tudung seorang wanita

Assalammualaikum…

HARI ini saya tertarik untuk bercerita dan berkongsi tentang persoalan yang sering diajukan atau dikaitkan dengan saya.

Ada yang berkata dengan nada sinis, apatah lagi menghina tak kurang pula yang berlemah lembut bercerita kepada saya tentang pemakaian tudung.

Saya akui, apabila wanita Islam bertudung, dia telah mengikut syarat iaitu menutup aurat sekaligus terserlah ciri-ciri wanita yang baik, bermaruah dan pastinya dihormati masyarakat.

Namun, adakah saya harus memakai tudung kerana permintaan orang lain? Apakah saya memakai tudung di atas kehendak kekasih? Tidak! Jika itu sebabnya saya memakai tudung, saya tau dan pasti, tudung di kepala ini tak kan kekal lama menutupi tiap helai rambut saya.

Tahukah semua, tudung itu adalah amanah kepada pemakainya. Tudung juga melindungi wanita daripada sifat serta nafsu yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Saya tidak suka menuding jari mengatakan “orang yang pakai tudung lebih buruk tingkah lakunya daripada yang tak bertudung” tapi sudah terlalu banyak contoh wanita bertudung yang sebegitu (lihat gambar). Mereka yang tersasar itu sebenarnya belum mampu menghayati erti tudung dan telah terjerat dengan nafsu sendiri.

Jika saya memakai tudung kerana permintaan orang lain dan pemakaian tudung itu tidak pula mampu mencegah diri daripada kemungkaran kerana iman masih setipis kulit bawang, apakah saya ini masih lagi wanita yang solehah?

Niat dan keinginan sendiri akan datang apabila tiba masanya. Tapi, saya tidak pula menunggu bila dah bergelar isteri baru nak pakai tudung sedangkan saya masih lagi solo dan bujang. Insyaallah…Dia lebih mengetahui bila waktunya. Amin… :)

Wallahualam…

*Gambar adalah ilustrasi semata-mata yang dikutip daripada suratkhabar.

29 Responses to “tudung seorang wanita”

  1. ER_YANIE Says:

    ASSALAMMUALAIKUM CIK WADURI,

    SAYA BERPENDAPAT DGN PNDAPAT BBRAPA ORG. .
    TDK SEMESTINYA YANG BERTDUNG ITU BAIK DAN TIDAK PLAK SMUA WANITA YANG TIDAK BERTUDUNG ITU TIDAK BAIK..SMUA ITU BERGANTUNG KPD INDIVIDU TERSEBUT BRFKIR SECARA RASIONAL.ALLAH MEMBERI KITA AKAL FIKIRAN UTK MEMBEZA KAN YANG BAIK DGN YANG BURUK..TIDAK DI AKUI GEJALA SOSIAL DI NGRA KTA SMAKIN BERLELUASA..KITA BERADA DI AKHIR ZAMAN..TIDAK SEMUA YANG KITA DI NIKMATI ITU AKAN TETAP…

  2. Insaf Says:

    salam. Kalau kita menunggu pada perubahan, kita tak tahu perubahan itu kepada – atau +. Kalau kita still nak menunggu, kita tak tahu ajal rupa2nya yang ditunggu maut yang mengundang. masa tu takde masa kita nak berfikir pasal tunggu aku tak sempat lagi buat itu, aku tak sempat lagi nak buat ini. Dalam suruhan Allah takde ape2 perkara pon yang boleh ditangguh atau untuk menunggu. Hanya melaksanakan apa yang telah diperintahkan.

  3. cikwiduri Says:

    terima kasih Hamba Allah.
    tunggulah saja kalau kalau ada perubahan kan..

    • Ismail Says:

      Perintah Allah harus dilaksanakan…tidak harus bertangguh dalam melaksanakannya…sesungguhnya syaitan akan membenamkan jarumnya kedalam hati manusia yang menangguhkan untuk berbuat baik…bisikan2 akan dihembuskan supaya ia terus dilupakan…tidak ada benda yang baik itu memudaratkan…apatah lagi sekiranya itu adalah perintah Allah…didalamnya penuh hikmah yang tersembunyi…sebelum ajal tiba…sama2lah kita renungkannya…

  4. Hamba Allah Says:

    Assalamualaikum warohmatullah dan Salam ukhuwah buat cik widuri….

    Renung2kan dan hayati di sebalik ayat surah berikut :

    “..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” (Surah Ar-R’ad :11)

    P/s : Jgn sesekali kita tetapkan waktu kita nak mula melaksanakan perintah Allah & taubat atas segala dosa-dosa kita yang lalu kerana ajal di tangan Allah. Ajal boleh datang kepada kita tidak kira kita dalam keadaan sihat mahupun sakit, suka mahupun duka, senang mahupun susah, dan apa keadaan sekalipun kerana kita sememangnya tidak tahu bila kita akan meninggal dunia dan kita juga pasti tidak akan menyangka yang kita akan mati secara mendadak atau tiba-tiba (nauzubillah). Adakah ketika itu kita sempat untuk bertaubat? Tidak sama sekali! Walau sesaat tidak ada waktu lagi Allah berikan masa untuk kita taubat sekiranya kita telah menemui ajal.

    Sebaik-baik amalan adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit. Walaupun seseorang itu tidak ada niat untuk berubah, dia perlu juga berusaha untuk laksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya walaupun pelaksanaan tersebut untuk manusia semata-mata. InsyaAllah dalam tempoh perubahan tersebut Allah akan buka hati orang itu untuk berubah dengan niat kerana Allah. Saya tidak galakkan untuk saudari guna cara tersebut tetapi bagi saya itu adalah cara yang paling kritikal untuk berubah.

