Beza tuhan dengan Allah

Bersama Dr Abdul Salam Muhammad Shukri
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAM.

Soalan :

RUKUN Islam pertama menegaskan: “Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”

Kalimah syahadah itu menyebut “tiada tuhan melainkan Allah” tetapi mengapa dalam diri umat Islam khasnya rakyat Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei ada Tuhan iaitu Allah? Lainlah kalau kalimah syahadah itu bermaksud “aku naik saksi bahawa ada Tuhan iaitu Allah.”

Adakah umat Islam khasnya orang Melayu tidak memahami maksud syahadah “tiada tuhan melainkan Allah.” Apakah maksud “tiada tuhan melainkan Allah” dibezakan dengan “ada Tuhan iaitu Allah.” Adakah Tuhan itu Allah dan adakah Allah itu Tuhan?

Pada fahaman saya tuhan maknanya “Robb” iaitu yang mencipta, mendidik, memelihara, mengatur dan “illa” maknanya ialah sembahan.

Sejak bilakah perkataan tuhan digunakan dalam agama Islam dan layakkah saya memberi kata ganti nama Allah kepada Tuhan? Dari manakah asal usul perkataan tuhan itu?

Saya juga meneliti tafsir dalam al-Quran, begitu banyak sekali Allah berfirman, maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Allah”, antaranya dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 29 yang bermaksud: “Dan barang siapa di antara mereka menyatakan sesungguhnya Aku adalah Tuhan selain daripada Allah, maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahanam, demikian kami memberikan pembalasan kepada orang-orang zalim.

Di dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ada terdapat beberapa makna tuhan, antaranya tuhan bermaksud dewa berkepala dua dan Tuhan yang Esa. Ini bermakna tuhan itu banyak, ia tidak Esa, tidak juga tunggal tetapi Allah itu Esa, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan sebagaimana terdapat di dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4.

Persoalannya di sini, (1) dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, mengapa tuhan (1) (iaitu dewa berkepala dua) mengatasi tuhan (2) (Tuhan yang Esa)? Mengapa kita perlu membezakan tuhan, kalau Tuhan itu Esa, sebagaimana Allah yang Esa, tidak perlu dibezakan.

Semuanya nama Allah di dalam Asmaaul Husna, boleh dibawa berzikir, tetapi perkataan tuhan itu sendiri tidak boleh dizikirkan. Cuba zikir tuhan banyak-banyak sebagaimana kita berzikir menyebut nama-nama Allah, apakah kesudahan bunyi perkataan Tuhan itu?

Di sini jelas sekali bahawa perkataan tuhan tidak boleh dizikirkan. Apa lagi jika kita membawanya dalam doa kita atau dalam hidup kita? Contoh nama-nama Allah yang boleh dizikirkan dan kita bawa dalam doa kita iaitu “Rahman, Rahim”, dan dalam doa pula contohnya “Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim”, sebagaimana terdapat dalam surah al-Israa’ Ayat 110 yang bermaksud, “Katakanlah: Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman, dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai Al-asmaaul Husna (nama-nama yang terbaik) janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kamu”.

Persoalannya, kenapa dalam doa kita mesti menyebut “Ya Allah, Ya Tuhan kami/aku.” Saya juga dapati di dalam al-Quran banyak menyebut sifat Allah, antaranya ialah sifat “Rabb” yang terdapat sebanyak 967 kali. Sifat “Rabb” bermaksud yang mencipta, mendidik, memelihara, mengatur.

Persoalan saya ialah mengapa di dalam tafsir al-Quran sifat “Rabb” itu diberi makna Tuhan? Adakah ulama, ustaz dan guru agama Islam mengkaji makna sebenarnya Tuhan dan Rabb? Mengapa umat Islam kini tidak memahami kalimah syahadah?

Adakah jika kita menganggap Tuhan itu Allah ia adalah syirik yang tersembunyi, selepas kita tahu dan diberitahu makna Tuhan.

KELIRU,
Selangor.

Jawapan :

PERTAMA, erti kalimah syahadah (la ilah illa Allah) “tiada Tuhan melainkan Allah” dikira betul mengikut terjemahan harfiyah bahasa Arab. Kita analisis setiap perkataan dalam kalimah terbabit.

Kata ‘la’ adalah kalimah nafiyah dalam bahasa Arab, iaitu penafian yang bermaksud ‘tiada’. Perkataan ‘ilah’ dalam bahasa Arab bermaksud ma’luh atau ma’bud iaitu ‘apa yang disembah’.

Terjemahan ‘ilah’ kepada Tuhan dikira tepat berdasarkan pengertian tuhan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dalam Kamus Dewan terdapat kata dasar yang berupa homonim (kata-kata yang sama ejaannya dan sebutan tetapi berlainan maknanya) dengan diperturunkan berasingan diikuti dengan angka I, II dan seterusnya sebagai penanda yang memisahkan.

Ini membabitkan kata dasar tuhan yang disenaraikan kepada dua pengertian utama. Kata dasar pertama, ‘tuhan I’ bermaksud “sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepada Tuhan yang Esa. Manakala kata dasar kedua, ‘Tuhan II’ bermaksud “Allah yang mencipta alam semesta.”

Perkataan tuhan boleh membawa erti ‘ilah’ dalam bahasa Arab dengan maksud apa yang dipuja, disembah dengan sebagainya. Perkataan tuhan juga sama dengan perkataan rabb dalam bahasa Arab dengan bermaksud “Allah iaitu Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam semesta.’

Perkataan ‘illa’ kata ithbat dalam bahasa Arab iaitu mensabitkan sesuatu selepas penafian dengan kalimah nafiyah, ‘la’. Ia boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai “kecuali, melainkan, selain, lain daripada”.

Perkataan ‘Allah’ ialah nama yang paling sempurna mencakupi segala nama dan sifat bagi Tuhan meliputi kata Rabb dan Ilah. Sesetengah ulama mengatakan ia berasal dari kalimah al-ilah, iaitu dibuang hamzah dan diidgham ‘lam’ yang pertama dengan ‘lam’ yang kedua dan ia menjadi ‘lam’ yang mushaddadah (ditasydid) dan mudakhkhamah (dibaca tebal).

Bagaimanapun sesetengah ulama menyatakan ia bukan nama terbitan (mushtaq) tetapi nama khas. Dengan itu maksud kalimah syahadah ini ialah Allah adalah Tuhan yang sebenar, tiada Tuhan selain-Nya.

Tuhan di sini bermaksud ‘Rabb’ yang memiliki dan mencipta segala sesuatu. Seterusnya, Dialah juga Tuhan yang mesti diesakan dalam beribadat. Tuhan di sini bermaksud ‘Ilah’, iaitu yang disembah (ma’bud atau ma’luh).

Dengan itu kalimah syahadah iaitu kalimah tauhid iaitu mengesakan Allah dalam merangkumi:

(1) Tauhid rububiyyah iaitu pengakuan bahawa Allah sahaja yang mencipta, memilik, menghidup, memati, memberi manfaat, memberi mudarat, memperkenankan doa ketika kesusahan hamba, berkuasa penuh terhadap mereka, mengurniakan segala sesuatu dan menahan mereka, kepunyaan-Nyalah segala urusan makhluk dan titah perintah.

(2) Tauhid uluhiyyah, iaitu mengakui bahawa hanya Allah Tuhan yang sebenar, tiada tuhan selain-Nya dan Dialah Tuhan yang wajib diesakan dalam beribadat dan;

(3) Tauhid asma wa sifat, iaitu mengakui bahawa Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan suci bersih dari segala sifat kekurangan dan penyerupaan dengan sifat-sifat makluk (Muhammad Na’im Yasin, al-Iman, trj. Abdul Rahman Abdullah, Iman: Rukun, Hakikat & Pembatalan).

Menterjemahkan dengan kalimah syahadah sebagai ‘ada Tuhan iaitu Allah’ adalah tidak tepat dan mengelirukan. Ia tidak tepat kerana tidak merangkumi makna sebenar kalimah syahadah seperti di atas dan mengelirukan kerana tidak sampai maksudnya yang sebenar.

Kedua, pandangan bahawa bahawa kata Tuhan tidak dibawa dalam zikir adalah benar. Begitu juga ilah dan rabb dalam bahasa Arab. Sebaik-baik zikir ialah “la ilah illah Allah.”

Ketiga, pengunaan kata ‘Ya Allah, Ya Tuhan kami/aku’ adalah tepat dan boleh digunakan berdasarkan keterangan di atas dengan maksud Tuhan di sini adalah Tuhan yang disembah dan Tuhan pencipta segala sesuatu, iaitu Allah.

Keempat, asal usul perkataan tuhan atau Tuhan mungkin daripada perkataan ‘tuan’ atau ‘Tuan’. Menurut kajian Alif Danya Munsyi dalam majalah Tiara (1984), pada mulanya kata tuhan hanyalah ‘pelesetan’ dari kata tuan.

Ia terjadi kerana kesalahan seorang Belanda bernama Leijdecker pada tahun 1678 yang sukar menyebut secara betul. Dalam tradisi agama Kristian di Eropah, Nabi Isa biasa disebut dengan panggilan ‘tuan.’

Dalam bahasa Yunani adalah ‘Kyrios’, dalam bahasa Portugis ‘senor’, dalam bahasa Belanda ‘heere’, dalam bahasa Prancis ‘seigneur’ dan dalam bahasa Inggeris ‘lord’ (lihat, A. Husein KNDM, ‘Asal-usul Perkataan Tuhan,’ http://wiriajaya.multiply.com/journal/item/85). Dengan itu ia bertepatan dengan kata Rabb dalam bahasa Arab yang bermaksud, tuan punya atau pemilik.

Kelima, perkataan tuhan bukan menjadi ‘hantu’ apabila perkataan tuhan disebut berkali-kali. Seperti yang dikatakan ia tidak pernah dizikirkan dalam masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu sebenarnya sudah mendalami ajaran Islam sejak dahulu.

Bagaimanapun, penjajahan yang berlaku agak lama dalam masyarakat menyebabkan berlaku kejahilan dalam beragama. Islam terutamanya banyak disalah-tafsirkan.

Adalah menjadi tanggungjawab masyarakat dan kerajaan mendidik masyarakat mengenai ajaran Islam yang sebenar merangkumi pandangan hidup, budaya dan akhlak Islam. Dengan itu Islam dapat difahami dan diamalkan sebenar-benarnya.

Catatan Nurul Izzah

Mon | Aug 25, 08 | 11:33:40 am MYT

RAMAI mungkin tidak menyangka bahawa saya hampir-hampir tidak sampai ke Permatang Pauh untuk penamaan calon papa di kawasan parlimen penuh lagenda itu.

Tetapi, itulah hakikat – hati saya tersepit untuk memilih sama ada ke Pulau Pinang atau memilih untuk hadir bersama pimpinan Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) dalam sebuah forum perbincangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Sabtu lalu.

Saya sentiasa setia bersama papa. Tidak pernah walau sesaat kasih saya terpisah darinya. Andai diturut kata hati, ingin saya peluk papa erat-erat, lindungi beliau daripada sengsara dan bahaya politik gila yang makin berleluasa.

Ingin saya paut lengan papa setiap masa, setiap hari, selagi saya masih bernadi.

Namun, saya punya tanggungjawab yang lain; sebagai ahli parlimen, sebagai wakil anak muda, dan walaupun beban terasa kadangkala, saya cuba untuk menjadi seperti Papa.

Papa satu dalam sejuta. Tidak sesiapa biarpun kami anak-anaknya, yang bisa jadi seperti dirinya. Papa tidak rapuh, Papa adalah jaguh!

Minggu ini untuk mahasiswa. Saya persiapkan hujah bangkangan AUKU yang kebanyakannya sudah diolah oleh PKAUM sendiri, dan yang selebihnya saya ambil dari Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU – gabungan yang dicuri ‘mayat’nya oleh pihak polis pagi tempohari di luar parlimen!

Tambahan pula, saya juga serba salah mahu melihat wajah papa. Siapa yang dapat menduga hiba di hatinya – dirampas pangkat dan hak selaku wakil di Permatang Pauh.

Ditangkap seperti penjenayah besar negara di kediaman sendiri, di hadapan ayah, arwah ibu, isteri, anak-anak, serta penyokong.

Sudah ditahan, dipukul pula oleh Ketua Polis Negara, sambil dibalut mata dan digari tangannya.

Gadis mana yang mahu memperkenalkan jejaka pilihan kepada papanya – di penjara.

Gadis mana yang tidak sebak menyaksikan papanya hanya kembali buat seketika; di hari bahagianya. Saya tahu, kekuatan Papa mengatasi kesedihannya.

