Surat orang Rombau, Nogori 9

kepado Pak Lah… PM paling sey sayang… i lap u.

namo sey ni KARIM. pengundi bedaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMEN ROMBAU. alaaaa… tompek si KERY yang abah eh JAMALUDIN tuuu. tak kona’ ko ???? menantu Pak Lah tu laaaaa. suko bona’ sey ngan dio tu. ghaso nak buek menantu lak.

sey nulih surat ni bukan apo… sajo yor nak ucap’an timo kasih kek Pak Lah sobab naik’an hargo minyak ari tu. lopeh ini bilo hargo minyak naik… hargo barang lain pun naik gak laaaa. banggo boto’ sey. ghaso… mcm duduk kek LAS VEGAS lak. HIDUP PAK LAH!!!!!!!

sey janji ngan Pak Lah yang sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombung yang dah merah menyalo mato’eh dan pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koring yor.

sey sanggup bekoban untuk UMNO dan bn. anak sey yang 7 orang tu yang dah buleh buek team futsal tu boleh la bekojo lopeh sekolah buek bantu mak ayah diorang ni haaa. kok tak bokojo pun, buleh la jadi mat rompit kek SENAWANG tu. dapek gak la duit sesikit. buleh gak la menoruskan tradisi keluargo sey ni yang nyokong UMNO dan bn.

ghaso2 sey ni nak ubahsuai bilik-bilik yang ado kek ghumah sey… nak buek tompek bolo ikan dan tanam sayur cagho hidroponik (apo binchek’eh ni???). sey tepakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga’ kek
umah flat jo.

rebet yang Pak Lah bagi kek sey memang melampuh2 lobeh’ eh dari keperluan sey. bilo sey congak2.. sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari. ado la untung 21 sen. bak kato si SAIDA AF6 “ok la tuuuu”.

sey tak pakai pon keto… sobab bilo minyak naik hargo… sey kono jual datsun kotak mancis sey tu. dapek gak la duit. tokih2 pun ado la hasil’ eh.

team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais ari2 berjalan kaki tak pun naik beska’ poie sekolah. ado la 5 km. dokek yor tuuuuu. walaupon gaji sey ni RM1000… sbona’ eh terlobih cukup untuk keluargo sey.

buek permulaan nak ngubah kehidupan sey… sey tak akan guno’an gulo bilo buek kopi… tak akan guno’an topung untuk buek kodok. sey nak ganti’an bogheh ngan ubi. tiap ari sey ngan keluargo akan berposo (kecuali pado ari-ari yang dilarang beposo). sey akan buek minyak masak sendiri. itu antaro caro sey ngubah caro hidup. ado banyak laie caro… semuo kerano UMNO dan bn.

dan sey mintak bona’ Pak Lah naik’an laie hargo minyak yang ado. bukan tu yorrr… sey mintak bona’ naik’an laie hargo tol sobab orang sbolah rumah sey nih orang pembangkang. dio slalu guno highway, biar padan muko dio. tu la… suko bona’ nyokong pembangkang… PAKATAN RAKYAT konon. palo hayah dio tu.

nanti Pak Lah buleh la melawat sey dan sedokah pado sey solai kain pelikat bilo dah nak dokek2 pilihanrayo nanti. Insyaallah kain pelikat tu sey nak bubuh dalam frame dah tu gantung kek rumah. tapi jangan lupo lak… Pak Lah sain otogeraf yor kek kain tu.

jgn lupo Pak Lah… naik’an laie hargo minyak. jangan la diturun’an gaji mentori2 tuuu… siannn diorang. kang apo lak anak bini’eh nak mentodarah. tak dapek pulak nak menyoping sakan kek obesea tuh. sey totap nyokong Pak Lah.

akhir kato biar Pak Lah sonang, janji kami papo kedano. hidup UMNO, hidup bn.

sekian timo kasih.

p/s: sampai’an salam sey kek si KERY samo PATRICK BADAWI tu yor. tak lupo gak tuan punyo syarikat SCOMI… sapo tah namo’eh… lupo lak.

pocah kaco, pocah golas, dah baco, harap baleh.

Tanda-tanda Kematian

TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun, semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak. Saling berpesan-pesanlah sesama kita…..


MURTAD: Gejala murtad semakin tinggi

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
Harian Metro

KUALA LUMPUR: Gejala murtad di kalangan orang Melayu kini di tahap membimbangkan. Itu pendedahan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berdasarkan satu kajian Yadim berhubung isu murtad tahun lalu.

Menurut Mohd Nakhaie, meskipun kajian itu mendapati gejala murtad di kalangan saudara baru mencatat jumlah tertinggi, tetapi jumlah orang Melayu yang murtad juga membimbangkan.

“Walaupun kebanyakan orang yang murtad ini daripada saudara baru.. masuk agama Islam dan kemudian kembali ke agama asal, ada juga orang Melayu yang mula (memilih untuk murtad).

“Saya tak kata sedikit (jumlahnya), tetapi ia membimbangkan,” katanya yang tidak menyatakan jumlah orang Melayu yang murtad,” katanya.

