Alhamdulillah…
Actually, hampir seminggu juga aku tinggal di rumah baru. Penat lelah berpindah dari tingkat 4 turun ke tingkat 3, berbaloi aku rasakan sebab senang hati di rumah baru ini.
Sabtu minggu lepas, balik saja dari kerja aku terus kemas barang-barang di bilik sewa. Hampir 10 kali aku turun naik tangga hantar berkotak-kotak barang ke rumah baru. Kali ini, aku sewa the whole house. Nasib baiklah dapat sokongan daripada emak, yang tak setuju jika aku sewa di rumah lama bersama dengan housemate yang dah berkahwin…(aku pun tak nak duk situ).
Walaupun buat masa ini, aku stay seorang tapi alhamdulillah…belum ada gangguan yang cuba menguji keimanan aku. Itu rumah aku dan aku tetap pertahankan!
Last night, selepas ‘berperang besar’ dengan Yan, aku muhasabahkan diri sebelum aku tidur.
Aku amat bersyukur atas kurniaan Ilahi yang masih memberi aku nafas di dunia ini, walaupun aku pernah minta untuk ‘mati’ kerana tidak terbeban di bahu ini dengan segala dosa.
Aku amat bersyukur kepada-Nya dengan limpahan rezeki yang Dia berikan. Hidup aku dulu susah, terumbang-ambing kini Dia beri aku jalan untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik dari sebelumnya.
Aku redha kepada-Nya dengan jodoh yang masih belum ada noktah. Aku redha jika hubungan yang tidak sekufu itu putus sebab aku tak nak ungkit-mengungkit berlaku selepas perkahwinan. Aku bukanlah wanita yang sempurna untuk mendapat lelaki yang begitu sempurna.
Kemudian, aku terlelap dan tak sedar apa-apa.