    Carilah teman-teman yang sentiasa dekat dan mengingati Allah (Soleh dan solehah) kerana InsyaAllah kita akan lebih mudah berubah. Minta nasihat dan bimbingan mereka. Mereka juga boleh memberikan kita peringatan sekiranya kita terlalai dengan kehidupan. Banyakkan mengikuti majlis-majlis ilmu agama kerana banyak manfaatnya kita boleh perolehi melaluinya. Sebagai contoh lebih mudah untuk kita memperolehi teman-teman baru yang dapat membantu kita di tempat sedemikian.

    Paling penting dalam proses untuk berubah usaha kita mesti berterusan (istiqamah) dan sabar dari segala bentuk ujian kerana orang lain pasti akan mengata terhadap perubahan kita. Sabar itu sebahagian daripada iman tanpa sabar sia-sia segala usaha yang ingin kita capai.

    Banyakkan berdoa kepada Allah supaya diberikan kesabaran yang tinggi, dikurniakan teman-teman yang soleh dan solehah, dibuka pintu hati, dan pohonlah apa jua bentuk bantuan kerana Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya orang yang malas untuk berdoa itu sombong dan tidak bersyukur terhadap segala nikmat yang Allah berikan. Ingatlah bahawa hanya Allah yang layak bersikap sombong kerana kita hanyalah hamba-Nya dan dia adalah Maha Agung dan Maha Pencipta segala yang ada di alam semesta.

    Akhir kata dari saya, mulakanlah taubat nasuha (sebenar-benar taubat) dengan segera kerana maut menjemput kita bila-bila masa. Sediakan bekalan yang banyak untuk akhirat di samping mencari bekalan di dunia. Laksanakanlah segala perintah Allah dan tinggalkan Larangan-Nya umpama kita akan mati pada esok hari.

    Maafkan jika bahasa saya kasar atau sekiranya ada tersalah kata.

    Segala baik itu datangnya dari Allah dan buruk itu atas kelemahan diri saya sendiri sebagai hamba Allah yang kerdil..

    Semoga Allah merahmati dan membuka hati saudari…

    Wassalam…

  5. nazri Says:

    Salam,
    Dari pengamatan saya, cik widuri tidak menghina sesiapa, hanya untuk melihat dan belajar ilmu baru daripada sahabat2 di internet. King mungkin melampau, tetapi keterlaluan jika menghubungkaitkan cikwiduri dalam hal ini kerana cik widuri membuka perbincangan tetapi tidak dapat menyekat kata-kata orang lain.
    Mungkin FIKIR marah kerana menyentuh hal ini, tetapi sama-samalah kita munasabah diri masing2. Bukanlah apa yang FIKIR tulis itu salah sebenarnya, tetapi mungkin boleh diperbincangkan lagi. Pendapat saya, mengenai tudung? Lihat blog saya, http://sahabatsunnah.blogspot.com/

    • King Says:

      Aku tak melampau tapi pompuan2 melayu tak sedar kesalahan mereka. So i uploadleh video tu… Kalu video tu dikatakan melamapu, pompuan melayu yg pakai tudung dan cemolot kat tempat awam (yg sunyi), berzina dlm belukar dan dlm kelapa sawit nak kata apa??? I dah meluat tgk pompuan2 melayu ni. Harapjeh lawa tapi perangai mcm sial.

  6. Julie28 Says:

    Nak buat ape2 tak payah la tengok orang lain. Kalau orang tu pakai smart pastu makan taik takkan nak ikut gak. Kesimpulannya, buat je lah apa yg betul & takyah buat yg tak betul.

  7. cikwiduri Says:

    Saya akan rujuk satu persatu komen daripada insan yang ’segan’ bernama FIKIR:

    Soalan: “Erm maybe hal nie x berlaku kat CIKWIDURI ataupun pada family CIKWIDURI so dengan bangga Cikwiduri boleh memberi fakta2 cikwiduri merendahkan wanita memakai tudung n mendedahkan keaiban mereka selenang – lenangnye tanpa memikir kesan dari pelbagai sudut…”
    Jawapan: Saya agak malu sebab masih ada lagi pembaca yang tak faham topik bertudung yg saya bawa ini. Dan saya sudah katakan saya tak merujuk hal pemakaian tudung kepada sesiapa. Topik ini berkaitan diri saya apabila segelintir teman bertanyakan saya tentang pemakaian tudung.

    Yang kedua, saya amat tidak memahami mengapa si FIKIR ini mengatakan saya menghina malah merasa bangga tentang tidak memakai tudung.

    Ya Allah.. FIKIR nie tak faham ke ayat saya? Bila buat sesuatu biarlah dengan keikhlasan..itu juga yang akan saya terapkan sekiranya saya benar2 ingin bertudung.. biar ikhlas. Saya tak nak seperti yang terjadi pada rakan di IIUM, siang ke kuliah, malamnya ke disko. Saya tegaskan, tak semua wanita yang berperangai begitu. Semuanya terletak pada hati, iman dan takwa.

    Saya pernah berkata ..”Kau pakai tudung, kau harus jaga tingkah laku.. bukan pakai tudung kerana kemahuan orang lain! Kau dah pakai kau patut tahu batas pergaulan sebagai muslimah! ” Ini ayat saya pada budak2 yang pernah saya dekati semasa kem motivasi.

