Razak Baginda bebas hukuman

Abdul Razak Baginda diiringi oleh isterinya Mazlinda Makhzan dan anaknya Roweena selepas dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Althantuya di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Abdul Razak Baginda diiringi oleh isterinya Mazlinda Makhzan dan anaknya Roweena selepas dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Althantuya di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

SHAH ALAM: Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda Abdullah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas dibicarakan selama 151 hari.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian di akhir kes pendakwaan setelah mendapati tiada kes prima facie terhadap Abdul Razak.

Abdul Razak, 48, menghadapi tuduhan bersubahat dengan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam pembunuhan itu pada pukul 9.54 malam, 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam, 19 Oktober 2006 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Abdul Razak didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Abdul Razak merupakan pengarah eksekutif sebuah kumpulan pemikir tempatan.

Awas kepada siswa dan siswi

Baru-baru ini saya membuka link rakan blog si kulatlapok dan perkara terbaru yang perlu diberi perhatian mengenai segelintir siswa kristian (yang pastinya bukan siswa Islam) cuba menghuraikan tentang kewujudan Tuhan dan perkaitannya dengan alam semesta.

Saya ingin mengingatkan terutama sekali penuntut IPT, siswa dan siswi agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah mempersoalkan “konsep ketuhanan”.

Pernah dengar “gila isim” ? Orang yang terlalu mengkaji tentang kewujudan Tuhan ini sehingga hilang akal warasnya dan boleh jadi gila disebut sebagai gila isim.

Kita sebagai orang Islam yang tahu agama, tidak termampu menghuraikan zat-zat Allah yang tersembunyi disetiap namanya (40 nama-nama Allah) juga yang terkandung dalam al-Quran apatah lagi jika hendak dihuraikan secara terperinci melalui kewujudan alam semesta.

Jangan la kita mudah terpedaya dengan dakwah kumpulan yang menggelarkan diri mereka rakansiswa ini kerana sebagai orang Islam, bertunjangkan al-Quran bersandarkan hadith dan sunnah Rasulallah, kita patut tahu bagaimana untuk membezakan perkara-perkara yang boleh membawa kita ke arah syirik.

Semoga pelajar IPT terutama WANITA/adik-adik/kakak-kakak agar TIDAk mudah terpengaruh dengan kebatilan yang dibawa oleh rakansiswa.com itu. Kerana saya tahu, terlalu banyak kes murtad di kalangan pelajar IPT. Doa saya, semoga muslimin dan muslimat sentiasa dilindungi Allah Taala. Amin.

KJ kah ini?

Pergi ke disko… normal. Pergi ke dangdut… normal bagi orang-orang biasa tapi tak normal untuk orang ternama dan glemer. Tengok pada gambar nie macam tahu je sapa orangnya tue. Tak kan super impose lagi kot. Siap menyorok disebalik kelambu tue.  

 

Tak salah juga kalau nak berenjoy, tapi yang salahnya… minuman yang menjadi hidangan tekak. Musykil je tengok botol-botol minuman atas meja tue kan..! Nak tau lebih lanjut, kita tanya pada perisikrakyat pula.

Jenayah kolar putih beri kesan lebih buruk

KUALA LUMPUR: Jenayah kolar putih memberi kesan lebih menggerunkan berbanding jenayah konvensional kerana ia berpotensi menjejaskan prestasi kewangan organisasi komersial di negara ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Berdasarkan hakikat itu, beliau berkata kerajaan amat memandang berat terhadap isu berkaitan jenayah kewangan, penipuan dan rasuah.

“Jenayah kolar putih atau jenayah ekonomi, berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk rasuah, jenayah siber, penyelewengan aset, penipuan cek dan kad kredit, kecurian kad pengenalan, penipuan insurans, pengubahan wang haram dan pengeluaran wang palsu.

“Kesalahan utama lain ialah pecah amanah, penipuan, penghasilan wang palsu dan ceti haram,” katanya.

Dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (JSJP) menganggarkan jenayah ekonomi telah mengakibatkan kerugian berjumlah RM546,114,099.

Jumlah kerugian pada tahun lepas ialah RM1,988,959,883, manakala pada tahun sebelumnya, kerugian akibat perbuatan itu dilaporkan berjumlah RM833,453,263.

Kaji Selidik Jenayah Ekonomi Global Pricewaterhouse Coopers 2007 menunjukkan 48 peratus syarikat Malaysia terdedah kepada jenayah ekonomi sejak dua tahun lepas.

