KUALA LUMPUR: Muzakarah untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah orang Melayu dan umat Islam bukannya perkara baru dalam sejarah politik Umno dan PAS.
Muzakarah antara pemimpin kedua-dua parti itu pernah diadakan pada zaman Allahyarham Tun Razak Hussein sekitar 1970-an iaitu ketika kedua-dua parti itu mahu menguatkan perpaduan orang Melayu ekoran peristiwa berdarah 1969 selain untuk menggerakkan agenda meningkatkan taraf hidup dan ekonomi Bumiputera.
Berbekalkan keihklasan dan komitmen jitu, ramai berpendapat muzakarah pada ketika orang Melayu menghadapi pelbagai cabaran sekarang, perlu disegerakan demi kepentingan Islam.
Isu-isu berkaitan ketuanan dan keistimewaan Melayu yang sudah berani dipertikaikan secara terbuka selain agenda meningkatkan penguasaan ekonomi dan pendidikan Bumiputera baik di bandar atau luar bandar adalah antara topik utama yang perlu dibincangkan.
Beberapa penganalisis politik menyatakan pandangan mereka tentang betapa pentingnya muzakarah itu dilakukan dalam situasi politik semasa biarpun terdapat beberapa halangan yang terpaksa diharungi.
Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Mohd Fo’ad Sakdan, berkata perbincangan antara parti politik yang berlainan fahaman pernah diadakan sebelum ini dan tidak timbul persoalan mengapa Umno dan PAS tidak boleh bermuzakarah.
Sambil memberi contoh perbincangan membabitkan kaum Cina pernah dibuat antara MCA, Gerakan dan DAP, Mohd Fo’ad berkata terdapat perkara utama yang boleh menjadi tunjang kepada muzakarah itu.
“Ada prinsip yang perlu diikuti dan perkara yang sentiasa menjadi tunjang kepada muzakarah itu adalah pastinya tentang agama dan juga kepentingan orang Melayu,” katanya.
Pensyarah Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang UUM itu berkata konsep muzakarah bukanlah sesuatu yang baru, jadi tidak timbul persoalan mengapa Umno dan PAS tidak boleh memperbanyakkan lagi muzakarah demi kepentingan orang Melayu.
“Halangan atau syarat tidak sepatutnya diletakkan dalam menganjurkan muzakarah. Kita perlu menjauhkan prinsip kepartian dan perlu mengingatkan bahawa di penghujungnya, kita mahu Melayu itu bersatu,” katanya.
Kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta muzakarah antara PAS dan Umno dihentikan segera menimbulkan persoalan kerana pertemuan yang diadakan antara beberapa pemimpin tertinggi PAS dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mendapat lampu hijau daripada Majlis Syura Ulama PAS, malah ianya disokong oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Nik Abdul Aziz mendakwa muzakarah itu hanya gimik politik Umno dan jika usaha itu diteruskan, ia akan memberikan kesan dan membawa perpecahan kepada parti itu yang berteraskan Islam.
Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman berkata pendirian Nik Aziz menarik untuk diperhatikan.
Katanya Nik Aziz berpandangan pemimpin PAS yang terlibat dalam muzakarah itu bertindak secara peribadi dan bukannya mewakili parti.
“Tuan Guru (Nik Aziz) tidak meredai PAS sebagai parti bermuzakarah dengan Umno. Muzakarah ini penting tetapi mengapa ia dilakukan pada masa kini, iaitu sewaktu Umno dilihat berada dalam keadaan tersepit.
“Kenapa Umno tidak mengajak muzakarah ketika mereka mendapat majoriti besar dahulu, sedangkan masalah Melayu ini sudah lama wujud, baik dari segi ekonomi, sains, pendidikan, teknologi dan sebagainya,” katanya.
Namun begitu, beliau lebih cenderung untuk melihat muzakarah antara pemimpin Melayu diadakan dengan melibatkan pihak lain seperti pemimpin-pemimpin dari dewan perniagaan Melayu, Parti Pesaka Bumiputera Sarawak dan pertubuhan bukan kerajaan Melayu.
“Sebaik-baiknya lupakan ideologi politik untuk sementara bagi memikirkan masa depan Melayu dan peningkatan kedudukan Melayu. Muzakarah ini juga tidak harus menimbulkan soalan tawaran kepada PAS untuk menyertai Barisan Nasional datau sebaliknya,” katanya lagi.





23 July 2008 at 6:26 am
Muzakarah: Karpal minta PAS beri penjelasan. Melayu nak muzakarah kerana Islam pun nak bagi amaran!!
Karpal Singh berkata, PAS tidak sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno. Beliau berkata, DAP langsung tidak dimaklumkan mengenai pertemuan itu dan hanya mengetahuinya melalui media. Karpal Singh berkata, PAS sepatutnya memaklumkan kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai muzakarah itu
23 July 2008 at 6:54 am
Encik Karpal sudah takut la.
Cuba bayangkan kalau PAS dgn UMNO joint
(walaupun takkan jd realiti)
BN boleh memerintah balik di Selangor dan Perak tau
23 July 2008 at 4:04 pm
Karpal? Nonsense man.
24 July 2008 at 1:44 am
Yes u r right cikwiduri..
Heran ekk.. knp Kumpulan Militan Malaysia a.k.a KMM (kalau betul ade la KMM nie) tak do something at si Karpal nie.. menyusahkan hidup org ajer?
28 July 2008 at 3:59 pm
Karpal Singh adalah kafir harbi yang memang seorang yang mempunyai sikap perkauman yang tinggi serta amat anti kepada Islam.
Karpal Singh sedar bahawa dia tidak boleh memecahbelahkan orang Melayu tanpa menggunakan orang Melayu sendiri. Jadi, dia berjaya menggunakan isu Anwar dengan baik untuk memecahkan perpaduan orang Melayu seterusnya melemahkan Islam di Malaysia.
Karpal bijak mengatur strategi politiknya dengan baik dan hebat sehingga sampai ke hari ini dia tidak begitu menonjolkan sikapnya yang sebenar sebagai seorang anti Melayu dan anti Islam.
29 July 2008 at 11:49 am
u rite el99
as i nampak Karpal Singh nie macam anti Islam
30 July 2008 at 12:28 am
Jenis tak insaf2 nie susah…
Dulu accident , kena duduk atas wheel chair
Harap2 lps nie kena accident lg sekali terus GOAL !!!!……
Amin
31 July 2008 at 9:34 am
muzakarah ni elok dan x pecahkan org melayu. tp harus diingat, x sume org melayu ni islam dan org islam ni terdiri dari org melayu. yang x islam ni la yg akan merosakkan islam dan org melayu tu sendiri…SO, kite kena cari la sape pendajjal org melayu islam skrg ni…
28 May 2009 at 8:18 am
muzakarah pun bagus untukperpaduan kaum melayu