Mohd Nakhaie berkata demikian selepas merasmikan Seminar Peperangan dan Kesengsaraan Umat Islam Iraq anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), di sini, semalam. Turut hadir, Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman.

Seminar itu turut mengundang wakil Nahrain Relief Foundation For Development Iraq, Dr Alla Makki untuk memberi gambaran sebenar keadaan di Iraq.

Dalam nada kesal, Mohd Nakhaie berkata, satu ketika dulu sukar melihat orang Melayu murtad kerana mereka masih sayang pada agama, tetapi hari ini situasinya berbeza.

“Dulu susah untuk lihat orang kita murtad. Walaupun orang (Islam) itu samseng, tapi kalau kita kata dia bukan Islam, dia (sampai ke tahap sanggup) tumbuk… dia marah walaupun dia samseng.

“Sekarang ini ada di kalangan terpelajar, penuntut universiti murtad (dan mereka) daripada kalangan orang Melayu,” katanya.

Pada Julai 2006, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, membuat kejutan apabila mendakwa 100,000 umat Islam di negara ini murtad.

Harussani dipetik sebagai berkata, jumlah terbabit diperoleh menerusi kajian sekumpulan Melayu profesional dan intelektual.

Guru dicekup sertai ratu mak nyah

“BACHOK: Seorang guru sekolah kebangsaan antara 16 lelaki berpakaian wanita yang ditahan ketika menyertai pertandingan ratu cantik mak nyah yang digelar ‘Miss Universe Asia 2008′ di sebuah resort di Jalan Tok Bali pada 26 Julai 2008.”

Ha…. berita baru yang cikwiduri petik daripada Metro Ahad, 27 Julai 2008.

‘Guru sekolah’ rendah tersebut mempunyai naluri dan jiwa seorang wanita, hinggakan menyertai pertandingan ratu cantik mak nyah.

Ape ke namanye nie!!!

Bagaimana agaknya anak-anak kita kalau cikgu lembut tue mengajar ‘bab’ lain. Parah la dunia pendidikan kalau dunia dah jadi macam tue. Semoga anak-anak kita tak tersongsang sehingga merubah naluri dan perwatakan menjadi sebaliknya.

“…itu dilakukan kira-kira jam 9 malam ketika semua mak nyah terbabit bersedia memperagakan pakaian kebaya dan gaun malam yang seksi.

Pakaian itu antara empat pakaian wajib bagi setiap peserta, manakala dua lagi pakaian yang perlu diperagakan adalah kasual dan pakaian mandi.

…didapati kira-kira 50 mak nyah bersiap sedia untuk menyertai pertandingan. Bagaimanapun, selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, ramai antara mereka lari dengan kenderaan masing-masing.

Ada kira-kira 300 orang di kawasan itu termasuk penonton, namun kita hanya berjaya menahan 16 mak nyah berusia 20 hingga 30-an yang mengambil bahagian dalam pertandingan ratu mak nyah. Mereka di bawa ke pejabat JAHEAIK untuk diambil keterangan.

Semua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 7, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 iaitu kesalahan membabitkan lelaki yang memakai pakaian wanita dan berlagak seperti wanita.”

Kandungan report Saiful Bukhari

No. Repot: 4350/08, Balai Polis Jalan Travers, K.L.:

Pada 28/6/08 jam 1745 satu repot di HKL oleh Mohd Saiful Bukhari b. Azlan [ No.K/P: 850706-01-5687], umur 23 tahun, kandungan repot:

“Saya Mohd Saiful Bukhari bin Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondo Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, K.L. Oleh itu tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan ke atas saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Sri Anwar Ibrahim -Ketua Umum PKR.”

——————————-

Maklumat lain tentang si pengadu…
Saiful Bukhari Azlan, the young 23-old drop out from Uniten. He was forced to drop from college after dismal CGPA’s although he was Deputy President of Students Council of the varsity:

CGPA Semester 1 = 1.0
CGPA Semester 2  = 0.8
CGPA for early 2008 = 1.69.

So, he finally got a job.

Khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Tarikh:  9  Zulhijjah Tahun 10 Hijrah
Tempat: Lembah Uranah, Gunung ’Arafah

“Wahai  manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak  mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun  ini.

Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari  ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka  anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah  kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah  bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang. 

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu.

Sekiranya mereka menyempurnakan diri mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. 

Layanilah  wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah  bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. 

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan.

Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. 
Sesungguhnya  aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”

Muzakarah tidak pecahkan Melayu

KUALA LUMPUR: Muzakarah untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah orang Melayu dan umat Islam bukannya perkara baru dalam sejarah politik Umno dan PAS.

Muzakarah antara pemimpin kedua-dua parti itu pernah diadakan pada zaman Allahyarham Tun Razak Hussein sekitar 1970-an iaitu ketika kedua-dua parti itu mahu menguatkan perpaduan orang Melayu ekoran peristiwa berdarah 1969 selain untuk menggerakkan agenda meningkatkan taraf hidup dan ekonomi Bumiputera.