“Malah, jumlah ini meningkat sekali ganda berbanding hasil kaji selidik pada 2005 dan menurut kaji selidik yang sama, penipuan terus mejadi isu paling memeningkan kepala syarikat di seluruh dunia, tidak kira di mana sesebuah syarikat itu beroperasi, dalam industri apa ia terlibat dan sebesar mana saiznya,” katanya.

Menurutnya lagi, beberapa tahun lepas, pakar kapitalis, eksekutif korporat dan pakar jenayah berkata sesebuah negara perlu lebih memberi fokus terhadap jenayah konvensional, terutama jenayah ganas, berbanding jenayah kolar putih. Bagaimanapun, berikutan peredaran masa, rakyat Malaysia khususnya, kini semakin menyedari tentang keseriusan jenayah ekonomi.

“Mereka yang terlibat dengan transaksi kewangan juga menghadapi risiko menjadi mangsa penipuan perbankan, insurans dan kad kredit, di samping kecurian pengenalan diri, yang umumnya menjadi perintis jalan bagi kes penipuan yang disebutkan tadi.

“Hari ini, permintaan terhadap kepakaran dalam bidang perakaunan forensik semakin tinggi kerana kini terdapat tanda-tanda bahawa jenayah ekonomi turut menjejaskan sektor ekonomi lain seperti pembuatan, pelancongan dan hartanah,” katanya.

Beliau berkata gandingan antara kumpulan swasta dan awam serta pendekatan antarabangsa kini diperlukan dalam usaha memerangi jenayah kewangan dan ekonomi.

Tahniah Malaysia!

Oleh Cik Widuri.

TAHNIAH Malaysia apabila pengumuman penurunan petrol didengar ketika Berita Utama tadi. Ini merujuk penurunan minyak kali ke-3 katanya ‘bakal’ diturunkan pada masa yang terdekat ini. Secara realitinya, orang-orang miskin seperti saya ini bersyukur sebab minyak turun, dapatlah kereta bergerak lama sikit. Namun ada satu persoalan…kenapa mudah menaikkan harga petrol yang berlipat ganda tapi nak menurunnya punyalah liat! Orang kata ‘naik cepat tapi nak turun punya la lembap!’.

Negara kita yang masyhur dalam pelbagai segi terutama kaya dengan pelbagai eksport ke luar negara antaranya minyak. Negara kita sendiri antara pengeluar minyak di dunia tetapi kita tidak merasai kesenangan itu. Begitu senang pula negara kita jual pada orang luar tapi ke mana tumpahnya kesenangan itu untuk rakyat sendiri? Tepuk dada tanya selera.

Tahniah untuk persidangan parlimen yang makin hangat berdebat seperti baru-baru ini yang dipaparkan di Buletin Utama sikap segelintir ahli parlimen yang suka mencelah ketika ahli parlimen lain sedang bercakap. Celahan Karpal Singh ‘…jangan main-main. saya tak main-main. saya serius’ sungguh menguja seisi dewan parlimen dan sehingga dikatakan beliau digantung 2 hari daripada mengikuti sidang dewan itu. Tidak pasti sama ada hukuman itu dijalankan atau tidak namun ’sikap’ begitu tidak harus diperlihatkan kerana sebagai ADUN tidak perlu menyatakan pendirian sendiri kerana peluang itu tetap ada. Sebelum berbicara gunakan akal yang waras, bijak dan bukannya bertindak melulu seperti nampak harimau di depan…lagi mahu terkam. Inalillah la jawabnya.

Tahniah kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka di atas penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada ‘Raja Bollywood’ bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke 70.

Dalam sejarah Tanah Melayu hinggalah namanya Malaysia, belum pernah artis Bollywood atau Hollywood diiktiraf darjah dan pangkat tertinggi dalam negara sehinggalah Datuk Shah Rukh Khan diumumkan antara nama yang tersenarai menerimanya di bawah kerajaan Negeri Melaka. Sungguh memeranjatkan!

Pernahkah artis Malaysia diiktiraf darjah sedemikian rupa oleh negara India mahupun negara yang lain? Belum pernah lagi saya dengar atau saya yang terlepas pandang. Mungkin agak terlewat untuk menulis topik yang hangat diperkatakan ini namun pandangan secara peribadi sekadar menzahirkan pengamatan sendiri yang juga dikongsi bersama oleh rakan-rakan saya yang lain.

Jangan kita merasa hairan selepas ini dengan lambakan gelaran Datuk, Dato’, Tan Sri atau Tun yang bakal diterima artis Bollywood mahupun Hollywood. Nanti terkejut pula kita mendengar nama seperti Datuk Hrithik Roshan, Datuk Aishwarya Rai, Datuk Kareena Kapoor atau juga Datuk Steven Spielberg, Datuk Leonardo De Caprio, Datuk Angelina Jolie, Datuk Will Smith, Datuk Tom Cruise, Datuk Mariah Carey. Artis Taiwan, China, Hong Kong pula kita boleh senaraikan Datuk Jackie Chan dan Datuk Chow Yun Fat kecuali Datuk Michelle Yeoh yang sememangnya warganegara Malaysia.