Ketabahan Papa dan kesetiaan Mama menjadi sumbu perjuangan saya.

Selesai hukuman penjara oleh mahkamah yang dipengerusikan hakim-hakim zalim, Papa sibuk hari demi hari, berkempen menjelang Pilihan Raya Umum, menuntut kesabaran kami sekeluarga demi membina masa depan baru untuk Malaysia.

Mama sering bicara, Papa bukan milik kami semata-mata. Papa milik semua rakyat Malaysia. Cinta Papa kepada negara melebihi cintanya kepada keluarga. Kalam saya, Papa adalah wira.

Tiba di Permatang Pauh, bagai sireh pulang ke gagang, cuba mengutip sejarah pulangnya papa ke kampung halaman. Bagaimana saya sanggup menatap wajah papa pada hari tersebut – hari yang memperlihatkan kepada kita semua, manusia kerdil yang hanya mengharapkan kepada kuasa Allah SWT yang membolehkan segala-galanya berlaku: Pembebasan papa dan kembalinya papa ke persada politik tanah air, setelah diperlakukan kezaliman manusia.

Kala ini, saya menatap kembali sajak Rajawali karangan Rendra. Ya, seperti Rajawali, Papa akan membela langit dengan penuh setia!

Ayuh anak muda, lakukan perubahan, bermula di Permatang Pauh dengan mengundi Pakatan Rakyat, bukan kerana dia papa saya, tetapi dia adalah simbol reformasi dalam negara. Reformasi!

Akhirnya Anwar bersumpah

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh di Dewan Rakyat.

Dengan berpakaian baju Melayu berwarna gelap lengkap bersongkok, Anggota Parlimen Permatang Pauh yang baru itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, diikuti dengan amalan tradisi mengetuk di meja anggota Parlimen sebagai tanda persetujuan dan sokongan daripada Anggota Parlimen di Dewan Rakyat.

Anwar, 61, yang dilantik ketua pembangkang, turut menerima kata-kata nasihat daripada Pandikar Amin, yang selepas majlis angkat sumpah itu berkata, beliau berharap Anwar dapat memainkan peranannya di Dewan dengan baik.

Beliau berkata Anwar juga akan diberikan segala keistimewaan yang dinikmati oleh seorang ketua pembangkang.

Sebaik sahaja upacara ringkas itu berakhir, Anggota Parlimen Sepanggar Datuk Eric E. Majimbun dari Barisan Nasional (BN) sebelum mengajukan soalan pertama, sempat mengucapkan tahniah kepada Anwar yang berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, dan pemilihan beliau sebagai ketua pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz pula sebelum menjawab soalan pertama, turut mengucapkan tahniah kepada Anwar.

Bercakap kepada media selepas menghabiskan masa kira-kira 10 minit di Dewan Rakyat, Anwar berkata beliau merasa terharu dapat kembali ke Parlimen selepas 10 tahun.

“Selepas segala yang saya harungi sepanjang tempoh itu, sekarang saya merasa terharu dapat kembali (ke Dewan Rakyat), ia adalah hak saya,” katanya.

Anwar memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 15,671 Selasa lepas, memperolehi 31,195 undi, mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, yang memperolehi 15,524 undi. Seorang lagi calon Hanafi Mamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) hilang wang pertaruhan selepas memperolehi hanya 92 undi.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri, dilucutkan dari jawatan dalam kerajaan pada tahun 1998, berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan liwat.

Water bottles hurled at Najib

The Star Online

 BUTTERWORTH: PKR supporters threw mineral water bottles at Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak when he visited the Jalan Semilang polling centre in Permatang Pauh yesterday.

Najib, who arrived at 11am, a few minutes after PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim had left, was returning to his car when a group of people, believed to be PKR supporters, started throwing mineral water bottles in his direction.

Najib was not hit and he was quickly ushered into the car by his bodyguards.

Enraged Barisan supporters, who witnessed the incident, retaliated by throwing bamboo flag poles at the PKR supporters.

The two groups then started hurling objects at each other until the Federal Reserve Unit stationed there quickly moved in to defuse the situation.

Central Seberang Prai police media relations officer Supt Shaharon Anuar Abdul Latif confirmed the incident but no arrest was made

Susunan situasi pilihan raya Parlimen Permatang Pauh

Sumber Harakah Daily.

7.30 pagi: Calon Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan mengundi jam 9 pagi ini di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang dekat sini selepas hampir 10 tahun terhalang akibat kezaliman Barisan Nasional (BN).

Manakala calon BN, Dato’ Arif Shah Omar Shah dijangka akan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2.

Wartawan Harakah Daily yang tiba kira-kira jam 7.30 pagi tadi melaporkan pihak polis membuat kawalan ketat, khususnya di tempat Anwar dijadualkan mengundi.

Katanya, pihak polis juga membuat kawalan ketat sejak semalam dan beliau serta pengundi-pengundi terpaksa melalui beberapa sekatan jalan raya untuk tiba di kawasan tempat mengundi.

“Sejak awal pagi lagi sudah sesak dengan penyokong-penyokong kedua-dua parti yang tiba dengan pelbagai bendera, ‘banner’ dan laungan reformasi bergema begitu kuat sekali,” katanya.

ImageMenurutnya, ramai wartawan dan jurugambar media tempatan dan asing sudah berhimpun sejak awal pagi lagi untuk menanti ketibaan Anwar.

“Proses pengundi setakat ini berjalan lancar, kelihatan ramai pengundi sudah tiba di pusat pengundian untuk mengundi,” ujarnya.

Harakahdaily difahamkan, menjelang hari pengundian terdapat beberapa keraguan timbul khususnya pada buku daftar undi, antaranya 710 nama pengundi Permatang Pauh pada tahun 2004 didapati hilang.

Khusus di Dun Seberang Jaya, jentera Pilihan Raya KeADILan dan PAS mendapati terdapat sehingga 80 nama didaftarkan dalam sebuah rumah pengundi.

“Selain dari 80 nama dalam sebuah rumah, ada banyak lagi 20 nama, 10 nama dalam sebuah rumah, jumlah ini tidak ada dalam PRU 8 Mac lepas.

“Yang hairannya keraguan ini berpusat di kawasan kubu kuat BN,” kata seorang petugas bilik gerakan Pakatan Rakyat.

8.55 pagi: Suasana di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Penanti semakin hangat dengan gelagat orang ramai yang masih menunggu kehadiran Anwar Ibrahim yang dijangka akan membuang undi di pusat pembuangan undi tersebut pada pukul 10.00 pagi nanti.

ImageKira-kira 100 meter dari pusat pembuangan undi tersebut penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) sedang berkumpul.

Jalan raya menuju ke pusat pengundian itu juga sesak sejak pukul 8.00 pagi lagi.

Kira-kira 100 anggota polis mengawal keadaan di tempat tersebut disamping kelihatan juga anggota FRU serta helikopter yang membuat tinjauan.

Kebetulan pusat pengudian tersebut terletak bersebelahan dengan IPD Kubang Seman.

9.30 pagi: Setakat ini keadaan masih lagi terkawal biarpun penyokong kedua pihak memenuhi kawasan tersebut terutama di bangsal panas yang terletak berhampiran dengan tempat mengundi.

Kereta-kereta yang membawa pengundi-pengundi kelihatan sibuk berulang alik membawa pengundi ke sekolah tersebut.

Suasana di Lebuh raya Butterworth Kulim expressway juga dipenuhi dengan penyokong-penyokong kedua-dua parti.

Image10.05 pagi: Dato’ Seri Anwar Ibrahim tiba di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Penanti pada jam 9.40 pagi bersama isterinya, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membuang undi.

Beliau yang berkemeja biru dan Wan Azizah yang berbaju kebaya merah jambu disambut sorakan gemuruh penyokong-penyokongnya yang sedia menanti dari awal pagi. Turut mengiringi anak-anaknya termasuk Nurul Izzah.

Anwar kelihatan keletihan dan dipimpin petugas untuk masuk ke bilik mengundi. Keadaan terkawal dan penyokong-penyokongnya melambai tangan ke arahnya.

10.45 pagi: Anwar yang berucap sebaik sahaja keluar dari tempat pengundian menyatakan pilihan raya hari ini bukanlah pilihan raya antara dua calon daripada parti yang berbeza, tetapi pilihan raya antara jentera kerajaan dengan dirinya.

Sementara itu, beliau yang ditanya media mengenai kes liwat yang dihadapinya, Imagekatanya buat masa ini fokus untuk beliau untuk menang dalam pilihan raya ini.

Katanya, perkara tersebut akan diperhalusi selepas pilihan raya berakhir.

Anwar menegaskan, BN sepatutnya sedar dan bangun dari realiti.

Katanya, undi kali ini merupakan undi penentu untuk perubahan dan bukannya untuk menang sebagaimana undi biasa.

Selain itu , katanya masih terlalu awal untuk menjangkakan mengenai jumlah majoriti yang akan diperolehi.

Namun beliau bersyukur dengan sokongan rakyat.

Apa yg penting katanya, semua pihak patut memberi ruang kepada pengundi.

Dalam pada itu katanya, sama ada akan wujud pengundi hantu, beliau menyerahkan kepada skuad gempur pengundi hantu yang dilancarkan oleh AMK semalam.

12.10 tengahari: Seperti diramalkan hujan mula turun di sekitar kawasan pengundian.

12.45 tengahari: Sehingga berita ini di tulis, BN nampak hambar berbanding sokongan dari Pakatan Rakyat.

Di setiap tempat pusat pengundian petugas BN kebanyakan tidak lantang bahkan ramai yang duduk di kerusi di bawah bangsal panas atau berdiri di bawah rimbunan pokok tepi jalan ataupun sekadar berpacak memegang bendera yang tidak bergoyang.

Kaum ibu dilihat lebih suka berborak sesama sendiri bercakap bukan fasal pilihan raya jika di tafsirkan dari raut wajah dan memek mulut yang berkata-kata.

Yang tinggal hanyalah golongan muda yang diimpot itupun beberapa kerat sahaja yang lain berpeluk tubuh seolah menanti sesuatu yang tidak kunjung tiba.

Keadaan sekarang makin panas di mana sepanjang tinjauan yang sempat dilalui mendapati kedua-dua parti rancak berkempen di kiri kanan jalan mencari pengaruh masing-masing.

12.50 tengahari: Beberapa pemerhati melaporkan bahawa wujud ketegangan di pusat pengundian SMK Penanti antara penyokong BN dan KeADILan kerana pondok panas BN dikatakan terlalu hampir dengan pusat pengundian.

Walaupun suasana agak terkawal namun penyokong masing-masing melaung sesama mereka dengan dikawal oleh pihak polis.

12.55 tengahari: Wartawan Harakah Daily  yang sekarang berada di Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu Perai melaporkan berdasarkan pemerhatian setakat ini pengundi saluran satu dan empat belum keluar mengundi.

Keadaan cuaca juga mendung dan hujan mula turun rintik-rintik. Di dapati juga terlalu sedikit bendera dan poster BN yang dipasang berbanding pilihan raya umum sebelum ini.

Pada masa yang sama suasana seolah-olah satu pesta dengan pelbagai gelagat penyokong-penyokong keADILan.

Termasuk si penjual ikan tanpa segan silu memacak bendera di belakang motosikalnya.

Gelagat empat orang anak muda yang mengusung replika pengusung jenazah sambil melaungkan ‘kuburkan BN ‘ menarik perhatian ramai.

1.00 petang: Setiausaha SPR, Dato’ Kamaruzaman Mohd Noor berkata sejumlah 44.8 peratus pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka sehingga tengahari tadi.

1.15 petang: Terdapat lebih 500 penyokong Pakatan Rakyat di SK Sri Penanti. Kelihatan 10 trak FRU serta trak meriam air ditempatkan di situ.

1.20 petang: Beberapa jalan raya di sekitar kawasan pengundian di Permatang Pauh didapati sesak teruk dan di luar kawalan.

1.32 petang: Hujan telah mula berhenti di beberapa kawasan dan beberapa jalan raya di Permatang Pauh pulih dari kesesakan.

2.00 petang: Sehingga kini, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan bahawa jumlah yang telah keluar mengundi adalah sebanyak 48.44 peratus.

2.20 petang: Jurucakap Mafrel, Ong BK berkata, pihaknya telah mengesan tiga nama yang hilang daripada senarai pengundian pagi tadi.

Katanya, mereka yang tidak dapat mengundi ini telah mengundi dalam pilihan raya yang lalu tetapi tidak dapat mengesan nama mereka dalam senarai pagi tadi.

2.35 petang: Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali mahu semua penyokong parti menggunakan motorsikal untuk pergi ke pusat pengundian kerana kesesakan yang teruk hampir semua jalan di Permatang Pauh.