Berbekalkan keihklasan dan komitmen jitu, ramai berpendapat muzakarah pada ketika orang Melayu menghadapi pelbagai cabaran sekarang, perlu disegerakan demi kepentingan Islam.

Isu-isu berkaitan ketuanan dan keistimewaan Melayu yang sudah berani dipertikaikan secara terbuka selain agenda meningkatkan penguasaan ekonomi dan pendidikan Bumiputera baik di bandar atau luar bandar adalah antara topik utama yang perlu dibincangkan.

Beberapa penganalisis politik menyatakan pandangan mereka tentang betapa pentingnya muzakarah itu dilakukan dalam situasi politik semasa biarpun terdapat beberapa halangan yang terpaksa diharungi.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Mohd Fo’ad Sakdan, berkata perbincangan antara parti politik yang berlainan fahaman pernah diadakan sebelum ini dan tidak timbul persoalan mengapa Umno dan PAS tidak boleh bermuzakarah.

Sambil memberi contoh perbincangan membabitkan kaum Cina pernah dibuat antara MCA, Gerakan dan DAP, Mohd Fo’ad berkata terdapat perkara utama yang boleh menjadi tunjang kepada muzakarah itu.

“Ada prinsip yang perlu diikuti dan perkara yang sentiasa menjadi tunjang kepada muzakarah itu adalah pastinya tentang agama dan juga kepentingan orang Melayu,” katanya.

Pensyarah Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang UUM itu berkata konsep muzakarah bukanlah sesuatu yang baru, jadi tidak timbul persoalan mengapa Umno dan PAS tidak boleh memperbanyakkan lagi muzakarah demi kepentingan orang Melayu.

“Halangan atau syarat tidak sepatutnya diletakkan dalam menganjurkan muzakarah. Kita perlu menjauhkan prinsip kepartian dan perlu mengingatkan bahawa di penghujungnya, kita mahu Melayu itu bersatu,” katanya.

Kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta muzakarah antara PAS dan Umno dihentikan segera menimbulkan persoalan kerana pertemuan yang diadakan antara beberapa pemimpin tertinggi PAS dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mendapat lampu hijau daripada Majlis Syura Ulama PAS, malah ianya disokong oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nik Abdul Aziz mendakwa muzakarah itu hanya gimik politik Umno dan jika usaha itu diteruskan, ia akan memberikan kesan dan membawa perpecahan kepada parti itu yang berteraskan Islam.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman berkata pendirian Nik Aziz menarik untuk diperhatikan.

Katanya Nik Aziz berpandangan pemimpin PAS yang terlibat dalam muzakarah itu bertindak secara peribadi dan bukannya mewakili parti.

“Tuan Guru (Nik Aziz) tidak meredai PAS sebagai parti bermuzakarah dengan Umno. Muzakarah ini penting tetapi mengapa ia dilakukan pada masa kini, iaitu sewaktu Umno dilihat berada dalam keadaan tersepit.

“Kenapa Umno tidak mengajak muzakarah ketika mereka mendapat majoriti besar dahulu, sedangkan masalah Melayu ini sudah lama wujud, baik dari segi ekonomi, sains, pendidikan, teknologi dan sebagainya,” katanya.

Namun begitu, beliau lebih cenderung untuk melihat muzakarah antara pemimpin Melayu diadakan dengan melibatkan pihak lain seperti pemimpin-pemimpin dari dewan perniagaan Melayu, Parti Pesaka Bumiputera Sarawak dan pertubuhan bukan kerajaan Melayu.

“Sebaik-baiknya lupakan ideologi politik untuk sementara bagi memikirkan masa depan Melayu dan peningkatan kedudukan Melayu. Muzakarah ini juga tidak harus menimbulkan soalan tawaran kepada PAS untuk menyertai Barisan Nasional datau sebaliknya,” katanya lagi.

Berapa banyak bohong daaa…

Oleh ciklee

Tak faham, tak reti dan tak tahu. Berapa banyak manusia-manusia di Malaysia ini yang suka berbohong dan terang-terang kelentong orang di sana-sini. Daripada Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Menteri-Menteri, Ahli Parlimen dan wakil-wakil rakyat. Yang terbaru, berjangkit pula kepada sang Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Di dalam Buletin Utama tadi, beliau dengan selambanya menyatakan penangkapan Anwar adalah di buat secara professional. Gambar ini menjelaskan keprofesionalan yang dimaksudkan beliau. (Gambar ihsan Mr. HardT)

Inilah gambaran yang dimaksudkan, professional oleh si pengarah tadi. Menangkap seorang yang dituduh meliwat seperti juga sepuluh tahun dahulu, memerlukan unit anggota polis bertopeng. Sedangkan pada masa yang sama, pembunuh Altantuya di luar sana masih bebas. Senang ceritanya, beliau mendakwa tangkapan terhadap Anwar terpaksa dilakukan kerana Anwar tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya. Sedangkan Anwar baru sahaja pulang dari memberi keterangan kepada BPR.