Tak dinafikan Melaka kini lebih berkembang pesat walaupun negerinya kedua terkecil selepas Perlis dengan lambakan Duta Pelancongan bagi Bandaraya Bersejarah ini. Mungkin selepas ini tumpuan artis luar negara akan lebih ke Melaka untuk mencari lokasi lakonan ‘ala ala guling berguling’ dan gelaran Datuk sebagai hadiah timbalbalik jasa memperkenalkan Melaka di layar filem walaupun hanya mengambil masa 1 minit.

Sebenarnya adalah lebih baik mengiktiraf pejuang seni tempatan. Apakah masih kurangnya karyawan, krew, pengarah filem yang tidak mengambil Melaka sebagai lokasi dalam babak filem sehingga mereka belum layak diberi anugerah yang sepatutnya. Siapa tidak kenal Ahmad Idham pengarah ‘Congkak’ yang menerima pencalonan ketika di FFM21, Hatta Azad Khan, Shuhaimi Baba, Mamat Khalid penerima anugerah Pengarah Terbaik di FFM21 manakala artis veteran seperti Wahid Satay, M Rajoli, Ruminah Sidek (Mak Mah) sejauh mana pula pengiktirafan yang diterima?

Hari ini pula berita penganugerahan Datuk diterima Ratu Jazz negara, Sheila Majid daripada Sultan Pahang sedikit sebanyak menenggelamkan isu Datuk Shah Rukh Khan. Namun saya pasti perkara ini tetap diingati oleh karyawan dan artis negara kita kerana Melaka sudah memahatkan sejarah anugerah pertamanya itu. Dalam senarai panjang yang ‘bukan calang-calang orang’ itu, adakah mereka berbangga segelaran dengan Shah Rukh Khan atau berbanggakah Shah Rukh Khan segelaran dengan mereka?

Tahniah juga untuk kerajaan kita yang ‘baik hati’ menerima kemasukan warga asing untuk mencari rezeki di negara ini. Warga asing pastinya bersyukur kepada kerajaan Malaysia kerana pintu rezeki mereka terbuka luas sehingga rakyat tempatan sendiri tidak mempunyai pekerjaan dan peratusan pengangguran di tahap membimbangkan apatah lagi laporan berita 50,000 pekerja kontrak bakal ditamatkan. Mengerikan!

Warga asing yang masuk secara halal atau pun haram tetap bersenang lenang di atas kemudahan yang disediakan oleh kerajaan sedangkan rakyat tempatan pula tertindas. Masalah sosial tak perlu dipertikaikan kerana ada saja kes bunuh, rompak, samun, rogol, dadah yang melibatkan warga asing. Kita tidak mampu menyekat pengganas, mafia atau gangstar dari terus masuk selagi negara tidak menghapuskan terus kedatangan rakyat asing ini yang semakin bermaharajalela.

Tinggal di Malaysia lebih daripada 2 tahun kemudian mendapat taraf PR, berkahwin dengan rakyat tempatan yang buta cinta atau melahirkan anak di Malaysia antara jalan mudah bagi warga asing untuk menetap terus di Malaysia. Lihat saja di sekitar Jalan Pudu dipelopori warga Indonesia, Pasar Selayang pula dihantui warga Myanmar yang tanpa segan silu menjual sayuran terbuang yang dikutp daripada tong sampah, warga Pakistan yang dulunya menjual karpet menaiki motor sehingga berjaya membuka rangkaian karpetnya di pusat membeli-belah, warga Afrika, warga Nepal, warga Bangladesh, warga India, warga China yang beroperasi sebagai pelacur mahupun di mana saja kita pasti dapat melihat rakyat asing ini terutamanya di stesen pam minyak. Duduk pula di kondominium, apartment sehingga membina kroni mereka sendiri.

Berjuta-juta wang RM dihantar ke kampung halaman mereka oleh warga asing ini hingga mencacatkan nilai mata wang kita. Kalau hari perayaan pula, Central Market sudah menjadi Jakarta, Dataran Merdeka menjadi Bandung di mana pula rakyat tempatan untuk meraikannya? Kes ‘black money’ pula semakin merebak dengan penipuan warga Afrika malah berani menggoda wanita tempatan yang memang mudah terpedaya dengan wang. Kedai dan restoran mamak di Kuala Lumpur ini saja, adakah mereka itu benar-benar Islam atau rakyat India yang di import, beragama Hindu dan langsung tidak tahu bercakap Melayu?

