Kenapa tak bogel saja?

Oleh BekokCobbong
27 Jun 2008.

  Macam-macam hal berlaku sehari dua ni. Mashitah kata surat pekeliling serta risalah etika berpakaian untuk wanita muslimah yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) supaya menutup aurat sebagai perkara remeh temeh? MasyaAllah. Dia sedar tak apa yang dia cakap tu. Tak serikkah dia dengan kontroversi perempuan boleh melacur kalau darurat dulu? Malang sungguh. Janganlah kerana periuk nasi serta mengejar pangkat dan kuasa sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina dan meminggirkan Islam. Kalau kata-kata tu keluar dari orang bukan ahli agama, mungkin orang tak pelik sangat, tapi ni dari Ustazah…MasyaAllah.

Mashitah berkata, sepatutnya mereka perlu memberi keutamaan isu yang lebih besar daripada isu memakai tudung seperti isu pengkid dan menangani masalah sosial.

“Tumpuan seperti itu perlu diberi keutamaan daripada tumpuan yang lebih kecil. Inilah masalah orang Islam lebih mementingkan perkara kecil manakala tumpuan yang lebih besar ditinggalkan,” katanya lagi.

Cuba perhatikan ayat Allah ini;
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa keluar dari rumah), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (perempuan yang baik-baik), maka dengan itu, mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Al-Ahzab 33 : 59)

Ingin bertanya kepada Mashitah, apakah kenyataan beliau itu menunjukkan ayat-ayat Allah adalah perkara kecil dan remeh-temeh ?

Dan sekarang giliran Mashitah pula bertanya kepada diri beliau sendiri.;

Apakah yang aku dan kerajaan BN telah lakukan untuk menangani gejala social? Apakah yang aku dan Ustaz-Ustaz BN telah lakukan untuk mengatasi masalah pengkid dan menangani masalah sosial?

Dan sekarang saya bertanya semula, apakah contoh tauladan yang diberikan kerajaan BN kepada rakyat? Bagaimana rakyat wanita nak pakai tudung kalau dilihat mereka pemimpin, menteri wanita dan isteri-isteri menteri-menteri sendiri bebas tak bertudung? Memang soal iman masing-masing tapi bukankah kepimpinan melalui tauladan?

Pelik! Apabila berlaku sesuatu kejadian jenayah atau gejala sosial, mengapa sibuk mencari formula dan bertanya professor itu professor ini, sedangkan peraturan dan hukum Allah ada. Mengapa tidak ingin kembali kepada panduan dan hukum Allah sedangkan Dialah yang menciptakan kita. Maka mestilah Dia tahu di mana kelemahan kita dan apa yang kita perlukan di dalam hidup kita. Pelikkan…Sungguh pelik!

Bacalah dua buah puisi ini untuk dita’akul dan di fikir-fikirkan

Tudung

Tudunglah makanan itu
Agar tidak disinggah lalat
Tudunglah dirimu itu
Agar tidak disinggah laknat!

Tudung

Engkau pun tersenyum mengejek sambil berkata;
Untuk apa bertudung..
yang diluar tidak penting, yang penting yang di dalam
Pakaian tidak penting, yang penting adalah iman di dalam hati
Kenapa engkau tidak berbogel sahaja, dan berkata;
“Yang diluar tidak penting, yang penting yang di dalam
Pakaian tidak penting, yang penting adalah iman di dalam hati..”

Related Topics:
- Gincu, tumit tinggi haram di Kota Bharu

Anwar Ibrahim press statement

June 29, 2008
Shah Alam, Malaysia.

The police report lodged against me earlier today is a complete fabrication. I believe we are witnessing a repeat of the methods used against me in 1998 when false allegations were made under duress. This is clearly a desperate attempt by the Barisan Nasional regime to arrest the movement of the Malaysian people towards freedom, democracy and justice.

The report has been organized by interested parties to attack me in retaliation for evidence I have recently obtained implicating IGP Musa Hassan and the AG Gani Patail in misconduct including fabrication of evidence in the cases launched against me in 1998-1999. This vile attack will not prevent me from releasing this dossier to the public.

I urge the Malaysian people to stand against the repressive forces that will be unleashed by the government in the coming days and weeks. We expect the media, the judiciary and the police force to all come under the direct and unchecked control of the executive.

My fellow Malaysians – we took a bold step forward on March 8th towards a new dawn for freedom and justice for all of our citizens. This people’s movement for change must go on with all of our strength and conviction.

ANWAR IBRAHIM.

Saiful Bukhari Azlan

This is the accuser, Saiful Bukhari Azlan (pictures above with Shahrir and in red neckie). My colleagues and I knew that he was planted by the other side. So we kept him under surveillance since the day he turned up in our office just before the March 2008 elections. It was a matter of time and we would have exposed him as someone with links to the office of the Deputy Prime Minister. He knew that the noose was tightening around his neck.

Saiful Bukhari Azlan02

There was no security breach because he was not directly involved in the strategic activities of Parti KeADILan Rakyat. He was merely a coffee boy or a butler type. – Din Merican

Saiful Bukhari Azlan03

- Versi Bahasa Malaysia -

29 Jun 2008
Shah Alam, Malaysia.

Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia – kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM.

Related Topics
- Saiful, kalau tak rela kenapa biarkan ditikam belakang

Music from Heaven?

Nope… sorry, I’m not talking about any music from your favourite band/singer or musical instruments. It’s a man made mechanical beast sound, create to fulfill your (all boys & maybe some girls) adrenalin rush thirst.

It’s really a Heavenly Music for all motorhead (at least that what I think). Ferrari California F149 GT, newest member of the great Italian marque. Check it out, really kewl clip;

http://youtube.com/watch?v=wexZHd7ZLvA

p/s: I can even heard it playing over & over again in my head. Love it. Can’t wipe off the smile on my face since 1st time listen to that sound. One thing for sure, it’s far better than what my wife sound when she sing in the bathroom hahahaha.. shhhhhhh.. don’t tell her :)

Rumahku Syurgaku

Alhamdulillah…

Actually, hampir seminggu juga aku tinggal di rumah baru. Penat lelah berpindah dari tingkat 4 turun ke tingkat 3, berbaloi aku rasakan sebab senang hati di rumah baru ini.

Sabtu minggu lepas, balik saja dari kerja aku terus kemas barang-barang di bilik sewa. Hampir 10 kali aku turun naik tangga hantar berkotak-kotak barang ke rumah baru. Kali ini, aku sewa the whole house. Nasib baiklah dapat sokongan daripada emak, yang tak setuju jika aku sewa di rumah lama bersama dengan housemate yang dah berkahwin…(aku pun tak nak duk situ).

Walaupun buat masa ini, aku stay seorang tapi alhamdulillah…belum ada gangguan yang cuba menguji keimanan aku. Itu rumah aku dan aku tetap pertahankan!

Last night, selepas ‘berperang besar’ dengan Yan, aku muhasabahkan diri sebelum aku tidur.

