan kekufuran itu adalah satu kekufuran). Peguam syari’e yang mengendalikan kes ini nampaknya gagal memahami bahawa murtad itu adalah satu kesalahan di bawah hudud, sepertimana mencuri atau berzina. Jika beliau faham dan meletakkan bahawa murtad adalah satu kesalahan/keharaman, maka tentunya beliau tidak akan membuat permohonan yang menjadi wasilah (jalan) menuju keharaman. Di dalam Islam ‘kesalahan’ itu adalah sesuatu yang wajib dihukum, bukan dipohon. Contohnya, jika seseorang mengaku telah berzina di hadapan peguam, apakah peguam itu dibolehkan mewakili penzina tersebut di mahkamah untuk mendapatkan pengisytiharan/pengesahan mahkamah bahawa dia telah berzina atau dia adalah seorang penzina? Begitu juga jika seseorang itu telah mengaku mencuri, apakah peguam dibolehkan mewakili pencuri tadi untuk mendapatkan pengisytiharan/pengesahan mahkamah bahawa, ya benar dia telah mencuri dan dia sekarang adalah seorang pencuri? Apakah hakim itu pula, setelah mendengar pengakuan salah dan bukti-bukti, dibolehkan mengeluarkan ‘pengesahan’ bahawa, ya benar sifulan bin sifulan adalah seorang pencuri, penzina atau pemurtad?

    Inilah yang gagal difahami oleh peguam dan juga hakim yang mengendalikan kes ini, bahawa, baik berzina atau mencuri, apatah lagi murtad, semua itu adalah ‘kesalahan’ yang wajib dihukum di mahkamah, bukannya untuk ‘dipohon’ atau ‘disahkan’. Fungsi mahkamah bukannya untuk ‘mensahkan’ kesalahan, tetapi untuk ‘menghukum’ kesalahan. Cara untuk memartabatkan Islam bukannya dengan ‘berjaya’ mengheret orang kafir ke Mahkamah Syariah (sebagaimana yang dibanggakan peguam dalam kes ini), tetapi adalah dengan cara berhukum dengan hukum Islam. Kita perlu sedar di sini bahawa mahkamah syariah yang ada bukanlah mahkamah Islam dan bukanlah mahkamah yang berhukum dengan hukum Islam. Kewujudan dan bidang kuasanya itu sendiri adalah ditentukan sepenuhnya oleh hukum sekular buatan manusia. Berjaya membawa seorang kafir ke mahkamah syariah yang memutuskan hukum bukan dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya bukanlah satu kejayaan di dalam memartabatkan Islam, malah ia menjadi jalan menuju keharaman.

    Khatimah

    Wahai kaum Muslimin! Walau apa pun alasan yang diberikan oleh hakim di dalam penghakimannya atau oleh peguam di dalam mempertahankan tindakannya mewakili si murtad Tan Ean Huang ini, yang pasti, perbuatan mereka telah berjaya menggembirakan orang-orang kafir, baik di dalam negeri mahupun di luar negara. Apa yang dilakukan Ahmad Jailani tentunya akan dapat menarik ramai lagi golongan murtad di Malaysia untuk menggunakan ‘khidmat’ beliau yang telah ‘berjaya’ memberi kemenangan selesa kepada si murtad. Dan golongan kafir di seluruh dunia, khususnya kuffar Barat pun akan ‘tabik’ kepada beliau kerana ‘berjaya’ membuktikan bahawa Islam menjamin kebebasan beragama, khususnya bagi sesiapa yang ingin keluar dari Islam. Niat baik beliau di dalam mewakili golongan terlaknat ini tentunya akan dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh golongan kuffar untuk ‘menjulang’ Islam sebagai agama yang membawa kebebasan, sebagaimana agama-agama lainnya. Mungkin selepas ini akan bermunculanlah kes Siti Fatimah Tan II, Siti Fatimah Tan III dan seterusnya. Agama Islam akan terus terhina kerana sikap segelintir umat Islam itu sendiri yang sentiasa ‘berkompromi’ dengan hukum kufur dan mengambil sikap ‘memperjuangkan’ Islam di dalam bingkai kekufuran serta mengambil pendekatan matlamat menghalalkan cara. Disebabkan kekeliruan dalam berfikir dan ditambah dengan tugas/hidup seharian yang bergelumang dengan sistem kufur, menyebabkan hakim yang ikhlas dan peguam yang baik pun tidak dapat menghakimi perkara-perkara berasaskan hukum-hakam Islam. Sepatutnya peguam syari’e, hakim syari’e dan umat Islam keseluruhannya tampil ke hadapan untuk menyatakan pendirian menolak undang-undang selain undang-undang Allah Subhanahu wa Ta’ala dan masing-masing bekerja sama berjuang untuk mencampakkan sistem kufur-sekular yang ada dan menggantikannya dengan sistem Khilafah. Inilah yang sewajibnya dilakukan oleh kaum Muslimin, bukannya terus memperhambakan diri berkhidmat dan tunduk patuh serta pasrah kepada hukum Jahiliyyah yang ada.