Dalam masa yang sama, si pengarah ini juga memaklumkan semalam DSAI diberi sehingga pukul 2 untuk memberi kenyataan kepada pihak polis (Anwar ditangkap sebelum pukul 2). Agaknya inilah gambaran professional yang dinyatakan olehnya.

Keselamatan anggota polis juga dikatakan diberi keutamaan pada masa yang sama. Terlintas di fikiran saya, kenapalah dia orang ini takut sangat kepada DSAI. Adakah selama ini apabila mereka cuba menangkap Anwar akan berlaku peristiwa tembak-menembak atau ancaman nyawa kepada anggota mereka? Adakah seorang tertuduh meliwat itu sangat merbahaya, sama bahayanya dengan Bentong Kali dan Mat Komando?

Pelik dan ajaib rentetan peristiwa-peristiwa minggu ini. Berbohonglah lagi dan lagi dan lagi. Memang rakyat beri duit gaji anda untuk anda berbohong. Rentetan kejadian-kejadian ajaib sepanjang minggu ini.

  • Road-block luar biasa diadakan di sekitar Kuala Lumpur pada Ahad dan Isnin yang menyebabkan kesesakan yang luar biasa. Gambaran betapa professionalnya anggota polis.
  • Anwar dihalang dari mendekati bangunan Parlimen. Buat julung kalinya seorang individu dikenakan perintah makhamah supaya menjauhi parlimen. Hairan bin ajaib.
  • Debat Anwar-Shabery. Walaupun dihentam teruk, Shabery tetap diberi pujian melambung oleh media-media kerajaan. Media yang bukan kerajaan memberi gambaran sebaliknya.
  • Anwar ditarik oleh anggota polis bertopeng. Ada atau tidak seorang yang dituduh meliwat ditangkap dengan menggunakan anggota unit khas? sekali lagi hairan bin ajaib.
  • Raja Petra diperintahkan melaporkan diri esok pukul 10 pagi. Pergi jangan tak pergi.
  • Yang jelas, keborokan pemerintah dalam penyalahgunaan kuasa semua jabatan kerajaan begitu jelas sekali. Lalu, siapakah yang diharapkan untuk mengatasi penyalahgunaan kuasa ini. Ingatlah manusia, di dunia mungkin terlepas. Akhirat belum tentu.

    Khairy kecoh di Persidangan Dewan Rakyat

    16 Julai 2008 | 3.36pm

    KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel DNA kepada polis untuk tujuan penyiasatan tuduhan liwat yang dibuat terhadapnya.
    “Kita tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk memberi sampel DNA (tapi) kalau tidak takut pada kebenaran, saya harap Anwar akan tampil hari ini, dan kalau berani, beri sampel DNA untuk diuji sama ada laporan polis itu betul atau tidak. Ini penting,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2008.
    Kata-kata Khairy itu menyebabkan beberapa Anggota Parlimen pembangkang termasuk isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail (PKR-Permatang Pauh) bangun dan mempertikaikan kenyataan itu seolah-olah Khairy tahu kandungan laporan polis yang dibuat.
    Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata, “Kenapa Rembau (Khairy) hendak minta DNA dari suami saya. Laporan polis yang dibuat tidak diberi kepada kami, bagaimana Rembau boleh tahu, apakah Rembau tahu kandungan dari laporan polis itu.”
    Khairy kemudian menjelaskan bahawa beliau tidak tahu-menahu mengenai penyiasatan polis berhubung kes itu, tetapi katanya, sampel DNA amat diperlukan sebagai bukti.
    “Laporan polis tidak diberi kepada ketua pembangkang (Wan Azizah) sebab suaminya tidak hadir ke Balai Polis. Saya tidak tahu-menahu tentang siasatan ini, yang tergerak hati saya minta DNA adalah bentuk laporan polis tersebut.
    “Ini adalah tuduhan liwat dan salah satu bukti yang diperlukan adalah bukti DNA sahaja,” katanya.
    Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) kemudian bangun dan mencadangkan agar Khairy menubuhkan jawatankuasa khas untuk tindakan.
    Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pula Peraturan Mesyuarat 36(12) meminta Khairy menetapkan pendirian bahawa laporan polis tidak diberikan kerana Anwar masih tidak memberikan kenyataannya kepada polis.
    “Rembau kata begitu oleh kerana Anwar belum beri kenyataan, sebab itu dia tidak diberi laporan, adakah Rembau tetap menyatakan bahawa itu sebenarnya alasan Anwar tidak beri kenyataan, oleh itu polis tidak beri laporan,” katanya.
    Situasi itu menimbulkan pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang sehingga memaksa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menenangkan keadaan.
    “Kalau itu pendirian Rembau itu dia punya pasal, yang buat penyiasatan adalah polis, takkan polis nak dengar arahan Rembau dalam dewan ini,” kata Wan Junaidi.
    Perbahasan Khairy sekali lagi menjadi kecoh dan hangat apabila beliau berkata janji Anwar untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen jika memerintah negara adalah satu pembohongan dan putar belit.
    Khairy berkata ini bertentangan dengan janji parti itu ketika pilihan raya umum lepas yang mengatakan akan menurunkan harga minyak kurang daripada RM1.92.
    “Tapi semalam (pada debat Anwar dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek) pembohongan terdedah bahawa beliau hanya mampu janji turunkan 50 sen dari RM2.70 kepada RM2.20 yang mana masih lagi tinggi daripada RM1.92 seperti yang dijanjikan pada pilihan raya,” katanya.
    Kenyataan Khairy itu kemudian dijawab oleh Mohamed Azmin yang mengatakan bahawa apa yang disebut Anwar itu adalah langkah awal dengan mengambil kira keadaan ekonomi sekarang.
    “Dalam keadaan ekonomi hari ini mana mungkin kita hendak turun secara mendadak, ini peringkat awal dan sekiranya suasana mengizinkan kita akan turunkan lebih rendah supaya rakyat dapat manfaat,” katanya.

