Fendi A to Z meninggal dunia

KUALA KEDAH: “Dia (arwah) sudah meninjau kawasan untuk mendirikan sekolah pondok itu, tetapi saya tidak pasti bila dia akan membina sekolah berkenaan kerana dia hanya memaklumkan perkara itu kepada ibu.

“Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia pagi tadi (semalam) dan kami sekeluarga reda kerana dia pergi dengan tenang,” kata Zailiawati Zainon, 32, adik perempuan kepada bekas anggota kumpulan A to Z, Affendey Zainon, 39, atau lebih dikenali sebagai Fendi yang meninggal dunia akibat diserang strok selepas menjalani rawatan tiga hari di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.

Beliau ketika ditemui di rumah mereka di Taman Harapan, dekat sini, semalam berkata, abangnya menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Norma Md Akhir, 58, dan bapanya, Zainon Cha, 58, kira-kira jam 9.30 pagi, semalam di hospital berkenaan.

Kira-kira 200 orang hadir termasuk saudara-mara, kenalan dan peminat untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya di rumah keluarga Allahyarham di Taman Harapan.

Zailiawati berkata, abang sulungnya itu diserang strok sejak Disember tahun lalu dan sejak itu arwah tidak berselera makan sehingga menyebabkan berat badannya semakin susut.

Katanya, pada Ahad lalu, abangnya mengadu sesak nafas dan dia kemudian membawa abangnya ke HSB untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang dengan keadaannya yang tidak bermaya.

Beliau berkata, abangnya hanya sempat menyertai kumpulan A to Z dua tahun dan berhenti dari dunia hiburan untuk menyertai kumpulan tabligh.

Katanya, abangnya pernah menyatakan hasrat membina sekolah pondok di Langkawi untuk mengajar tabligh kepada pelajar baru.

Zailiawati berkata, abangnya yang masih bujang itu masih menyimpan Anugerah Emas platinum yang pernah diperolehnya ketika menjadi artis serta majalah lama yang masih disimpan.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kedah, selepas solat Asar, petang semalam selepas dituntut keluarganya dari hospital, semalam.

Fendi menganggotai kumpulan A to Z pada 1995 bersama Lan dan Jeff, tetapi hanya sempat merakam dua album bersama kumpulan itu yang popular dengan lagu Berdendang dan Itik Gembo-Gembo serta mengambil keputusan bersara dari dunia artis dua tahun selepas itu.

Seorang peminat kumpulan itu, Jasni Ariffin, 38, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan berita mengenai artis kesayangannya kerana tidak pernah menyangka dia sakit.

“Saya terkejut dengan berita kematiannya walaupun dia sudah lama menyepikan diri dari dunia hiburan dan saya langsung tidak menyangka dia diserang strok sejak Disember lalu.

“Bagaimanapun, saya berharap rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang mukmin,” katanya. – HM 24/04/2008

Fendi

Berita kematian Affendey Zainon (Fendi), 39, akibat serangan penyakit angin ahmar turut mengejutkan seorang lagi anggota kumpulan A To Z, Ahmad Shah Al-Jefri, 31 atau Jeff.

Fendi meninggal dunia selepas menerima rawatan selama tiga hari di Hospital Sultanah Bahiyah, di Kuala Kedah, Kedah.

Selain Fendi dan Jeff kumpulan yang cukup popular dengan lagu Itik Gembo-Gembo dan Iyo Ko? itu turut dianggotai Nor Azlan Abdul Aziz, 33 atau Lan.

Menurut Jeff ketika dihubungi, dia hanya mengetahui anggota kumpulan pernah disertainya itu meninggal dunia semalam, selepas ia disiarkan di akhbar.

“Selepas Fendi meninggalkan kumpulan A To Z, kami terus putus hubungan. Seingat saya, hanya sekali dua kami bertemu itupun sewaktu mengadakan persembahan di negeri kelahirannya.

“Fendi datang dan duduk menyaksikan kami menyanyi bersama kelompok peminat. Mujur saya mahupun Lan perasan kehadirannya dan terus mengajaknya ke belakang pentas,” katanya.

Bercerita lanjut kata Jeff, ketika mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan A To Z, Fendi memberi alasan faktor kesihatan dan keinginannya meneruskan pengajian di sekolah pondok di kampungnya.

“Peristiwa berlaku sekitar 1996 dan kumpulan A To Z sedang berada di puncak kejayaan. Hendak diikutkan saya mahupun Lan memang berat hati mahu melepaskan Fendi keluar kerana kami sama-sama menubuhkan kumpulan ini.

“Menghormati kehendaknya kami mahupun syarikat rakaman Sony Music waktu itu akur dengan keputusan diambil,” katanya.

Menyentuh mengenai alasan kesihatan diberikan, kata Jeff pada waktu itu Fendi nampak sihat. Malah, dia tidak menunjukkan tanda-tanda menghidap sebarang penyakit kronik dan mampu bekerja dalam studio hingga pagi.

“Cuma satu perkara yang saya perasan dia sering mengadu mengalami sakit kaki dan memang benar kakinya selalu saja bengkak secara tiba-tiba,” katanya lagi.

Walaupun pembabitan Fendi hanya seketika bersama A To Z, banyak pengalaman dilalui bersama arwah tidak dapat dilupakan.

“Antara kami bertiga Fendi paling tua jadi pada kami dia sudah dianggap seperti abang kandung. Malah, apa saja masalah yang saya hadapi akan saya ceritakan kepadanya. Selalunya dia akan memberikan nasihat yang bagus.

“Sebagai anggota paling tua, dia turut mengambil berat mengenai kebajikan kami berdua,” katanya lagi. – HM 25/04/2008

Health: Tips di kamar tidur

*Artikel ini sesuai untuk mereka yang sudah sah berkahwin sahaja.

Tempat tidur bukan sekadar tempat memadu asmara tetapi menjadi tempat untuk bercerita akan kehidupan seharian bersama pasangan. Apa yang terjadi di pejabat, perihal perjalanan ke tempat kerja dan sebagainya boleh diceritakan kepada pasangan anda. Tahukah rahsia disebalik kamar ‘tertutup’ ini. Ia bukan sekadar tempat anda melakukan hubungan seksual tetapi jika kena pada caranya, ia boleh mempertingkatkan rahsia keintiman anda berdua.

1.) Jika kamar tidur anda masih sama susunan perabotnya seperti lima tahun dahulu, apa kata anda menggunakan kreativiti untuk menyusun atur kembali perabot. Biarpun barang lama jika diubah posisinya, pasti cantik. Tampak lebih menarik, jika anda mengecat bilik tidur dengan warna yang lebih romantis. Bila semuanya tampak serba baru, bolehlah anda kerahkan tenaga berlebihan dengan aksi yang lebih hebat. Peliharalah, nikmati dan bersuka rialah di tempat tidur. Pasti anda merasai nikmat multioragasme.