Aku amat bersyukur atas kurniaan Ilahi yang masih memberi aku nafas di dunia ini, walaupun aku pernah minta untuk ‘mati’ kerana tidak terbeban di bahu ini dengan segala dosa.

Aku amat bersyukur kepada-Nya dengan limpahan rezeki yang Dia berikan. Hidup aku dulu susah, terumbang-ambing kini Dia beri aku jalan untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik dari sebelumnya.

Aku redha kepada-Nya dengan jodoh yang masih belum ada noktah. Aku redha jika hubungan yang tidak sekufu itu putus sebab aku tak nak ungkit-mengungkit berlaku selepas perkahwinan. Aku bukanlah wanita yang sempurna untuk mendapat lelaki yang begitu sempurna.

Kemudian, aku terlelap dan tak sedar apa-apa.

10 amalan yang terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh  Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut  dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah  sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan  dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang  hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta  anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit  nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi  kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah.  Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk memberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas  dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan  nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,  sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin tapi kalau di rumah sangat malas. Sedangkan sebaik baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat  kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibu bapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru  tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.

Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini,  rezeki Allah diminta tapi nak ke rumah-Nya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima  hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita  menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut  selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.
(Riwayat Bukhari)

Hukum plastik surgery, botox, ‘braces’ dan susuk

Oleh Ustaz Hj Zaharuddin Abd Rahman

Sebelum saya menjawab persoalan ini, terlebih baik jika saya utarakan bahawa isu Botox telah dibincangkan dan diftawakan oleh Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Muzakarah mereka kali ke-74 bermula pada 25 hingga 27 Julai 2006 telah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox adalah haram digunakan kerana ia didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan bersifat najis.

Bagaimanapun, ada pihak yang cuba untuk mempertikaikan keputusan itu dengan mengatakan bahawa bahan yang digunakan untuk menghasilkan botox hanya protein, malah bukan protein daripada binatang yang diharamkan, tetapi mungkin namanya melambangkan seolah-olah ia daripada sesuatu yang kotor.

Pihak ini juga cuba mendakwa, dari segi kesihatan, penggunaan botox tidak memudaratkan jika ia dilakukan pihak yang bertauliah dan menggunakan teknik suntikan yang betul. Cuma pihak ini tidak menolak kemungkinan ia akan menimbulkan kesan sampingan jika digunakan berlebihan tanpa pemantauan atau diselia pihak bertauliah. Adalah diakui oleh para pakar bahawa Botox digunakan untuk memperbaiki keadaan muka saja supaya pengguna rasa lebih selesa, bukan untuk mengubah menjadi orang lain.

SEBAB UTAMA BOTOX HARAM

Bagaimanapun isu utama yang menyebabkan ia menjadi haram pada pandangan Syari’ah adalah :-
a) Unsur najis dan kotoran di dalam bahan BOTOX: Kajian mendapati botox atau Botulinum Toxin Type A antara lain mengandungi bahan daripada babi, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh mendatangkan mudarat. Dalam Islam, terdapat dalil yang menyebut “Tidak boleh mendatangkan mudarat dan tidak boleh pula membalas mudarat

b) Mengubah Ciptaan Allah Dengan Tujuan Cantik: Isu mengubah ciptaan Allah SWT terhadap diri seseorang. ISLAM melarang keras sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan cantik atau lebih cantik selain bertujuan kosmetik. Bagaimanapun jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, hukumnya harus. Jelasnya, tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ tubuh yang rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada kejadian tubuh manusia normal. Dalil yang mengharamkan pembedahan plastik untuk tujuan selain kesihatan adalah berdasarkan ayat 117 hingga 119 surah al-Nisa’ iaitu Allah berfirman yang bermaksud:

“Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang durhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”

Ulama tafsir memiliki tiga pendapat mengenai takrifan ‘mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah ditetapkan Allah’ iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia; mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah serta sebaliknya.

Terdapat juga hadith yang menyebut :
“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya” (Riwayat Thabarani)

Tatoo, iaitu memberi tanda pada muka dan kedua tangan dengan warna biru dalam bentuk ukiran. Sebahagian orang-orang Arab, khususnya kaum perempuan, mentatoo sebahagian besar dari tubuhnya. Bahkan dimasa pengikut-pengikut agama membuatnya tatoo dalam bentuk persembahan dan lambang-lambang agama mereka, misalnya orang-orang Kristian melukis salib di tangan dan dada mereka.

Perbuatan-perbuatan yang buruk menjadi semakin besar pengharamannya apabila ia dilakukan dengan menyiksa dan menyakiti badan iaitu dengan menusuk-nusukkan jarum pada badan orang yang ditatoo itu. Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang mentatoo ataupun orang yang minta ditatoo.

KIKIR GIGI DAN ‘BRACES’

Dan yang disebut mengikir gigi dalam hadith di atas, iaitu merapikan dan memendekkan gigi. Biasanya dilakukan oleh perempuan. Karena itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan perbuatan ini (tukang kikir) dan minta supaya dikikir. Kalau ada laki-laki yang berbuat demikian, maka dia akan lebih berhak mendapat laknat.

Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, yaitu menjarangkan gigi. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam hadisnya:
Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang disebut ‘al-Falaj‘, iaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, supaya nampak agak sedikit jarang. Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang tidak begitu. Kemudian dia meletakkan sesuatu di sela-sela gigi yang berhimpitan itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebih-lebihan dalam berhias yang samasekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend’ Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik. Adapun pada hari ini, kebanyakkannya sudah menukar ‘style’ mereka kepada merapatkan gigi menggunakan ‘braces’ ( http://en.wikipedia.org/wiki/Dental_braces ) yang bertujuan mencantikkan susunan gigi. Ketika itu, hukum haram yang sama jatuh pada perbuatan merapatkan gigi bagi tujuan kecantikan. Adapun jika ia dilakukan bagi inidivud yang mengalami kemalangan dan bertujuan mengubatnya, ia menjadi harus.

Dari hadis-hadis yang telah kita sebutkan di atas, maka kita dapat mengetahui tentang hukum pembedahan kecantikan seperti yang terkenal sekarang kerana bagi memnuhi selera nafsu dan syahwat, iaitu kebudayaan Barat yang amat materialististik, sehingga begitu ramai perempuan dan laki-laki yang mengorbankan wangnya beribu-ribu untuk mengubah bentuk hidung, payudara atau yang lain. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan RasulNya, karena di dalamnya terkandung penyiksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat ‘show’ dan lebih mengutamakan pada bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada rohani.

Bagaimanapun Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut :
“Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran” (Al-Halal wal Haram Fil Islam )

c) Unsur Penipuan : Mengandungi unsur penipuan yang diharamkan Islam.
Selain itu, syariat turut mengharamkan perubahan yang memiliki unsur-unsur penipuan sama ada menerusi pembedahan plastik atau penggunaan produk kosmetik botox yang menukarkan wajah yang tua kepada muda.