    cikwiduri: Minyak sekarang RM2.70 berbanding dulu RM1.92 dan jika Anwar boleh turunkan ke RM2.20 pun dah syukur la sangat sekurangnya dapat selamatkan berjuta pengguna minyak di Malaysia nie. Tak kan termampu untuk turunkan minyak sekaligus… kerajaan sekarang pun tak mampu turunkan minyak dari zaman Mahathir lagi. Pesanan saya buat Khairy Jamaluddin “jangan jadi SAMSENG, jangan suka cari kesilapan orang lain. kau tidak layak berbahas sesuatu yang sebenarnya diluar jangkauan manusia apatah lagi jika kau nak berbahas dengan Anwar Ibrahim, umpama langit dengan bumi!

    Anwar beri keterangan di IPK KL

    16 Julai 2008 | 3.00 pm

    Malay version:-
    KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dipercayai untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes liwat membabitkan beliau.
    Wartawan Bernama yang berada di IPKKL melihat Anwar tiba dengan menaiki sebuah kereta pacuan empat roda pada 1.10 tengah hari dengan diiringi 20 kereta polis.
    Anwar sebelum ini diberi tempoh sehingga 2 petang ini untuk hadir di IPKKL bagi memberi keterangan kes itu atau berdepan dengan tindakan penahanan mengikut prosedur undang-undang sedia ada.
    Semalam, Anwar gagal tampil di IPKKL walaupun dikatakan bersetuju untuk berbuat demikian bagi memberi keterangan berhubung tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

    English version:-
    KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim is now at the Kuala Lumpur Contingent Police Headquarters (IPKKL) where he is believed to be giving a statement concerning investigation into the alleged sodomy involving him.
    A Bernama journalist who was at the IPKKL saw Anwar arriving in a four-wheel-drive vehicle at 1.10pm escorted by 20 police cars.
    The PKR advisor had earlier been given up to 2pm today to appear at the IPKKL to give a statement on the case or face arrest.
    Yesterday, Anwar failed to appear at the IPKKL although it was said that he had agreed to do so to give a statement on the allegation that he had committed sodomy against his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

    Anwar ditahan bagi keterangan

    16 Julai 2008 | 2.44pm

    Malay version:-

    PUTRAJAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di sini bagi memberikan keterangan berhubung laporannya mengenai pemalsuan fakta oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
    Beliau yang tiba pada pukul 10.05 pagi diiringi oleh dua peguam iaitu Sankara Nair dan R. Sivarasa yang juga Naib Presiden PKR.
    Bercakap kepada pemberita selepas memberikan keterangan itu, Anwar berkata beliau telah memberikan semua keterangan yang diperlukan dan bukti berhubung laporan itu kepada BPR.
    “Saya berasa puas hati kerana pegawai-pegawai BPR telah mencatat semua dan mengesahkan, tetapi belum selesai kerana banyak keterangan lain yang dikehendaki.
    “Tapi saya memohon maaf kerana saya telah menerima waran tangkap untuk segera hadir di IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Kuala Lumpur dan saya tidak mahu lambat,” katanya.
    Beliau berkata keterangan yang diberikan oleh beliau meliputi tiga aspek utama iaitu pemalsuan fakta, penghilangan fakta dan pemalsuan laporan perubatan dari Jabatan Forensik.
    “Saya akan kembali seberapa segera (untuk menyambung memberi keterangan),” katanya.
    Pada 1 Julai lepas, Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, mendakwa Abdul Gani dan Musa terlibat memalsukan keterangan dalam kes beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor pada tahun 1998.
    Abdul Gani pada ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa Raya manakala Musa ialah pegawai penyiasat kes itu.