2.) Lakukanlah secara spontan dan mulailah berasmara ketika ada kesempatan. Anda boleh memulai asmara dengan secara ringan ketika berehat selepas makan tengahari, dikerusi belakang kereta atau mula meransang pasangan dari arah belakang, di saat dia berehat. Ucapkan kepadanya bahawa anda benar-benar mahukannya pada malam hari. Pasti pasangan anda rasa dihargai dan ungkapan kehebatannya selepas anda berasmara.

3.) Berkomunikasilah secara terbuka dan jujur tentang rahsia keinginan dan keperluan seksual. Seks bukan sesuatu yang memalukan sebaliknya akan menambah kasih sayang antara anda dan pasangan. Jika anda merasakan ‘persembahan’ pasangan kurang hebat, beritahulah secara jujur. Jangan takut meminta apa yang anda inginkan di tempat tidur. Ini termasuklah hubungan seksual mahu dilakukan dua atau tiga kali semalam. Bukankah itu hak anda? Tapi perlulah ada cara tersendiri bagaimana memikat suami kerana setiap orang, lain caranya. Bersuaralah dengan nada memujuk, lelaki biasanya akan cair dengan cara ini. Pastikan semuanya baik-baik sahaja dan menyenangkan.

4.) Belajarlah bagaiamana seks yang hebat, baca, pelajari dan praktikkan. Membaca bukan sekadar menambah ilmu pengetahuan tetapi anda boleh membincangkannya dengan pasangan bagaiamana untuk menjadikan hubungan seksual anda hebat dan menjadi kenangan. Memang lelaki agak malas dalam hal pembacaan kerana bagi mereka, ia membuang masa. Tapi anda boleh jadi tempat menimba ilmu dan salurkan kepada pasangan.

5.) Berlama-lamaanlah ketika anda tengah asyik di tempat tidur. Ia boleh memberikan ketenangan apatah lagi anda dapat memerhatikan raut wajah pasangan yang sedang lena tidur. Jangan biarkan anda dan pasangan dibelenggu dengan masalah sebaliknya saling berkerjasamalah agar anda memperoleh kesenangan terutamanya ketika melakukan hubungan seksual.

6.) Paling penting ketika di tempat tidur, anda hendaklah menjaga kebersihan diri. Jangan tampil dengan gaya selekeh kerana ia boleh mematikan mood pasangan. Ada sesetengah orang tidak begitu menjaga penampilan diri. Sekadar berkain batik, memakai T-shirt atau berseluar pendek…ia boleh mematikan mood anda. Memang ada yang membahaskan bahawa apa yang dipakai itu tidak penting kerana anda akan melucutkannya kelak tetapi sebenarnya baju nipis yang membaluti tubuh, lebih memberikan ghairah awalan untuk anda memulakan langkah seterusnya. Bukan sekadar pakaian tetapi mandilah sebersih-bersihnya selain memakai haruman. Bukankah kebersihan itu dituntut oleh agama? Jadi apabila nafas anda tidak berbau, tubuh harum menyengat memberikan ghairah berlebihan. Nikmatilah hubungan seksual dengan penuh kasih dan sayang.

7.) Jangan sesekali egois di tempat tidur. Buangkan sikap buruk anda itu kerana ia akan memberikan tekanan kepada pasangan. Berikan kerjasama yang sebaik-baiknya ketika anda melakukan hubungan seksual, barulah anda akan menikmatinya sepenuh rasa. Ikutilah rentak pasangan dan sesekali pamerkan skill anda, barulah daya seksual lebih menarik. Percayalah anda akan merasai nikmat seksual yang berkekalan.

8.) Penting untuk anda mengetahui nilai bercinta dengan hanya berhubungan seksual. Yakinlah memberikan pasangan anda waktu untuk penyesuaian diri dan anda akan merasai begitu dihargai pasangan.

*Artikel ini sesuai untuk mereka yang sudah sah berkahwin sahaja.

Peringatan: Air gas Kickapoo

Salam kepada semua pembaca.

Pagi ni saya terima email berikut dan setelah dibuat semakan di Internet, ternyata web yang diberi adalah benar.

Pengumuman penting untuk semua umat Islam, sebenarnya air kickapoo bergas yang selalu diminum dan dijual di Malaysia ini berasal dari syarikat arak iaitu MONARCH BEVERAGE. Sila rujuk laman web di bawah.

Tolong sebarkan. Janganlah sekali-kali membelinya…apatah lagi meminumnya.

http://www.kickapoojoy.com/history.html dan http://www.monarch-beverage.com/home.htm

cikwiduri: Pelbagai cara dilakukan untuk menjahanamkan umat Islam. Berhati-hatilah semua.

Penat tapi puas!

Hari ini cukup 2 bulan aku bekerja di tempat baru. Penat? Ah.. mana-mana kerja pun penat tapi yang penting kita puas dengan tugas dan berusaha memahami tugasan yang diberi.

Walaupun suasana tempat kerja tidaklah berapa menyeronokkan…maklumlah masih baru untuk memahami sikap orang-orang di sana tetapi aku try my best. Learn and practice the best way to get strong.

Bulan ini juga aku banyak tugasan luar. Walaupun tulisan aku yang dah keluar paper tak tulis nama ‘byline’ tapi tak apalah. Asalkan aku mampu lakukan tugas tersebut.

Cuma…ditugaskan dalam bahagian IT agak mencabar. Kena translate alat-alat IT nie ke Bahasa Melayu. Huhuhu…saket jiwe rage aku! Kebanyakan bahasa IT dalam English. Agak lama juga nak translate kalau dah tak ade idea.

Biasanya…aku akan ke pantri, buat nescafe duduk termenung sekejap. Ambil nafas panjang, lapangkan fikiran then kembali ke desk. Baca semula press release atau assignment yang baru diterima. Slowly fahamkan each article dan fakta. Cari isi penting…buat note kemudian baru aku mulakan ayat.

Kena banyak membaca. Kamus pula jadi teman setia. La nie nak cari kamus IT pula. Hahaha…

Go widuri go!!!

Health: Top 5 cancer

There are some foods that people who are at high risk for developing cancer should definitely avoid. Generally, says natural health researcher Mike Adams, they should avoid foods that contain ingredients known to cause cancer, such as refined sugars and grains, hydrogenated oils and nitrates. But which foods are the absolute worst?