    Dari satu sudut, saya hairan melihat watak bijak seperti FIKIR ini menghuraikan makna dengan panjang lebar tapi tak ada perkara yang dia mampu halusi.

    Tujuan saya buat blog ini untuk sama2 memberi pandangan yg bijak dan bukannya suruh sesiapa menikam penulis lain dengan mata pena yang tiada arah tujuan tetapi sekadar nak menghentam! Gitu ke?

    Kalau lah macam itu, sudah ramai lagi penulis blog seperti FIKIR ini sanggup menjadi lembu dicucuk hidung.

    Tak apalah. Bagi saya, FIKIR nak buat apa pun, buatlah. Seperti saya kata, saya menulis berdasarkan ilmu dan akal yang diberi serta fakta yang dipetik daripada media masa kini.

    Sekian.

  8. FIKIR Says:

    ADUHAI CIKWIDURI!!!!!!!!
    Pada awalnye saya agak tertarik dengan tajuk bloG nie tapi bila saya membaca fakta2 cikwiduri dan menganalisis tentang biodata n comment di blog CIKWIDURI apa yang saya boleh simpulkan sebenarnye cikwiduri Cuma mepamerkan sikap negetif yang ada pada diri cikwiduri dan melakukan penganayaan terhadap individu tertentu dan mengekplotasi terhadap invidu yang lemah…

    NAK TAHU Mengapa saya cakap MACAM TU ??????????
    Sebelum tu try cikwiduri fahami maksud tersurat n tersirat di sebalik soalan saya nie:
    Apakah tujuan cikwiduri membuat blog nie?nak beri keinsafan ke pada invidu lain?

    tapi menggunakan cara yang salah dan yang saya perasan x ada fakta atau nilai2 positif DALAM FAKTA 2 CIKWIDURI untuk nak membenteras gejala social pada masa kini.

    Adakah cikwiduri menganalisis kesan n kebaikkan kepada remaja sekarang ,bangsa,agama dan negera mengenai fakta2 yang cikwiduri hujahkan mengenai tajuk nie….

    Pada pendapat saya cikwiduri hanya menunjukkan sifat kesombongan n riak yang ada pada diri cikwiduri tanpa mengambil peduli hal kemanusian…

    N Macam cikwiduri mengajak orang ramai membuat gejala negetif n memandang rendah n mempersoalkan terhadap agama islam

    Adakah CIKWIDURI NIE X ADA SIFAT KEMANUSIAAN?

    Nak tahu kenapa cakap macam nie….

    CIKWIDURI ada fikir x kesan terhadap individu tertentu dengan cikwiduri membuka keaiban mereka :

    CIKWIDURI ada fikir x apa perasaan mereka bila mengetahui hal nie..
    Apa perasaan family atau insan2 yang ada hubung kait dengan mereka
    Pandangan serong orang2 disekeliling terhadap mereka lagi2 mereka TERSEBUTmengenali mereka
    Adakah cikwiduri x fikir mereka akan trauma dengan sikap cikwiduri
    N sebenarnye CIKWIDURI mengajak orang ramai menghina mereka n membuka ruang 4 masyarakat
    buat tanggapan negetif yang belum tahu lagi kebenarannye(Fitnah)…

    Erm maybe hal nie x berlaku kat CIKWIDURI ataupun pada family CIKWIDURI so dengan bangga Cikwiduri boleh memberi fakta2 cikwiduri merendahkan wanita memakai tudung n mendedahkan keaiban mereka selenang – lenangnye tanpa memikir kesan dari pelbagai sudut…

    TRY JAWAB SOALAN SAYA NIE!!!!!!!!!!!!!!!!

    APAKAH PERASAAN CIKWIDURI BILA ORANG LAIN(buat seperti apa yang CIKWIDURI BUAT SEKARANG) BUAT MACAM NIE KAT CIKWIDURI/family cikwiduri???????

    Adakah Cikwiduri x kesian dengan nasib kaum sendiri lagi2 saudara kita sendiri(seagama) n apakah perasaan cikwiduri bila mengekplotasi kat kelemahan orang lain….

    Pada pendapat saya atau kebarangkalian saya maybe CIKWIDURI ada hubungan dengan KING(Comment) atau mendapat sumber maklumat yang sama dengannye…

    Nak tahu kenapa saya cakap macam nie….

    Berdasarkan pemahaman saya melalui ayat king WEI KAUM ADAM meh download video gambar (orang teranaya) n siap promote suruh tengok buat dada wanita tersebut siap menyiapkan pakage download siap letak harga…

    ERM ADAKAH CIKWIDURI JUGA BERSEKONGKOL N MERAIH KEUNTUNG DI ATAS MENZALAMI ORANG LAIN

    APAKAH PERASAAN CIKWIDURI BILA BENDA TU BERLAKU KAT CIKWIDURI ATAU PUN OARANG LAIN MEYIARAKAN GAMBAR BOGEL ATAUPUN VIDEO CIKWIDURI NGAH WAT SEKS??????

    ADAKAH CIKWIDURI MENZALIMI KAWAN CIKWIDURI SENDIRI??????

