DJ berpesta ganja

Posted on 08/05/2008 by


KUALA LUMPUR: Seorang deejay popular diberkas polis kerana disyaki terbabit dalam ‘parti ganja’ bersama tiga rakannya di rumah sebuah pangsapuri di Setapak.

Dia yang pernah menjadi deejay sebuah stesen radio terkemuka ditahan hasil maklumat orang awam yang mengesyaki sekumpulan suspek menghisap dadah di rumah itu.

Sepasukan anggota dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menahan deejay terbabit bersama rakannya sekitar jam 12 tengah malam.

Sumber polis berkata, pihaknya menerima maklumat daripada penduduk pangsapuri itu yang curiga dengan aktiviti deejay terbabit di rumah itu.

Susulan itu, katanya, sepasukan anggota polis menyerbu rumah berkenaan sebelum menahan deejay terbabit bersama tiga rakannya itu, seorang daripadanya wanita dipercayai terbabit secara langsung dalam industri hiburan.

Seorang lagi pernah bertugas di sebuah syarikat rakaman tempatan.

Hasil siasatan polis kemudian menemui sejumlah ganja seberat kira-kira 60 gram yang dipercayai digunakan deejay terbabit untuk aktiviti penagihan di rumah itu.

“Semua suspek dibawa ke IPD Sentul untuk menjalani ujian air kencing sebelum disahkan positif mengambil dadah. Berikutan itu, deejay terbabit bersama tiga rakannya ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 39 (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang yang dihubungi mengesahkan penangkapan deejay terbabit, namun enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, deejay berusia 35 tahun terbabit pernah menjayakan pementasan bangsawan selain menghasilkan skrip drama.

Dia juga pernah mengusahakan perniagaan makanan. – HM

cikwiduri: DJ nie memang suka buat krontroversi dari dulu.. Tak sangka sungguh. DJ yang suka buat kem motivasi untuk peminatnya tapi terjebak juga benda sebegini. Isk…isk…isk..

Gossip:
- Artis wanita nafsu kuda?
- Artis anak pontianak lagi!
- Artis nafi anak kandung
- Artis AF 2008
- Artis kebas barang hotel
- Artis senior selera ‘mat saleh’
- Artis bogel di set pengambaran
- Artis ‘anak pontianak’ bogel?

About these ads