Latar belakang Azlina Jailani:
Lina Joy, 44, yang berbangsa Melayu keturunan Jawa, bekerja di ProQuest, Taipan, Subang Jaya dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur. Ibunya, Kalthum binti Omar manakala ayahnya, Jailani bin Shariff masih beragama Islam dan mengamalkan cara hidup Muslim.
Sejak tahun 1990 beliau telah mempraktikkan ajaran Kristian sepenuhnya. 8 tahun selepas itu, dia dibaptiskan pada 11 Mei 1998. Pada tahun 2000 beliau berhasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta perkahwinan tersebut disahkan.
Fakta Kes:
Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk mendaftar perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan kerana kad pengenalan beliau masih tertulis ‘beragama Islam’ walaupun beliau telah berjaya menukar nama dalam kad pengenalan kepada Lina Joy.
Pada tahun 1999, beliau membuat permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan dan kad pengenalan baru beliau masih tertera perkataan Agama Islam.
Pada tahun 2000, beliau membuat permohonan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut. Permohonannya tidak dibenarkan oleh JPN tanpa kebenaran dari Mahkamah Syariah yang memperakui beliau keluar dari agama Islam.
Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam tidak membenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.
Permohonan beliau bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19 Sept 2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam pada kad pengenalannya.
Peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.
Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-muslim: Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan. Namun, Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta barisan NGO yang menyokong Lina Joy, meminta untuk memberi hujah dan bersuara, telah DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.
Permulaan isu ini dibesarkan kerana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara, peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.
Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak dan kuasa Mahkamah Syariah. Meraka hanya memberi hujah bahawa Lina Joy berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak relevan lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.
Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Muslim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan “person” (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 untuk dirujuk kepada individu, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.
Pertama kali dalam sejarah Malaysia, sebegitu berani dan bersikap kurang ajar dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut bagi menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan dan syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.
Implikasi dan definisi “Individu” :
Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampau batas pemikiran kita…!
Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.
Apabila definisi “person” didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya.
Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa. Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya. Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak releven. Sebagai contoh, solat boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solay yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.
Semua badan-badan Islam tidak releven lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.
Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.
Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.
Mengapa kes Lina Joy?
Kes Lina Joy adalah kes yang sudah lama didiamkan, tetapi ianya telah di ‘marketing’ kan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, dan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.
Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.
Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11″ yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.
Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sisters-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin negara yang beragama Islam.
Kes Lina Joy mampu memberi kesan yang amat besar, dan diistilahkan sebagai “beyond our imagination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, sama ada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukum yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al-Quran & As-Sunnah.
Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.
Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang amat lemah untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.
http://www.becketfund.com, http://www.malaysianbar.org.my, http://www.bernama.com.my, menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.
Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuan untuk memberi tekanan kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy antaranya;
Malaysian Bar Council
All Women’s Action Society (AWAM)
Sisters in Islam (SIS)
Catholic Lawyers Society
Interfaith Spiritual Fellowship
Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
National Human Rights Society (HAKAM)
Pure Life Society
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Vivekananda Youth Movement, Seremban
Women’s Aid Organization (WAO)
Women’s Development Collective (WDC)
Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian & tekanan mereka ke atas mengkehendaki agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan, dan membentngkan ‘paper & kes study’ yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.
Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujah yang menyokong tindakan Lina Joy tanpa mendapat restu dari Bar Council member.
Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka…
Amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali wakil peguam dari ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.
Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy dalam mengakhiri kes itu menyebut, “…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia, Islam is just a subservient to constitution…”
Tindakan segera
Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 28-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, bekas Presiden Majlis Peguam untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy.
Secara langsung menunjukkan seolah Majlis Peguam adalah dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.
Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam dalam & luar negara untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.
Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.
Zainur Zakaria dan dianggotai 15 peguam lain sebagai committee termasuk Kamar Ainiah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato’ Zaiton Othman mewakili Persatuan Peguam Muslim Malaysia, merangkumi pelbagai bidang kepakaran dan fahaman politik yang pelbagai. Antara yang lain adalah; Dato Abu Zahar, Dato Ainuddin, Zulkifli Nordin, PaaWan Chik Marican (Peguambela utama kes), Baharuddin, Subki Yusuf, Radhi (Setiausaha NGO Melayu), Zainuddin Ismail, Zainur Ridaun, Shamsuriya, Azril, Raja Mustafa.