    Jika x silap saya n saya rasa ramai orang tahu ada website/blog/tulisan kata2 x baik pada dinding shooping complex n bus station mengisahkan keruntuhan akhlak teman sekampus cikwiduri…Seperti di website n blog siap mereka letak video x senonoh siap n ##########

    Cikwiduri x rasa kesian kea kat member2 cikwiduri????Ke cikwiduri rasa Bangga????/cikwiduri ada bersekongkol dengan king/mat2 skodengan buat video2 tersebut/cikwiduri memang nak balas dendam kat orang lain akibat sejarah hidup cikwiduri sendiri…

    Adakah cikwiduri suka menindas kaum sendiri???????

    Saya suka dengan ayat Zack Macho :

    “Setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan setiap manusia juga pasti x mahu mereka di aibkan,dihina,dipandang serong dan dicaci kerana dosa2 semalam”

    Maybe cikwiduri jenis x pernah buat dosakan ataupun dah banyak pahala ataupun rasa diri dah hebat dan baik n boleh menjadi contoh kepada orang lain….

    “PATUTLAH CIKWIDURI X BOLEH MEMAHAMI PERASAAN MEREKA X ADA SIFAT IKHSAN TERHADAP KAUM SENDIRI(WANITA),TIADA BELAS KASIHAN TERHADAP SAUDARA SENDIRI (SEAGAMA )N TIDAK MEMIKIRKAN KESAN TRAUMA N PENGHINAAN MASYARAKAT TERHADAP MEREKA AKIBAT KESAN TINDAKAN CIKWIDURI BUAT SENDIRI”

    Adakah nie bakti cikwiduri kepada masyarakat dengan membuka keaiban orang lain n menggunakan ilmu n IT untuk mengjatuhkan martabat seseorang…..

    N saya rasa sebak n dah macam patah hati dengan sikap cikwiduri menyentuh hal pemakaian tudung….sampaikan dah x boleh nak kata apa….pertama kali saya jumpa orang bersuara lantang n menyuarakan pendapat yang menjadi tatapan umum….

    CUMA APA YANG BOLEH SAYA KATAKAN SEBAGAI MANUSIA KITA X BOLEH MENJAMIN AJAL KITA WALAUPUN SESAAT

    N DALAM ISLAM PUN DAH TERMAKTUB HUKUM MEMAKAI TUDUNG

    N siapakah kita nak memandai/n selenang2nye membuat hukum sendiri berdasarkan factor sekeliling…..
    Fikir2kanlah
    ******************************************************
    ERM nak kata saya hebat x lah,nak kata bijak pn x Cuma x adalah sampai bodoh nak kata saya baik x lah juga Cuma suka duduk rumah ngan family n family saya terapkan kami dengan ilmu agama gak….

    Erm saya pernah membuat tesis berkaitan gejala social pada remaja pada masa kini,kebetulan salah satu subject saya ambil melibatkan psikologi n kemasyarakatan….Segala sumber n maklumat tesis saya mesti dilakukan pada individu yang pernah atau masih melakukan perkara negetif seperti pelacur,sumbang mahram,seks bebas,video lucah,gangter n penghisap dadah…Selain tu kami kena membuat statistic n menjalankan peyelidikan terhadap mereka meliputi pelbagai aspek.Kami juga kena mengetahui punca sampai mereka menjadi macam tu n cara2 4 mengatasi masalah tersebut….Kami juga kena berinteraksi dengan pihak individu/organisasi yang membenteras gejala tersebut n menggalakkan unsur2 negatif tersebut…Sepanjang membuat tesis tersebut banyak inform berbentuk video,gambar n fakta2 berasaakan kami kumpulkan tapi x adalah sampai nak buka keaiban orang dalam tesisi tersebut….

    ERM Berdasarkan bahan2 tersebut saya rasa tentu blog/website saya tentu popular n saya boleh jadi kaya dengan memdedahkan maklumat tersebut…

    TAPI SAYA BUKAN JENIS MACAM TU!!!!

    KERANA SAYA TAHU AKAN TANGGUNGJAWAB SAYA PADA AGAMA,BANGSA N SAUDARA SAYA

    SAYA SEORANG WANITA SAYA FAHAM PERASAAN MEREKA X ADA SESIAPA MAHU DIAIBKAN KERANA DOSA2 LALU MEREKA

    SAYA SIMPATI TERHADAP NASIB MEREKA ANDAINYE SAYE BERSIFAT MACAM CIKWIDURI,N SAYA X SUKA ORANG LAIN MENGEKPLOTASI TERHADAP ORANG YANG LEMAH

    WALAUPN SAYA X SUKA DENGAN SIKAP MEREKA (ISU2 SOSIAL) N X PERNAH BUAT APA YNG MEREKA LAKUKAN TAPI SAYA X KAN MENGHINA MEREKA N SAYA X AKAN SELENANG2 MENJATHKAN HUKUM KEPADA MEREKA

    SAYA X SUKA MEMPERSOALKAN N MERENDAHKAN AGAMA ISLAM /MEMBUAT ORANG MEMANDANG SERONG TERHADAP AGAMA KITA SENDIRI

    SETIAP MANUSIA PERNAH MELAKUKAN KESALAHAN N MEREKA MEMERLUKAN RUANG UNTUK BERNAFAS N BERUBAH BUKANNYE RUANG UNTUK MENINDAS MEREKA

    SAYA X LAH SEHEBAT N BERANI MACAM CIKWIDURI DALAM MEMBUAT FAKTA2,TAPI SAYA MEMPUNYAI BAHAN N FAKTA MENCUKUPI 4 MENGULAS ISU NIE…