  23. cikwiduri Says:

    Terima kasih enna kerana sudi kongsi tentang diri anda. Semoga kita semua yang Melayu Islam atau Mualaf Cina/India mengambil iktibar yang bagus seperti enna ini.

  24. enna Says:

    Allahuakbar..nila masaalah kita org islam,mcm i dah kahwin dgn mualaf 14thn dan anak 3org,tak satu pun pegawai dari majlis agama cal atau tanya salam..tapi i syukur 2anak i dah qhatam quran nak harap suami susahla but syukur suami tak larang..pada pihak majlis selak-selakla fail saudara baru utk up-date..bagi salam..

  25. pecoderoba Says:

    salam..
    inikah islam hadhari yg kte banggakn selam ni???!!
    jelas,kerajaan pak lah xmampu untk memartabatkn islam di tmptnye sendiri…
    p/s:asnida n adi ali,renung2kn ayat ini:
    ’sesungguhnya sekeji-keji yang melata di bumi ini di sisi allah ialah org2 yg pekak dan bisu..mereka itu tiada memikirkan apa2 pun dari ayat2 allah
    AL ANFAAL;22..
    takbir!!!!
    allahuakbar 3x

  26. murai_arl Says:

    Salam….astaghfirullah hal azim…..kepada asmida dan adi ali…korang ni memang orang islam yang betul – betul ke?ke orang yang menyamar sahaja? kalau anda orang islam,mengucap lah semula.memang ape yang korang tulis ni sebenarnye dah jatuh murtad tahu tak?!! orang dekat Palestin tu bertungkus – lumus nak tegakkan Islam, kite dok sini berseronok aje kejenye.konsert la…ape la….fikir balik….mereka tu tak boleh kite biarkan.bile Allah dah kate boleh bunuh diorang tu, maksudnye tak berdose la….pikir la balik….mengucap dan bertobat la anda…

  27. adi ali Says:

    BIARKAN LAH … LAGI PUN DIA MASUK ISLAM PUN DENGAN NIAT NAK KAWIN JERRR …. YG ISLAM KAT LUAR TUUU LAGI RAMAI YG MURTAD DAN TAK IKUT HUKUM ISLAM

  28. Diana Husna Says:

    Astaghfirullahhal Azim… baik mengucap cik/atau puan asmida. Jangan cakap sebarangan nanti boleh jatuh hukum musyrik atau tergelincir akidah. Apa-apa pun kita perlu ingat tiada siapapun yang kebal di dunia ini, ingat kita ni semua hamba Allah dan percaya pada rukun Iman dan rukun Islam.
    Janganlah semua nak didakwa atas nama hak individu. Hak kita kepada Allah dan hak Allah kepada kita cuba tanya balik?

  29. cikwiduri Says:

    “Agama dan kepercayaan adalah hak individu. Kalau sudah tidak percaya mengapa paksa orang untuk percaya. Kalau tak ditukarkan pun….. dia tetap tak ikut ajaran agama itu sebab memang tak percaya apa pula gunanya. Agama islam ni banyak main paksa. Dah org nak tukar… biarlah.” – asmida 07/05/2008

    Saya mengucap panjang dengan jawap balas dari asmida ni. Asmida fikir Islam agama yang sesuka hati nak ditukar-tukar? Bila tak ikut ajaran, keluar dari Islam dan bila rasa nak dikenal sebagai muslim, masuk Islam?? Begitu ke pegangan orang Islam yang sebenar Asmida?