Satu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini, http://www.peguampembelaislam.com dan http://www.peguampembelaislam.org yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.
Press Statement dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.
Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini.
Terdapat kes ini yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya, kecuali kenyataan yang terkandung di dalam Bernama.
Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa perlu sedar dan disedarkan tentang apa yang sedang berlaku dan implikasinya terhadap Islam, Muslim dan perjuangan Islam di Malaysia pada masa hadapan.
Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm.
Press Statement telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato’ Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 tetapi langsung tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia. Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.
Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis, dalam bentuk yang mudah difahami kepada seluruh masyarakat Malaysia.
Solat Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.
Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap ambil tidak endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.
Seluruh badan serta oraganisasi & individu mesti menggunakan setiap kekuatan yang ada untuk mempengaruhi serta menyedarkan masyarakat tentang isu ini, serta meminta masyrakat untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang terlibat untuk memastikan pekutusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam.
Pengumpulan dana kewangan segera susulan daripada dana yang telah dikumpul ketika perjumpaan peguam Muslim pada 12-Julai-2006, yang akan digunakan untuk menggerakkan bantuan kepada individu yang terlibat di dalam kes ini, termasukalah untuk mendapatkan beberapa unit notebook serta printer dan peralatan lain sekretariat Peguam Pembela Islam.
Mengumpul tandatangan seluruh Muslim di Malaysia untuk diserahkan kepada pemerintah dan Raja & Hakim sebagaimana yang telah dilakukan oleh NGO tersebut dengan mengumpul 20,000 tandatangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini. Amat malang tiada sebarang tindakan atau statement dikeluarkan oleh beliau, malah seorang Menteri yang terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah melabelkan “bodoh” kepada individu yang menghalang dari usaha ini diteruskan.
Seterusnya, atas usaha & idea bersama yang perlu dilakukan segera. Maklumat seterusnya akan disalurkan melalui group email, boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma; peguampembelaislam@yahoogroups.com peguampembelaislam@yahoogroups.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya.
Penutup
Saudara sekalian, Allah tidak akan tanya apa hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah akan tanya kita apa yang kita lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu ‘ain untuk menegakkan Islam di muka bumi dilaksanakan…
Fikir & bertindak. Wassalam.
–Harakahdaily Mon | Jul 17, 06 | 06:05:35 PM)
Related:
- MURTAD: Siti Fatimah @ Tan Ean Huang
- MURTAD: Islam dihina di Malaysia
- MURTAD: Permohonan Siti Fatimah diterima
- MURTAD: Selimah Mat buried according to Buddhist rites





14 November 2009 at 2:14 pm
ISLAM ADALAH AGAMA YANG INDAH DAN SUCI…..
14 November 2009 at 2:12 pm
PERCAYALAH ISLAM YG SUCI…JANGAN PERCAYA AKAN MELAYU MURTAD…JADILAH MUSLIM YANG SEJATI…
16 October 2009 at 4:51 am
Semoga Allah tidak murka kepada bumi Malaysia.
Semoga Allah lindungi umatnya yang masih beriman kepadanya.