    SAYA MEMAHAMI PERASAAN MEREKA X ADA SEORANG WANITA SANGGUP MENJADI WANITA SIMPANAN ,X ADA SEORANG WANITA SANGGUP JADI GRO WALAUPUN SEBANYAK MANA HARTA DILIMPAHKAN KAT MEREKA N X ADA SEORANG WANITA PUN SELENANG2NYE NAK BAGI BODY DILAYAK N DIJAMAH OLEH ORANG LAIN TAPI KERANA FAKTOR2 TENTU MENJADIKAN MEREKA TERPAKSA BERKECIMPUNG KELEMBAH MACAM TU….N KITA SEBAGAI MANUSIA SEPATUTNYE MENGATASI MASALAH NIE DENGAN KAEDAH DAN PROSEDUR TERTENTU N BETUL(SIAP SAYA TERNAGIS SEMASA MENGDENGAR LUHAN HATI MEREKA N TERLALU BERAT UJIAN KAT MEREKA )

    N SAYA X SUKA ORANG LAIN MEMBUKA KEAIBAN SAUDARA SAYA LAGI2 MELIBATKAN ISU MARUAH.KALAU SAYA NAK LEBIH DARI 1000 ORANG SAYA BOLEH AIBKAN TAPI SAYA BUKAN JENIS MANCAM TU N SAYA JUGA ADA PERASAAN BELAS KASIHAN KAT SAUDARA SAYA

    N SAYA PALING TAKUT MENGANAYAI N BENCI MELIHAT ORANG LAIN MENGANAYAI SAUDARA SAYA SENDIRI

    KERANA ANDAINYE KERANA SIFAT,KELAKUAN N TINDAKAN KITA MEMBERI KESAN NEGETIF KEPADA MEREKA N MEMBUKA KEAIBAN MEREKA MENJADI TATAPAN UMUM SEHINGGA MEMBERI KESAN MENDALAM DALAM HIDUP DIA SEPERTI TRAUMA,PENGHINAAN,MEMBUKA RUANG FITNAH TERHADAP MEREKA.INGATLAH MEREKA DIKATEGORI DALAM KUMPULAN DIANAYAI.DOA ORANG DIANYAI X ADA HIJAB WALAUPUN MEREKA MEMBUAT DOSA,LAGI2 MELIBATKAN ISU MARUAH SAUDARA KITA.N INGATLAH NIE BULAN REJAB(BULAN ALLAH) DIANTARA KELEBIHAN BULAN NIE TUHAN AKAN MEMAKBULKAN DOA HAMBANYE2…….TIDAKKAH CIKWIDURI FIKIR APAKAH AKAN TERJADI KAT ORANG YANG MENZALAMI SAUDARANYE ANDAINYE ALLAH MEMAKBULKAN DOA MEREKA (ORANG DIZALAMI)…….

    FIKIR2KANLAH….

    BY THE WAY SORRY FOR EVERYTHING IF SAYA ADA MENGGURIS HATI ,TERAIBKAN PIHAK TERTENTU
    KERANA SAYA SEDAR SAYA HANYALAH MANUSIA YANG SERBA SERBI KEKURANGAN
    N TIADA NIAT SAYA UNTUK MENGJATUHKAN ATAU MEMPROTES CIKWIDURI ATAU PIHAK2 TERTENTU TETAPI SEBAGAI RENUNGAN N TEGURAN TINDAKAN PIHAK TERTENTU JEA N SEMOGA PERISTIWA NIE BOLEH MENJADI IKHTIBAR KEPADA KEHIDUPAN KITA AKAN DATANG.

  9. zack_macho Says:

    Sebelum saya menenmukan pendapat saya ingin meminta seribu kemaafan kepada yang berkenaan:

    Pada pendapat saya bukan semua wanita yang memakai tudung mempunyai akhlak yang buruk.Memang benar bila seseorang wanita memakai tudung(menutup aurat)sedikit sebanyak ia dapat mencegah dari pelbagai aspek yang boleh menjeruh kelembah maksiat.Tapi ada syarat2 tertentu yang kena dipatuhi dalam menutup aurat wanita.Bagi pasangan yang bercinta elakkan keluar berdua-duaan lagi2 ditempat yang tersembunyi kerana ada orang lain di samping kita(syaitan) yang boleh memesongkan akidah kita dan sampaikan satu tahap kita akan melakukan perbuatan yang di murkai oleh Allah.Setiap hamba allah perlu menguatkan keimanan dan mendalami ilmu2 agama kerana ia akan menjadi benteng hidup kita didunia dan akhirat dan boleh mencegah daripada perbuatan maksiat.

    Sebagai hamba Allah yang kerdil lagi hina dan sebagai saudara sesama islam.Kita sepatutnye mendoakan kebaikan untuk saudara kita lagi2 mereka yang terjemus kelembah kesesatan.Kita sepatutnye tidak boleh mempunyai sikap memperlekehkan mereka,menghina mereka,membuka keaiban diri mereka di khalayak umum dan sebagainye.Manalah tahu doa kita di perkenankan oleh Allah dan memberi pintu hidayah kepada mereka dan diri kita juga.manalah tahu dengan berkat doa kita mereka akan menjadi muslim/muslimah sejati akan datang kelak.kehidupan nie sukar diramal dan hidup nie macam roda.

    Wahai saudara dan saudari sekalian andainye kita hendak menegur atau memberi pengajaran kepada orang ramai jangalah sampai membuka keaiban saudara2 kita lagi2 hal melibatkan maruah.kerana dosa dengan alllah kita boleh meminta ampun dari mereka tetapi andainye kiata membuat dosa dengan manusia,dosa kita akan terhapus bila orang tersebut memaafkan kita.Selagi dia x memaafkan kita selagi tu la dosa kita x akan di ampunkan.