Tujuan Shariah dalam hal larangan penipuan seperti ini boleh difahami dengan jelas dari hadith Nabi SAW, “Tukarlah ia (warna rambut, janggut dan misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)

Hadith larangan ini menunjukkan kepada larangan penipuan umur, ini kerana uban yang dihitamkan bertujuan kelihatan lebih muda. Justeru, tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam. Hal ini samalah seperti botox yang biasanya digunakan oleh wanita atau lelaki yang kulitnya sudah kelihatan tanda ketuaan, bagi mengekalkan rupa mudanya, maka mereka melakukan botox dan lebih teruk lagi susuk.

SUSUK dan SIHIR

Adapun pemakaian susuk, ia dianggap lebih berat kerana ia biasanya melibatkan ilmu sihir. Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas bertentangan dengan Islam. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran.

Tentang pembelajaran ilmu sihir, al-Quran mengatakan:
“Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka” (al-Baqarah: 102)

Rasulullah s.a.w. menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang boleh menghancurkan sesuatu bangsa, dan dapat merendahkan derajat pelakunya di dunia ini lagi. Justeru itu Nabi bersabda:

“Jauhilah tujuh perkara besar yang merusak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, yaitu: 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak; 4) makan harta riba; 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebahagian ahli fiqh menganggap, sihir itu bererti kufur, atau membawa kepada kufur. Sementara ada juga yang berpendapat; ahli sihir itu wajib dibunuh demi melindungi masyarakat dari bahaya sihir.

Al-Quran juga telah mengajar kita supaya kita suka berlindung diri kepada Allah dari kejahatan tukang sihir, iaitu firmanNya:

“(Dan aku berlindung diri) dari kejahatan tukang meniup simpul” (al-Falaq: 4)

Peniup simpul salah satu cara dan ciri yang dilakukan ahli-ahli sihir. Dalam salah satu hadis dikatakan, “Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik” (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)

Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh.

Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadith-hadith yang sohih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya.

Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.
Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun ia perlu mengikut cara dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk mahupun pembedahan plastik dan botox.

KESIMPULANNYA

 Botox atau pembedahan plastik yang dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu, mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia normal. Manakala susuk tidak dibenarkan sama sekali.

 Tujuan yang tidak dibenarkan adalah untuk kelihatan lebih cantik dari apa yang dianugerahkan, pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan.

 Syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam: memiliki keperluan tidak bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan; untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat lain; mesti diakui doktor Islam dan pakar dalam bidang itu; doktor yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya dan mudarat; mendapat persetujuan pesakit dan wali.

 Peraturan umum kecantikan Islam: tidak mengubah ciptaan Allah; tidak memudaratkan diri seperti kesakitan pada tubuh atau bertambah beban kewangan; tiada unsur penipuan atau untuk membanggakan diri; tidak membazir; tiada unsur najis; tidak menyerupai jantina berlainan; tidak menyerupai orang kafir dan fasik; wanita hanya berhias untuk suami dan mahramnya saja; mengikut syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam.

Jika botox itu menggunakan bahan suci sekalipun, ia tetap haram kerana dua ‘illah ( sebab utama) pengharaman masih ada.

Gincu, tumit tinggi haram di Kota Bharu

Jun 23, 08 6:23pm

Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengeluarkan larangan terbaru kepada pekerja Islam, antaranya tidak memakai gincu dan kasut tumit tinggi yang tidak mengeluarkan bunyi.

Yang Dipertua, Shafie Ismail berkata arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.

Katanya lagi, muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.

Jika hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah, katanya dalam pekeliling yang dikeluarkan kepada mereka yang bekerja mengendalikan semua premis dalam kawasan MPKB-BRI.

Etika berpakaian yang perlu dipatuhi termasuklah memakai tudung labuh, tidak jarang dan menutup dada, memakai baju berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.

Shafie berkata mereka yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kompaun seperti peruntukan Undang-Undang Kecil MPKB-BRI 1986 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikompaun tidak lebih RM500.

Related Topics:
- Kenapa tak bogel saja?

Lupakan KFC, makanlah RFC

Oleh Zainuddin Zain
Bisnes@metro Isnin, 25 Feb 2008

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melangkah setapak lagi dalam visinya menyediakan produk halal dan berkualiti kepada orang ramai apabila membuka restoran pertamanya, Radix Fried Chicken (RFC).

rfc

 Syarikat jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu antara terbesar di negara ini yang terkenal dengan jenama Kopi Radixnya, membuka cawangan pertama RFC di Lagenda Heights, bersebelahan Village Mall di Sungai Petani, Kedah.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA mensasarkan membuka 20 cawangan RFC menjelang akhir 2009.

Menurutnya, syarikat itu menawarkan sistem francais kepada 500,000 ahlinya di Malaysia untuk membuka cawangan RFC di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

“RFC adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan seperti babi yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya kepada kesihatan manusia keseluruhannya.

“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali.

“Pada masa sama, semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan lain-lain,” katanya ketika majlis pelancaran RFC, semalam.

Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim.

RFC turut menyediakan minuman kopi radix, cola radix, sarsi radix selain jus roselle dan mangga.

cikwiduri: Syabas! Akhirnya, wujud sebuah fast food yang bercirikan Islam.

tentang Perempuan oleh Lelaki

Kalau perempuan lawa tapi pendiam
Lelaki akan kata : Wow, ciri-ciri isteri idaman..
Kalau perempuan tak lawa tapi pendiam
Lelaki akan kata : Eh, tak reti komunikasi betul la..

Kalau perempuan lawa tapi buat jahat
Lelaki akan kata : Mesti ada krisis dalaman ni. Kesian..
Kalau perempuan tak lawa tapi buat jahat
Lelaki akan kata : Dah la tak lawa, perangai pun hodoh..

Kalau perempuan lawa menolong lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata : Heroin sejati..
Kalau perempuan tak lawa menolong lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata : Taktik nak mengorat le tu..

Kalau perempuan lawa dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata : Ok gak la..
Kalau perempuan tak lawa dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata : Kesian…mesti kena bomoh lelaki tu!

Kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata : Buta kayu betul mamat tu..
Kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata : …patut pun kena reject..

Kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan kata : Perasaannya halus…penuh kasih sayang..
Kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan kata : Sesama keluarga memang harus menyayangi..

Kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan kata : Entah Dato’ mana bela ni..
Kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan kata : Mesti anak orang kaya ni..

Kalau perempuan lawa tak mahu bergambar
Lelaki akan kata : Mesti takut kalau-kalau gambarnya tersebar..
Kalau perempuan tak lawa tak mahu bergambar
Lelaki akan kata : Sedar pun diri..

Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata : Caring sungguh..
Kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata : Konon tunjuk caring la tu..

Kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan kata : Don’t worry…I will make you happy forever..
Kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata : Sikit-sikit nak nangis! Mengada-ngada!!!

cikwiduri: lelaki OH lelaki! Nobody perfect!