Dan binasakan mereka yang mungkar kepadanya
7 August 2009 at 6:19 am
Askum.. itu baru kesah Lina Joy terbongkar akhir 90an.. Ini saya nak cerita pada korang semua 1 kejadian yang tak terduga oleh kita. Cerita lebih kurang mcm kesah Lina Joy tapi pihak tertentu telah mendiamkan cerita tersebut sehingga kini tanpa ada hebahan. Suatu ketika sewaktu saya dalam perkhidmatan tentera saya telah ditugaskan di MINDEF KL sebagai kerani data di JRP. Semasa saya mengkoding 1 dokumen seorang pegawai dari TUDM didapati kejanggalan terhadap status agama yang dianuti oleh pegawai terbabit. Melalui dokumen peribadi pegawai terbabit nama asal beliau ada MUHAMAD GHAZALI BIN HAJI MOHD NOH. Beliau ini telah ditugaskan di Pangkalan TUDM Kuala Lumpur serta berpangkat Mejar TUDM. Apabila saya mengemaskini doumen pegawai terbabit nama melayu beliau telah di garis dengan dakwat MERAH dan di ganti dengan nama baru beliau sebagai MOBY CAZALY NOAH. Pegawai terbabit telah berkahwin dengan perempuan keturunan cina yang berugama kristian pada tahun 1968 (Kalau tak silap saya). Pegawai tersebut mendapat kelulusan keluar dari agama islam dari JPN dan ATM sendiri hanya mendiamkan perkara ini tanpa di hebahkan memandangkan pegawai terbabit masih didalam perkhimatan tentera Udara. Ternyata perkara ini telah berlaku lama tetapi kemusykilan di hati saya kenapakan Jabatan agama Islam W.P dan pihak ATM mendiamkan diri perkara sedemikian wal hal pada tahun 1993 pegawai terbabit masih lagi berkhidmat di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Sg Besi. Kenapa Panglima Tentera Udara semasa waktu itu mendiamkan diri wal hal beliau telah mengetahui perkara tersebut. Cuba bayangkan beliau menukarkan agama dengan senang perkataan ISLAM ditukarkan kepada KRISTIAN yang terdapat didalam BAT C 10 (Kad Pengenalan Tentera) sebab Kad Pengenalan Tentera mudah di pinda oleh pihak JRP dan apa gunanya Kor KAGAT dalam perkhidmatan tentera ini? Jawapannya SEMUANYA MENDIAMKAN DIRI UTK MENJAGA PERUK NASI MEREKA WALAUPUN MEREKA TAHU ADA PEGAWAI TUDM TELAH KEMURTADAN. Jangan pelik situasi sekarang ini ramai anak melayu telah di murtadkan oleh nya (agaknya).
6 July 2009 at 3:48 pm
Islam itu indah dan semulia2 agama.setiap larangan dan perintah tuhan 2 pasti de sbb dan bkn untuk menyusahkan hambanya tapi untuk menolong tanda kasihnya Dia pada hambaNya.gunakan akal untuk memahami nya
21 May 2009 at 12:57 pm
hurm…malu oo klu aku jd parent lina joy…xpela…kubur laen2…da kompem da xde jannah..kita ni jela kne bersatu..klu nk cegah dgn tangan…da goyang da…klu dgn lidah…da kompem terkelu..dengan lidah jela walaupon selemah iman..wahh…satu saranan…agak2 nk jd pemimpin tu lupekn r…jgn jd boneka je…nk jd..jd btol2…
13 May 2009 at 5:43 am
love, not hatred.
bermuhasabah diri rakan-rakan ku, dan lihatlah sama ada yang ada di dalam hati masing-masing adalah CINTA ataupun BENCI.
saya kristen, saya sedih bila orang kristen tinggalkan Tuhan, tetapi saya tidak membenci mereka, sebaliknya saya rasa sedih untuk mereka. Dan TIDAK sekali-kali saya ingin merejam mereka, kerana membunuh itu perbuatan dosa. Biarlah Tuhan sendiri yang membawa saudaraku balik, dan biarlah Tuhan sendiri yang menghakimi dia.
Dunia ini memang sudah penuh dengan perasaan benci, prejudis.
Oleh itu, rakan-rakan ku, marilah kita belajar untuk mencintai orang-orang yang ‘tidak layak’ untuk dicintai.
salam keamanan
8 May 2009 at 6:17 pm
macam ni ke cara segolongan islam menjawab?
sdar-sedar lah kiamat dah dekat.