The top five cancer-causing foods are:

1. Hot dogs
Because they are high in nitrates, the Cancer Prevention Coalition advises that children eat no more than 12 hot dogs a month. If you can’t live without hot dogs, buy those made without sodium nitrate.

2. Processed meats and bacon
Also high in the same sodium nitrates found in hot dogs, bacon and other processed meats raise the risk of heart disease. The saturated fat in bacon also contributes to cancer. Example burger.

3. Doughnuts
Doughnuts are cancer-causing double trouble. First, they are made with white flour, sugar and hydrogenated oils, then fried at high temperatures. Doughnuts, says Adams, may be the worst food you can possibly eat to raise your risk of cancer.

4. French fries
Like doughnuts, french fries are made with hydrogenated oils and then fried at high temperatures. They also contain cancer- causing acrylamides which occur during the frying process. They should be called cancer fries, not french fries, said Adams.

5. Chips, crackers and cookies
All are usually made with white flour and sugar. Even the ones whose labels claim to be free of trans-fats generally contain small amounts of trans-fats.

cikwiduri: Berhati-hatilah memilih makanan. Tapi rakyat Malaysia ni makin suka dengan “Fast Food”. Kalau rasa nak dapat kanser tue…amalkanlah makanan yang disenaraikan di atas :)

Makna singkatan “Akum”

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi bercerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dengan lafaz ‘Assalamualaikum’ dan menjawab salam dari para sahabat dengan salam yang penuh iaitu ‘Waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh’

Beri salam – ‘Assalamualaikum’
Jawab salam – ‘Waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh’

Apabila kita mengirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata ‘kirim salam Assalamualaikum kat Anis ye‘ dan bukannya… ‘kirim salam kat Anis ye’ atau ‘kirim salam maut’. Statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “Akum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “Salam” iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu kawan-kawan yang selalu sangat guna short form A’kum dalam sms ataupun email.

Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘Hamba-hamba binatang dan orang-orang sesat’.

Mulai sekarang jika ada orang hantar short form “Akum”, kita ingatkan dia agar mengunakan perkataan “Salam” kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

cikwiduri: Kalau dah tahu tue…jangan pula tak amalkan !!!

Sejarah Hari Valentine

Oleh Idris Musa
Harian Metro

BAGI masyarakat Eropah, Hari Valentine adalah antara hari paling istimewa, malah menjadi tradisi disambut sejak berkurun terutama pasangan kekasih untuk meluahkan perasaan cinta, lazimnya dengan menghadiahkan kuntuman mawar merah.

Ia dikaitkan pertukaran nota cinta atas nama ‘valentine’ dan simbol moden sempena hari itu seperti garisan bentuk hati dan Cupid (Latin, cupido – tuhan cinta dan seks memberahikan) yang berkepak. Sejak kurun ke-19, nota bertulis tangan menjadi medium untuk tulisan kad ucapan.

Mengikut sejarah, hari berkenaan dinamakan sempena nama dua pahlawan zaman awal Kristian, Valentine, tetapi kemudian dikaitkan percintaan romantik.

Sebenarnya ramai pejuang awal Kristian bernama Valentine, malah sehingga 1969, Gereja Katolik secara rasmi mengiktiraf 11 Hari Valentine dan mereka bernama Valentine diberi pengiktirafan pada 14 Februari setiap tahun.

Antara yang menonjol ialah Valentine Rom, iaitu seorang paderi Rome yang mati kira-kira 269 Selepas Masihi dan dikebumikan di Via Flaminia. Peninggalannya ialah Gereja Saint Praxed di Rom dan Gereja Whitefriar Street Carmelite di Dublin, Ireland.

Seorang lagi Valentine Terni yang menjadi paderi di Interamna pada 197 Selepas Masihi dan dikatakan dibunuh pada masa penindasan Penguasa Aurelian. Dia juga dikebumikan di kawasan Via Flaminia, tetapi di tempat berbeza dengan Valentine Rom. Pusakanya ialah Gereja Basilica of Saint Valentine di Terni.

Sesetengah sumber mengatakan ‘Valentine’ yang dikaitkan dengan percintaan ialah Valentine Rom, manakala yang lain mendakwa Valentine Terni. Tetapi ada sarjana merumuskan dua nama terbabit adalah orang yang sama. Begitupun, tiada elemen percintaan pada biografi pejuang terbabit pada awal abad pertengahan.

Hari ini sambutan itu diterima masyarakat dunia.

Di Barat seperti di United Kingdom sambutannya menjadi satu tradisi, misalnya di Norfolk, satu karektor dipanggil ‘Jack’ Valentine mengetuk pintu rumah, meninggalkan gula-gula dan hadiah untuk kanak-kanak.

Sementara di negara Katolik tradisional seperti Perancis, Hari Valentine dikenali sebagai Saint Valentin.

Di Denmark dan Norway, Hari Valentine dipanggil Valentinsdag, iaitu hari menikmati makan malam dalam suasana romantik bersama pasangan.

Dari perspektif Islam, Profesor Perundangan Islam (Fiqh) di Universiti al-Azhar, Dr Su’ad Ibrahim Salih, menyatakan:
“Festival cinta adalah festival orang Roman, apabila mereka yang berfahaman paganisme (jahiliah) tersebar luas di kalangan orang Roman lebih 17 kurun lalu. Dalam konsep orang terbabit, ia menjadikan hari itu melahirkan perasaan cinta.”

Beliau berkata, Islam ialah agama altruisme, menekankan cinta sebenar, bekerjasama terhadap perkara baik dan sesuatu yang betul dari segi moral.

Allah berfirman (maksudnya dalam surah al-Hujurat, ayat 10): Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.

“Saya boleh katakan ada asas untuk menzahirkan cinta yang diterima dalam agama dan ada juga yang tidak diterima. Antara asas cinta yang diterima agama termasuk cinta kepada Nabi dan Rasul. Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w sepatutnya paling atas berbanding cinta pada yang lain.

“Islam mengiktiraf majlis sambutan untuk mendekatkan antara satu sama lain dan menambahkan perisa dalam kehidupan. Bagaimanapun, Islam melarang peniruan secara membabi buta dari Barat seperti sambutan khusus Hari Valentine.

“Justeru, sambutan hari istimewa yang dipanggil sebagai Hari Valentine adalah satu pembaharuan atau bidaah yang tiada asas dalam agama,” katanya.