Malaysia memang pemurah! Itu yang mampu disimpulkan. Dari kes penganugerahan pangkat Datuk sehinggalah pemberian kerakyatan yang bakal dilihat mampu memusnahkan hak rakyat tempatan juga segala jenis jenayah yang semakin berleluasa sehingga mereka tidak takut dengan undang-undang negara ini. Apakah kita yang berpijak di bumi sendiri bakal menjadi peminta sedekah? Baik hatinya negara ini dan tak mungkin suatu hari nanti kita diibaratkan seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan!

Majlis Raya PM Dan Menteri Kabinet Bernilai RM 4 Juta?

Oleh ning

Dalam perbahasan Parlimen semalam, YB Mahfuz mendedahkan bahawa perbelanjaan jamuan majlis rumah terbuka hari raya 2007 PM dan Menteri Menteri Kabinet berjumlah RM4 juta. Ini adalah jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada soalan bertulis beliau dan lebih mengejutkan kita ialah jawapan Menteri berkenaan juga menyatakan perbelanjaan ini ditanggung oleh Jabatan Perdana Menteri.

Sekaligus bermakna perbelanjaan majlis hari raya PM dan Menteri Menteri kabinet ditanggung oleh rakyat. Mewahnya kerajaan berbelanja dengan menggunakan duit rakyat sehingga majlis makan makan pun bernilai jutaan ringgit.

Apa yang menarik perhatian ialah komen seorang MP (tak silap MP Muar) ketika ditanya mengenai kedudukan pekerja asing dalam negara ketika sessi perbahasan bajet 2009 beberapa hari lalu. Beliau menyentuh kebiadapan segelintir pekerja asing ketika menghadiri majlis hari raya PM. Sungguhpun komennya merupakan komen kepada kejadian terbaru tetapi ianya menggambarkan bahawa pekerja asing mengambil kesempatan daripada majlis tersebut untuk menjamu selera dengan lahap. Dan tidak sukar untuk memahami bahawa golongan pekerja asing ini juga turut menghadiri majlis yang sama tahun lalu.

Pendek kata pekerja asing yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman mengambil kesematan majlis hari raya PM dan kelihatan kerajaan juga mengambil kesempatan dari kehadiran mereka untuk memaparkan bahawa majlis ini mendapat sambutan besar daripada rakyat. Tetapi sebenarnya, yang meramaikan majlis adalah warga asing serta yang melahap juadah yang disediakan adalah warga asing.

Majlis yang besar ini sebenarnya ditanggung rakyat. Wang rakyat dibelanjakan sewenang-wenangnya untuk menjamu warga asing yang sebahagiannya adalah pendatang tanpa izin, pekerja tanpa permit yang sah dan tidak langsung menyumbangkan kepada kedudukan kewangan negara tetapi mereka dijamu secara terbuka dan dengan juadah yang mewah dan banyak.

Satu lagi projek kerajaan BN untuk membazir dan mencuri wang rakyat. Hanya dengan nama hari terbuka aidilfitri PM dan Menteri Menteri Kabinet mereka boleh melesapkan jutaan wang rakyat. Bayangkan berapa yang mereka lesapkan melalui WPI dan wilayah pembangunan koridor serta projek mega pengangkutan awam? Dan berapa agaknya belanja untuk majlis hari raya 2008?

Alumni EX student SMK(A) Sharifah Rodziah, Melaka

Salam.

Saya mewakili rakan SPM batch 1996 menjemput EX

student,bekas-bekas pelajar wanita di SMK(A)

Sharifah Rodziah untuk hadir ke Alumni pertama

yang diadakan di sana.

Cikgu Fadzillah Suhaimi @ Pajemi dan juga

Ustazah Azian berharap dapat

mengumpulkan bekas-bekas pelajar sekolah

ini tak kira la dari tahun berapa sekalipun.

Lokasi: SMK(A) Sharifah Rodziah

Tarikh: 01 Nov 2008

Masa: 2.00 pm – 5.00 pm

Al-Fatihah: Sudiro Sukiman (pelakon Rumah Kedai)

gelaran Tapa sebati dikalangan artis mahupun rakannya

gelaran Tapa sebati dikalangan artis mahupun rakannya

PETALING JAYA: Pelakon popular dengan watak Tapa menerusi drama bersiri TV3, Rumah Kedai, Sudiro Sukiman, 49, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, dekat sini, jam 12.15 tengah hari tadi.