24 April 2009 at 1:40 pm
kepada semua muslim jangan ler kita sesekali menyekutukan Allah, atau meninggalkan agama yang suci ini Amin…
3 April 2009 at 6:15 am
add ym aku…
3 April 2009 at 5:41 am
actli aku mo tnya ni…. sbnarnya.. bf aku ni christian.. tp family bf aku x brapa suka aku.. tp yg i know me n my bf truly love eachother n smpai kan my bf willing to follow me as islam… me x force tp dah cinta… apa ptut me buat?…. smpai skrg me kekeliruan….
15 March 2009 at 4:09 am
amar makruf nahi mungkar
15 March 2009 at 4:05 am
smoga smua umt islam mndpt Hidayah dr Allah dan brkekalan hgga hjg nyawa..Amin..
24 February 2009 at 2:29 pm
kita tak akan nampak perubahan selagi duit menjadi tuan.
24 February 2009 at 2:11 pm
wuts wrong with pemimpin nowadays??sume cam xpna blaja agama..yang pelik,orang educated pun support kes murtad..is this stupid leadership o wut??
23 February 2009 at 1:36 pm
Baru tadi saya tengok Buletin Utama. Dalam Parlimen, ADUN PKR (lupa dr mana) mengusul cadangan supaya mengubah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan orang Islam menukar agamanya. Namun, ia ditentang oleh ADUN BN yang katanya ‘tidak nampak keperluan untuk menggubal undang-undang bagi Wilayah Persekutuan’ bla bla bla.
Kenapa hanya 10 negeri yang mempunyai undang-undang menghalang seorang umat Islam daripada menukar agama? Saya menyokong adun PKR tersebut agar Wilayah Persekutuan mempunyai peruntukan undang-undang agama sama seperti 10 negeri yang lain.
Diharap sidang Parlimen tahu apa yang lebih baik jika agama Islam di Malaysia sebagai agama rasmi.
23 February 2009 at 10:40 am
kristian ni memang nak menyelewengkan umat2 islam supaya convert pada agama dia, bahkan ada yg memberi wang riggit supaya meninggalkan agama islam, ingat pasal perang salib , kepada lina joy semoga engkau masok NERAKA!!!!
19 February 2009 at 3:28 pm
kita sebagai umat islam perlu tunjuk contoh yg baik kepada bangsa lain supaya kita sentiasa dihormati semua…didiklaa anak2 kita dgn pegangan agama supaya menjadi generasi islam yg lebih teguh dan disegani. didiklaa mereka dr awal. kepada lina joy dan mereka2 yg murtad, semoga ALLAH bukakan hati mereka utk kembali ke pangkal jalan…bertaubatlaa before it’s too late.
14 January 2009 at 9:29 am
mereka ni x takut bala yg dtg sbb x kena kt diri sendiri lagi..di dunia ni mereka menang tp jgn hrp terlepas kt sana. sedarlah sekalian.. kiamat sudah dekat..
8 January 2009 at 3:47 am
kenapa nak tunggu dah terantuk……… dah bayk yang tuhan tunjuk thunami dan tanah runtuh belum hilang dr ingatan…… takan tak nampak lg… semoga kita tak tergolong dr yang dilaknat… semoga allah menyelamatkan hambamu yang lemah………
27 December 2008 at 9:36 am
It’s 1 person own rights to change his/her belief based own what he/she prefers to..”Forcing” won’t do any good..Democracy is all about freedom of speech. We as individual have our own rights and no one is entitled to judge one’s opinion is there is other choice/option. Be open & be relevant.
19 December 2008 at 8:33 am
rasenye aku tak payah nak banyak bercakap pasal hal ni… sume tau islam tu suci… tp bukan sume yang nampak macam tu….
aku tak menyokong bende macam ni… sebaliknye aku paling benci bende macam ni… kalo boleh dah lame aku bunuh diorang….
aku xmenyokong sape2.. tapi kalo die dah nak tukar agame nak buat macam mane… biarkan aje la… selebihnye tu urusan die dgn tuhan… nak x nak kite kene terima sbab kite duk kat malaysia.. dah itu undang2 die kan… di akhirat nnti pemimpin jugak yang bakal ditanye… jadi kalo nak jadi salah pun kat peminpin la… die x nampak hal agame kot..?? ce kalo die main kan peranan die… ikat rakyat dengan undang2… diorang mampu buat…!!