Health: Seks adalah multivitamin

Bila anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa melakukan hubungan seks itu mampu menghilangkan sakit kepala.

Tidak percaya? Mari semak beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit tentang ilmiah bagaimana seks boleh menghilangkan sakit kepala. Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan memiliki kesan seperti morfin. Secara amnya mungkin boleh diertikan “semakin banyak orgasme, maka semakin ‘banyak ubat sakit kepala’ yang dikeluarkan”.

Hubungan seks juga boleh membuat Anda lebih peka. Daya cium anda akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahawa saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan bekerja aktif ketika anda sedang berghairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung meningkat.

Bukan rahsia lagi apabila melakukan hubungan seks secara rutin terbukti dapat meningkatkan kualiti kesihatan anda. Dalam Secret of the Superyoung, penulis yang juga Ahli Saraf di Royal Edinburgh Hospital, David Weeks, mengatakan bahawa melakukan hubungan seks yang cukup, boleh membuat anda tampil 10 tahun lebih muda.

Seks juga mujarab sebagai ubat stres. Bila merasa tegang, maka seks boleh membantu anda menjadi lebih tenang dan mengurangi beban akibat rutin kerja seharian. Selama melakukan hubungan seks, tubuh akan mengeluarkan endorphin, iaitu hormon yang menghasilkan perasaan tenang dalam otak.

Perlu diketahui pula, berdasarkan sebuah penelitian, melakukan seks secara teratur ternyata boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh sampai 30%. Hubungan seks menghasilkan hormon melatonin, yang baik untuk melawan bakteria dalam darah, menghindari kesan penuaan dan memberi kesan mengantuk. Dengan demikian, anda boleh terhindar dari penyakit flu dan masuk angin tanpa harus bergantung pada ubat atau jamu.

Dengan takdir Tuhan, anda boleh panjang umur hasil dari hubungan seks. Percaya atau tidak, setelah melakukan kajian lebih dari 10 tahun di negara bahagian Welsh, Inggeris, Profesor dari Bristol University, Shah Ebrahim, mengatakan bahawa seks dapat mengurangkan risiko terkena serangan jantung atau stroke. Menurut Embarhim, melakukan hubungan seks itu lebih sehat daripada jogging.

Dengan melakukan seks sebanyak tiga kali seminggu, berarti anda memperoleh ekstra pembakaran kalori hingga 8000 kalori per tahun. Bila tubuh melakukan pembakaran kalori yang mendekati sempurna ini, anda akan merasa lebih sehat dan bahagia. Mungkin anda belum mengetahui bahwa setiap 100 kali orgasme, berarti anda terhindar dari kematian premature hingga 36% kerana darah boleh menembus daerah-daerah “mati” ketika malakukan seks, sehingga daerah-daerah itu
boleh diperbarui.

Dengan melakukan hubungan seks, berarti anda merangsang pembinaan sel-sel dalam tubuh anda sendiri. Namun yang paling utama dan penting dari itu semua adalah, semakin sering melakukan hubungan seks, maka anda akan semakin romantis. Hormon oxytocin yang dikeluarkan setiap kali orgasme, boleh meningkatkan daya romantisme, seperti selalu ingin memeluk dan mencium, atau sebaliknya.

Dengan maklumat di atas, mungkin dapat membantu hubungan cinta yang dikatakan sebagai relatif aman damai.

“Satu” penerbangan!

Bila kita berangkat dari alam ini (dunia) ianya ibarat penerbangan kita ke sebuah negara lain iaitu ke kubur dan akhirat.

Di mana, maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

Di mana, penerbangan bukannya melalui Air Asia, AirJordan atau MAS tetapi Al-Jenazah.

Di mana, bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg tetapi amalan yang tiada atau ada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.

Di mana, bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.

Di mana, pewanginya bukan Tommy Girl atau Ralph Lauren tetapi air mawar dan cendana.

Di mana, pasport kita bukan Malaysia, British atau American tetapi Al-Islam.

Di mana, visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan tetapi ‘Lailahailallah‘.

Di mana, pelayannya bukan pramugari jelita tetapi Izrail dan lain-lain.

Di mana, layanan dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi tetapi sekadar kain yang diwangikan.

Di mana, destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International tetapi tanah perkuburan.

Di mana, ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani tetapi bilik 6 kaki yang gelap-gelita.

Di mana, pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam tetapi Mungkar dan Nangkir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.

Di mana, tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.

Di mana, lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

Di mana, destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya. Ianya percuma, jadi simpanan (saving) anda tidak akan dihabiskan.

Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.

Tak perlu risaukan tunda (delays), penerbangan ini sentiasa tepat, pada waktunya ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan. Anda telah hilang selera bersuka-ria.

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Berita Baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini.

Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!!

Penerbangan ini datang tanpa sebarang ‘amaran‘. Cuma perlu ingat! Nama anda telah tersedia ditempah untuk satu penerbangan.

Adakah kita telah bersedia untuk berangkat???

Sudahkah anda bersedia untuk penerbangan ini???

Petua mencuci hati

Oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak membersihkan hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa sebutkan lah “Ya, Allah jadikan hatiku bersih

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa kita diampunkan, otak kita turut menjadi tenang, dimurahkan rezeki, disayangi orang dan mencetuskan semua perkara kebaikan

3. Solat taubat
Selain kita memohon keampunan, dapat membersihkan hati dan menenangkan minda

4. Membaca Al-Quran
Selain membersihkan hati kita, ia turut menenangkan jiwa, sebagai penyembuh, penenang dan memberi terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhuallah” sebanyak 3X

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari
Semasa meminta maaf perlu sebutkan perkataan “minta maaf

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif
Jangan sesekali mengkritik, mengutuk diri sendiri atau merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah “Aku sebenarnya.. (perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda

Waktu yang paling baik adalah waktu malam iaitu sebelum tidur. Senyum dan pejamkan mata sambil berkata di dalam hati “Ya, Allah bersikanlah otak ku, bersihkanlah hati ku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif“. Menurut kajian psychology, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8. Berpuasa
Ketika berpuasa, kita terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang jahat

9. Cuba ingat tentang mati
Sekiranya hendak melakukan sesuatu perkara jahat, tak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa

10. Kekalkan wuduk

11. Bersedekah

12. Belanja orang makan
Lakukannya setakat yang kita mampu dan bukan untuk menunjuk-nunjuk

13. Jaga pemakanan kita
Jangan makan makanan yang dirasakan shubahah

14. Berkawan dengan ulama

15. Berkawan dengan orang miskin
Keinsafan akan datang pada diri kita jika kita sedar bagaimana susahnya kehidupan si miskin

16. Berpesan kepada para sahabat
Memberi nasihat dan berpesan perkara yang baik turut melatih diri kita menjadi insan yang syumul

17. Menjaga pacaindera
Pancaindera (mata, telinga, mulut…dsb), perlu dijaga daripada kejahatan. Contohnya jangan dengar orang mengumpat, jangan melihat perkara tak elok/sumbang, jangan mengumpat atau memfitnah orang

Bersyukurlah kepada orang yang menyakiti hati kita kerana dialah yang menabahkan hati kita, bersyukurlah kepada orang yang menipu kita kerana dialah yang meningkatkan pengetahuan kita, bersyukurlah kepada orang yang tidak mengendahkan kita kerana dialah orang yang memupuk kita agar berdikari dan bersyukurlah kepada orang yang menyeksa kita kerana dialah orang yang menguji kesabaran kita.

