Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan dari Datuk Seri Najib Tun Razak berkuatkuasa serta merta.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan dari Datuk Seri Najib Tun Razak berkuatkuasa serta merta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya hari ini mengumumkan menyerahkan jawatan Menteri Kewangan I yang disandangnya kepada Timbalan Perdana Menteri, DFatuk Seri Najib Tun Razak berkuat-kuasa serta merta.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumukan beliau dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak akan tetap mengikut tempoh peralihan kuasa pada 2010 yang ditetapkan sebelum ini.
Sebenarnya dah 4 hari aku memendam rasa dengan sikap tak jujur Yann. Dari hari Selasa hinggalah ke pagi tadi, aku terbaca lagi sms yg ‘betina’ tue kirimkan kat dia pagi tadi.
Aku datang ke office pagi tadi, dengan seribu macam perasaan. Masa bawa kereta pun hati aku sebak. “Ya Allah, berikan aku kekuatan..” itu kata hati aku ketika memandu dalam keadaan hati kecewa.
Aku tak tahu bagaimana nak ubat kesedihan nie. Dari dulu sampai sekarang… aku cuma akan melarikan diri sehingga aku jumpa perhentian yang mampu melembutkan hati aku, di situ aku berhenti.
Cukup-cukuplah… cukuplah hati aku remuk macam dulu. Janganlah dicalarkan lagi. Janganlah ditambah-tambahkan lagi segala kebencian.
Tentang Yann… aku cuma akan ambil sikap buat haluan sendiri. Itulah aku. Aku sudah biasa menangis sendirian. Sejak eli lagi. Dan kini ia akan berulang lagi…
Terima kasih Yann… kerana mengulangi kesedihan lalu.
KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama berdiam diri, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, yang bertanggungjawab memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, tampil memberikan penjelasan berhubung kekeliruan di kalangan orang ramai.
Dia yang bertugas sebagai doktor di Hospital Pusrawi, juga menimbulkan kontroversi apabila mengeluarkan akuan bersumpah bagi membuktikan hasil pemeriksaan dijalankan ke atas Mohd Saiful Bukhari, benar.
Semalam Dr Osman, ditemani dua peguam M Puravalen dan Yusri Kamaruddin mengadakan satu sidang media khas di pejabat Majlis Peguam di Jalan Loke Yew, di sini, bertujuan membersihkan namanya serta mengelakkan spekulasi tidak berasas daripada pihak media.
Selain itu, dia turut menafikan bertanggungjawab membocorkan atau menyebarkan laporan pemeriksaan kesihatan yang menunjukkan tiada kesan liwat ditemui ketika memeriksa Saiful.
“Saya dengan ini mengaku segala butiran tertulis dalam akuan bersumpah disiarkan dalam laman blog Malaysia Today, benar seperti salinan asal bertarikh 1 Ogos 2008 ditulis serta ditandatangani saya.
“Bagaimanapun bukan saya yang menjadi dalang menyebarkan laporan perubatan terbabit, sehingga kini ia masih misteri dan tanda tanya, kerana saya tidak pernah mendedahkan kepada mana-mana individu,” katanya.
Dia juga mendakwa tidak mengenali Mohd Saiful Bukhari, sehingga isu berkenaan heboh dibincangkan orang ramai dan menjalankan pemeriksaan terbabit selepas diarahkan serta dijalankan mengikut etika sebagai doktor tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Dr Osman juga mendakwa dirinya tertekan dengan segala spekulasi didakwanya dibuat media menyebabkan dia mengambil cuti rehat.
“Ini kali pertama saya terbabit dengan penyiasatan polis, selepas tiga kali dipanggil memberikan keterangan saya amat tidak selesa dengan keadaan sekarang,”katanya.
Pada 1 Ogos lalu Laman web, Malaysia Today menyiarkan salinan akuan bersumpah enam muka surat bertarikh 1 Ogos yang dibuat bagi menjelaskan dan menyokong laporan pemeriksaan kesihatan ke atas Mohd Saiful tiada kesan liwat pada duburnya tetapi ia hanya kesan tusukan benda plastik.
Harian Metro
KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Samad Ismail, 84, yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai petang tadi, sempat mewasiatkan supaya bukunya dijaga dengan baik.