gune akal la…. dalam kubur nanti mati busuk jugak… orang x nampak hakikat… tujuk hakikat sebenar…
20 November 2008 at 9:03 am
Rasanya macam duduk dlm negara bukan islam le…Ada pemimpin pun tak dapat nak menegakkan syiar islam…cuma ada pemimpin yang karammmmm
10 November 2008 at 3:24 am
Ibubapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak dan mencorakkan mereka.Tanpa didikan agama dari kecil , maka kes seperti ini akan berlaku. Contoh yang baik adalah ibubapa sendiri.
22 October 2008 at 4:19 am
woi mangkuk!!! dah la guna nama nick “abdullah=hamba Allah” tapi cakap macam sial… ngko kalau memang muslim tapi nak convert ke haper tak yah nak racun2 orang lain, apa maksud ngko hentikan pemaksaan agama? Islam bukan agama boleh suka-suki ngko nak tukar2… nak kena jaga kesucian la bodoh! tak paham2! sama jugak tukar2 jantina! dah tuhan jadikan ko jantan, jadi jantanlah! yg ndak sangat jadi betina ni apehal?
21 October 2008 at 7:15 am
hentikan pemaksaan agama, sudah basi tau…
25 June 2008 at 1:33 am
Demokrasi cuma sistem rekaan manusia. Kalau kita percaya adanya hari esok, bukan kita perlu mnjawab kepada demokrasi. Tapi Yang Maha Esa. Democracy is irrelevant in the afterlife.
22 June 2008 at 8:06 am
this is what we call democracy. we hv all d rite 2 choose wat is best 4 us. so what if she wants 2 convert her religion? it is she who made her own choice, and it is not us 2 judge. just leave this 2 GOD.
27 May 2008 at 8:49 am
BERUBAH LAH LINA JOY
7 May 2008 at 4:47 am
untuk orang-orang islam, perbanyakkan berdoa agar anak2 kita menjadi umat islam yang teguh dan tidak terkena hasutan mereka2 yang ingin meneyelewengkan akidah. kenapa seorang anak beragama islam dan digelar muslin seperti lina joy itu tergamak menukar agamanya perlu diselidiki agar boleh dijadikan iktibar untuk anak cucu kita. apakah sebab yang sebenarnya berlaku? ramai anak2 kita berkahwin dengan orang2 kristian, hindu dan buddha tetapi masih boleh menganut agama islam dan praktikkan islam dengan sebenarnya, jadi mestinya ada perkara yang menjadi pemangkin untuk lina joy dan ramai lagi menjadi begitu. Tolong cari punca sebenarnya…….
13 April 2008 at 3:27 pm
diharap agar semua pihak bekerjasama mengetengahkan isu ini. supaya masyarakat faham dan bukan hnya terletak di bahu tokoh2 agama Islam shj. sebaliknya semua pihak media cetak dan elektronik harus sedar akana bahaya hal ini pada bangsa, negara dan tanah air kita.jgnlah jadi spt Turki…
24 April 2009 at 1:31 pm
What happen to Turky, have u been there and live there. I think this issue just a side issues because behind this there have a big agenda. Islam can’t be extremist and can’t be to slow. Our political leader is the reason why this kind of thing happening. We use have a Islamic universal not just think inside but in global manner and what happen to Muslim Country knows days. There are been attack by non-muslim country and our own muslim brother help them and we just look and say nothing. There are taking their own action and become extremist muslim and there kill their own brother of muslim. And the non-muslim have achived what thier want for, Muslim if we are togther we are strong but if we are fighting among us we will go down. What happen now in our country it’s had happen now and if we not to stop its. Kes like this will be more worst then ever.
13 April 2008 at 3:11 pm
Bykkan lg pembentangan seumpama ini untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada umat Islam ttg bahaya yang maha besar ini. Saya yg pada asalnya kurang memahami, selepas membaca pembentangan ini, merasakan bahawa seluruh umat Islam di Malaysia berada pada tahap yang amat membimbangkan.