Jika mereka mengakui mereka adalah umat Nabi Muhammad pastinya mereka tidak akan membelakangi sahabat-sahabatnya.

Wallahualam.

Guru lelaki nafsu songsang

Dari halaman Harian Metro, di Dungun mengenai seorang guru lelaki yang masih bujang, berumur 37 tahun yang dikatakan mempunyai nafsu luar tabii.

Guru yang berasal dari Klang, Selangor itu, sanggup mengumpan anak murid “kesukaannya” dengan ganjaran RM30 hingga RM50 sebagai upah servis.

Perbuatan buruk, tak bermoral, bangang, haram itu dilakukan di kuarters guru di kawasan sekolah berkenaan.

Guru zaman sekarang pun banyak dah yang tak bermoral! Ada yang amalkan gaya hidup homoseksual, gay, melakukan jenayah rogol. Isk… isk.. isk…

Jika hari ini, anak murid hilang hormat kepada guru…
Jika hari ini, guru sudah tidak bermaruah…

Apa akan terjadi pada anak-anak kita di masa akan datang???

cikwiduri: Nauzubillahiminzaliq.

BIZZ: “Idris bersikap kebudak-budakan”

Ketua Pegawai Eksekutif, AirAsia Datuk Tony Fernandes berkata rakan sejawatnya dalam Malaysia Airlines (MAS) bersikap “kebudak-budakan” kerana menarik balik diskaun lumayan yang dinikmatinya dalam penerbangan MAS.

Katanya, diskaun seperti itu sebenarnya “amalan standard” serupa dengan yang diberikan kepadanya oleh syarikat penerbangan seperti Cathay Pacific, Virgin, Qantas dan sebagainya.

“Ia adalah budi bahasa yang dihulurkan kepada CEO syarikat penerbangan. Sama seperti dalam muzik industri, saya memberikan CD percuma kepada Warner Music atau sebaliknya,” kata Fernandes.

Pengarah Urusan dan CEO MAS, Datuk Seri Idris Jala, dalam suratnya kepada Fernandes bertarikh 28 Mei, mengumumkan keputusan pengurusan syarikat penerbangan itu untuk menarik balik diskaun perjalanan Fernandes.

Dalam suratnya Idris berkata: “Ramai pekerja kami merasa amat tersinggung dan kecewa dengan apa yang mereka baca di akhbar. Perasaan marah di kalangan pekerja ini semakin meningkat, begitu juga dengan tekanan dari pihak kesatuan setiap hari”.

Beliau juga berkata ekoran banyak kritikan Fernandes terhadap MAS, pihak pengurusan tiada pilihan selain menarik balik keistimewaan perjalanan berkuatkuasa 1 Jun.

Bagaimanapun Fernandes dalam reaksinya terhadap keputusan oleh seteru dalam perniagaannya itu berkata kritikannya terhadap MAS dicetuskan semata-mata oleh gesaan AirAsia supaya syarikat penerbangan negara itu “bersaing secara sihat”.

“Apa yang saya katakan cuma MAS perlu memberikan kami peluang untuk bersaing secara sihat. Contohnya MAS sentiasa menentang penerbangan AirAsia ke Singapura,” kata Fernandes semasa merujuk kepada isu utama bagi dua syarikat penerbangan itu, iaitu apa yang dilihat sebagai laluan paling menguntungkan di rantau ini.

Ditanya sekiranya beliau percaya kesatuan sekerja MAS yang menekan syarikat penerbangan itu untuk menarik balik diskaun 50 peratus bagi Kelas Pertama/Perniagaan dan 75 peratus bagi kelas Ekonomi, Fernandes berkata: “Kami hanya mahu diberi layanan adil. Apa gunanya untuk perkara ini dijadikan terlalu bersifat peribadi?” katanya.

Pelopor syarikat penerbangan tambang murah yang lantang bercakap itu berkata beliau memberikan sepenuh tumpuan kepada perniagaannya dan pemegang saham AirAsia, sambil menambah, “Orang yang tidak sukakan saya akan sentiasa mencari jalan untuk tidak menyukai saya.”

Ditanya sama ada tindakan MAS menarik balik diskaun yang diberikan kepadanya untuk menaiki penerbangan syarikat kebangsaan itu mendatangkan kesan kepadanya, Fernandes berkata “Saya tidak menggunakannya sangat, jadi tidak mengapalah.”

BIZZ: MAS tarik keistimewaan Tony Fernandes

Malaysia Airlines menarik semula kemudahan diskaun tiket lumayan yang diberikan kepada Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Tony Fernandes sejak dua tahun lepas, ekoran kritikannya terhadap syarikat penerbangan berkenaan.

Penarikan hak istimewa itu berkuatkuasa 1 Jun 2008.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Seri Idris Jala berkata syarikat penerbangan tersebut menerima banyak surat bantahan daripada pekerja mengenai pemberian kemudahan itu ketika Fernandes mengeluarkan kenyataan negatif terhadap syarikat penerbangan nasional itu.

“Kami menyediakan keistimewaan itu atas semangat persahabatan sejak 2006 selepas respon Fernandes bagi kemudahan antara syarikat penerbangan bagi penerbangan beliau di laluan antarabangsa kami walaupun AirAsia tidak mempunyai perjanjian antara syarikat penerbangan dengan Malaysia Airlines,” katanya.

Menurut amalan industri, hanya syarikat penerbangan dengan perjanjian itu akan mempertimbangkan pemberian keistimewaan kepada pekerja syarikat penerbangan.

“Sejak itu, kami menerima banyak aduan pekerja kenapa keistimewaan diberikan. Kami cuba mengetepikan kesemua kritikan itu.

“Bagaimanapun, baru-baru ini, kami sekali lagi menerima banyak surat bantahan daripada ramai kakitangan mengenai kemudahan itu ketika pelbagai kenyataan negatif dibuat terhadap Malaysia Airlines.

“Hati ramai kakitangan kami terguris dan kecewa dengan apa yang dibaca dalam media. Rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan semakin bertambah dan tekanan daripada kesatuan sekerja juga semakin meningkat,” katanya.

Idris berkata berdasarkan pandangan secara bersama dan permintaan daripada pelbagai pihak dalam syarikat maka pihak pengurusan telah memutuskan penarikan balik keistimewaan itu sebagai tindakan terbaik.