    Pada pandangan saya cara menegur dan memberi ikhtibar kepada orang ramai ada beberapa cara perlu kita kena patuhi mengikut landasan islam .Saya rasa pihak tertentu perlu memahami konsep2 tersebut sebelum memberikan sesuatu fakta yang menjadi tatapan umum lagi2 melibatkan agama,maruah,kepercayaan dan sebainye.

    Bagi saya andainye sesuatu hukum yang telah termaktud di dalam islam kita tak boleh memperlekehkan2 sebagai contoh ayat saudari “Jika saya memakai tudung kerana permintaan orang lain dan pemakaian tudung itu tidak pula mampu mencegah diri daripada kemungkaran kerana iman masih setipis kulit bawang, apakah saya ini masih lagi wanita yang solehah?

    Niat dan keinginan sendiri akan datang apabila tiba masanya. Tapi, saya tidak pula menunggu bila dah bergelar isteri baru nak pakai tudung sedangkan saya masih lagi solo dan bujang. Insyaallah…Dia lebih mengetahui bila waktunya. Amin… ”

    hukum yang dah nyata tetap nyata ia x boleh di ubah dengan persepsi negetif terhadap wanita yang memakai tudung tapi melakukan maksiat.saudari kena tahu jg ajal maut kita x tahu jangan kerana dosa tidak menutup aurat makin menambahkan dosa yang sedia ada nie belum lagi dosa mengaibkan maruah saudara kita…Harap saudari renung2kan ……

    Bila kita renungkan situasi sekarang kebanyakan balasanperbuatan jahat di balas dalam waktu yang singkat (di dunia)…Saya teringat pesanan saudara saya kita jangan sekali mengumpat,menghina atau sebagainye(perbuatan jahat)kerana dikhuatiri benda tersebut akan berlaku kat kita tanpa kita sedari walaupun pada nyatanye kita bukan jenis seperti tersebut(berkelakuan tidak baik)…..
    Sebagai hamba yang kerdil nie n pada pendapat n nasihat jg pada diri saya jgn lea kita mempunyai sifat memperlekehkan sesuatu yang nyata,memperendahkan taraf atau keadaan saudara kiat sendiri walaupun mereka berada dalam keadaan jahil,membuka keaiban saudara kita sendiri,memfitnah,buruk sangka dan sebagainye.Dan kita elakkan dari melakukan maksiat hati.disini saya mahu berkongsi satu cerita tapi saya x ingat namanye lebih detail

    “Ada seorang ahli sufi dia nie rajin beribadah siang dan malam,dia selalu melakukan benda yang makruf dan sentiasa elak dan menghindari perkara maksiat.Dia rajin melakukan ibadah tidak kira yang sunat dan wajib.Jiwa dan hidupnye semata2 kerana allah.dan dia di hormati dan sanjungi oleh masyarakat pada zaman tersebut

    Pada sautu hati dia mendapat alamat mimpi dari allah ada seseorang ahli sifu selain dia mempunyai darjat yang tinggi disisi allah serta mempunyai tetangga syurga.

    Maka ahli sufi nie mencari sifu yang muncul dalam mimpinye( maafkan saya x ingat nama ahli sifu tersebut erm n saya gelarkan sifu B bagi memudahkan saya mencerita kisah tersebut).Alangkah terkejutnye bila ia mendapati ahli sifu
    B berada di tengah2 40 orang kaki botol yang tengah berseronok dan seperti orang khayal.

    Keesokan dia mendapat mimpi yang sama.maka ia berjumpa dengan ahli sifu B dan menyatakan mimpinye dan persepsi sifu A terhadap sifu B

    Maka sifu menghuraikan”bahawa dia mendekati peminum arak tersebut dalam masa yang sama dia menegur,membimbing,memimpin kejalan diredhai allah .Dan 40 orang kaki mabuk tadi dia(sifu B) dalam proses membawa kejalan kebenaran dan sebelum nie ada 80 orang kaki mabuk dan 40 orang telah sedar akan kesilapannye dan sekarang menjadi hamba yang zuhud dan selalu bermunajad kerana allah.Aku seperti kamu melakukan kebaikan dan menghindari kemungkaran tapi aku tidak akan membiarkan saudara aku sentiasa berada dalam kesesatan dan di azab di akhirat kelak.Aku x pernah berasa terhina berada di samping mereka ,aku cuba fahami situasi mereka dan aku cuba bergaul dan menjadi rakan mereka hal nie memudahkan aku menegur,membimbing,memimpin mereka kejalan keredhanye(Allah).

    dari cerita di atas saya harap saudara- saudari boleh mendapat ikhtibar dalam hidup.

    Saudara – saudariku sekalian :

    Kita hidup bukan lama dan hanya sementara sahaja manalah tahu berkat jita menutup keaiban kawan kita,saudara dan sebagainye tuhan akan menutup keaiban kita di akhirat kelak .bayak cerita2 teladan kita boleh jadikan ikhtibar…Saya tak bermaksud menyebelahi pihak yang salah tapi dalam masa yang sama kita tegur.bimbing dan pimpin saudara2 kita tersebut (melakukan kejalan kebenaran)

    Dan setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan setiap manusia tentu tidak mahu di aidkan,dipandang hina,maruah di cari kerana dosa mereka…

    Kita hanya hamba biasa yang tak ada kuasa untuk menilai tahap seseorang di muka bumi nie kerana alllah lebih mengetahu akan sesuatu

    ada kisah teladan juga pada zaman dahulu seorang wanita(mcm tahap GRO) lea sekarang masuk syurga kerana memberi minum pada seekor kucing yang sedang kehausan

    dan ada juda ahli sufi yang masuk neraka kerana menggunakan secebis sirat kayu untuk dijadikan pecungkil giginye…

    Kita hanya manusia biasa yang bisa,kerdil dan hina dan kita tak tahu tahap kita disisi Allah .Niekan menilai manusia melalui skop yang sempit pada situasi dan luaran sahaja….