    Saya nasihatkan asmida, berhati-hatilah sebelum bagi kenyataan atau komen tentang agama Islam. Jangan asmida beri komen hanya kerana asmida sendiri tidak praktikkan Islam itu sebaiknya. Dosa pahala setiap muslim, hanya layak dihakimi Allah.

    “Agama islam ni banyak main paksa” Mengucap panjang saya dengan perkataan ini. Orang yang benar-benar iktikad di dalam hati bahawa hidup dan matinya dalam Islam, pasti kecewa dengan kenyataan asmida yang tak berakal ni!!!

  30. asmida Says:

    kalau orang nak tukar agama dia… kita pula nak bunuh dia. Sah kita berdosa. Dosa pahala orang tu sendiri tanggung… jangan pula nak bunuh orang. itu dah agama ganas namanya.

    • Bie Says:

      itu bukan masalah agama panas tp hukum allah…hukum islam demi mempertahankan agama…murtad ibarat duri dalam daging…fikir-fikirkanlah…allah yg menghalalkannya…ade yng lagi hebat drpd-Nya ke?

      • Bie Says:

        islam itu syumul x paksa sape2 masuk pon…nilai diri dekatilah allah…fahami islam dan anda akan ketahuinya…

  31. asmida Says:

    Agama dan kepercayaan adalah hak individu. Kalau sudah tidak percaya mengapa paksa orang untuk percaya. Kalau tak ditukarkan pun….. dia tetap tak ikut ajaran agama itu sebab memang tak percaya apa pula gunanya. Agama islam ni banyak main paksa. Dah org nak tukar… biarlah.

  32. raihana yusoff Says:

    ketengahkan lg isu murtad sebanyak dan sedalam2nya. agar semua org tau, faham akan bahaya murtad dan semua yang menyokong hal ini.

  33. Mr Toleransi Says:

    aduh… takutnya kena bunuh terus kalau murtad… tak takut ker dia ni[siti fatimah]? Tp, senangkah cabut nyawa orang ni? x berdosakah?

  34. PULYE Says:

    Ini perlu dialog antara ulama mengeluarkan fatwa,sesuatu hadis itu perlu dikaji sebaik-baik sanadnya adakah kuat ataupun lemah, benar atau palsu.Dikebanyakkan negara Islam ulama-ulama mendapati ada diantara hadis-hadis palsu juga dimuatkan dalam yang dikatakan Sahih Bukhari/Muslim sekalipun.Alquran dapat membatalkan hadis tetapi hadis tidak boleh membatalkan Alquran sekiranya terdapat canggahan.
    Menjatuhkan hukum pun perlu dikaji adakah ianya bersesuaian pada keadaan itu atau tidak, dalam jangka waktu hidup Nabi SAW sewaktu menyampaikan Islam hukum dan cara menyebarkan Islam berbeza dan dilaksanakan berperingkat dengan bertambahnya kekuatan dan kesedaran Islam pada masyarakat ketika itu.Malah Rasullullah pernah menyampaikan Islam secara tersembunyi diawal penyebaran Islam dan umat Islam ketika itu juga diseru menyembunyikan keislaman mereka demi menyelamatkan diri mereka dan Islam ketika itu baru berputik.
    Murtad? Ada ulama yang berpendapat selagi yang murtad itu tidak mengeluarkan kenyataan menghina Islam ianya hanya menjalani kehidupan dalam kekafirannya besendirian, hukum mati tidak perlu dilaksanakan dan ada pula Ulama yang berpendapat murtad sahaja seseorang itu perlu dijatuhkan hukum mati.Ini perlu dikaji kedua-duanya secara serius.

    • aan Says:

      Murtad? Ada ulama yang berpendapat selagi yang murtad itu tidak mengeluarkan kenyataan menghina Islam ianya hanya menjalani kehidupan dalam kekafirannya besendirian, hukum mati tidak perlu dilaksanakan dan ada pula Ulama yang berpendapat murtad sahaja seseorang itu perlu dijatuhkan hukum mati.Ini perlu dikaji kedua-duanya secara serius.

      -who said? CAN YOU GIVE ME THE PROVE OF WHAT YOU ARE SAYING????

  35. Mistress Of Spices Says:

    choiiiiiiii la abglong nie!

  36. abanglong Says:

    salam… no comments, saja nak park muka i yg encem ini kat page u… miahahahahaha


Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.