Royalti Minyak: Kini hak dikembalikan

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sun | Jun 15, 08 | 8:45:09 pm

Setelah sekian lama rakyat Terengganu dizalimi dan dinafikan hak untuk memperolehi hasil royalti minyak, maka akhirnya bayaran royalti ini dikembalikan ke pangkuan rakyat negeri Terengganu.

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 14 Jun 2008 bahawa bayaran royalti minyak ini akan dikembalikan telah memberi gambaran bahawa sememangnya pembayaran tunai hasil royalti minyak sejak dari 05 September 2000 telah dinafikan walaupun ianya telah termaktub dalam perjanjian perundangan antara kerajaan pusat dan negeri Terengganu.

Ternyata rakyat telah dianiaya dan dizalimi hasil dari tindakan politik sempit kerajaan pusat apabila PAS mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 yang lalu.

Penafian hak ini berlaku semata-mata kerana rakyat telah melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepada lunas demokrasi dalam pilihan raya.

Sejak itu PAS telah mengambil tanggungjawab untuk mendapatkan kembali hak yang sememangnya termaktub dalam perjanjian ini dengan memulakan proses perundangan setelah kerajaan pusat pimpinan BN terus menerus menunjukkan sikap tidak peduli dengan permintaan kerajaan negeri pimpinan PAS untuk mendapatkan kembali royalti minyak.

Ternyata bukan sahaja kerajaan pusat tidak menghormati prinsip perjanjian yang telah ditandatangani, tetapi juga telah secara tidak beretika menukarkan status wang royalti dengan nama yang lain tanpa secara sah dan bertanggungjawab.

Apabila pimpinan kerajaan negeri Terengganu bertukar tangan pada tahun 2004, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh tidak berusaha mendapatkan kembali wang royalti ini, sebaliknya menerima peruntukan Dana Khas yang berjumlah berbilion ringgit kononnya sebagai ganti wang royalti minyak yang sepatutnya dibayar.

Hasilnya, pembelanjaan terhadap peruntukan Dana Khas ini tidak dilaksanakan dengan telus dan berintegriti sebagaimana yang telah dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2007.

Sepanjang tempoh ini, PAS sentiasa konsisten memperjuangkan hak rakyat ini tanpa henti. PAS menaruh harapan yang tinggi agar khazanah negeri ini digunakan secara telus, adil dan penuh integriti untuk kepentingan seluruh warga negeri Terengganu tanpa mengira anutan agama, bangsa dan fahaman politik kepartian.

PAS juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS, badan-badan bukan kerajaan (NGO), Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), orang perseorangan dan seluruh rakyat Malaysia yang telah melakukan pelbagai usaha sehingga akhirnya wang royalti minyak ini kembali ke pangkuan rakyat.

Tahniah Rakyat Terengganu, Tahniah Untuk Semua.

Presiden PAS

MURTAD: Selimah Mat buried according to Buddhist rites

selimah mat

KANGAR: A Malay woman who died in Kampung Guar Musang, near here, on June 12 was buried according to Buddhist rites in the village.

This followed the Perlis Religious Affairs Department’s decision that the woman, Selimah Mat, 78, was no longer a Muslim at the time of her death although her identity card states her religion as Islam.

Perlis Syariah High Court judge, Zaini Abd Rahim when met by Bernama today, confirmed that the woman did not profess the Islamic faith and could be buried according to Buddhist rites.

The younger sister of the deceased, Kiah @ Rokiah Mat, 75, claimed that when Selimah was 16, she was taken to Thailand by someone and returned eight years later with a three-year-old son.

Rokiah said her sister admitted to her of having married a Buddhist man.

“I had asked her to return to Islam but she remained non-committal,” she said.

Rokiah also claimed on having seen Selimah entered the Buddhist temple in the village to engage in religious activities like the other Buddhists in the village.

She said she had also seen a photograph of her sister and her husband in a Buddhist initiation ceremony for the couple’s son, Aisok a/l Elan, when he was 20.

Last Thursday, Aisok sought permission from the Mata Ayer police station, near here, to bury his mother according to Buddhist rites.

Aisok said his mother had before asked that she be buried and not cremated in the event of her death.
————————————–
Versi Bahasa Melayu:-

MURTAD: Selimah Mat dikebumi ikut amalan Buddha
KANGAR: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam memutuskan mayat warga emas berketurunan Melayu dikenali Selimah Mat dikebumikan mengikut amalan Buddha selepas mendapati si mati tidak lagi mengamalkan ajaran Islam selepas berkahwin sejak 62 tahun lalu.

Selimah Mat

Mengikut laporan, Selimah, 78, adalah berketurunan Melayu berdasarkan identiti pada kad pengenalannya yang beragama Islam. Identitinya itu dikesan apabila anak lelakinya, Aisok a/l Elan, membuat laporan polis mengenai kematian ibunya di Balai Polis Mata Ayer, dekat sini, 12 Jun lalu.

Selimah dari Kampung Panggas, Chuping, dekat sini dikatakan dibawa lari ke Thailand dan berkahwin dengan seorang lelaki Thai berketurunan Buddha dikenali sebagai Elan ketika berusia 16 tahun serta menetap di negara jiran.

Bagaimanapun, si mati dikatakan pulang semula ke kampung halaman suaminya di Kampung Guar Musang, di sini dengan membawa pulang seorang anak perempuan berusia tiga tahun pada 1954 lalu.

Pasangan itu mempunyai dua anak iaitu Aisok, 53 dan seorang perempuan berusia 58 tahun.

Hakim Mahkamah Syariah, Zaini Abdul Rahim, menyatakan mahkamah berpuas hati dengan keterangan daripada pihak Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) berhubung status si mati yang sudah tidak mengamalkan ajaran Islam dan membenarkan pengebumian mayat wanita itu dilakukan mengikut amalan Buddha.

Related:
- MURTAD: Azlina Jailani @ Lina Joy
- MURTAD: Siti Fatimah @ Tan Ean Huang
- MURTAD: Islam dihina di Malaysia
- MURTAD: Permohonan Siti Fatimah diterima

Niat penjelasan ketika wuduk

1.) Berkumur
Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2.) Membasuh muka
Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3.) Membasuh tangan kanan
Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini”.
Ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan.

4.) Membasuh tangan kiri
Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini”.
Ahli neraka diberikan hisabnya di tangan kiri.

5.) Membasuh kepala
Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6.) Membasuh telinga
Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.
Hari-hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya.

7.) Membasuh kaki kanan
Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim”.
Ahli syurga melintasi titian siratul mustaqim dengan pantas sekali.

8.) Membasuh kaki kiri
Ya, Allah, bawakanlah aku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”.
Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi sepanjang menghayati tuntutan Islam?

Adakah pernah kita berfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Demonstrasi Minyak Kg Baru – KLCC

demonstrasi minyak

Kira-kira 60 anggota polis, termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sudah ditempatkan di depan Masjid Kampung Baru dan kawasan sekitarnya mulai jam 11.15 am ini ekoran rancangan Pemuda Pakatan Rakyat untuk mengadakan perarakan ke Menara Berkembar Petronas bagi membantah kenaikan harga minyak.