Menurutnya, setiap pembaharuan seperti perkara sedemikian adalah tertolak. Berdepan persoalan ini, pihak berkuasa Arab Saudi menunjukkan ketegasannya dengan mengharamkan penjualan semua barang berkaitan Hari Valentine, malah mereka memaklumkan petugas kedai memindahkan barang berwarna merah, kerana hari terbabit bukan anjuran Islam.

cikwiduri: Alhamdulillah…dah lama tinggalkan sambutan valentine nie. Cinta dan kasih sayang disemai sepanjang masa dan bukannya menunggu masa tertentu untuk menyambutnya. Bila-bila masa sahaja kita boleh menyambut hari kasih sayang kita tetapi biarlah menurut cara yang dianjurkan Islam. Semoga umat Islam di Malaysia khususnya SEDAR akan makna Hari Valentine yang sebenar.

Kisah Benar: Di sebalik projek ternakan babi

Terkejut betul saya apabila mengikuti rancangan ulasan akhbar daripada TV1 RTM awal pagi tadi mengenai Projek Ternakan Babi di Selangor yang kononnya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Pengulas berita dengan penuh aksi dan gaya telah memetik kenyataan Exco PAS, Dr. Halimah Ali dengan menuduh yang bukan-bukan kepada PAS kerana menyokong projek berkenaan. PAS dianggap telah lupa perjuangan dan sanggup menjual agama kerana kepentingan politik. Malah pengulas kuda kayu ini tidak segan silu menasihatkan PAS bahawa daging babi adalah haram dimakan bersandarkan ayat-ayat Al-Qur’an dan juga petikan kitab Injil.

Selanjutnya beliau menfitnah PAS dengan menyatakan bahawa dengan projek ini kelak PAS akan membenarkan pula jualan daging babi di tepi-tepi jalan. Macam mana mentaliti orang-orang RTM ini pun saya tak faham.

Kita ingatkan apabila dah kalah pilihanraya dan dapat Menteri baru mereka akan berubah dan akan menjalankan tugas dengan lebih profesional. Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Kalau dah UMNO tu tetap UMNO…dulu, kini dan selamanya.

Berbalik kepada cerita ternakan babi tadi. Apa yang RTM sibuk sangat tentang ternakan babi? Bukankah selama ini pun terdapat ribuan babi di mana-mana di Malaysia.

Lupakah mereka kepada isu babi di Negeri Sembilan dan Melaka dahulu yang bukan setakat melibatkan kaum Cina tetapi juga pimpinan UMNO di dalam mengaut keuntungan.

Dan jangat kita lupa bagaimana beberapa pemimpin menyalahguna duit derma mangsa-mangsa penyakit bawaan babi (JE) untuk kepentingan mereka.

Ketika RTM asyik menghentam keromo PAS, perlu diingat bahawa ternakan babi terus berjalan tanpa ada usaha konkrit untuk mengawalnya daripada mencemar alam sekitar. Kita berterusan menghadapi pencemaran air yang akhirnya membawa bencana kepada umat Islam sendiri.

Saya kebetulan tahu benar tentang projek yang dimaksudkan oleh YB Teresa Kok dan YAB Menteri Besar Selangor. Ini kerana projek ini ditawarkan oleh syarikat kawan baik saya beberapa bulan yang lepas.

Untuk makluman semua, projek ini diluluskan oleh kerajaan Dr Khir Toyo, dua minggu sebelum pembubaran parlimen. Ia tiada kaitan langsung dengan kerajaan baru Selangor kerana segala dokumen dan yang telah ditandatangani dilakukan ketika Khir Toyo menjadi MB Selangor.

Walaupun saya orang kuat PAS, saya menyetujui projek yang dicadangkan oleh rakan saya ini kerana selepas menelitinya secara terperinci, saya dapati ia amat berguna di dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh umat Islam yakni isu pencemaran air.

Projek teknologi Jerman ini adalah satu sistem ternakan babi moden dan tertutup (closed system). Ini bermakna babi akan dipelihara di dalam tempat tertutup (lengkap dengan pendingin hawa) dan segala najis yang tercerna akan dikitar untuk pengeluaran gas (methane). Malah darah babi apabila disembelih pun akan menjadi sebahagian daripada kitaran ini. Lantas tidak akan wujud lagi sebarang pencemaran (zero-pollution) akibat ternakan babi selepas ini.

Pihak Jabatan Haiwan dan juga pegawai-pegawai kerajaan lain telah membuat kajian mendalam mengenai kesesuaian projek ini termasuk membuat lawatan ke Jerman untuk melihat sendiri bagaimana keberkesanannya. Mereka begitu kagum dengan apa yang mereka lihat dan bersetuju melaksanakannya di Selangor, dan jika berjaya akan dikembangkan pula ke seluruh negara.

Seperkara lagi perlu disebutkan bahawa usaha ini adalah di bawah pembiayaan swasta. Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek. Orang-orang bukan Islam perlukan daging babi sementara kita perlukan air yang bersih dan persekitaran yang nyaman.

Bukankah projek ini satu kompromi yang amat hebat untuk rakyat negara ini? Mungkin RTM tak peduli itu semua kerana yang penting bagi mereka ialah melepaskan geram pada Pakatan Rakyat.

Cerita benar atau palsu bukan ukuran penting bagi mereka. Kalau babi tu kita boleh maafkan sebab mereka dijadikan Allah tanpa akal, tetapi yang manusia kat RTM ini diberi akal tetapi masih tak mahu menggunakannya! Cuba anda fikir, mana lebih teruk?

*sumber dari hamba Allah.

HARAM Lelaki Memakai Gelang Tangan (Part 2)

Hadith yang sebelum ini, diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya demikian juga Ibn Majah di dalam Sunannya. Hadith ini diriwayatkan daripada ‘Imran bin Husain bermaksud, (maksudnya lebih kurang):

“Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: “Apakah ini?” Orang itu menjawab: “ianya daripada al-Wahinah.” Sabda Nabi saw: “Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya.”

Dalam hadith ini tidak disebut siapakah lelaki yang memakai gelang tersebut, namun di dalam al-Mustadrak al-Hakim dinyatakan lelaki tersebut ialah ‘Imran bin Husain sendiri.

Tentang hadith ini para ulama berbeza pendapat akan kesahihannya. Hadith ini diriwayatkan daripada al-Hasan daripada ‘Imran bin Husain. Para ulama berbeza pendapat apakah al-Hasan (الحسن) benar-benar mendengar daripada ‘Imran bin Husain (عمران بن حسين) ataupun tidak. Demikian juga di dalam hadith ini ada periwayat yang bernama Mubarak bin Fadhalah (مبارك بن فضالة), ia juga diperselisihkan di kalangan ulama hadith. Kesimpulannya para ulama tidak sepakat dalam mensahih dan mendhoiefkan hadith ini.

Jika kita mengambil pendapat ulama hadith yang mensahihkan hadith tersebut, tinggal kepada kita untuk benar-benar memahami maksudnya sehingga kita boleh berhukum dengannya dengan cara yang betul. Perkara ini perlu supaya kita tidak keras mengharam sesuatu yang sebenarnya tidak haram seperti yang kita sangka.