“Daripada beberapa petunjuk kami yakin Anwar akan menang,”katanya.

3.25 petang: Tiga buah bas dijumpai di Lebuh Raya Butterworth-Kulim disusur keluar Penanti.

Menurut Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengetuai skuad gempur pengundi hantu AMK, bas ketiga dijumpai di Plaza Tol Kubang Semang.

Katanya salah seorang pemandu daripada tiga buah bas tersebut mengakui membawa pengundi daripada Melaka.

Katanya, bas yang bernombor plat CDE 1122 memuatkan 44 orang penumpang yang disyaki bukan penduduk tempatan.

Sementara itu, dua buah bas yang tertulis bas persiaran Tong Services dan Star700 Travel yang ditahan oleh skuad gempur pengundi hantu di Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) dan memuatkan 30 dan 20 orang penumpang. Kesemua mereka tidak sempat dibawa ke tempat pengundian.

Pihak polis yang berada di IPTB memberi jaminan mereka akan dibawa ke Balai Polis. Bagaimanapun polis mengatakan mereka bukan pengundi hantu tetapi penyokong dari Melaka. Semua mereka sedang berkumpul di Plaza Tol Kubang Semang.

3.40 petang: Peratus keluar mengundi baru mencecah 60 peratus pukul 3.40 petang tadi.

Keadaan di pintu masuk di setiap pusat mengundi lengang berbanding pada pilihan raya umum ke-12 lalu di mana ramai orang berpusu-pusu datang seakan-akan tidak sabar menjatuhkan BN yang terus menindas rakyat dengan kenaikan harga barangan keperluan dan petroleum berlipat ganda.

Krew Harakahdaily yang mengadakan tinjauan terasa kemungkinan pengundi muda terpaksa kerja di hari ini kerana gandaan gaji kepada sesiapa yang nginkan pendapatan lumayan.

Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengistiharkan cuti umum tetapi pihak majikan pekerja industri tidak menghiraukannya sepertimana kata Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak cuti di hari sepatutnya bekerja satu kerugian.

Suasana muram jelas kelihatan termasuk kawasan yang dianggap panas dalam pilihanraya umum lalu. Boleh dikatakan, orang yang memberi sokongan lebih ramai daripada pengundi sebenar.

Jika nampak ramai pun ialah di Taman Guar Perahu dan Sekolah Menengah Guar Perahu di Penanti.

Di Dun Permatang Pasir keadaan amat getir terutamanya di Pusat Mengundi Sekolah Rendah Permatang Pasir sehinggakan Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah di situ memerhati jika sekiranya sesuatu perkata yang tidak diingini terjadi.

Namun, kedatangan pengundi masih tidak menggalakkan. Saluran satu dan dua kedatangan agak membanggakan tetapi saluran tiga dan empat iaitu saluran yang memenangkan Pakatan Rakyat masih kurang menyengat.

Apa pun masih ada masa untuk rakyat melunaskan kewajipan sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab. Buatlah perubahan demi masa depan yang cemerlang bukan mengharapkan pembangunan yang tidak seimbang.

3.45 petang: Di IPD Seberang Jaya, berlaku kekecohan apabila Gobalakrishnan tidak dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis.

Bagaimanapun Supretendan Batumalai akhirnya membenarkan Gobalakrishnan masuk.

Terdapat lebih 50 penyokong berada di kawasan balai polis. Mereka ditenangkan oleh Gobalakrishnan supaya tidak termakan dengan provokasi polis yang berpakaian preman kira-kira 10 orang.

3.50 petang: Empat buah trak Pasukan Simpanan Persekutuan(FRU) tiba berhampiran balai polis. Helikopter juga kelihatan berlegar-legar agak rendah. Dua buah bas lagi kelihatan. Peguam Johnson Chong tiba dan cuba menyelesaikan isu tersebut.

4.00 petang: Sementara itu di Mengkuang Titi juga dilaporkan beberapa pengundi hantu telah berjaya dikesan oleh penyokong Pakatan Rakyat.

4.05 petang: Manakala dua buah bas FRU tiba di IPD. Kawasan di sekitar IPD semakin dipenuhi penyokong KeADILan. Mereka ditenteramkan oleh salah seorang AJK jentera pilihan raya dan semua petugas diminta menjaga peti undi masing-masing.

4.20 petang: SPR mengumumkan masa mengundi ditambah kepada satu hingga dua jam.

4.35 petang: Gobalakrishnan kini dibenarkan membuat laporan polis berkenaan pengundi hantu.

4.40 petang: SPR sebentar tadi menafikan khabar angin bahawa masa mengundi akan dilanjutkan.

5 petang: Masa mengundi telah tamat dan pusat pengundian telah ditutup.

5.10 petang: Pegawai SPR akan membuat kiraan kertas undi di pusat-pusat pengundian. Jumlah kiraan terakhir di 25 pusat pengundian akan dibawa ke Institut Perguruan Tuanku Bainun untuk diumumkan keputusannya.

7.00 malam: Gobalakrishnan masih lagi di IPD Seberang Jaya bersama 5 buah bas yang membawa pengundi hantu.

Dikatakan dua buah bas yang ditemui telah kosong manakala baki tiga buah masih berpenumpang.

7.20 malam: Anwar dikatakan sedang mendahului berbanding pencabarnya yang lain.

Setakat 7 petang tadi, kira-kira 40 peratus undian telah dikira.

Proses pengiraan undi di 110 saluran di 28 pusat mengundi dijangka selesai pada pukul 8 malam ini manakala keputusan penuh pilihan raya diketahui sebelum pukul 10 malam nanti.

7.30 malam: Beribu-beribu penyokong Pakatan Rakyat kelihatan berpusu-pusu ke arah dewan Maktab Perguruan Tengku Bainun untuk mengetahui keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Kenderaan para pengunjung kelihatan diletakkan sejauh lima kilometer di sepanjang bahu jalan ke maktab tersebut.

7.55 malam: Anwar dikatakan menang di semua pusat mengundi setelah selesai kiraan dibuat di pusat-pusat berkenaan.

8.00 malam: Kawasan yang dikhaskan untuk penyokong Umno di Maktab Perguruan Tengku Bainun dikatakan kosong dan ketika ini penyokong Pakatan Rakyat mendominasikan seluruh kawasan tersebut.

8.20 malam: Anwar dijangkakan mendapat kemenangan besar dengan majoriti melebihi penyandang lalu, Dato’ Seri Dr Wan Azizah iaitu lebih 15,000 undi.

8.35 malam: Setakat pukul 8.30 malam, Anwar telah memperoleh 31,949 undi manakala Dato’ Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 14,297 undi manakala AKIM menerima 74 undi.

Proses pengiraan di 28 pusat mengundi sedang dilakukan. Setakat ini kira-kira 70 peratus undian telah dikira.

Keputusan peringkat KeADilan ini diumumkan oleh Naib Presidennya, Azmin Ali selaku Pengarah Pilihan Raya Kebangsaan PKR, di Pusat Operasi Utama parti itu di Penanti di sini.

Setakat ini keputusan hampur 20 daerah sudah diketahui dan Anwar menang hampir kesemua daerah itu.

8.40 malam: Keputusan tidak rasmi daripada KeADILan yang diterima adalah Anwar menang sebanyak 31,949 undi manakala calon BN mendapat 14,297 undi manakala calon bebas hanya 74 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 17,652 undi.

9.50 malam: Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,971 undi.

Keputusan Penuh Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh

P44: PERMATANG PAUH:PP:58,459

Keputusan Penuh Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh

Keputusan Penuh Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh

1. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR): 31,195 undi.

2. Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi.

3. Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi.

Jumlah mengundi/Votes cast: 47,258.

Peratus/Percentage: 65.25 peratus.

Undi rosak/Spoilt votes: 447 undi.

Majoriti/Majority: 15,671 undi.

Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR) Undi diperolehi/Votes Polled:2008: 30,348 Majoriti/Majority: 13,398

P44

Peta Parlimen Permatang Pauh : P44

Balai Polis Seberang Jaya kecoh diserbu penyokong PKR

Harian Metro

SEBERANG JAYA: Keadaan sekitar kawasan Balai Polis Seberang Jaya, di sini, kecoh apabila diserbu ratusan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas mendakwa menahan bas membawa pengundi hantu, semalam.

Penyokong parti pembangkang terbabit turut mengerumuni sebuah bas yang membawa penumpang berkenaan tetapi keadaan berjaya dikawal anggota polis.

Sebelum itu, sekumpulan penyokong PKR mengesan dua bas kosong di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) berhampiran Institut Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang kira-kira jam 2 petang.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, berkata beliau yang berada kira-kira satu kilometer dari tempat terbabit bergegas ke sana sebaik dimaklumkan ahli parti.

Menurutnya, ketika itu, ada beberapa anggota polis berhampiran dua bas kosong yang didakwa membawa pengundi hantu lalu meminta dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

“Ketika dalam perjalanan, penyokong PKR kemudian menemui sebuah bas lagi dipercayai membawa pengundi hantu berhampiran plaza tol Kubang Semang sebelum dibawa ke Balai Polis Seberang Jaya.

“Justeru, kami membuat laporan polis agar pihak berkuasa dapat melakukan siasatan berhubung perkara berkenaan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Balai Polis Seberang Jaya, di sini, semalam.

Difahamkan, dua bas yang didakwa membawa pengundi hantu turut dibawa ke balai polis terbabit untuk tindakan, kira-kira jam 5.30 petang.

Sepasukan anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan selepas ratusan penyokong PKR berhimpun sebelum diminta bersurai.

Bagaimanapun, keadaan masih sesak apabila orang ramai terutama pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehadiran beberapa buah bas yang didakwa membawa pengundi hantu dan siasatan sedang dijalankan.

Menurutnya, pihaknya juga akan melakukan siasatan berhubung dakwaan anggota polis mengasari dua anak lelaki Gobalakrishnan selain laporan yang dibuat tiga pemandu bas terbabit.

“Semua bas berkenaan yang didakwa membawa pengundi hantu oleh pihak terbabit sudah dibawa ke balai polis dan kita akan melakukan siasatan mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan.

“Kita akan melakukan siasatan apa sahaja laporan dibuat oleh mereka (termasuk dikasari)… kalau terima laporan berapa banyak pun, kita tetap akan siasat,” katanya.

Pilihan raya Permatang Pauh paling ganas dalam sejarah

BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kali ini disifatkan yang paling ganas dalam sejarah dengan mencatatkan banyak insiden tidak diingini dari hari penamaan calon 10 hari lepas hingga pengundian ditutup petang ini.

Sehingga semalam, menurut polis sebanyak 71 laporan diterima membabitkan pelbagai kesalahan termasuk kekerasan, mengancam keselamatan, menghalang kempen, menjatuhkan poster pihak lawan dan menggunakan bahasa kesat.

Polis berkata sebahagian besar laporan dibuat terhadap pihak penyokong pembangkang dan jumlah itu dijangka meningkat hari ini.

Menurut beberapa pemerhati politik, peratusan keluar mengundi 63 peratus, yang dianggap rendah bagi pilihan raya kecil, apabila pengundian ditutup 5.00 petang ini mungkin dipengaruhi oleh faktor keganasan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam mengakui pilihan raya kecil ini sebagai yang paling ganas dan agresif dalam sejarah negara ini. Katanya pilihan raya ini juga luar biasa berikutan pelbagai insiden yang tidak diingini berlaku semasa kempen berlangsung sejak 16 Ogos lepas.

Perbuatan ganas bermula dengan insiden dua jurugambar bertugas dipukul sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari penamaan calon di Jalan Mengkuang di bawah jejantas Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE).

Mereka turut menceroboh Bilik Gerakan Wanita Barisan Nasional (BN), mengugut bakal pengundi dan menyerang kenderaan dinaiki oleh pemimpin BN.

Dalam insiden terbaru dua hari lepas, bilik hotel Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datin Paduka Sharifah Noli Syed Hussein diceroboh dan dua komputer riba yang menyimpan banyak maklumat penting dicuri.

Turut merasa bahang keganasan parti pembangkang itu ialah Puteri Umno apabila beberapa anggotanya diancam dengan objek menyerupai dinamit diletakkan di bilik gerakannya di Kubang Semang.

Keganasan penyokong PKR semakin menjadi-jadi apabila pada hari pengundian hari ini, sebanyak tiga bas pesiaran ditahan sekumpulan penyokong parti selepas Plaza Tol Butterworth-Kulim Expressway pada pukul 2.45 petang.

Kumpulan kira-kira 20 lelaki memakai t-shirt dan vest PKR menghalang tiga buah bas persiaran yang tidak diketahui dari mana dan hendak ke mana.