Dua buah trak kecil yang masing-masing membawa lapan anggota tiba kira-kira jam 11.15 am manakala sebuah lagi trak besar yang membawa kira-kira 15 anggota tiba di situ kira-kira lima minit kemudiannya.

Manakala empat lagi trak bersama kira-kira 30 anggota FRU tiba sejurus kemudiannya.

Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air yang ditempatkan di Jalan Raja Abdullah.

Pada kira-kira jam 12.40 pm, kira-kira 40 anggota polis kelihatan sedang bergerak dari Jalan Raja Alang ke Jalan Raja Abdullah.

Lagi anggota FRU kelihatan bergerak dengan trak ke Jalan Raja Alang.

Di dalam kawasan masjid, kelihatan sekumpulan 30 orang, termasuk tiga daripadanya memakai baju-T berwarna hijau bertulis Pakatan Rakyat.

Difahamkan perhimpunan dan perarakan hari ini dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Keadaan di sekitar masjid kelihatan seperti biasa. Walaupun terdapat ramai anggota polis di situ, gerai-gerai di tepi jalan dibuka seperti biasa.

Kira-kira 20 anggota polis mengawal di persimpangan Jalan Raja Abdullah/Raja Alang, tetapi orang ramai boleh lalu-lalang di situ menuju ke masjid.

Sementara tujuh trak FRU serta sebuah trak meriam air telah ditempatkan di kawasan belakang KLCC.

Manakala sepuluh lagi anggota polis kelihatan berkawal di pintu masuk utama KLCC.

Semalam, Ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata antara 1,500 hingga 2,000 anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghalang perarakan itu.

Katanya, anggota polis dari balai polis daerah Dang Wangi dan Sentul juga akan berkawal di sekitar kawasan tersebut.

Beliau juga berkata, jika perlu, polis akan menutup beberapa jalan yang menghala ke kawasan (masjid), itu jika perlu.

Sabtu lalu, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub mengumumkan acara perarakan sejauh lebih dua kilometer itu.

Sehubungan itu, polis telah memanggil setiausaha Pemuda PAS Sabki Yusoff dan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, untuk membincangkan perkara tersebut.

Angkatan Muda PKR (AMK) juga menyatakan kesediaannya menyertai perarakan tersebut kelmarin.

Perhimpunan ini dipercayai yang terbesar pernah dianjurkan oleh parti-parti pembangkang selepas pengumuman kenaikan harga minyak secara mendadak Rabu minggu lalu.

Turun hadir ialah ahli Parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Syed Azman Syed Nawawi yang ahli jawatankuasa PAS pusat.

1.00 pm: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salehuddin Ayub yang juga ahli Parlimen Kubang Krian serta timbalannya, Nasaruddin Tantawi tiba untuk bersembahyang Jumaat di Majlis Kampung Baru.

1.20 pm: Imam Masjid Kampung Baru menasihatkan para jemaah supaya jangan berkumpul dalam kawasan masjid.

1:45 pm: Orang ramai sesak di dalam dan luar masjid, dijangkakan jumlah mereka kira-kira 3,000.

2.00 pm: Solat selesai, ahli-ahli jemaah keluar masjid dengan slogan-slogan “turunkan harga minyak” dan mengecam perdana menteri.

 

2.11 pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak ke sepanjang Jalan Raja Alang, tidak meneruskan perjalanan seperti dijadualkan di Jalan Raja Abdullah susulan sekatan sekumpulan anggota polis FRU.

Perarakan dipimpin ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Mereka melaungkan slogan “Hidup, hidup. Hidup rakyat” berkali-kali.

2.23 pm: Kumpulan penyokong pembangkang berada di kawasan Chow Kit, dan mula bergerak sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.30 pm: Kumpulan penyokong pembangkang berada di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, menuju Kompleks Pertama-Sogo, dipercayai untuk mengelak bertembung dengan polis.

Mereka melaungkan slogan “Hidup, hidup. Hidup rakyat” berkali-kali.

demonstrasi minyak

2.37 pm: Perarakan bantahan harga minyak berada di Kompleks Pertama-Sogo dan beberapa ratus duduk, berkumpul, di atas jalan.

Penyokong pembangkang melaungkan slogan “BN naik, minyak naik, BN turun, minyak turun.”

2.45 pm: Ketua angkata muda PKR menyampaikan ucapan selepas ucapan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.

Malaysian Demonstration Fuel

2.50 pm: Pasukan polis, khususnya FRU, menuju ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di atas simpang dekat Kompleks Pertama-Sogo. Polis dalam keadaan berjaga-jaga di Jalan Dang Wangi.

Lalulintas, yang melimpah ke tengah-tengah jalan tersebut, dikawal oleh Unit Amal PAS.

3.00 pm: Kumpulan penyokong pembangkang berarak di sepanjang Jalan Raja Laut, menuju ke arah ibu pejabat PAS. Mereka masih diketuai oleh ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

3.15 pm: Polis memberitahu, tiada tangkapan dalam perhimpunan tersebut dan keadaan kini terkawal.

Berita Harian bertukar saiz?

Pagi selepas cikwiduri siapkan website, mula la duk duk selak-selak blog para politikus.

Dari halaman blog DuniaTiger, katanya Berita Harian yang bersaiz broadsheet bakal bertukar ke saiz tabloid macam Harian Metro.

Dalam blog Rocky, katanya edisi baru Berita Harian akan dijual pada awal Julai.

cikwiduri duk risik-risik kawan di Berita Harian. Perubahan saiz paper ini dah dimaklumkan semasa pertemuan antara staff dengan orang ‘atasan’ bulan Mei lalu.

cikwiduri duk terpikir la…Berita Harian ubah size atas alasan ape ye. Bersaing dengan  Harian Metro lew jawabnya lepas nie. Jika bersaing sekalipun, mampu ke Berita Harian menaikkan jualan?

Khabar angin di NSTP pasal Datuk Kali dan ‘atasan’ yang lain dikatakan bakal bertukar ganti. Apa kes ye?

Alahhhhhh… semuanya p-o-l-i-t-i-k !

Saya dipecat kerana desakan PM – Sanusi

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid memberitahu bahawa pemecatan beliau selaku Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) adalah atas desakan dan nasihat Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

ImageBeliau menjelaskan tidak mungkin Sultan Pahang selaku Ketua Perlembagaan UIA memecat beliau kerana berdasarkan perlembagaan UIA, baginda hanya akan bertindak atas nasihat ‘host member’ yang bermaksud negara tuan rumah iaitu Perdana Menteri.

“Hubungan saya dengan Sultan Pahang cukup akrab dan amat baik. Tak mungkin tindakan ini dibuat atas kehendak Tuanku sendiri…Jangan cuba nak melaga-lagakan antara saya dengan Raja,” katanya dalam satu sidang media di Bangsar petang semalam.