    Bertaubat sebelum benda yang lain dan x diigini terjadi kat kita….

    Beribu kemaafan saya minta andainye ada menguris hati mana2 pihak dan sebagainye…atau kesilapan dalam memberi pandangan atau fakta..

    semua yang baik datangnye dari Allah dan yang buruk datangnye dari saya yang merupakan hamba yang hina ini

    saya harap semua pihak mendapat ikhtibar dan segeralah bertaubat dan meminta keampunan kepada allah dan saudara kita….

    Renung2kan dan salam Ukhwah

  10. Iman Says:

    menutup aurat itu adalah suruhan Allah. Bukan hanya sekadar tutup kepala kerana berfesyen.berapa ramai yang betudung tetapi tidak mengikit syarak. tudung nipis, hinggakan menampakkan leher di sebalik tudung, pakaian ketat menampakkan segala lekuk2 badan.bertudung tp nampak leher.betudung tp make up tebal(ini bukan saja berlaku kepada orang kebanyakan, tetapi yang bergelar ustazahpun kekadang bertudung tidak menutup dada. menampakkan bahagian dada yang besar.
    Wahai wanita…labuhkan jilbabmu…bukan kerana hendak berfesyen dengan tudung ekin dan siti . Tetapi menutup aurat kerana tuntutan agama islam….
    so pk2lah…

  11. HAMBA aLLAH Says:

    Assalamualaikum
    begini ceritanya…
    kita nilai benda yg nampak…
    yg pakai tudung 1 dapat baik… Hati Allah tentukan.

    yg x pakai tudung dapat dah dosa… kalau hati baik.. x mgkin dia x pakai tudung..ini sudah jelas…. dia kata x pakai tudung x pa asalkan hati baik…itu sebenarnya hujah orang jahil. nak bgtau.. kalau hati baik dia akan pakai tudung laaaa… rasululluah kata ramai wanita yg berpakaian tetapi telanjang.. maksudnya pakaian yg tidak menepati ciri2 islam.

    untuk renungan bersama.

  12. Mas Says:

    Cik Widuri jom pilih tudung. spesel price bagi.
    by good luck

  13. king Says:

    sila download dan lihat video ini… tengok betapa besarnya gunung2 pompuan dlm video ini…. Ia adalah distraction utk kaum adam… so pakailah tudung dan labuhkanlah sikit spy dua bukit hang semua tak nampak…. elakkan juga pakai pakaian ketat

  14. mey Says:

    assalamualaikum….
    pertama sekali,menutup aurat tu satu benda yg wajib.bukan optional….berdosa besar jika kt mendedahkan aurat kita walau sehelai rambut sekalipun.
    kt selalu tersalah anggap dgn istilah islam tidak memaksa….perlu kefahaman yg lbih utk menghuraikannya.Cthnya,islam tidak memaksa kt bersedekah,tp klau buat lbh baik n dpt pahala.dalam soal tdung,tak ade istilah tggu ms yg sesuai…sebagai muslimah wajib bg kt memakai tdung…berdosa hukumnya jk tidak memakai tdung wlaupun kt belum bersedia…tiada pengecualian bg org yg tak bersedia.mati tu tiada date line,so jk nk tggu bersedia,adakah anda pasti blkah anda akn dijemput pulang kepada Nya,adakah sempat anda memakai tdung….renung2 kan lah…islam itu indah…setiap hukum yg terdapat didalamnya ada sbb yg kdg2 kt sendiri tak sedari sehinggalah kt mengamalkannya…

  15. amrizali Says:

    Setiap yang Allah suruh tu pasti ada kebaikkannya.

    Allah berpesan dalam Quran, kepada orang-orang yang beriman supaya menutup aurat.

    Adakah kita orang beriman? Dan Allah menjaminkan kejayaan kepada orang yang menutup aurat. Itu adalah janji Allah. Percayalah kawan dengan janji pencipta kita. Sedangkan udara yang kita sedut adalah miliknya.

    Sebenarnya apa yang Allah suruh bersifat pencegahan. Allah tidak akan menghukum keatas hambaNya yg tidak tahu, tetapi bila hamba itu tahu tetapi tetap menginkari atas kesombongan. Ingatlah neraka Allah itu amat panas dan dasyat.

    “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
    Surah An-Nur, Ayat 31

    Pesanan untuk diri dan kawan2.