    English version:-

    PUTRAJAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim gave his statement to the Anti-Corruption Agency (ACA) here today on his police report alleging that Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail and Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan had fabricated evidence against him.
    He arrived at the ACA headquarters at 10.05am, accompanied by lawyers Sankara Nair and R. Sivarasa, who is also PKR vice-president.
    Anwar told reporters later that he had cooperated by giving all the information needed regarding the report to the ACA.
    “I’m satisfied because the ACA officers recorded everything and verified it but it’s not complete because a lot more information is required.
    “But I had to excuse myself because I’ve been served a warrant of arrest to to present myself immediately at the Kuala Lumpur police headquarters and I don’t want to be late,” he said.
    He said his statement covered three aspects — fabrication of evidence, omission of facts and falsification of the medical report from the Forensic Department.
    “I will return as soon as possible (to continue with the statement),” he added.
    Anwar lodged a police report at the Selangor police headquarters in Shah Alam on July 1 alleging that Abdul Gani and Musa had fabricated evidence on his assault by the then inspector-general of police, Tan Sri Abdul Rahim Noor in 1998.
    Abdul Gani was a deputy public prosecutor then while Musa was the investigating officer in Anwar’s case.

    Anwar Ibrahim buat aduan ‘qazaf’ di Jawi

    Wed | Jul 09, 08 | 12:57:28 pm MYT

    KUALA LUMPUR: Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat aduan berhubung isu fitnah yang dilemparkan ke atasnya di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

    Anwar hadir dengan ditemani oleh isteri beliau yang juga Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beserta dua orang peguamnya iaitu Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

    “Atas nasihat ulama dan peguam, saya telah membuat aduan kepada bahagian penguatkuasaan, membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan ini. Dan saya dinasihatkan membawa kes ini mengikut undang-undang peruntukan ‘qazaf’. Jadi, (saya) minta bahagian penguatkuasaan buat siasatan segera,” katanya kepada pemberita.

    Sementara itu Kamar Ainiah menjelaskan kepada pihak media, hukuman dan makna ‘qazaf’ yang termaktub dalam undang-undang syariah di negara ini.

    Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, “mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan.” kata Ainiah.

    ‘Qazaf’ katanya ialah tuduhan palsu terhadap zina dan jika sabit boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda RM5,000 dan ianya merupakan kesalahan dalam hukum hudud di mana seorang penuduh yang terbukti bersalah boleh dikenakan 80 kali sebatan.

    Turut ditanya berhubung isu sumpah yang turut dibangkit pelbagai pihak demi membersih tuduhan terhadapnya dan Anwar menyatakan mengikut pandangan ulama yang melarang berbuat demikian.

    Malah katanya sumpah menjunjung al-Quran tidak ada nas atau dalilnya dalam Islam.

    “Saya tidak boleh ikut cabaran. Kalau mahu guna al-Quran, guna Islam ianya mesti ikut syarak…bukan isu politik atau isu peribadi. Ini nasihat yang diberi oleh ulama dan saya tunduk dengan nasihat itu.

    “Kalau mereka kata perlu jawab sumpah, kita jawab. Tapi setakat ini ianya isu jenayah kalau ‘you’ buat tuduhan, ‘you’ kena jawab,” katanya lagi.

    Fatwa mengenai kes fitnah Anwar Ibrahim

    Terjemahan Ustaz Zainuddin Hashim
    Wed | Jul 09, 08 | 4:43:07 pm MYT

    Soalan :
    Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.
    Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan? Kita baca ulasan daripada Dr Taha Jabir al-’Ulwani mengenai kes fitnah Anwar Ibrahim ini.

    Jawapan :

    Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai ‘Qazaf‘ dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:

    Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik

    Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:

    ‘Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

    Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

    Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

    Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

    Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

    Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.

    Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

    Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”

    Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba?ath (Kebangsaan Arab).

    Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.

    Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.

    Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaimana mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.

    Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.

    Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu Qazaf.

    Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya.

    Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidak dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah.

    Isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.

    Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).

    Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.

    Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya.

    INTERNATIONAL THINKING AT ITS BEST!

    Question: What is the truest definition of Globalization ? Answer:

    Princess Diana’s death.

    Princess Diana’s death.

     

     

    Question: How come? Answer:

    An English princess

    with an Egyptian boyfriendcrashes in a French tunnel,

    driving a German car

    with a Dutch engine,

    driven by a Belgian who was drunk

    on Scottish whisky, (check the bottle before you change the spelling)

    followed closely by Italian Paparazzi,

    on Japanese motorcycles;

    treated by an American doctor,

    using Brazilian medicines.

    This is sent to you by a Singaporean

    using Bill Gates’s technology,

    and you’re probably reading this on your computer,

    that uses Taiwanese chips,

    and a Korean monitor,

    assembled by Bangladeshi workers

    in a  

     

    Malaysian

    plant,transported by Indian lorry-drivers,

    hijacked by Indonesians,

    unloaded by Sicilian longshoremen,

    and trucked to you by Mexican illegals…..

     

    That, my friends, is

    Globalization

    Globalization

     

     

    Masih suami isterikah di alam akhirat?

    (1) Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
    Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda, “Tiada si bujang di dalam syurga” (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

    (2) Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
    Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga

    (3) Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
    Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

    (4) Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
    Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga

    (5) Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
    Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

    (6) Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
    Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda, “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir”.

    tudung seorang wanita

    Assalammualaikum…

    HARI ini saya tertarik untuk bercerita dan berkongsi tentang persoalan yang sering diajukan atau dikaitkan dengan saya.