“Tindakan pantas polis berjaya mengawal keadaan di situ dan kita mengarahkan bas berkenaan meneruskan perjalanan sementara kumpulan lelaki itu disuraikan,” kata Pegawai Perhubungan Media Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh Supt Shaharon Anuar Abdul Malik.

Beliau berkata walaupun 6,000 anggota polis dikerahkan dianggap banyak, mereka terpaksa bekerja keras bagi mengawal keadaan berikutan kebanjiran kira-kira 40,000 orang luar di Permatang Pauh.

“Sejak awal pagi tadi (hingga petang), kebanyakan anggota saya masih belum sempat makan tengah hari kerana menjalankan tugas,” katanya.

Pilihan raya kecil itu disertai calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia Hanafi Mamat.

Ia diadakan selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memenangi semula kerusi itu pada pilihan raya umum 8 Mac lepas mengosongkannya pada 31 Julai bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding. -Bernama

Pusat mengundi ditutup, 63.7 peratus keluar mengundi

BUKIT MERTAJAM: Semua 25 pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ditutup pada pukul 5 petang ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruzaman Mohd Noor berkata, sepanjang tempoh mengundi dari 8 pagi hingga 4 petang tadi, sebanyak 63.75 peratus atau 37,035 daripada 58,459 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.

“Jumlah yang keluar mengundi sehingga pukul 5 petang ini sedang dikira,” katanya.

Kamaruzaman berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian.

Katanya semua kertas undi sedang dikira di 110 saluran sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun di Mengkuang.

Keputusan dijangka diketahui antara 9.30 malam dan 10.30 malam ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan Datuk Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat, Datuk Arif Shah Omar Shah daripada Barisan Nasional dan Hanafi mamat daripada Akim.

‘Laporan perubatan Pusrawi tak lengkap’

PETALING: Seorang doktor tidak dapat membuat laporan perubatan yang lengkap dalam kes salah laku seks termasuk liwat tanpa menjalankan empat ujian penting terhadap mangsa, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican.

“Pertama, doktor itu perlu mempunyai maklumat mengenai kejadian yang didakwa oleh mangsa, kemudian menjalankan ujian kesihatan yang penuh, membuat pemeriksaan menyeluruh di bahagian sulit mangsa dan membuat siasatan.

“Doktor perlu menghantar spesimen daripada diri mangsa kepada unit forensik. Semua ini mesti lengkap. Kita tidak boleh buat kesimpulan seseorang itu menjadi mangsa salah laku seks hanya daripada pemeriksaan awal,” katanya.

Beliau diminta mengulas risalah yang kononnya merupakan laporan perubatan yang dibuat oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid daripada Pusat Perubatan Pusrawi ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa diliwat oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tolong jangan terpengaruh dengan apa yang didakwa sebagai laporan perubatan ini kerana ia tidak lengkap. Pertama sekali kita tidak tahu sama ada laporan yang tersiar dalam risalah itu sahih atau tidak. Laporan perubatan perlu disahkan,” katanya.

Dr Ismail, yang membaca risalah itu menerusi Internet, berkata bahawa sebagai seorang profesional, beliau mendapati ianya tidak lengkap.

Beliau juga menganggap perbuatan menyebarkan laporan perubatan sebagai tidak beretika dan salah serta tidak wajar kerana ia boleh mendedahkan kerahsiaan pesakit.

Dr Ismail berkata kementerian sedang menunggu laporan siasatan daripada Pusrawi mengenai bagaimana satu laporan perubatan peringkat awal dibocorkan kepada media.

“Kami mahu menyoal doktor itu tetapi nampaknya dia tak dapat dihubungi. Daripada risalah itu, dia menolak berlaku perbuatan liwat tetapi ini tidak mengesahkan apa-apa.” katanya.

Dr Ismail berkata satu pasukan siasatan daripada Kementerian Kesihatan telah melawat Pusrawi yang telah diberi masa dua minggu untuk menyediakan laporan.

“Dan tempoh itu telah tamat,” katanya.

MB Perak tak hairan sumpah laknat Tajol Rosli

IPOH: “Saya tak hairan,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai sumpah laknat Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali bahawa beliau tidak terbabit dalam penahanan dua Exco kerajaan negeri oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

  Mohammad Nizar dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham sebelum ini mendakwa Tajol Rosli dan Umno  dalang di sebalik kes rasuah berkaitan projek perumahan RM180 juta di Seri Iskandar membabitkan enam individu termasuk dua Exco kerajaan Pakatan Rakyat.

  Ketika ditanya mengenai pelawaan Tajol Rosli supaya mereka (Mohamad Nizar dan Tajol Rosli) bersama-sama bersumpah pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Mohammad Nizar, beliau berkata, “Saya tidak peduli,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan boling persahabatan di sini, semalam.

   Tajol Rosli dalam sidang akhbar kelmarin mencabar Mohammad Nizar membuat sumpah laknat   beliau (Tajol Rosli)  dalang di sebalik penangkapan semua individu berkenaan termasuk seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan dua kakitangan agensi kerajaan negeri itu serta seorang ahli perniagaan.

Tiga Penyokong PKR Kena Tahan

Oleh Fazallah Pit
Berita Harian

BUKIT MERTAJAM: Tiga penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk seorang Timbalan Ketua Bahagian ditahan bagi membantu siasatan kes serang dua jurugambar media ketika penamaan calon pilihan raya Permatang Pauh, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Bahagian itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur, pada jam 2.30 petang semalam. Dia akan dibawa ke sini, untuk direman bagi membantu siasatan kes itu.

Pegawai Perhubungan Media Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Superintendan Mohd Shaharon Anuar Abdul Latif, berkata tangkapan pertama membabitkan seorang suspek berusia 28 tahun yang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah (SPT), jam 1.40 petang kelmarin.

Selepas itu, polis menahan suspek kedua di Selayang, Selangor, kelmarin, tetapi butiran lanjut belum diperoleh.

Katanya, polis sudah memperoleh perintah reman tiga hari daripada Mahkamah Majistret di sini, semalam, terhadap suspek yang menyerah diri kepada polis SPT, manakala dua lagi dalam proses untuk mendapatkan perintah sama.

“Suspek pertama berasal dari Sungai Tiram, Bayan Lepas, manakala lelaki yang ditahan di Selayang dipercayai anak jati Permatang Pauh tapi menetap di tempat lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, jurugambar Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Mohd Sairien Nafis, cedera di pinggang manakala kameranya bernilai RM15,000 dirampas, manakala seorang jurugambar agensi berita asing, HBL Press News, Halim Berbar, turut dipukul.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohd Shaharon Anuar berkata, polis masih menyiasat sama ada dua lagi lelaki itu adalah ahli PKR atau sekadar penyokong tapi mereka adalah antara yang dicari polis berhubung kes itu.

Katanya, polis juga mencari seorang lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan kes seorang jurugambar wanita dipukul di tapak ekspo Seberang Jaya dekat sini, pada 3 Ogos lalu.

Dalam kejadian itu, jurugambar akhbar Guang Ming Daily, Loh Hoay Hoon, cedera di kepala selepas dipukul sekumpulan lelaki ketika pulang selepas membuat liputan ceramah umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar tetap pendirian tidak mahu bersumpah

BUKIT MERTAJAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, sehingga hari ini masih tetap dengan pendirian tidak mahu bersumpah berhubung tuduhan liwat yang dihadapinya walaupun dicabar pelbagai pihak supaya berbuat demikian.

Beliau yang ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan di bilik gerakan wanita PKR di Sungai Semambu dekat sini masih menggunakan alasan yang sama iaitu beliau telah dinasihati oleh ulama untuk tidak mengangkat sumpah dan merujuk kes liwatnya itu ke mahkamah syariah.

“Saya masih lagi nak ikut hukum dan mahkamah syariah. Kalau sumpah (untuk) tuduhan jenayah kena jawab dengan siasatanlah.

“Kalau la ni (sekarang ini) letup orang, mati orang, saya sumpah saya tak buat. Mana boleh. Jadi kena siasatlah dan buat proses pendakwaan. Sumpah tetap sumpah tapi kena juga ada pendakwaan,” katanya yang memberikan reaksi terhadap sumpah yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi yang tidak mengenali dan mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh di Puncak Alam, Selangor pada tahun 2006.

Khairy cabar Anwar ikut cara Najib bersumpah Islam

BUKIT MERTAJAM: Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mencabar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersumpah mengikut cara Islam bagi membersihkan namanya seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata tindakan Timbalan Perdana Menteri bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu malam tadi untuk menafikan beliau kenal dan mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibuat untuk mencari kebenaran berikutan diserang secara peribadi berulang kali oleh Anwar.

“Soalnya sekarang ini kita semua hendak mencari kebenaran dan Datuk Seri Najib diserang secara peribadi berulang kali oleh Anwar. Oleh itu dia rasa terpanggil untuk membersihkan namanya secara Islam,” katanya.

Khairy berkata Anwar patut melakukan perkara yang sama menurut cara Islam.

“Bagi orang Melayu, jika timbul sebarang keraguan mengenai sesuatu perkara, bersumpah di masjid, itu menandakan satu pendekatan yang serius untuk membela diri,” katanya.

Khairy turut mencabar Anwar untuk meletak jawatan sebagai Penasihat PKR jika impiannya untuk membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri pada 16 Sept ini tidak menjadi kenyataan manakala beliau sendiri meletak jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Umno jika Anwar berjaya membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri pada tarikh itu.

Menurut Khairy, ada orang beranggapan adalah tidak adil baginya hanya mencabar Anwar meletak jawatan sedangkan beliau tidak mempertaruhkan apa-apa dalam soal ini.

Majlis ceramah yang turut dihadiri bekas orang kuat Anwar iaitu Ezam Mohd Noor dan Datuk S. Nallakaruppan menarik perhatian ramai terutama golongan muda.

cikwiduri: Khairy? Tak habis-habis dengan propa nya!

Najib bersumpah tiada kaitan dengan Altantuya

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah secara Islam di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini malam ini bahawa beliau tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada 2006 di Puncak Alam, Selangor.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata: “Walaupun ini bukan sumpah rasmi yang dibuat atas Al-Quran.

Dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan perempuan Mongolia,” katanya pada akhir ucapannya di majlis penyampaian bantuan RM1.4 juta di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini.

Najib berkata: “Saya tidak tahu sama ada orang lain nak bersumpah atau tidak, tapi saya tahu saya tak buat salah. Ini antara saya dengan Tuhan.”

Najib turut bersumpah mengenai perkara yang sama semasa melawat ke bilik peti undi Barisan Nasional (BN) Guar Perahu.

Beliau mengulangi sumpah yang sama iaitu: “Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan wanita warga Mongolia, Altantuya.”

Pada majlis itu, Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi yang turut berucap berkata: “Sumpah Datuk Seri Najib benar dan diakui Datuk Seri Najib tiada kaitan dengan Altantuya.”

Syed Abdul Rahman berkata apabila kes pembunuhan Altantuya berlaku, beliau adalah orang Malaysia pertama yang mempunyai maklumat itu dan beliau juga merupakan “orang pertama pergi ke Mongolia dan telah membuka semua peti besi yang mengandungi dokumen Altantuya.

“Tiada satu dokumen pun, mahupun gambar, mahupun video yang babitkan Datuk Seri Najib,” katanya.

ENGLISH VERS.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak tonight swore in Masjid Jamek Guar Perahu near here that he did not know or had any connection with Mongolian woman Altantuya Shaarribuu who was murdered in 2006 in Puncak Alam, Selangor.

Najib said he was making the swearing although it was not an offical swearing made on the Quran.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi (With Allah as my witness) I swear I do not know or have any connection with the Mongolian woman,” he said at the end of his speech at a ceremony to give aid of RM1.4 million at the mosque.

“I do not know if others want to swear or not but I know I did no wrong. This is between me and God,” he said.

Usah permain isytihar murtad

Oleh Mohamad Hussin
Harian Metro

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan diri mereka sebagai murtad (keluar Islam) selagi Mahkamah Syariah belum memutuskan sama ada mereka keluar daripada agama Islam atau sebaliknya.

Ketua Unit Interaksi Harmoni, Bahagian Penasihat Jabatan Peguam Negara, Mohamad Nasir Disa, berkata kekeliruan umat Islam berhubung perkara itu menyebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup mengisytiharkan diri mereka bukan Islam kerana cuba mengelak daripada dibicarakan di Mahkamah Syariah.

“Mana-mana individu yang murtad (keluar Islam) dianggap dosa besar. Ada juga yang mendakwa dirinya sebagai Rasul pun sudah dianggap murtad. Bagaimanapun, dakwaan saja tidak boleh dianggap sah dan perlu diputuskan oleh mahkamah.