Anak bongsu Allahyarham, Nur Azrina, 38, berkata bapanya mewasiatkan mereka agar menjaga semua bukunya yang disimpan di rumah dengan baik.
“Bapa meminta supaya buku yang disimpan dalam rumah tidak dibawa keluar.
“Sebelum bapa meninggal, kami sempat membaca surah Yasin. Selesai baca Yasin, bapa ada membuka matanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 16, Petaling Jaya di sini, malam tadi.
Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Pak Samad meninggal dunia jam 5.58 minit petang tadi (bersamaan 4 Ramadan 1429) kerana jangkitan paru-paru.
Allahyarham dimasukkan ke Hospital Pantai pada 24 Ogos lalu kerana kesukaran bernafas.
Nur Azrina berkata, bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.
Katanya, dia sekeluarga mengucapkan terima masih kepada semua yang mendoakan kesihatan bapanya selama ini.
Sementara itu, kakak Nur Azrina, Nuraina, 52, berkata dia menerima pemergian bapanya sebagai ketentuan Ilahi.
“Apa yang paling dirindui saya ialah bercakap mengenai isu politik dengan bapa. Allahyarham sangat prihatin terhadap apa yang berlaku,” katanya.
Jenazah Pak Samad dibawa pulang ke kediamannya di Seksyen 16, Petaling Jaya kira-kira jam 8.45 malam tadi.
Sanak saudara dan kenalan tidak putus-putus menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya malam tadi.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Syed Faisal Albar dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.
Pak Samad, anak kelahiran Singapura meninggalkan seorang balu, Puan Sri Habibah Hamid dan 10 anak termasuk dua yang sudah meninggal dunia.
PEMERGIAN Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Abdul Samad Ismail yang menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur, semalam adalah kehilangan besar bagi negara dan tiada galang gantinya kerana pengorbanan beliau dalam bidang kewartawanan dan penulisan tidak terhitung.
Warga kerja kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) turut merasakan kehilangan beliau yang pernah memegang jawatan sebagai Pengarang Berita Harian, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Penasihat Jabatan Pengarang NSTP dan kolumnis Berita Harian.
Abdul Samad atau dikenali Pak Samad memulakan kerjaya kewartawanan seawal usia 16 tahun di Utusan Melayu pada 1941 di bawah pimpinan satu lagi nama besar dalam bidang kewartawanan, Abdul Rahim Kajai.
Lulusan Senior Cambridge ini tergolong sebagai seorang insan yang dianugerahi pelbagai bakat dan kebolehan.
Beliau yang meninggal akibat jangkitan paru-paru menjadi penyunting Berita Malai iaitu gabungan Utusan Melayu dan Warta Melayu pada awal usia 20-an ketika pendudukan Jepun dalam tahun 1940-an berikutan kematian mengejut Abdul Rahim.
Malah, Abdul Samad turut menabur bakti di negara jiran dengan membabitkan diri dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Indonesia selain pernah menjadi pembekal senjata kepada pejuang kemerdekaan Indonesia pada tahun 1940-an.
Selepas Jepun berundur pada 1946, beliau kembali kepada Utusan Melayu sebagai penolong penyunting dan tujuh tahun kemudian sebagai timbalan penyunting.
Beliau juga pernah menyertai Lee Kuan Yew bagi menubuhkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan membuat draf perlembagaan dan manifesto parti itu, tetapi meninggalkannya pada 1957.
Pada tahun sama, beliau dihantar ke Indonesia sebagai koresponden Utusan berikutan perselisihan kecil dengan Pengarah Urusan dan Ketua Pengarang Utusan, Yusoff Ishak, menyebabkan beliau terlepas sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos walaupun beliau pejuang kemerdekaan nusa.
Di Indonesia, beliau diterima baik oleh rakan seperjuangan, termasuk Adam Malik dan berada di republik itu selama lapan bulan sebelum kembali semula ke Singapura dan menyertai NSTP.
Pada 1972, Abdul Samad yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP mengetuai usaha menukar pemilikan operasi kumpulan itu ke tangan rakyat Malaysia.