    Ada yang berkata dengan nada sinis, apatah lagi menghina tak kurang pula yang berlemah lembut bercerita kepada saya tentang pemakaian tudung.

    Saya akui, apabila wanita Islam bertudung, dia telah mengikut syarat iaitu menutup aurat sekaligus terserlah ciri-ciri wanita yang baik, bermaruah dan pastinya dihormati masyarakat.

    Namun, adakah saya harus memakai tudung kerana permintaan orang lain? Apakah saya memakai tudung di atas kehendak kekasih? Tidak! Jika itu sebabnya saya memakai tudung, saya tau dan pasti, tudung di kepala ini tak kan kekal lama menutupi tiap helai rambut saya.

    Tahukah semua, tudung itu adalah amanah kepada pemakainya. Tudung juga melindungi wanita daripada sifat serta nafsu yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

    Saya tidak suka menuding jari mengatakan “orang yang pakai tudung lebih buruk tingkah lakunya daripada yang tak bertudung” tapi sudah terlalu banyak contoh wanita bertudung yang sebegitu (lihat gambar). Mereka yang tersasar itu sebenarnya belum mampu menghayati erti tudung dan telah terjerat dengan nafsu sendiri.

    Jika saya memakai tudung kerana permintaan orang lain dan pemakaian tudung itu tidak pula mampu mencegah diri daripada kemungkaran kerana iman masih setipis kulit bawang, apakah saya ini masih lagi wanita yang solehah?

    Niat dan keinginan sendiri akan datang apabila tiba masanya. Tapi, saya tidak pula menunggu bila dah bergelar isteri baru nak pakai tudung sedangkan saya masih lagi solo dan bujang. Insyaallah…Dia lebih mengetahui bila waktunya. Amin… :)

    Wallahualam…

    *Gambar adalah ilustrasi semata-mata yang dikutip daripada suratkhabar.

    Kondo Saiful Bukhari RM2.2 juta?

    Oleh Azamin Amin
    Tue | Jul 01, 08 | 8:53:45 pm MYT

    KUALA LUMPUR: Mungkin ramai yang ingin mengenali siapa susuk watak Saiful Bukhari Azlan, 23, yang telah ‘menggegarkan’ negara dan antarabangsa tentang aduan dan dakwaan liwatnya oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

    Satu laporan menyiarkan Saiful disifatkan sebagai seorang yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.

    Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

    Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN,” kata sumber yang dipetik daripada Malaysiakini dan beliau juga didakwa merupakan sukarelawan kempen KeADILan sewaktu pilihan raya umum yang lalu.

    Dalam pada itu perkara yang agak menghairankan banyak pihak ialah kemampuan Saiful menyewa Unit 1151 Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur jika dilihat dari sudut latar belakang pekerjaannya.

    Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan sebuah unit kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 yang mana terdapat kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta ‘fitness centre’.

    Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dipetik sebagai berkata mengakui gambar yang tersiar diambil ketika Saiful datang ke pejabatnya pada 12 Februari lalu bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran.

    “Dia (pembantu Anwar) seorang pemimpin di kalangan pelajar. Dia pun ambil gambar dengan pemimpin lain. Soalnya bukanlah peranan sesiapa tetapi sama ada perkara itu berlaku atau tidak. Saya bukan orang di sebalik perkara ini. Itu terserah pada polis untuk tentukan,” katanya.

    Najib berkata pembantu Anwar itu merupakan bekas pemimpin pelajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) manakala pegawainya di dalam gambar itu bertanggungjawab antara lain, bagi perkara berkaitan dengan pendidikan tinggi.

    “Adalah menjadi lumrah tetamu, terutamanya para pelajar yang datang ke pejabat TPM (Timbalan Perdana Menteri), untuk mengambil gambar dengan pegawai-pegawai sebagai kenangan lawatan mereka,” katanya.

    Keterangan Saiful dirakam

    Oleh Iskandar Shah Mohamed
    Harian Metro

    KUALA LUMPUR: Polis semalam memanggil pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai untuk merakam keterangan berhubung tuduhan liwat yang didakwa dilakukan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ke atas dirinya pada 26 Jun lalu.

    Difahamkan, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, memasuki kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini, kira-kira jam 1 tengah hari dengan berpakaian kemeja putih dan berseluar hitam.

    Lelaki berkenaan yang diiringi beberapa anggota polis dibawa ke sebuah bilik di tingkat tiga di satu daripada tiga blok IPD terbabit.

    Pada kira-kira jam 8.10 malam, Saiful dilihat keluar dari bilik berkenaan dan sempat tersenyum sambil melambaikan tangan ke arah beberapa jurugambar dan wartawan bertugas yang berada di luar lokasi berkenaan.

    Sehingga jam 12.30 tengah malam tadi, kelibat lelaki berkenaan masih tidak kelihatan.