“Tidak boleh mempermainkan agama Islam, biarlah pihak mahkamah menentukan sama ada seseorang itu benar-benar murtad atau tidak,” katanya ketika menyampaikan ‘Forum Ancaman Riddah’ di Masjid Wilayah Persekutuan.

Forum anjuran Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) turut menampilkan Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Zulkiflee Al-Bakri manakala pengerusinya ialah Pegawai Jabatan Kehakiman Syariah, Mohamad Abdullah.

Beliau berkata, pihaknya mengesan cubaan pihak tertentu yang menggunakan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan agama dan memanipulasi undang-undang agama Islam negeri-negeri, dalam usaha membolehkan penganut Islam menukar agama.

“Tindakan mereka boleh dilihat sebagai suatu cubaan untuk meruntuhkan institusi undang-undang syariah di Malaysia dan Islam keseluruhannya.

“Proses undang-undang yang cuba digunakan pihak tertentu bagi mencabar artikel itu secara profesionalnya boleh dianggap sebagai cara meluputkan kuasa institusi syariah seperti Mahkamah Syariah dan Majlis Agama Islam negeri-negeri.

“Perkara ini, kalau kita lihat dari skop yang lebih luas, jelas melanggar undang-undang dan boleh mengancam keselamatan negara,” katanya.

Jaga lidah elak buat dosa

KEUPAYAAN lidah memang tidak dijangka. Ia anggota tubuh yang paling baik dan paling buruk selain hati.

Lidah hendaklah dikawal daripada berbicara mengenai hal orang lain seperti mengumpat dan membuat fitnah sesama manusia.

Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.”

Jagalah lidahmu kawan! Agar ia tidak menyengatmu kerana lidah tidak ubah seperti ular berbisa. Banyak orang binasa akibat perbuatan lidah padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya. (Imam al-Syafie)

Sayidina Umar al-Khattab r.a pernah berkata: “Barang siapa banyak bicaranya maka banyak kesalahannya. Orang yang banyak salahnya bererti banyak dosanya sehingga nerakalah sebaik-baik tempat bagi mereka.”

Daripada Muaz, Rasulullah bersabda: “Mahukah kamu jika aku katakan kepadamu tentang sendi daripada semua kebaikan?” Jawab Muaz, “Ya, kami nak tahu.” Maka Rasulullah s.a.w menunjukkan sendi kebaikan itu pada lidahnya dan berkata, “Jagalah ini.”

Muaz berkata, “Wahai Rasulullah, adakah kami akan mendapat seksaan akhirat daripada ucapan kami?”

Rasulullah menjawab, “Betapa azabnya Muaz orang yang tersungkur di dalam neraka itu melainkan hasil daripada menabur fitnah melalui lidah mereka. Akhirnya mereka menerima seksaan daripada Allah.”

Siapa sebenarnya imam yg menyaksikan sumpah liwat Saiful?

Ramlang Porigi - antara Imam Masjid Wilayah Persekutuan hadir dihari sumpahan Saiful Bukhari.

Ramlang Porigi - antara Imam Masjid Wilayah Persekutuan hadir dihari sumpahan Saiful Bukhari.

Mendengar namanya sudah asing. Bila mendapat tahu bahawa dia adalah Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi dalam majlis sumpah Saiful, kepala jadi pening.

Risikan matcomot dan topeng perak mendapati tiada imam di Masjid Wilayah Persekutuan bernama Ramlang Porigi.

Siapa dia?

Inilah imam yang menyaksikan sumpah Saiful Bukhari di Masjid Wilayah Persekutuan
Carian dalam Daftar Pemilih SPR mendapati Ramlang Porigi merupakan pengundi Permatang Pauh. Tapi apa yang jelas, kod negeri yang terdapat dalam kad pengenalannya menunjukkan beliau berasal dari Sabah (790726-12-5443).

Butiran Ramlang Porigi

Butiran Ramlang Porigi

Pengundi hantu yang diimpot dari Sabah?

“KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi”.

Butiran jelas Ramlang Porigi

Ramlang Porigi - Imam yang menyaksikan sumpah Saiful Bukhari di Masjid Wilayah Persekutuan

Lagi butiran tentang Ramlang Porigi.

cikwiduri: Hanya BN and the G sahaja yang tahu.

Doktor Pusrawi Sahkan Saiful Tidak Diliwat (med report)

The doctors report says it very clearly. Saiful was never sodomised, either by Anwar or anyone else. Why is the government still pursuing the case against Anwar? And why are they looking for the doctor who has now gone underground with his whole family? NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin.

They asked a certain doctor from a certain hospital to conduct an examination on Saiful. The doctor did so and he came out with a report that said there is no evidence Anwar had ever penetrated or sodomised the young man. The police then picked up the doctor and detained him for three days.

As much as they tried to force him to change his report to implicate Anwar he refused to do so. Until today, the doctor stands by his report that there is no evidence Anwar had sodomised Saiful.
He knows he is going to be made to pay for this but he doesnt care. He is not going to change his report and say that Anwar sodomised Saiful whatever they do to him. Exasperated, the police had to release Anwar on personal bond or police bail. The doctor refuses to change his report and neither does Anwar want to volunteer his new specimen. Well, that doctors name is Dr Mohamed Osman Abdul Hamid from the Hospital Pusrawi and he has now taken his entire family and has gone into hiding because the police are looking for him and they want him to change his medical report.

At 2.00pm on 28 June 2008, Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan went to see Dr Mohamed Osman to complain about a pain he is suffering in his anus. Saiful told the doctor that he had been assaulted by a very important person – meaning, of course, sodomised by Anwar Ibrahim.

Dr Mohamed Osman examined Saiful but found no evidence that he had been sodomised, either by Anwar Ibrahim or anyone else for that matter. The doctors report (which can be viewed below) says that there is zero (0) skin tearing, zero (0) active bleeding, zero (0) traces of pus, etc., which basically means he cant be suffering from a pain in the anus as what he alleges.

The doctors diagnosis is that he rules out or TRO (to rule out) assault (sodomised). In short: Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan is not suffering any pain in the anus and neither was he assaulted or sodomised in the anus.

Saiful then said he would like to make a police report so Dr Mohamed Osman suggested he go for a second medical examination at a government hospital. Saiful did so and the doctor at the government hospital also came out with the same diagnosis. Nevertheless, Saiful still made his police report at the pondok police in the hospital.

In spite of the doctors all confirming that Saiful was never sodomised, the police still pursued the case. Anwar Ibrahim was subsequently arrested by about 20 SWAT members in Balaclavas and armed to the teeth in a dramatic movie-style action-packed drama in front of his house after he had confirmed he would be reporting to the police station at 2.00pm as required.

The police detained Anwar in the lockup until the next morning and even brought him to the hospital for eamination and to try to obtain his specimen for what the police say are for purposes
of doing a DNA profile.

The fact that the police already have Anwars DNA profile from 1998, plus the doctors from both hospitals confirm that Saiful was never sodomised, did not seem to matter.

Clearly the government is attempting to fabricate evidence against Anwar and is trying to indict him on trumped-up charges of sodomy. And who but the slime-ball AG and scumbag IGP, the same two players in the 1998 episode, can be behind this latest travesty of justice.

Laporan liwat Saiful Bukhari dari Hopsital Pusrawi

Laporan liwat Saiful Bukhari dari Hopsital Pusrawi

The doctors report says it very clearly. Saiful was never sodomised, either by Anwar or anyone else. Why is the government still pursuing the case against Anwar? And why are they looking for the doctor who has now gone underground with his whole family? Civil society movements, NGOs and the Malaysian Bar Council must not remain silent.

The police have already detained the doctor for three days but he still refuses to doctor his medical report. Anwar did not sodomise Saiful and the doctors report says it very clearly. And the police also have a copy of this same report that I have published below. And now Malaysians also already know the police know – that Saiful was never sodomised by anyone.

Apa motifnya bersumpah sehari sebelum penamaan calon?

Oleh Fahri Abdillah al-Masri
Sun | Aug 17, 08

Akhirnya, mantan kakitangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan telah membuat pengakuan dan bersumpah di masjid baru-baru ini (Jumaat) berhubung dia diliwat oleh majikannya sebelum ini.

Tetapi, apa yang menarik perhatian kira-kira 27 juta rakyat Malaysia termasuk warga dan pendatang asing (sama ada cara halal atau haram) ialah motif beliau bersumpah baru-baru ini. Kenapa beliau tidak bersumpah sejak dulu? Di sini, Saiful Bukhari terperangkap.
Maka, bagi menjawab soalan itu, Saiful berkata bahawa beliau tidak tahu bahawa dahulu Anwar akan bertanding. Tetapi, kini Anwar akan bertanding. Bagus – jawapan itu telus dan jujur sekali. Semua orang semakin syak bahawa ada orang politik menjadi dalang ke atas sidang media Saiful. Mungkin Najib sedang menyusun serangan secara sulit.

Barangkali, itulah suara hati Umno, Najib dan Abdullah sendiri. Mereka sendiri tidaklah menyangka Anwar akan bertanding pada mulanya. Tetapi, apabila menyedari Anwar itu akan berentap dalam pilihan raya, maka mereka memasang rancangan untuk membawa Saiful Bukhari ke media perdana. Di sinilah anak muda itu telah diperalatkan Umno.

Najib misalnya mungkin didorong rasa khuatir terhadap kemaraan Anwar lalu dikerahkan sidang media itu untuk membunuh imej Anwar di depan pengundi Permatang Pauh.

Serangan-serangan ke atas Anwar
Anwar menerima asakan banyak perkara dari pelbagai sudut. Bukannya seorang dua yang melawan Anwar. Jika dulu, polis dan tentera yang dikerah untuk menangkap Anwar. Kini musuh-musuh baru Anwar sedang dicipta dan disusun oleh Umno itu sendiri.

Termasuk serangan terbaru ialah ’serangan’ siswa UiTM terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu kuota kemasukan 10 peratus kaum bukan bumiputera di universiti itu.

Kalaulah Dato’ Seri Ibrahim Abu Shah dan para pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar dari tiap-tiap cawangan UiTM itu ikhlas nescaya mereka akan menjemput MB Selangor itu ke dalam UiTM untuk memberikan penjelasan.

Apa susahnya? Bukankah Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin sendiri menyebutkan bahawa pemimpin parti seperti pembangkang boleh masuk IPT, berbincang hal akademik saja dan bukannya hal yang terkait dengan kepartian? (BH, 27 Julai)

Maka, kita cabar Ibrahim Abu Shah serta seluruh saf barisan MPP Aspirasi UiTM seluruh Malaya menyediakan pentas terbuka untuk MB Selangor, semoga dia dapat menyebutkan semula ideanya itu di UiTM, sesuai dengan ‘impian’ Khaled Nordin tersebut.

Rasa-rasanya, Ibrahim Abu Shah dan MPP Aspirasi UiTM sendiri tak akan mahu berbuat demikian. Ini kerana, isu ini sengaja ditimbulkan supaya pengundi Permatang Pauh dapat didedahkan dengan ‘keburukan’ PKR, sekali gus memburukkan imej Anwar. Itu saja.

Khalid ‘orang’ Anwar. Isu ini juga yang akan disebut dengan tujuan membuktikan Anwar tidak akan memperjuangkan nasib orang Melayu dan sebagainya. Semua serangan kali ini bukan lagi melalui lidah Najib dan lidah Pak Lah.

Kenapakah rancangan ini dibuat, iaitu menyerang Anwar bukan melalui lidah Najib serta lidah Pak Lah? Ada banyak sebabnya. Tetapi, kita perturunkan di sini sedikit sahaja.

Pertamanya Abdullah dan Najib memang takut kepada Anwar. Ketakutan Najib dan Pak Lah ini kian jelas ketara ketika Abdullah, Najib enggan berdebat dengan Anwar di dalam program debat minyak; Hari Ini Memerintah, Esok Minyak Turun.

Saya memilih untuk berdebat dengan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri,” demikian kata Anwar pada permulaan debat bersama Ahmad Shabery Cheek dahulu.

Keduanya Abdullah dan Najib perlu kelihatan berwatak bersih di depan mata pengundi di Perm tang Pauh. Abdullah dan Najib kini telah sedar sejak kejatuhan mereka dalam PRU lalu. Ini semua disebabkan kelancangan lidah dan tindak tanduk mereka sendiri.

Jadi, oleh sebab itu, gandingan Abdullah dan Najib cukup berhati-hati dalam usaha untuk menjatuhkan Anwar kali ini. Mereka mungkin memperalatkan Saiful Bukhari bagi tujuan ini. Tetapi, lama-kelamaan, pada akhirnya rakyat akan tahu juga.