  16. aku pulang Says:

    SALAM..kebetulan sy ada buat assgment bkaitan tudung..byk yg sy research, yg pasti byk yg sy belajar..sy btudung, sy juga belum sempurna mjadi seorg islam, byk yg perlu dperbaiki..sejak akhir2 ni hati sy semakin tenang mungkin saya semakin memahami konsep m’tutup aurat dr segi islam..bgantung pd diri masing2,mungkin sy boleh kongsikan bsama ape yg sy temui dr 1blog yg buat sy btambah yakin tampil btudung..”hijab and dress in general helps us to remind ourselves that we are similar before Allah except in our deeds and levels of piety. ”

  17. cik abang Says:

    Memang benar bertudung[menutup aurat] belum tentu baik, tapi yg pasti kalau tak bertudung[menutup aurat] dah tentu tak baik, jahat dan menderhaka sebab melanggar perintah Allah. Mana kita boleh kata orang tu baik sedangkan dia melakukan maksiat[tak menutup aurat] pada Allah.

  18. bro Says:

    jadi marilah ramai-ramai xpayah pakai tudung. wuhuu!
    elek hidop msih mude..tgu dapat hidayah nanti barulah kte pakai k..alah sok2 dalam kubur kte mtak maapla..lagipun kuburkan lain2..

  19. burhan Says:

    what oshkosh said is true.

  20. oshkosh Says:

    kalau ikut betul2 pemakaian perempuan dari segi Islam akan menyebabkan lelaki tak minat nak pandang… bayangkan tudung labuh melepasi dada, pakaian longgar yg tak menampakkan bentuk tubuh, warna yg tidak menyerlah etc.. so macam mana boleh terangsang nak rogol? jgn tengok apa masyarakat kita amalkan, tudung berlabucilah, baju kaler pelangilah, wangi2an melampau and so on.. tu semua sebenarnya bukannya betul…

  21. cikwiduri Says:

    “Tapi sekarang baru I tahu, perempuan kalu pakai elok2 memang lelaki takde niat nak rogol / cabul.”
    i suka ayat nie…tapi ia tetap perkara yang terjadi kerana manusia dibutakan hawa nafsunya

  22. burhan Says:

    Tudung adalah salah satu simbol yg menunjukkan wanita itu Islam. Serupa seperti kita pi makan kat kedai mamak pada siang hari dlm bulan ramadhan. Orang anggap kita ni bukan Islam kalu kita buat macam tu. Well, Islam is complex but complete. Pakai tudung saje tak ada apa tetapi cara pemakaian harus menutup aurat. Tudung mesti dilabuhkan. Kalu pakai tudung lepas tu pakai T-shirt ketat2 pun tak guna jugak. Dulu Masa I kecik2 terfikir Kenapa ramaja sanggup rogol perempuan?.

    Tapi sekarang baru I tahu, perempuan kalu pakai elok2 memang lelaki takde niat nak rogol / cabul.

  23. diana husna Says:

    Allah mengetahui akibat baik dan buruk daripada segala tindak-tanduk
    hamba-Nya, termasuk akibat buruk daripada pendedahan aurat. Sehubungan itu, Allah mewajibkan wanita menutup aurat
    mereka.
    Firman Allah bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak
    perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka
    bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang
    demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik),
    maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha
    Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

    Bersyukurlah kita diberikan Allah akal dan keimanan walaupun setipis kulit bawang. Dengan akal dan iman kita mampu fikir baik dan buruk dan bukan macam haiwan yang tidak dikurniakan akal jadi mereka bebas membuat apa yang mereka suka. Tapi kita jangan lupa haiwan pun tahu cara mensyukuri nikmat Penciptanya. Mereka bertasbih setiap masa cuma kita yang tidak mendengarnya.
    Saya pun setuju dengan pendapat oshkosh “berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”

    • hidayah Says:

      sy pun stuju ngan oshkosh…jika nak mjadi baik, ambil cth yg baik…mcm kita bpesan kpd adik/ank kita kalo nak dapat A, ambik cth n btanya pd kwn yg dpt A..corek ilmu camna dia bole dpt A…xkan nak btanya pd kwn yg dpt E cmna cara dia blajar smpi leh dpt E..bg tjk ajar ok…itupun kalo dia nak bljar…

  24. scarlet132 Says:

    sy menyokong kate2 cikwiduri….ape yg awk kate…mmg btol…
    Bg saye…xsemestinya yg bertudung itu baik…dan xsemestinye yg tidak bertudung itu tidak baik…
    Bg sy….kalau soal tudung dipersoalkan..kononnye xikut perintah n so on….mereka kene fikir…
    antara kita ni..belum tentu lagi sape yg masuk syurga..n sape yg masok neraka…
    kalau bertudung…tp buat prangai2 yg truk2…same je..malah lebih truk hukuman drpd yg xbertudung….
    sy bukanlah arif sgt psl agama..ini skadar pendapat…
    kalau bertudung tu..biarlah dgn niat yg btul…bkn dipengaruhi oleh sesiapa…
    renungkan…….

  25. cikwiduri Says:

    Thanks oshkosh. Macam yang saya kata, saya tidak pula menunggu bila dah tua baru nak berhijrah. Insyaallah..tiba masanya.

  26. oshkosh Says:

    ini pandangan peribadi saya;

    “tujuan utama pemakaian tudung (selain daripada menutup aurat/hukum agama) adalah untuk mengelakkan fitnah atau sangkaan buruk orang terhadap diri kita… iaitu menjaga harga diri, betapa pentingnya maruah kita disisi agama Allah…”

    p/s: tiada salahnya kita berhijrah kepada yg lebih baik… jgn banding diri kita dengan org yg buruk akhlaknya, banding diri kita dengan org yg baik akhlaknya… maka keinsafan akan datang dengan sendiri… maaf, bukan niat berlagak pandai tetapi ‘hanya berpesan2 kearah kebaikan”… sesama Islam :)


Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.