    ———————————

    cikwiduri duk tengok paper Harian Metro nie. heran sungguh la. muka si Saiful nie langsung tak tunjuk rasa bersalah atau MALU sebab media rakam muka dia atau rasa terancam setelah membuat laporan (orang dah buat report tentu rasa terancam takut kena bunuh).

    heran sungguh la orang yang hidup dengan fitnah duniawi nie. reporter cikwiduri kata, depan pihak media si samdol nie boleh lagi jalan berlengang lenggok (macam sotong) sambil melambai-lambaikan tangannya pada media. Astagafirullah…

    bukan sahaja tidak mempunyai sifat malu kepada diri sendiri malahan melibatkan nama keluarga dan bakal keluarga mentuanya. apakah tindakan samdol ini mulia kerana keaiban yang sengaja dihebohkannya sebenarnya amat bertentangan dengan perkara yang terjadi sebelum ini.

    kalau di rujuk bab mengenai saiful bukhari di laman cikwiduri nie, rasanya yang nie dah masuk cerita ke 5 cikwiduri collect, kita semua dapat membandingkan latar belakangnya dengan latar belakang DSAI. sungguh berbeza!!!

    lagi satu, orang kata si samdol nie FAIL n kena tendang dari universiti kerana hanya dapat 1. something je pointer dia. TAPI, dia bercerita ke pejabat kementerian untuk memohon biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara. EXCUSE ME!!! kalau dah fail and kena tendang, still boleh ke dapat biasiswa ke oversea. satu penipuan kita dah cungkil kat situ kan ! orang yang result 3 pointer ke atas pun susah nak further study ke oversea inikan pula yang FAIL! fail betul perangai samdol nie !!!

    kita tengok je la sejauh mana fitnah terburuk di negara kita ini berterusan. nampaknya, Islam hadhari yang diwar-warkan di Malaysia hanyalah sekadar nama kerana POLITIK lebih banyak menutup mulut alim ulama / mufti untuk bersuara memperbetulkan keadaan dan menjunjung keadilan.

    Siapa Saiful Bukhari Azlan?

    Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti. - ainisazreen.wordpress.com

    Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.

    Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari Azlan suatu masa dahulu.

    Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.

    Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN). Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.

    Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?

    Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah – pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.

    Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Mungkinkah kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.

    Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah.

    Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.

    Saiful, kalau tak rela kenapa biarkan ditikam belakang

    Oleh nurkahfi

    “Saya Mohd Saiful Bukhari bin Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR.” (sumber dari rockybru.blogspot.com)
    Laporan polis ini dibuat pada 28 June 2008 @ 5.45 PM oleh Mohd Saiful Bukhari bin Azlan 

    Berdasarkan laporan polis ini, Saiful mengadu diliwat @ sama maksudnya beliau telah dirogol oleh DSAI. Kejadian ini pula telah berlaku banyak kali kerana . Saiful ini baru berkerja dengan DSAI kira-kira 3 bulan. Agaknya sudah berapa kali beliau “diliwat” oleh DSAI?

    Sesiapa pun yang berakal waras akan meragui kesahihan laporan polis ini. Maka banyak teori konspirasi yang wujud. Petang ini saya tak nak tambah teori2 itu, tetapi sekadar melontarkan beberapa persoalan tentang “cara-cara Saiful diliwat” :

    1) Usia Saiful 23 tahun manakala usia DSAI dah 60 tahun++. Macam mana agaknya DSAI nak “menonggengkan” si Saiful ini tanpa kerelaan Saiful? Kalau tengok saiz badan Saiful, kuat jugak orangnya. Takkan boleh kalah dengan pakcik usia 60an? Ingat senang ke nak londehkan seluar orang? Pegang 2-3 orang pun belum tentu dapat londehkan tau. Ini pulak DSAI sorang-sorang. Kalau ada orang lain tolong pegang, tentu dah ada tulis dalam report tu kan ?

    2) Kalau tak rela tentunya ada kesan pergelutan @ pergaduhan antara kedua-duanya. Tentu sekali terdapat kecederaan pada kedua-dua pihak. Lebam biji mata ke. Tentu sekali dalam kondo tu, banyak perabot dan barang, kenapa tak ambik barang-barang tu, hempok muka DSAI masa pergelutan tu. Atau pun DSAI hempok Saiful sebab melawan masa nak rogol @ liwat Saiful tu. Mangsa rogol (perempuan) pun akan melawan, kenapa Saiful tak lawan? DSAI terlalu kuat? Terlalu lemah ke si Saiful ni? Tak berjuang langsung mengelakkan dirinya dari diliwat?

    3) Dah tu pulak, bukannya sekali dia mendakwa diliwat, kenapa tak lapor bila kali pertama kena? Apa nak takut? Kenapa sekarang berani pulak buat report?

    Entah apa-apa tuduhan yang tak masuk akal. Kalau tak rela kenapa biarkan ditikam belakang? Dah tu, bukannya sekali, banyak kali pulak tu. Inilah tanda akhir zaman, manusia tidak lagi takutkan Allah, fitnah bermaharajalela.

    Related Topics:
    - Anwar Ibrahim press statement