Rakyat akan tahu apabila boneka mereka sendiri akan terpaksa menjawab hal sebenarnya apabila tertekan setelah diasak dengan pelbagai soalan peguam di dalam mahkamah kelak insya-Allah. Pada saat itulah, Umno, BN akan runtuh dengan seruntuh-runtuhnya.

Enggan mengulas soalan wartawan
Ketika diasak dengan pertanyaan demi pertanyaan wartawan mengenai laporan kesihatan beliau di Hospital Pusrawi, Saiful hanya berkata, “Itu semua kita nantikan keterangan di mahkamah.” Soalnya kenapa beliau berani bersumpah, tetapi apabila diajukan soalan lain beliau mengelak, lalu meminta wartawan menunggu kenyataannya di mahkamah?

Maknanya sidang media bersumpah itu dilakukan semata-mata untuk mencederakan imej dan reputasi Anwar menjelang hari penamaan calon. Itu sahaja tujuannya.

Suatu masa nanti, kalau diizinkan oleh Allah, beliau akan terdesak lalu terpaksa mengaku juga bahawa beliau sebenarnya telah diupah pihak-pihak tertentu untuk melakukan semua ini. Beliau kelihatan takut-takut dan matanya tak banyak menatap tepat ke arah wartawan ketika menjawab beberapa persoalan berhubung kes liwat tersebut.

Wamakaruu, wa makarallah, wallahu khairul maakiriin. Ya Allah buktikanlah segala janji-janjiMu sebagaimana yang tertera di dalam kitabMu yang mulia.

Demo pelajar UiTM: Keprihatinan mengundang kecurigaan

Oleh Ahmad Tajdid
Sat | Aug 16, 08 

Sebagai bekas pelajar UiTM, penulis sebenarnya terkejut apabila dimaklumkan seorang rakan bahawa 5000 pelajar UiTM Shah Alam telah mengadakan unjuk rasa dan berarak sejauh 3 kilometer ke Bangunan SUK, Selangor, 12 Ogos lalu semata-mata untuk membantah kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setelah menghabiskan sebahagian usia remaja di UiTM dan berkecimpung dalam gerakan pelajar di kampus, penulis memang masak dengan senario kampus UiTM termasuk mentaliti para pelajarnya.

Adalah sesuatu yang menghairankan apabila para pelajar UiTM yang begitu teruk dikongkong Jabatan Hal Ehwal Pelajar boleh begitu prihatin dengan isu semasa dan seterusnya berdemonstrasi dan berarak dalam jumlah yang ramai, sedangkan demonstrasi diharamkan pentadbir UiTM dan ada kalangan pelajarnya yang dihukum dan disingkirkan kerana terlibat dengan demonstrasi.

Kongkongan HEP terhadap aktiviti pelajar juga mengakibatkan pelajar institusi Bumiputera itu tidak peka dengan isu semasa yang melingkari mereka. Jika ada diskusi intelek atau ceramah ilmiah yang dianjurkan, kehadiran pelajar (jika tanpa paksa) boleh dikira dengan jari. Keadaan ini berubah jika program hiburan ataupun konsert diadakan apabila ribuan pelajar akan hadir dan menunggu sehingga program tamat.

Kita tidak menolak kemungkinan bahawa unjuk rasa ribuan pelajar UiTM ini digerakkan oleh ‘orang atasan’ institusi itu. Pastinya pelajar yang sudah sebati dibelenggu Akta dan ditanam budaya takut untuk menyuarakan pandangan tentang politik dan isu semasa tidak berani berarak di jalan raya tanpa perkenan dan galakan pentadbir UiTM sendiri.

Jika tidak, mana mungkin unjuk rasa diadakan di hampir seluruh kampus UiTM seluruh negara termasuk cawangan Permatang Pauh (Pulau Pinang), Seri Iskandar (Perak), Arau (Perlis), Bandar Jengka (Pahang), Lendu (Melaka), Sungai Petani (Kedah), Kuala Terengganu (Terengganu) dan cawangan Machang (Kelantan).

Histeria‘ yang melanda ini berpunca daripada cadangan Abdul Khalid agar UiTM membuka 10 peratus pengambilan kepada pelajar bukan bumiputera. Langkah ini, jelas beliau penting untuk meningkatkan daya saing pelajar dan mutu universiti awam bumiputera itu.

Cadangan Abdul Khalid itu bukanlah sesuatu yang baru. Seperti kata Profesor Emiritus Khoo Kay Kim dari Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, cadangan pengambilan pelajar bukan Bumiputera oleh UiTM ini pernah dicadangkan kerajaan BN beberapa tahun lalu. Malah UiTM sendiri, kata Khoo telah pun melaksanakan cadangan itu tetapi tidak mendapat sambutan pelajar bukan bumiputera.

Mustahil bagi Naib Canselor UiTM, Dato’ Seri Ibrahim Abu Shah tidak mengetahuinya ataupun sengaja menyembunyikan fakta itu untuk tujuan yang beliau sahaja yang tahu.

Manipulasi isu ini juga sebenarnya memalukan warga UiTM keseluruhannya – pelajar dan bekas pelajar. Kenapa? Kerana Abdul Khalid bukanlah orang yang mempunyai autoriti terhadap UiTM. Memang benar kampus induk UiTM terletak di Shah Alam, tetapi institusi itu berada di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi dan bukannya kerajaan negeri Selangor.

Apa jua kenyataan yang keluar daripada mulut Abdul Khalid tentang UiTM tidak punyai sebarang kesan kerana beliau bukan seorang yang berautoriti.

Pandangan Abdul Khalid juga sepatutnya dibahaskan secara akademik kerana itulah budaya yang harus dilaksanakan oleh sebuah IPTA; bukannya mendorong warganya beremosi dan bersentimen tanpa sebab yang wajar.

Membela hak Melayu? Tidakkah Ibrahim Abu Shah menyedari bahawa banyak isu lain berhubung hak Melayu yang sepatutnya diperjuangkan golongan ‘nasionalis totok’ seperti beliau. Bagaimana dengan dasar kerajaan BN yang membuka 10 peratus pengambilan Maktab Rendah Sains MARA kepada bukan Bumiputera? Bagaimana pula kuota biasiswa 55-45 bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri.

Jika Ibrahim benar-benar merasakan Abdul Khalid perlu memohon maaf; beliau terlebih dahulu perlu melakukan perkara serupa kerana telah pun melaksanakan idea Abdul Khalid beberapa tahun lalu seperti dinyatakan Prof Khoo Kay Kim.

Ibrahim juga dilapor menyifatkan Abdul Khalid sebagai cetek pemikiran kerana sukar menerima fakta mengenai pelbagai kejayaan yang dicapai UiTM sama ada di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Tidak sedarkah Ibrahim bahawa beliau juga berfikiran cetek kerana mendakwa tidak melihat sebarang perubahan yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sepanjang 100 hari memerintah negeri seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Beliau perlu menyedari bahawa walau bagaimana ‘hebatnya’ pencapaian UiTM, institusi itu masih tidak termasuk dalam ranking utama universiti dunia oleh mana-mana badan penarafan antarabangsa. Sehubungan itu, masih banyak ruang untuk memperbaiki UiTM sebagai universiti khusus Bumiputera. Teguran Abdul Khalid perlu dilihat sebagai cabaran dan bukannya penghinaan oleh warga UiTM.

Memang Ibrahim antara peneraju UiTM yang paling menonjol berpolitik. Tidak seperti Pengarah dan Naib Canselor ITM dan UiTM sebelumnya, Ibrahim lebih suka mengeluarkan pandangan memihak dalam sebarang isu. Sentimennya kepada parti-parti pembangkang termasuk PAS amat tebal berbanding sifat lunaknya kepada dasar-dasar BN.

Oleh kerana itulah, beliau tidak menentang keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk membuka UiTM kepada pelajar-pelajar bukan Bumiputera tetapi melompat setinggi langit apabila cadangan serupa dibuat Tan Sri Abdul Khalid.

UiTM sebenarnya memerlukan peneraju baru untuk terus unggul sebagai institusi melatih profesional Bumiputera. Individu seperti Almarhum Prof Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid perlu dicari untuk melonjakkan imej dan kredibiliti UiTM di peringkat nasional dan antarabangsa. Almarhum ialah seorang nasionalis tulen yang benar-benar memperjuangkan kepentingan Melayu tanpa menghiraukan batasan politik. Para pelajar ITM era 80-an dapat merasakan semangat kental Pak Nik dalam mengangkat martabat ITM sebagai institusi unggul Melayu-Bumiputera.

Di majlis-majlis perhimpunan pelajar ITM, Pak Nik tidak segan silu mengkritik sebahagian ahli-ahli politik Melayu yang dianggapnya mengabaikan kepentingan bangsa kerana asyik bertelagah sesama sendiri, dan sanggup berdiri gagah menyanggah sesiapa saja termasuk pemimpin parti komponen BN yang mengancam kepentingan dan hak Bumiputera.

MCA agaknya nak orang Melayu semua mampus baru mereka puas hati,” kata-kata Pak Nik mengkritik Timbalan Presiden MCA, Dato’ Lee KIm Sai di majlis perasmian minggu silaturrahim ITM Cawangan Perlis masih terngiang-ngiang di telinga penulis walapun ia berlaku lebih 22 tahun lalu. Dan janganlah pula cadangan ini dijadikan alasan untuk para pelajar UiTM dihasut sekali lagi untuk berdemonstrasi.

Sumpah Saiful tindakan bodoh

IPOH: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.

Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama.

“Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini.

Jelasnya, kes tersebut adalah dikategorikan sebagai kes yang menyamai kes zina.

Menurut beliau, merujuk kepada artikel 121 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan, kes liwat yang dikiaskan kepada hukuman zina perlu diadili di mahkamah syariah.

Sumpah yang diucapkan oleh Saiful juga, ujar beliau hanya boleh dilakukan oleh isteri atau suami yang menuduh pasangan mereka melakukan zina.

Hukum yang disebut sebagai li’an dalam perundangan Islam ini, jelasnya tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan seperti dalam kes liwat Saiful.

Ustaz Abdul Hadi turut menyifatkan kes liwat ini sebagai berunsur politik.

“Kita lihat, bagaimana Saiful Bukhari mengangkat sumpah sehari sebelum Anwar dinamakan sebagai calon.

“Maka tidak syak lagi ia sememangnya bermotifkan politik kotor dan tidak bermoral,” tegasnya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Anwar tidak bersalah.

“Bahkan, badan kehakiman membenarkan beliau bertanding di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

“Kita masih tetap menyokong Anwar dan menyatakan bahawa (beliau) tidak bersalah,” katanya lagi.

Ditanya mengenai keperluan Anwar untuk bersumpah sepertimana yang dilakukan Saiful, beliau berpandangan ianya tidak wajar.

Ketika ditanya kemungkinan kes ini akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Ustaz Hadi menegaskan ianya tidak mungkin.

“Saya tidak merasakan begitu, bahkan kemungkinan sokongan terhadap beliau bertambah itu ada,” ujarnya lagi.

Mengulas isu yang sama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Mohd Daud Iraqi berkata pertuduhan liwat memerlukan empat orang saksi yang adil.

“Sekiranya terbukti berlaku pembohongan maka kesaksian individu tersebut sudah tidak dapat digunakan sampai bila-bila,” katanya.

Jelas beliau, bukan sebarang kenyataan dapat dibuat oleh saksi yang mahu membuktikan kes liwat ini.

Sumpah menggunakan kitab suci ini juga menurutnya menyerupai amalan golongan kristian. – Harakah

‘Sumpah pegang Quran tiada dalam Islam’

BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kaedah sumpah laknat yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan memegang kitab suci Al-Quran adalah satu perbuatan yang menyalahi ajaran Islam.

Nik Aziz berkata perbuatan memegang atau menjunjung Al-Quran sebenarnya adalah perbuatan meniru orang Kristian yang memegang kitab suci mereka.

“Dalam Islam sesiapapun bebas bersumpah untuk membuktikan dirinya benar tetapi bukanlah dengan memegang kitab suci Al-Quran kerana ia adalah perbuatan orang Kristian yang memegang kitab mereka ketika bersumpah,” katanya kepada pemberita selepas menyertai rombongan Pakatan Rakyat yang mengiringi penamaan calon penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di sini.

Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata tindakan Saiful Bukhari bersumpah laknat itu adalah dibenarkan dalam Islam dan kini terpulang kepada keikhlasan pengakuannya bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar.