Al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan menyebut, pertanyaan Nabi saw: “Apakah bendanya ini.” Yang zahir, pertanyaan ini adalah pertanyaan yang menunjukkan pengingkaran, namun dikatakan juga pertanyaan Nabi saw itu adalah untuk mengetahui tujuannya memakai gelang tersebut.

Manakala jawapan lelaki tersebut: “ianya daripada al-Wahinah.” Membawa maksud, aku memakainya untuk mengelakkan al-Wahinah, untuk dia melindungi aku daripadanya (yakni melindungi daripada al-Wahinah). Al-Wahinah adalah penyakit yang kena pada tangan, dinamakan di kalangan orang Arab dengan al-Wahinah, termasuk di dalam kebiasaan mereka memakai gelang untuk berlindung daripada kesakitannya dan mereka percaya gelang tersebut akan melindungi dari penyakit tersebut.

(Sila lihat: http://www.alfawzan.ws/AlFawzan/Library/tabid/90/Default.aspx?view=page&PageID=35&pageno=1&bookid=32&sectionid=2)

Al-Syeikh ‘Abdul Hakim (Kuliah al-Syariah Uni. Al-Imam Muhammad bin Saud) di dalam laman Islam Today berkata: Para ulama berbeza pendapat tentang maksud al-Wahinah, namun mereka bersepakat akan illah (sebab) larangan tersebut… Ulama telah bersepakat bahawa illah (sebab) larangan tersebut ialah kerana orang menjadikannya (al-Wahinah) seperti tangkal, yang terdapat larangan menggantungnya.

(Sila lihat: http://www.islamtoday.net/questions/show_question_content.cfm?id=43737)

Berdasarkan fatwa ini, ia menunjukkan larangan memakai al-Wahinah yang ada di dalam hadith tersebut bukanlah semata-mata kerana ianya gelang, dan bukan juga larangan dari berubat dengan gelang. Sebaliknya larangan tersebut disebabkan ia dipakai dan dianggap seperti tangkal bertujuan memelihara diri dari penyakit. Tangkal yang dianggap boleh berubat ini, yang dinamakan sebagai al-Wahinah oleh orang Arab tidak ada sebarang bukti menunjukkan ia boleh menghalang dari penyakit samaada bukti dari Nas Syara’ (al-Quran atau al-Hadith) mahupun penemuan sebab-sebab dia boleh bertindak sebagai ubatan. Kerana itu ia dilarang oleh Nabi saw. Ringkasnya larangan itu adalah disebabkan tangkal yang tidak ada bukti berperanan sebagai pengubat melainkan khayalan dan khurafat semata.

Maka apabila terdapat nas Syara’ atau penemuan saintifik yang dapat membuktikan sesuatu bahan seperti logam atau seumapamanya yang jika dipakai dibadan dapat melancarkan perjalanan darah atau seumpamanya, sudah tentu bahan tersebut boleh digunakan insyaallah. Ini termasuk cara perubatan yang ditemui, hasil dari kajian melalui sebab musababnya.

Ini kerana perubatan yang dibenarkan itu terdiri daripada:

  • Perubatan dengan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith.
  • Perubatan dengan bahan-bahan yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadith seperti madu, habbah al-sauda dan seumpamanya.
  • Perubatan berdasarkan kajian saintifik terhadap sebab-sebabnya, atau berdasarkan pengalaman mengunakannya.
  • Para ulama berbeza pendapat tentang hukum orang lelaki memakai gelang, sebahagian mengatakan harus dan sebahagian yang lain mengatakan haram. Namun para ulama yang mengharamkan pemakaian gelang bagi lelaki, setakat penelitian saya tidak ada yang menjadikan hadith di atas sebagai dalil dalam pengharam tersebut. Sebaliknya hadith tersebut banyak digunakan ketika berbicara tentang tangkal dan azimat yang dianggap dapat melindungi dan mengubati tanpa sebarang bukti dari nas syara’ mahupun kajian saintifik. Al-Sindiy ketika mensyarahkan hadith di atas di dalam Sunan Ibn Majah menyatakan larangan tersebut kerana ianya sama dengan al-Tama-im atau tangkal yang dilarang penggunaannya. Kadangkala tangkal itu digantung bersama dengan manik, yang dinamakan Manik al-Wahinah (خرز الواهنة)

    Penggunaan sesuatu tangkal (terdiri dari potongan besi, tembaga, simpulan benang dan lain-lain) untuk berubat dan memelihara diri, ada perbezaan yang cukup besar dengan cara perubatan dengan sesuatu bahan hasil dari penemuan saintifik. Kepercayaan kepada tangkal yang dapat berubat adalah suatu khayalan yang tidak diterima di dalam syara’, dan ianya tidak ada kaitan langsung dengan unsur-unsur perubatan. Berbeza dengan penggunaan sesuatu bahan hasil dari kajian saintifik dan terbukti memberi manfaat kepada manusia.

    Kerana itu, al-Syeikh ‘Abdul Halim di dalam fatwa yang sama (yang saya sebutkan sumbernya di atas) membenarkan penggunaan potongan besi (yang digunakan dalam perubatan moden) yang ditanam pada beberapa gigi, atau di tempat-tempat tertentu di tubuh badan yang berperanan menyerap aliran elektrik yang boleh menjadi sebab seseorang hilang ingatannya (pengsan). Beliau menyambung jika seseorang pesakit mendapat manfaat dengan cara sebegini dengan pengakuan individu berkeahlian yang dipercayai, maka ianya tidak mengapa insyaallah. Cuma beliau di dalam fatwanya mencadangkan lebih baik jika bahan seperti potongan besi itu digunakan ditempat yang tersembunyi sebagai mengelak dari buruk sangka orang ramai.

    Demikian juga di dalam laman islam-online, al-Ustaz Muhammad Sa’di (Penyelidik laman islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam Syirik yang kecil, beliau menjawab: “Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat.”