Sehubungan itu, beliau percaya, keputusan menamatkan perkhidmatannya selaku Presiden UIA dibuat oleh Sultan Pahang atas nasihat Perdana Menteri seperti yang dinyatakan dalam Perkara 20 (iii) perlembagaan univerisiti antarabangsa itu.

Sanusi memaklumkan, beliau menerima surat pemberhentian serta-merta yang bertarikh 2 Jun sekembalinya daripada luar Negara pada 9 Jun lalu.

“Tempoh perkhidmatan saya masih ada dua tahun lagi. Tiada kesalahan dinyatakan sebagai alasan dan penamatan serta-merta ini bermakna ianya suatu pemecatan disebabkan desakan beberapa pihak-pihak yang berkepentingan,” katanya yang membaca keseluruhan 18 muka kenyataan media berhubung pemecatannya itu

Sanusi dalam kenyataannya itu menyatakan bahawa beliau dipecat melalui saluran Setiausaha Politik Menteri Kewangan yang secara kebetulan adalah ahli majlis UIA.

“Nama dia (Setiuasaha itu) telah saya cadangkan untuk menjadi wakil alumni di dalam Majlis UIA sebaliknya ahli majlis ini bukan sahaja tidak rajin menghadiri mesyuarat majlis kerana terlalu sibuk malah telah menggunakan kedudukannya untuk mengutamakan kepentingan orang-orang tertentu,” katanya lagi.

Beliau turut menambah bahawa keputusannya untuk keluar daripada Umno tidak perlu dipolitikkan di dalam kampus UIA dan menanggap bahawa tugasannya sebagai Presiden UIA merupakan satu ibadah telah dihalang oleh pihak-pihak tertenu.

“Tugas saya sebagai Presiden UIA adalah ibadah. Bila orang nak buat ibadah orang halang, maka terpulanglah,” katanya.

Sanusi juga menyatakan bahawa beliau tidak merasa sedih malah tidak merasakan nama baiknya tercemar berikutan pemecatannya itu.

“Saya sedih jika dipecat oleh seorang tokoh yang disanjungi, disokong dan dipandang mulia oleh masyarakat. Dalam hal ini kesedihan itu tidak ada,” katanya.

Dalam kenyataan akhbarnya setebal 18 muka itu beliau turut menjelaskan bagaimana Tun Dr Mahathir pernah mengampunkan Abdullah atas perilakunya sewaktu berada di luar kabinet sehingga menatangnya sebagai Perdana Menteri.

Sementara itu beliau menjelaskan bahawa sidang media ini adalah peluang terbaik beliau untuk menjelaskan kedudukannya dan senario di sebalik pemecatannya di samping mengambil kesempatan meminta maaf kepada semua pihak khususnya warga UIA sekiranya pernah melakukan kesilapan.

“Pemecatan saya ini menjejaskan peluang saya untuk berhubung terus secara formal dengan pihak UIA. Hanya melalui sidang media sahajalah peluang saya untuk memohon maaf dan menjelaskan kedudukan,” jelasnya.

Ditanya sama ada akan ada tindakan susualan berikutan pemecatan ini, Sanusi menjawab bahawa beliau tidak akan membela diri atau berbincang mana-mana pihak untuk menarik balik keputusan itu.

“Saya tidak akan bela diri. Surat pemecatan sudah keluar, takkan saya nak suruh tarik balik,” tegasnya. – HD

cikwiduri: Ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku.

aku…benci dia

seharian aku tak boleh nak menulis apa-apa berita. mungkin sebab gigi bongsu aku mula nak tumbuh sikit nie. sakittttttt. tapi sakit lagi perasaan aku. sebenarnya.. aku nak menangis.

“seorang wanita terpaksa menghantar kekasih tercintanya ke rumah keluarga seorang wanita yang mengalami sakit jiwa. Lelaki itu terpaksa berpura-pura menyukai dan menjaga hati wanita kurang siuman itu hanya kerana permintaan dari emak wanita itu. Apakah perasaan teman wanita lelaki itu yang menahan hati, kesedihan dan perlu banyak bersabar di atas karenah kekasihnya?”

Kalaulah…kalaulah ade lelaki yang tahu perasaan wanita itu.. apakah ade ubat untuk buang segala kesedihan. apakah ada cara untuk membuang segala kebencian.

Aku diperalat!
Aku diperbodohkan!

Tapi apa yang aku dapat?

Kebencian!
Kesedihan!
Kekecewaan!

“Sayang, abang minta izin…”

Sayang, abang minta izin untuk nikah sorang lagi,”.

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

“Kau mampu Asraf…dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

“Abang, Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?,” pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia mengangguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya diberi senyuman daripada Aliyah.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.

“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.

“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham,”.

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

“Tit tit…” sms menjengah masuk ke kantung inbox handsetnya.

“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,”.

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang…

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redha-Nya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abang yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang…

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food. Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang…

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan abang…

Abang yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu abang… Aliyah sayangkan abang… Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan abang.

Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah… isterinya!

cikwiduri: Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya. You would only appreciate things when you lost it.. Fikir-fikirkanlah tentang kehidupan kita di akhirat nanti.

Health: Bananas Useful Information

Never, put your banana in the refrigerator !!!

Banana in Malay means \"pisang\"

This is interesting.
After reading this, you’ll never look at a banana in the same way again.

Bananas contain three natural sugars – sucrose, fructose and glucose combined with fiber A banana gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proven that just two bananas provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder the banana is the number one fruit with the world’s leading athletes. But energy isn’t the only way a banana can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.

Depression: According to a recent survey undertaken by MIND amongst people suffering from depression, many felt much better after eating a banana This is because bananas contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier

PMS: Forget the pills – eat a banana. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Anemia: High in iron, bananas can stimulate the production of hemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia.

Blood Pressure: This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the banana industry to make official claims for the fruit’s ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

Brain Power: 200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating bananas at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

Constipation: High in fiber, including bananas in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.

Hangovers: One of the quickest
ways of curing a hangover is to make a banana milkshake, sweetened with honey The banana calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.

Heartburn: Bananas have a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating a banana for soothing relief.

Morning Sickness: Snacking on bananas between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.

Mosquito bites: Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of a banana skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.

Nerves: Bananas are high in B vitamins that help calm the nervous system.

Overweight and at work: Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.

Ulcers: The banana is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

Temperature control: Many other cultures see bananas as a ‘cooling’ fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In Thailand , for example, pregnant women eat bananas to ensure their baby is born with a cool temperature.

Seasonal Affective Disorder (SAD): Bananas can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer tryptophan.

Smoking &Tobacco Use: Bananas can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress: Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body’s water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium banana snack.

Strokes: According to research in The New England Journal of Medicine, eating bananas as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%!

Warts: Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of banana skin and place it on the wart, with the yellow side out. Carefully hold the skin in place with a plaster or surgical tape!

So, a banana really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrate, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, ‘A banana a day keeps the doctor away!

cikwiduri: Bananas must be the reason monkeys are so happy all the time!