Mengenai saranan supaya Anwar turut bersumpah, Nik Aziz berkata dalam Islam seseorang yang membuat pendakwaan harus bersumpah bahawa dakwaannya adalah benar dan kemudiannya tertuduh perlulah membela diri.

Semalam Saiful Bukhari membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya dalam keadaan paksaan.

Anwar pula menyifatkan tindakan bekas pembantu peribadinya adalah satu perbuatan politik kotor untuk menjatuhkannya pada pilihan raya kecil itu. – Bernama

Sumpah Saiful (Part 1)

KUALA LUMPUR: “Kini sudah tiba masanya untuk saya menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia bagi menegakkan hak dan menidakkan yang batil,” kata Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dia yang mengakui bersembunyi selama ini untuk mencari kekuatan, memilih jam 6.15 petang semalam mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam berhubung dakwaan liwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini dengan ditemani bapanya, Azlan Mohd Lazim.

Dalam upacara yang dijalankan selama 15 minit itu, Saiful yang memakai songkok dan berbaju Melayu coklat melafazkan sumpahnya dengan memegang senaskah al-Quran di tangan kiri dan teks sumpah di tangan kanan sambil duduk di hadapan mimbar masjid serta menghadap kiblat.
  
Saiful yang kemudian mengadakan sidang medianya berkata, dia melakukan upacara sumpah itu dengan rela hati bertujuan menegakkan kebenaran Islam, sekali gus membuktikan kepada seluruh rakyat negara ini.

“Saya amat memahami akibat bersumpah dengan nama Allah ini, jika ia tidak benar dan ciptaan saya, maka saya akan dilaknat dan ditimpa malapetaka serta bencana kepada diri saya, keluarga serta keturunan saya selamanya oleh Allah.

“Saya bersumpah dengan nama Allah di Masjid Wilayah Persekutuan, mengikut cara dituntut agama Islam seperti dinasihatkan dan tunjuk ajar  para ulama serta mufti, saya diliwat Anwar Ibrahim,” katanya.

Dia mendakwa diliwat pada 26 Jun 2008. 

Hadir sama pada sidang media berkenaan peguambelanya, Zamri Idrus.

Saiful berkata, upacara sumpah itu dianggap jalan terbaik bagi mendapatkan keadilan di dunia dan akhirat selain mengembalikan maruah serta harga dirinya.

“Dengan ini, saya mencabar Anwar supaya bersumpah dengan cara sama untuk menafikan dakwaan saya tidak benar.

“Saya menyembunyikan diri selama ini kerana ingin mengumpul kekuatan sebab difitnah serta ditohmah dan hari ini (Jumaat) adalah hari terbaik untuk melafazkan sumpah,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keputusannya bersumpah ada kaitan dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang pencalonannya ditetapkan hari ini, Saiful berkata, ia bukan sebab politik dan hanya secara kebetulan semata-mata.

Pada 7 Ogos lalu, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, atas tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Saiful di Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

Anwar bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan itu.

Sumpah Saiful (Part 2)

BUTTERWORTH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta umat Islam menilai sendiri sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Saiful memilih kaedah Islam untuk menebus maruah dengan melakukan sumpah laknat, dan wajarlah umat Islam menilai langkah yang diambilnya itu.

“Dalam sistem kita mana-mana individu yang dituduh boleh membersihkan diri atau maruah sama ada dengan cara Islam atau cara mahkamah dan Saiful memilih cara Islam, dan (kini) terpulanglah pada rakyat menilai sumpah Saiful itu.

“Sejak awal lagi saya katakan isu sebenar yang berlaku ialah membabitkan antara Saiful dan Anwar, dan ini tidak ada kena mengena dengan BN (Barisan Nasional),” kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera Umno untuk pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh di sini, semalam.

Backstabber kah aku?

Dah lama aku simpan tentang tajuk nie. Sejak tahun 2007 lagi aku simpan rahsia dan cerita sebenar tajuk nie. Mungkin setelah mendapat semangat dari kawan aku cikR dan encikJ. encikY pula suruh aku tulis di sini situasi atau cerita sebenarnya yang berlaku. So… inilah ceritanya.

Ikutkan… cikwiduri cukup malas fikir benda yang tak pulang dek untung nie. Kerja kat office tue lagi banyak berbanding mulut cikM yang menuduh kami nie backstabber. Alahai… Backstabber celah kangkang dia kot. Menegakkan kebenaran tue backstabber eh?! Isk Isk… Dah la cikM nie suka pukul canang pada semua org yg dia jumpa. Buka pekung sendiri dan bercerita tentang cikwiduri dan cikR yang di cop backstabber. Isk Isk…

Kalau bukan hubby dia yg buka cerita dan ajak jumpa, cikwiduri tak kan buka mulut. Sebab tue cikwiduri bawa saksi lain agar orang tak tuduh cikwiduri bebukan. 4 org saksi yg cikwiduri bawa pula memang tau semua al-kisah cikM. So cikwiduri cerita part mana yg cikwiduri tau sahaja. Takde nak tambah2 ok! itupun selepas DIPAKSA hubby cikM. Cikwiduri dah penat bg nasihat pada cikM dan hubbynya pula bersungguh macam org gila nak tau cerita sebenar. DAN… cikwiduri pun dah tak nak subahat dengan dosa org lain. Cikwiduri dah simpan beban tue bertahun-tahun. Tak larat dah nak pikul dosa subahat.

Seumur hidup, cikwiduri tak pernah susah atau senang bersama cikM sepertimana yg cikF sampaikan pada cikwiduri apa yg cikM cakap. Excuse me! cikM lupa ke kes kecurian di Cheras? cikM lupa ke bilik sapa cikM minta nak duduk sekali sedangkan cikM dah kahwin dan patut cari rumah sendiri? dan banyak lagi la. Tapi cikwiduri malas nak bising hal nie walaupun perkara tue menyusahkan cikwiduri. Pergi sana sini cikwiduri hantar naik motor masa tue. Takde plak cikwiduri minta duit tambang. Sebab tue cikwiduri kata, cikwiduri tak pernah ada susah dan senang dengan cikM. CikR dan cikA je pernah kongsi beban bersama cikwiduri… susah sama susah, senang sama senang.

Benda nie berlaku 2007 selepas gath LepakFM. Tapi sampai la nie, cikwiduri still dengar cerita buruk yang cikM tak puas hati dengan kawan yang digelar backstabber iaitu cikwiduri, cikR dan encikM. Kenapa masa ayah cikM suruh jumpa kami, cikM TAK BERANI nak face to face. Settlekan depan2! Biar cikwiduri cakap depan cikM yg cikwiduri dah penat dengan karenah org mcm cikM.

Cikwiduri malas nak tulis panjang2… so cikwiduri nak bgtau cikM satu perkara. Cikwiduri tak rasa sedih setakat hilang kwn yg cikwiduri anggap dia sendiri suka rosakkan hubungan cikwiduri dgn kawan lain. Ingat lagi tentang apa yg cikM burukkan cikwiduri pada cikR sampaikan cikwiduri bergaduh dgn cikR? Fikir2 lah sendiri! Kawankah itu kalau perangai suka melagakan kawannya sendiri.

Lagi satu… cikwiduri mahupun cikR TAK ADA perasaan langsung la kat hubby cikM tue. Hubby kamu kawan kami juga. Jangan la suka-suka cikM buat fitnah ngata kami nie suka dgn hubby cikM tue. Astaga. Ingat Tuhan la cikM oi!

Jangan cikM ingat cikM saja yg betul! Kawan yg baik sentiasa menasihati kawannya ke arah kebaikan. Kami nie masih lagi title ‘bujang’ trang tang tang, tak sama dgn status cikM. Kami tak ada niat nak meruntuhkan rumahtangga cikM tapi cikwiduri kasihan dgn anak2 dan hubby cikM tue. Jika peristiwa ini menjadikan cikM berubah, Alhamdulillah. Cikwiduri tak ralat hilang kawan asalkan cikwiduri dah tak pikul beban org lain.

cikwiduri: Pembaca budiman… nilailah kes sebenar ini dengan seadil-adilnya. Adakah cikwiduri, cikR dan encikM dianggap backstabber sedangkan niat kami untuk menyelamatkan cikM daripada terus . . . ! Jangan lupa… syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suaminya. Amin.

Can Fuel Price Go Down? Your guess is as good as mine…

I’ve received this e-mail a few days ago. It’s logical & may work, read on…

A man eats two eggs each morning for breakfast. When he goes to the Kirana store he pays Rs. 12 a dozen. Since a dozen eggs won’t last a week he normally buys two dozens at a time. One day while buying eggs he notices that the price has risen to Rs. 16. The next time he buys groceries, eggs are Rs. 22 a dozen.

When asked to explain the price of eggs the store owner says, ‘The price has gone up and I have to raise my price accordingly’. These store buys 100 dozen eggs a day. He checked around for a better price and all the distributors have raised their prices. The distributors have begun to buy from the huge egg farms. The small egg farms have been driven out of business. The huge egg farms sell 100,000 dozen eggs a day to distributors. With no competition, they can set the price as they see fit. The distributors then have to raise their prices to the grocery stores. And on and on and on.

As the man kept buying eggs the price kept going up. He saw the big egg trucks delivering 100 dozen eggs each day. Nothing changed there. He checked out the huge egg farms and found they were selling 100,000 dozen eggs to the distributors daily. Nothing had changed but the price of eggs.

Then week before Diwali, the price of eggs shot up to Rs. 40 a dozen. Again he asked the grocery owner why and was told, ‘Cakes and baking for the holiday’. The huge egg farmers know there will be a lot of baking going on and more eggs will be used. Hence, the price of eggs goes up. Expect the same thing at Christmas and other times when family cooking, baking, etc. happen.

This pattern continues until the price of eggs is Rs. 60 a dozen. The man says, ‘There must be something we can do about the price of eggs’. He starts talking to all the people in his town and they decide to stop buying eggs. This didn’t work because everyone needed eggs.

Finally, the man suggested only buying what you need. He ate 2 eggs a day. On the way home from work he would stop at the grocery and buy two eggs. Everyone in town started buying 2 or 3 eggs a day. The grocery store owner began complaining that he had too many eggs in his cooler. He told the distributor that he didn’t need any eggs. Maybe wouldn’t need any all week.

The distributor had eggs piling up at his warehouse. He told the huge egg farms that he didn’t have any room for eggs would not need any for at least two weeks.

At the egg farm, the chickens just kept on laying eggs. To relieve the pressure, the huge egg farm told the distributor that they could buy the eggs at a lower price.

The distributor said, ‘ I don’t have the room for the %$&^*&% eggs even if they were free’. The distributor told the grocery store owner that he would lower the price of the eggs if the store would start buying again.

The grocery store owner said, ‘I don’t have room for more eggs. The customers are only buying 2 or 3 eggs at a time. Now if you were to drop the price of eggs back down to the original price, the customers would start buying by the dozen again’.

The distributors sent that proposal to the huge egg farmers but the egg farmers liked the price they were getting for their eggs but, those chickens just kept on laying. Finally, the egg farmers lowered the price of their eggs. But only a few paisa.

The customers still bought 2 or 3 eggs at a time. They said, ‘when the price of eggs gets down to where it was before, we will start buying by the dozen.’ Slowly the price of eggs started dropping. The distributors had to slash their prices to make room for the egg coming from the egg farmers.

The egg farmers cut their prices because the distributors wouldn’t buy at a higher price than they were selling eggs for. Anyway, they had full warehouses and wouldn’t need eggs for quite a while. And those chickens kept on laying.

Eventually, the egg farmers cut their prices because they were throwing away eggs they couldn’t sell. The distributors started buying again because the eggs were priced to where the stores could afford to sell them at the lower price. And the customers starting buying by the dozen again.

Now, transpose this analogy to the gasoline industry. What if everyone only bought Rs 200.00 worth of Petrol each time they pulled to the pump? The dealer’s tanks would stay semi full all the time. The dealers wouldn’t have room for the gas coming from the huge tanks. The tank farms wouldn’t have room for the petrol coming from the refining plants. And the refining plants wouldn’t have room for the oil being off loaded from the huge tankers coming from the oil fiends. Just Rs 200.00 each time you buy gas. Don’t fill up the tank of your car. You may have to stop for gas twice a week, but the price should come down.

Think about it!

Kedegilan Majlis Peguam punca tentangan rakyat

KUALA LUMPUR: Kedegilan Majlis Peguam meneruskan forum awam “Memeluk Islam” menjadi punca timbulnya reaksi daripada kumpulan tertentu yang sekaligus boleh menggugat keharmonian negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata reaksi seumpamanya memang dijangka setelah badan profesional guaman itu terus membelakangkan nasihat supaya membatalkan forum berkenaan.