    (Sila lihat soalan ke 11: http://www.islamonline.net/livefatwa/Arabic/Browse.asp?hGuestID=n4MV6S)

    Seperti yang saya sebutkan di atas, para ulama berbeza pendapat tentang hukum pemakaian gelang bagi lelaki. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut di sisi mazhab al-Syafieyyah terdapat dua wajah tentang hukum perhiasan lelaki selain cincin perak seperti gelang tangan dilengan (الدملج) dan gelang (السوار) dan kalung (الطوق) dan mahkota (التاج). Pertama mengatakan haram dan kedua mengatakan harus selama mana tidak menyerupai wanita, kerana tidak thabit dalam (pengharaman) perak melainkan pengharaman untuk bekas-bekas (seperti pinggan, mangkuk dll), dan perhiasan dalam bentuk menyerupai wanita. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 18/110 bawah bab al-Huliy)

    Darul Ifta’al-Misriyyah pula di dalam laman webnya menyebut perkataan al-Rafi’e (ulama mazhab al-Syafie) di dalam Syarh al-Wajiz yang mengatakan harus bagi lelaki memaki cincin perak berdasarkan riwayat cincin Nabi saw daripada perak dan harus juga memakai selain cincin dari perhiasan perak seperti gelang dan gelang lengan dan kalung. Demikian juga perkataan Abu Said al-Mutawali yang mengatakan apabila harus memakai cincin perak, maka tidak ada beza antara jari-jari dengan anggota lainnya, sama seperti perhiasan emas yang dihalalkan untuk wanita, maka diharuskan untuk orang lelaki memakai gelang di lengan, kalung di tengkuk dan gelang di tangan dan selainnya kerana tidak thabit pengharaman perak melainkan pengharaman kepada bekas-bekas dan pengharaman menyerupai wanita.

    (Sila lihat laman rasmi Dar al-Ifta’ al-Misriyyah: http://www.dar-alifta.com)

    Kesimpulan dari soalan-soalan pembaca:

    Larangan memakai gelang yang dinamakan al-Wahinah di dalam hadith bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal.

    Orang-orang yang menggunakan gelang atas sebab-sebab yang dibenarkan hendaklah memerhatikan yang mereka tidak sampai ke tahap yang dilarang iaitu menyerupai wanita dan pembaziran dalam penggunaannya. Namun, dari hadith Rasulullah telah wujud pengaruh tentang gelang ubat atau tangkal pada masa kini. Wallahualam.

    Related Topics:
    - HARAM Lelaki Memakai Gelang Tangan (Part 1)
    - Pemakaian Gelang Bermagnet Jika Penuhi Empat Syarat – Jabatan Mufti Negeri Perak

    MURTAD: Islam dihina di Malaysia

    Lina Joy @ Azlina Jailani menang di mahkamah melawan kes pertukaran agama iaitu murtad. Tapi mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia… Sapa yg lebih berkuasa? Sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dalam Agama Allah dan dilindungi Allah dari terpesong aqidah… amin.

    Lina Joy dua dari kanan

    Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !! Injil telah dicetak & di edar. IFC buat roadshow besar-besaran sokong kebebasan beragama. Bersedialah wahai saudara saudari ku yang amat disayangi. Berdoalah semoga umat ISLAM selamat.

    Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.

    Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM? Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia . Antaranya:

    01.) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun.

  • Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, “Hang nak ikut agama apa?”. Kalau dia kata nak jadi Hindu, maka jadi Hindu lah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
  • 02.) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama.

  • maknanya, perkataan ‘Islam’ yang ada kat mykad kita itu, depa minta di ‘tiada’ kan.
  • 03.) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

    04.) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

    05.) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

    06.) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

    07.) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain.

  • mahkamah syariah kalau takde, habis la kita. Walaupun ia bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?. Kalau takde mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
  • 08.) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

    09.) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

    10.) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

    11.) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

    12.) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia?

    Lagi 3 saya tak ingat, anda boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.

    Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?. Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
    dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?. Depa kata kat Mufti Perak, “ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!”. Datuk Harussani balas dalam majalah Millenium Muslim katanya, “di atas sikap open minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!”. Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

    ———————————————————————————————-

    Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya:

    “Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain. Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
    sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya, dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar”. (rujukan tafsir al-Quran al-’Azim oleh Al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

    Wallahua`ala`alam.
    27 SEPTEMBER 2007

    cikwiduri: Minta sesiapa yang membaca, sebarkan berita ini kerana ia tidak akan tersebar melalui media bercetak mahupun media elektronik di negara kita kerana TAKUT di gam.

    Related:
    - MURTAD: Azlina Jailani @ Lina Joy
    - MURTAD: Siti Fatimah @ Tan Ean Huang
    - MURTAD: Permohonan Siti Fatimah diterima
    - MURTAD: Selimah Mat buried according to Buddhist rites

    MURTAD: Azlina Jailani @ Lina Joy

    Latar belakang Azlina Jailani:

    Lina Joy, 44, yang berbangsa Melayu keturunan Jawa, bekerja di ProQuest, Taipan, Subang Jaya dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur. Ibunya, Kalthum binti Omar manakala ayahnya, Jailani bin Shariff masih beragama Islam dan mengamalkan cara hidup Muslim.

    Sejak tahun 1990 beliau telah mempraktikkan ajaran Kristian sepenuhnya. 8 tahun selepas itu, dia dibaptiskan pada 11 Mei 1998. Pada tahun 2000 beliau berhasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta perkahwinan tersebut disahkan.

    Fakta Kes:

    Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk mendaftar perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan kerana kad pengenalan beliau masih tertulis ‘beragama Islam’ walaupun beliau telah berjaya menukar nama dalam kad pengenalan kepada Lina Joy.

    Pada tahun 1999, beliau membuat permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan dan kad pengenalan baru beliau masih tertera perkataan Agama Islam.

    Pada tahun 2000, beliau membuat permohonan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut. Permohonannya tidak dibenarkan oleh JPN tanpa kebenaran dari Mahkamah Syariah yang memperakui beliau keluar dari agama Islam.

    Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam tidak membenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.

    Permohonan beliau bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19 Sept 2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam pada kad pengenalannya.

    Peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.

    Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-muslim: Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan. Namun, Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta barisan NGO yang menyokong Lina Joy, meminta untuk memberi hujah dan bersuara, telah DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.

    Permulaan isu ini dibesarkan kerana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara, peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.

    Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak dan kuasa Mahkamah Syariah. Meraka hanya memberi hujah bahawa Lina Joy berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

    Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak relevan lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.

    Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Muslim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan “person” (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 untuk dirujuk kepada individu, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.

    Pertama kali dalam sejarah Malaysia, sebegitu berani dan bersikap kurang ajar dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut bagi menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan dan syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.

    Implikasi dan definisi “Individu” :

    Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampau batas pemikiran kita…!

    Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.

    Apabila definisi “person” didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya.

    Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa. Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya. Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak releven. Sebagai contoh, solat boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solay yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.

    Semua badan-badan Islam tidak releven lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.

    Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.

    Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.

    Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.

    Mengapa kes Lina Joy?

    Kes Lina Joy adalah kes yang sudah lama didiamkan, tetapi ianya telah di ‘marketing’ kan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, dan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.

    Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.

    Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11″ yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.

    Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sisters-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin negara yang beragama Islam.

    Kes Lina Joy mampu memberi kesan yang amat besar, dan diistilahkan sebagai “beyond our imagination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, sama ada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukum yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al-Quran & As-Sunnah.

    Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.

    Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang amat lemah untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.

    http://www.becketfund.com, http://www.malaysianbar.org.my, http://www.bernama.com.my, menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.

    Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuan untuk memberi tekanan kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy antaranya;

    Malaysian Bar Council
    All Women’s Action Society (AWAM)
    Sisters in Islam (SIS)
    Catholic Lawyers Society
    Interfaith Spiritual Fellowship
    Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
    Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
    National Human Rights Society (HAKAM)
    Pure Life Society
    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
    Vivekananda Youth Movement, Seremban
    Women’s Aid Organization (WAO)
    Women’s Development Collective (WDC)

    Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian & tekanan mereka ke atas mengkehendaki agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan, dan membentngkan ‘paper & kes study’ yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.

    Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujah yang menyokong tindakan Lina Joy tanpa mendapat restu dari Bar Council member.

    Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka…

    Amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali wakil peguam dari ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.

    Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy dalam mengakhiri kes itu menyebut, “…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia, Islam is just a subservient to constitution…”

    Tindakan segera

    Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 28-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, bekas Presiden Majlis Peguam untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy.

    Secara langsung menunjukkan seolah Majlis Peguam adalah dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.

    Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam dalam & luar negara untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.

    Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.

    Zainur Zakaria dan dianggotai 15 peguam lain sebagai committee termasuk Kamar Ainiah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato’ Zaiton Othman mewakili Persatuan Peguam Muslim Malaysia, merangkumi pelbagai bidang kepakaran dan fahaman politik yang pelbagai. Antara yang lain adalah; Dato Abu Zahar, Dato Ainuddin, Zulkifli Nordin, PaaWan Chik Marican (Peguambela utama kes), Baharuddin, Subki Yusuf, Radhi (Setiausaha NGO Melayu), Zainuddin Ismail, Zainur Ridaun, Shamsuriya, Azril, Raja Mustafa.

    Satu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini, http://www.peguampembelaislam.com dan http://www.peguampembelaislam.org yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.

    Press Statement dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.

    Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini.

    Terdapat kes ini yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya, kecuali kenyataan yang terkandung di dalam Bernama.

    Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa perlu sedar dan disedarkan tentang apa yang sedang berlaku dan implikasinya terhadap Islam, Muslim dan perjuangan Islam di Malaysia pada masa hadapan.

    Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm.

    Press Statement telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato’ Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 tetapi langsung tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia. Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.

    Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis, dalam bentuk yang mudah difahami kepada seluruh masyarakat Malaysia.

    Solat Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.

    Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap ambil tidak endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.

    Seluruh badan serta oraganisasi & individu mesti menggunakan setiap kekuatan yang ada untuk mempengaruhi serta menyedarkan masyarakat tentang isu ini, serta meminta masyrakat untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang terlibat untuk memastikan pekutusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam.

    Pengumpulan dana kewangan segera susulan daripada dana yang telah dikumpul ketika perjumpaan peguam Muslim pada 12-Julai-2006, yang akan digunakan untuk menggerakkan bantuan kepada individu yang terlibat di dalam kes ini, termasukalah untuk mendapatkan beberapa unit notebook serta printer dan peralatan lain sekretariat Peguam Pembela Islam.

    Mengumpul tandatangan seluruh Muslim di Malaysia untuk diserahkan kepada pemerintah dan Raja & Hakim sebagaimana yang telah dilakukan oleh NGO tersebut dengan mengumpul 20,000 tandatangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini. Amat malang tiada sebarang tindakan atau statement dikeluarkan oleh beliau, malah seorang Menteri yang terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah melabelkan “bodoh” kepada individu yang menghalang dari usaha ini diteruskan.

    Seterusnya, atas usaha & idea bersama yang perlu dilakukan segera. Maklumat seterusnya akan disalurkan melalui group email, boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma; peguampembelaislam@yahoogroups.com peguampembelaislam@yahoogroups.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya.

    Penutup

    Saudara sekalian, Allah tidak akan tanya apa hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah akan tanya kita apa yang kita lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu ‘ain untuk menegakkan Islam di muka bumi dilaksanakan…

    Fikir & bertindak. Wassalam.

    –Harakahdaily Mon | Jul 17, 06 | 06:05:35 PM)

    Related:
    - MURTAD: Siti Fatimah @ Tan Ean Huang
    - MURTAD: Islam dihina di Malaysia
    - MURTAD: Permohonan Siti Fatimah diterima
    - MURTAD: Selimah Mat buried according to Buddhist rites

    Poem from African kid

    This poem was nominated by UN as the best poem of 2006, written by an African Kid.

    When I born, I black
    When I grow up, I black
    When I go in Sun, I black
    When I scared, I black
    When I sick, I black
    And when I die, I still black
    And you white fellow
    When you born, you pink
    When you grow up, you white
    When you go in sun, you red
    When you cold, you blue
    When you scared, you yellow
    When you sick, you green
    And when you die, you gray
    And you calling me colored?
    Firas Chadli

    Filem “Fitna”

    Assalamualaikum…

    Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda, yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui you tube.

    Filem Fitna itu, yang disiarkan selama 15 minit dalam sebuah laman web pada 27 Mac, mengkritik Islam, dan ayat Qur’an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks.

    Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.

    Geert Wilders

    Kenali Musuh anda !!! si Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel. Dia pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas.

    Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir semalam agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.

    Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.

    Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.

    Saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan oleh Belanda.

    BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH – DON’T BUY!!

    1. Dutch Lady – Susu
    2. Ferrero Roche – Coklat
    3. Wall’s – Ais Krim
    4. Ing -Insurans
    5. Planta -Magerin
    6. Lady’s Choice -Magerin
    7. Lipton -Teh
    8. Shell -Minyak
    9. Knorr -Perisa Makanan
    10. Dove -Mandian
    11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
    12. Radiant -Deodoran
    13. Rexona -Deodoran
    14. Ponds -Produk Kecantikan
    15. Kieldsens -Coklat
    16. Slimfast -Produk Pelangsing
    17. Lego -Kismis
    18. Philips -Barangan Elektrik
    19. Duyvis -Makanan Ringan
    20. Gouda -Keju
    21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
    22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
    23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
    24. Labello -Lip Balm
    25. Pickwick -Teh
    26. Venz -Mentega Coklat
    27. Kinder Bueno -Coklat
    28. Unilever -Syarikat
    29. Dumex -Susu Tepung
    30. Nutricia -Susu Bayi
    31. Sunsilk -Shampoo
    32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
    33. Lux -Mandian
    34. Vaseline -Lip Balm
    35. Cif -Pencuci Lantai
    36. Surf -Pencuci Kain
    37. Wishbone -Pencuci Kain
    38. Doriana – Keju Krim
    39. Bertolli -Minyak Masak
    40. Clear -Shampoo
    41. Breeze -Pencuci Kain
    42. Sun -Pencuci Kain

    PKR, DAP, PAS kini sebagai Pakatan Rakyat

    PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS bersetuju menggunakan perkataan “Pakatan Rakyat” bagi menggambarkan kerjasama antara ketiga parti itu, kata penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Katanya penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan membawa perkara itu kepada parti masing-masing untuk mendapatkan persetujuan.