Sungguhpun lebih dikenali sebagai wartawan, beliau juga menjadi tokoh terbilang dalam bidang kesusasteraan, pejuang bahasa Melayu, aktivis politik dan kesatuan sekerja serta pejuang hak asasi manusia.
Beliau yang sememangnya terkenal sebagai ulat buku pernah terbabit secara langsung dalam bidang penulisan kreatif sejak era pemerintahan Jepun di Tanah Melayu lagi selain menganggotai Angkatan Sasterawan 50 (Asas’50), iaitu pergerakan sastera yang berjuang untuk hak dan kebebasan orang Melayu pada 1950-an.
Antara cerpen awalnya terkumpul dalam antologi Mekar dan Segar (1959) dan Karangan Bunga Dari Selatan (1963). Cerpen dekad 1960-an beliau dapat dibaca menerusi dua kumpulan persendiriannya yang berjudul Temasya Tinta (1967) dan Mastura (1967).
Sepanjang tempoh 1966 hingga 1975, Abdul Samad menghasilkan 11 naskhah novel dan empat buku bimbingan untuk penulis dan wartawan.
Antara novel yang dihasilkannya termasuk Patah Sayap Terbang Jua (1966), Tembok Tidak Tinggi (1967), Kail Panjang Sejengkal (1967), Detik-Detik Cemas (1969), Hussen Zet (1960) dan Sutinah (1975).
Abdul Samad memang terkenal dengan keberaniannya hingga pernah dipenjarakan British pada 1951 kerana terbabit dalam gerakan untuk menyedarkan umat Islam dalam peristiwa Natrah.
Beliau juga dapat dianggap sebagai pejuang kemerdekaan menerusi karya sasteranya, juga pembabitan beliau dalam Putera di bawah pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmi.
Malah, Allahyarham menjadi antara delegasi yang terbang ke London pada 1956 untuk berunding dengan kerajaan British ketika itu bagi memerdekakan Tanah Melayu. Pengorbanan Abdul Samad kepada negara dihargai apabila menerima pelbagai anugerah bagi menghargai jasanya.
Antara anugerah yang pernah diterima termasuk anugerah bintang Johan Mangku Negara (JMN) daripada Yang di-Pertuan Agong pada 1968, anugerah Pejuang Bahasa daripada Kerajaan Persekutuan (1976), anugerah kehormat Doktor Persuratan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (1987) dan anugerah Tokoh Wartawan Negara dari Institut Akhbar Malaysia (1988).
Sesungguhnya, dunia kewartawanan Malaysia tidak mungkin berkembang seperti sekarang jika tidak kerana jasanya.
Allahyarham menjadi lambang keberanian pejuang moden yang tidak gentar menghunus mata penanya untuk membuka minda masyarakat daripada kepompong kenaifan.
Dr Osman Nasir
Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.
Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.
Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.
Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali ?sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam ? di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.
Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.
Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.
Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.
Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.
Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.
Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.
Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.
Solat fardu
Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.
Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.
Solat tarawih
Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak ’slow’ sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.
Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.
Mengaji al-Quran
Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan.
Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, ‘MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK’ atau seperti komputer yang diberi isiannya.
Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja.
Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk.
Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.
Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam ? alangkah indahnya suasana ini.
Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah.
Hari ini 1st day puasa. Uniknya, 01 Ramadhan 1429 jatuh pada 01 September 2008.
Aku start puasa kat umah KL, demam lak tue. Aku makan masakan yg mak aku bekalkan dari kg.
Sabtu sampai Ahad aku di kg. Settlekan ape yg patut. Alhamdulillah aku dapat kasi gaji aku lebih sikit dari bulan sebelumnya kat mak. Maklumlah.. mesti orang tua nak pakai banyak. Aku paling koman habis duit beli baju je nanti.
Sejak hari Khamis Yan dah ke Perak. Boring pula bila dia tak ada. Tapi kalau ada, bertekak la pula. Isk…macam-macam.
Ahad kul 2 pagi Yan sampai KL. Dia skang len macam lak. Caringnya terlebih-lebih pula. Nak-nak time aku demam nie. Alahai…ABC pun boleh cair.
Aku pun tak tau nak tulis apa. Tahun lepas dah rasa berpuasa kat bernama. Tahun ini rasa la pula berpuasa kat nstp.
Ape lagi ye?