“Saya sudah kata jangan dibuat (forum) secara terbuka kerana tentu berlaku reaksi daripada kumpulan lain, tetapi mereka (Majlis Peguam) berdegil, perkara seperti ini memang sensitif dan kita sudah menjangka ini akan berlaku,” katanya.

Najib berkata demikian sebagai mengulas kekecohan yang timbul apabila forum kontroversi itu tetap diadakan semalam walaupun ditentang pelbagai pihak. Forum itu, bagaimanapun ditamatkan tiga jam lebih awal atas nasihat polis bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Kira-kira 1,000 orang mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat Majlis Peguam di Jalan Lebuh Pasar Besar semalam dengan membawa pelbagai sepanduk menentang penganjuran forum berkenaan, termasuk anggota Majlis Angkatan Antara Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (Mapan), PAS, Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika ditanya sama ada penganjur program itu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, Najib berkata ia terserah Kementerian Dalam Negeri dan polis.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri mengingatkan semua pihak agar tidak mempertikai atau cuba merungkai perkara asas yang telah dipersetujui bersama semua kaum di negara ini, terutama apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau hendak dirungkai balik akan mencetuskan perbalahan yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan dalam negara kita,” tegasnya.

Najib berkata masyarakat berbilang kaum di negara ini sudahpun dapat hidup dengan rukun, aman dan damai selama ini kerana masing-masing mengamalkan sikap toleran, menghormati sensitiviti kaum serta berpandukan Perlembagaan negara yang telah dipersetujui bersama.

Maka adalah tidak wajar untuk mempertikaikan perkara yang dipersetujui itu kerana ia boleh menimbulkan timbal balas serta reaksi daripada kumpulan-kumpulan lain, katanya.

“Conversion to Islam” ends early – (BI)

KUALA LUMPUR: The Bar Council held its controversial “Conversion to Islam” forum today despite opposition from various parties but ended it earlier than scheduled.

Midway through the forum, Bar Council President Datuk S Ambiga took to the stage and told those present that the police had advised them to wrap up the forum by 10am.

The forum at the Bar Council office in Lebuh Pasar Besar started at 9am and was supposed to end at 1.30pm.

At 10am, Ambiga formally announced that the forum was closed.

“We respect everybody’s views. We have no quarrel with anyone and I call the forum closed,” she said.

Meanwhile, the 100-odd people, including those from Islamic non-governmental organisations who had gathered outside the venue to voice their protest had swollen to 1,000 by 9.30am.

Some 100 policemen were deployed to handle security in the area.

At about 9.50am, several representative of NGOs and political parties entered the auditorium on the first floor of the Bar Council building and stood facing the speakers — comprising lawyers Ravi Nekko, K. Shanmugam and Mohamed Haniff Khatri Abdulla — who were in the midst of discussion.

Minutes later arguments ensued between them, with the group demanding that the forum be stopped.

Former Suhakam commissioner Mehrun Siraj who was at the forum, stood up and called on the group to calm down and show respect for the event.

At this juncture, Ambiga went on stage and assured everyone that she would close the forum if everyone calm down and remain seated. Minutes later, she announced the closure of the forum.

Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar told reporters in Kota Tinggi, Johor that the forum was ended early to avoid tension and prevent the situation from getting out of control.

“We didn’t want the anger to lead to any untoward incident. So far, I’ve not received any report on threat to security or disturbance to public order,” he said.

He added that police advised the organiser to end the forum early after the crowd demonstrating outside the Bar Council office continued to swell.

Commenting on the matter, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the government did not want to see polemics over the issue.

“The government is open about this but don’t abuse the openness,” he said, stressing that it was not proper for such forum to be held openly.

The crowd began gathering outside the Bar Council building since 8am.

At 9.30am, Peninsula Malay Students Federation (GPMS) Deputy President Jais Abdul Karim was seen discussing with Dang Wangi OCPD Zulkarnain Abdul Rahman that they would proceed with the gathering peacefully.

Several representative of NGOs and political parties later followed Zulkarnain inside the forum’s venue.

Zulkarnain told reporters later that after a brief discussion, two of the event’s organising committee members agreed to end the forum immediately.

“Police have the power to advise or to stop the forum if we feel that the threat to security is rising. We don’t want the situation to get out of hand; so we advise the organiser to stop the forum immediately,” he said.

Among those seen at the gathering were Pas Youth chief Salahuddin Ayub and two Parti Keadilan Rakyat supreme council members, Badrul Amin Baharum and Latheefa Koya.

On the discovery of two bottles, believed to be molotov cocktails, at the Bar Council entrance at 7.30am, Zulkarnain said they had been sent to the Chemistry Department for analysis.

Met by reporters later, Ambiga said, the incident as unfortunate and that it was unnecessary to take an aggressive stand to stop the forum.

“As far as the Bar is concerned, we believe in the freedom of speech and those who gathered outside the building are entitle to do so as long as it is done peacefully,” she said.

Ambiga said the forum was to deal with legal issues and not to question any religion.

“We’re looking at the conclusion of conversion cases dealt by the court where there was a conflict between the jurisdiction of the Civil Court and Syariah Court which affected families involved in conversion cases.

“At the end of the day, the dialogue is very important and the forum was to assist the public facing conversion problems,” she said.

Thanking the police for handling the situation professionally, Ambiga said, the bar council would not lodge police reports against the protestors as they too were exercising their right.

Meanwhile, Mehrun told reporters that the topic should be discussed in a nice way and the public should be allowed to express their views.

She also said that the NGO representatives’ action to interrupt and stop the discussion was uncalled for.

“What I feel need to be done is to explain to the people what Islam is all about. I think we can come to discuss instead of shouting. That is not the way.

I am unhappy with it because it gives Islam a bad name,” she said.

Mehrun urged the government to amend Section 3 of the Law Reforms (Marriage and Divorce) Act 1976 to give opportunites to a converted spouse to annul his or her civil marriage at the Civil Court in cases where the other spouse opted not to convert.

Currently, she said, there were cases being brought up to the Civil Court between the converted spouse and his or her non-Muslim partner disputing which jurisdiction — the Syariah Court or the Civil Court — should adjudicate the dissolution of civil marriage and custody of children from their civil marriage.

“To me, the problem arises due to the lack of understanding among the non-Muslims and it is our duty to explain to them, but not by shouting or bullying,” she said.

She added that more such discussions should be held to give opportunities to Muslims to explain matters related to Islam to the non-Muslims.

Forum “Memeluk Islam” tamat lebih awal – (BM)

KUALA LUMPUR: Forum kontroversi “Memeluk Islam” anjuran Majlis Peguam, yang diteruskan juga hari ini walaupun menerima bantahan keras daripada pelbagai pihak dan pertubuhan, ditamatkan lebih awal daripada jadual.

Forum Memeluk Islam” itu dikatakan bertujuan merintis jalan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi segolongan masyarakat yang tersepit antara undang-undang sivil serta syariah, dan banyak pihak sebelum ini menyuarakan bantahan terhadap penganjurannya, namun tidak dihiraukan oleh penganjur.

Kira-kira setengah forum yang bermula pukul 9 pagi itu berlangsung, Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga memberitahu forum itu bahawa polis telah menasihatkan agar ia ditamatkan pada 10 pagi. Forum itu sepatutnya berakhir 1.30 tengah hari.

Pada pukul 10 pagi, Ambiga mengumumkan secara rasmi bahawa forum itu ditutup.

“Kami menghormati pandangan semua pihak. Kami tidak bergaduh dengan sesiapa dan saya mengumumkan forum ini ditutup,” katanya.

Di luar perkarangan pejabat Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar di sini, di mana forum itu berlangsung, lebih 1,000 orang berkumpul termasuk anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sebagai bantahan terhadap penganjuran forum itu.

Daripada hanya kira-kira 100 orang yang berkumpul pada awal pagi, jumlah yang mengambil bahagian dalam bantahan itu meningkat kepada lebih 1,000 orang pada pukul 9.30 pagi dan jumlah itu terus meningkat dari semasa ke semasa.

Kira-kira 100 anggota polis ditempatkan bagi mengawal keadaan.

Sebelum itu, pada kira-kira 9.51 pagi, lima wakil NGO dan parti politik yang diiringi beberapa anggota polis yang diketuai Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman memasuki auditorium yang terletak di tingkat pertama bangunan Majlis Peguam itu.

Ketika itu penceramah yang terdiri daripada peguam-peguam Ravi Nekko, K.

Shanmugam dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla serta beberapa penceramah lain sedang membincangkan aspek perundangan pada forum itu.

Beberapa minit kemudian, berlaku pertikaman lidah apabila wakil NGO itu meminta forum itu dihentikan manakala bekas profesor undang-undang keluarga dan bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Mehrun Siraj meminta wakil NGO itu bertenang dan menghormati forum itu.

Pada saat itu, Ambiga naik ke pentas dan memberi jaminan yang beliau akan menghentikan forum itu jika semua orang bertenang dan beberapa minit kemudian beliau mengumumkan forum itu ditutup.

Zulkarnain berkata keadaan terkawal dan kembali pulih seperti sediakala selepas forum itu ditamatkan dan tiada sebarang tangkapan dibuat.

“Polis ada kuasa untuk menasihat atau menghentikan forum jika ancaman keselamatan semakin meningkat. Kita tak nak keadaan menjadi lebih teruk jadi kita menasihat ahli forum untuk berhenti serta-merta,” katanya.

Yang turut kelihatan dalam perhimpunan itu ialah pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Amin Baharum dan Latheefa Koya.

Ambiga, ketika ditemui pemberita menyifatkan kejadian itu sebagai amat malang.

“Majlis Peguam percaya dalam kebebasan bersuara dan mereka yang berhimpun di luar juga berhak berbuat perkara yang sama selagi ia dilakukan secara aman,” katanya dan menurutnya forum itu membincangkan isu berkaitan aspek perundangan antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Ambiga turut mengucapkan terima kasih kepada polis yang mengendalikan keadaan itu secara profesional.

Sementara itu, Mehrun kesal dengan tindakan wakil NGO yang mengganggu forum itu sehingga terpaksa dihentikan lebih awal.

“Terdapat keperluan untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai ajaran Islam yang sebenarnya. Ini bukan caranya dan saya kesal kerana ia menjejaskan imej Islam,” katanya kepada pemberita.

Mehrun menggesa kerajaan meminda Seksyen 3 Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 untuk memberi peluang kepada pasangan yang menukar agama untuk membatalkan perkahwinan sivil mereka di Mahkamah Sivil dalam kes membabitkan pasangan enggan menukar agama.

Ketika ini terdapat kes dikemukakan di Mahkamah Sivil antara pasangan yang telah memeluk agama Islam dan pasangan bukan Islam dan pertikaian yang timbul ialah mahkamah mana yang mempunyai bidang kuasa untuk mendengarnya – mahkamah syariah atau mahkamah sivil – berhubung pembatalan perkahwinan secara sivil dan hak penjagaan anak-anak.

“Islam menegah perbuatan mengabaikan keluarga,” kata Mehrun dan menurutnya tidak menjadi kesalahan untuk pasangan menukar agama tetapi tidak boleh melepaskan tanggungjawab menjaga kebajikan keluarga mereka daripada perkahwinan sivil.

“Pada saya masalah ini adalah satu masalah ketidakfahaman di kalangan orang bukan Islam dan kewajipan kita adalah untuk menerangkan kepada mereka dan bukannya dengan menjerit, buli, itu adalah tidak tepat dengan kehendak Islam,” katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Majlis Peguam sepatutnya menumpukan kepada bidang perundangan dan bukannya campurtangan dalam bidang lain di luar tanggungjawab mereka.

Beliau berkata sebarang masalah berhubung isu syariah boleh diselesaikan dalam Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil yang telahpun ditubuhkan.

“Kenapa mesti Majlis Peguam ambil inisiatif begitu (mengadakan forum awam Memeluk Islam) yang boleh memburukkan keadaan…makin banyak bincang masalah antara agama, makin banyak masalah timbul,” katanya ketika diminta mengulas penganjuran forum itu selepas perasmian Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2008 yang disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Penolong Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan, Ann Wan Seng, yang juga penerima Anugerah Saudara Muslim Cemerlang 2008 turut mempertikaikan penganjuran forum itu yang jelas membelakangkan hak seseorang untuk bebas beragama.

Penerima anugerah Saudara Muslimah Cemerlang 2008 yang juga Pro-Canselor Universiti Malaya (UM) Toh Puan Aisyah Ong Abdullah pula bersetuju dengan pandangan bahawa perbicangan isu sensitif perlu dilaksanakan dalam forum tertutup untuk mengelak timbulnya perkara sensitif yang sukar dikawal.