    “Nama Pakatan Rakyat ini akan disahkan setelah ketiga-tiga parti mendapat persetujuan pimpinan masing-masing dalam masa terdekat ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat antara ketiga-tiga pihak itu di ibu pejabat PKR di sini hari ini .

    Anwar berkata bagi memantapkan kerjasama Pakatan Rakyat, satu Majlis Pimpinan yang terdiri daripada tiga ketua parti itu akan diwujudkan selain satu Sekretariat Bersama yang mempunyai wakil setiap parti. Katanya beliau hanya akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan itu dan bukannya menjadi ketuanya.

    Katanya, ketiga-tiga parti itu bakal mengadakan satu konvensyen pada 27 April ini bagi memantapkan pemahaman anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mengenai semua dasar. Mengenai kemungkinan berlaku krisis dalam kerajaan negeri antara tiga parti itu di Perak, menurut Anwar kerjasama tiga parti itu tidak mudah goyah kerana berpegang pada idealogi yang sama iaitu memperjuangkan hak rakyat dan ketelusan pentadbiran.

    “Saya percaya pakatan ini tidak terjejas hanya kerana isu-isu kecil dan remeh. Bagi saya apa yang terjadi di Perak hanyalah salah faham kecil dan telahpun diselesaikan dengan baik,” katanya merujuk kepada tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Buntong, A. Sivasubramaniam untuk meletakkan jawatan daripada DAP semalam tetapi kemudian menarik balik keputusan itu lapan jam kemudian.

    Abdul Hadi pula berkata persoalan mengenai agama Islam tidak menjadi isu utama dalam pentadbiran di negeri-negeri yang dikuasai pakatan tiga parti itu.

    “Jangan jadikan Islam sebagai isu, Islam adalah agama dan dalam Islam kita diajak bermuafakat bagi apa jua perkara…gunakan panduan itu dalam politik juga,” katanya.

    Lim pula berkata pakatan itu banyak belajar daripada kesilapan ketika Barisan Alternatif diwujudkan pada tahun 1999 menyebabkan ia tidak kukuh kerana mesej perjuangan yang kurang jelas.

    cikwiduri: Jangan pula bila dah bersatu, kecoh nak rebut jawatan sampai berperang. Rosak binasa negara jadinya.

    Yusni Jaafar meninggal dunia

    Arwah Yusni Jaafar

    KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal Yusni Jaafar Sidik, 63, meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Selayang akibat kegagalan hati. Yusni menghembuskan nafasnya pada kira-kira pukul 2.30 pagi.

    Menurut anak keduanya Raja Ema, ibunya dimasukkan ke hospital itu pada 31 Jan lepas.

    Katanya jenazah ibunya dibawa balik ke rumah keluarga di 37, Jalan USJ 3/2, Taman Seafield Jaya, Subang Jaya dekat sini dan disembahyangkan di Masjid USJ 15 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21.

    Yusni, anak kelahiran Tumpat, Kelantan meninggalkan lima cahaya mata.

    Filem pertama lakonannya ialah filem Panglima Badol pada 1978 dan sepanjang hayatnya telah berlakon dalam kira-kira 20 filem tempatan.

    Antara pencapaian allahyarhamah sepanjang bergelar anak seni ialah memenangi Pelakon Wanita Komedi Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-8 pada 1989.

    Lakonan terakhir beliau dalam filem Cuci pada tahun lepas.

    BIODATA
    NAMA: Yusni binti Jaafar Sidik (PPN)
    UMUR: 63 tahun
    TEMPAT LAHIR: Tumpat, Kelantan Darul Naim
    BANGSA: Melayu
    AGAMA: Islam
    SUAMI: Raja Ibrahim bin Raja Mansor
    TAHUN PERKAHWINAN: 1966
    ANAK: 5 orang
    NAMA ANAK:

  • 1. Raja Iskandar bin Raja Ibrahim
  • 2. Raja Ema binti Raja Ibrahim
  • 3. Raja Izat bin Raja Ibrahim
  • 4. Raja Emi binti Raja Ibrahim
  • 5. Raja Erna binti Raja Ibrahim
  • NAMA AYAH: Jaafar Sidik
    NAMA IBU: Kasmini Mustajab
    KERJAYA: Pelakon/Pelakon komedi veteran

    FILEM:

  • 2007 : Cuci – (Artis Undangan)
  • 2005 : Tak Ori Tapi Ok – (Pelakon Pembantu)
  • 2003 : Laila Isabella – (Artis Undangan)
  • 2002 : Soalnya Siapa? – (Pelakon Tambahan)
  • 1999 : Senario The Movie – (Pelakon Pembantu)
  • 1992 : Penghujung Malam – (Pelakon Pembantu)
  • 1990 : Driving School – (Pelakon Pembantu)
  • 1990 : Pening-Pening Lalat – (Pelakon Pembantu)
  • 1989 : Antara Dua Hati – (Pelakon Pembantu)
  • 1988 : Dendang Remaja – (Pelakon Pembantu)
  • 1988 : Guru Badul – (Pelakon Pembantu)
  • 1986 : Gila-Gila Remaja – (Pelakon Tambahan)
  • 1986 : Hantu Siang – (Pelakon Pembantu)
  • 1986 : Balik Kampung – (Pelakon Pembantu)
  • 1982 : Sikit Punya Gila – (Pelakon Pembantu)
  • 1981 : Setinggan – (Pelakon Utama)
  • 1978 : Panglima Badol – (Pelakon Utama)
  • ANUGERAH:

  • 1985: Pingat Pangkuan Negara (PPN) – Kerajaan Persekutuan
  • 1989: Pelakon Komedi Terbaik – Festival Filem Malaysia ke-8
  • Gambar ketika arwah Yusni terlantar sakit di hospital

    cikwiduri: Takziah kepada keluarga arwah Yusni Jaafar. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.