Allahyarham menghidap penyakit kencing manis, jantung dan buah pinggang sejak 10 tahun lalu, tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di tempat meletak motosikal di pekarangan rumahnya di Pinggiran Subang ketika bersama anak saudara, Hafandy Abdul Hadi.

Menurut Hafandy, 21, bapa saudaranya itu mahu berkunjung ke rumahnya di Selayang Indah dan berhasrat bertemu rakan-rakan pada majlis Aidilfitri.

Allahyarham adalah anak sulung daripada tiga beradik dan berasal dari Selayang.

Sebelum ini, Allahyarham pernah berkhidmat dengan Grand Brilliance Sdn Bhd dan TV3 selama 10 tahun sejak 1995 dan kali terakhir memegang jawatan penolong penerbit program hiburan Muzik-Muzik.

Selain dikenali sebagai pelakon, Sudiro ialah tutor secara separuh masa di Universiti Malaya, mengajar subjek teater. Di samping drama popular Rumah Kedai, Allahyarham menulis skrip filem Jibon yang ditayangkan pada 1998.

Bagaimanapun, Allahyarham berhenti berlakon selepas mendapati penyakit yang dihidapi makin serius.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru, jam 6 petang tadi.

Sepatutnya malam ini, arwah berhajat menghadiri majlis Aidilfitri bersama rakan tetapi tidak berkesempatan apabila pergi menyahut panggilan Ilahi.

Majlis itu sebenarnya memberi makna mendalam kepadanya apabila ia perjumpaan semula antara pelakon drama popular itu yang turut dihadiri rakannya, Kartina Aziz dan Harun Salim Bachik. Dua hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir, Kartina sempat menghubunginya untuk mengajaknya ke majlis itu.

Kata Kartina, 50, ketika bercakap menerusi telefon Sudiro beritahu dia tidak mahu menghadirinya kerana kesihatan tidak mengizinkan apatah lagi beliau berulang kali menyatakan dia akan meninggalkan rakan-rakannya buat selamanya.

“Beliau tidak suka meminta-minta. Penerbit drama Rumah Kedai, Mokhtar Abu Bakar mempunyai perancangan untuk menerbitkan semula drama itu untuk musim baru.

“Antara tujuannya ialah supaya Allahyarham dapat terus bekerja. Namun, perancangan itu tertangguh kerana Mokhtar belum menemui pelakon pengganti yang sesuai untuk membawakan watak Pak Halim yang sebelum ini dilakonkan Allahyarham Yusof Mohamad,” katanya.

Bagi Harun pula, kenangan selama tujuh tahun bersama Allahyarham ketika membintangi drama itu sukar dilupakan apatah lagi mereka bersama menimba pengalaman awal dalam bidang lakonan.

Sebaya dengan Allahyarham, Harun menyifatkan pemergiannya kehilangan besar persada hiburan tanah air. Allahyarham juga berbakat dalam penulisan skrip.

“Saya pernah mengarah dan berlakon menerusi skrip tulisan beliau, Badut. Allahyarham sememangnya berbakat menulis skrip khususnya mengenai kanak-kanak,” katanya.

Sungguhpun penyakit dihidapi Allahyarham sejak 10 tahun semakin serius sejak dua tahun lalu sehingga dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon tetapi dia masih bersemangat berkarya menerusi penulisan skrip dan persembahan boneka.

Selain drama Badut, Allahyarham pernah menghasilkan skrip drama Cucu Nenek Joyah dan filem terbaru, Baran. Walaupun pernah ada pihak tidak membayar skripnya,  beliau tidak mahu memperbesarkan perkara itu.

Pada sambutan kemerdekaan negara yang lalu, Allahyarham sempat menghasilkan skrip drama Tok Mudim untuk RTM2. – Harian Metro

Adab mendengar Azan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.

Cuba kita amati… mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ’sakaratul maut’ .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: ‘Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.’

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam, kita wajib menghormati azan banyak fadhilatnya. Jika lagu
kebangsaan kita iaitu Negaraku, kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah ‘Lailahaillallah’ yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izin-Nya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

‘Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Lailahaillallah semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin… amin.. amin Yarobbala’lamin’

Al-Fatihah: Raffi Hussain (pelakon filem Azura)

Arwah ketika zaman mudanya

Arwah ketika zaman mudanya

WATAK Razif yang dipegang oleh Raffi Hussain, 49, dalam filem Azura mungkin antara yang paling diingati oleh peminat filem Melayu. Dalam filem itu, Razif adalah digambarkan sebagai watak jahat apabila dia dan kawan-kawannya membelasah Zakaria (Jamal Abdillah) kerana Zakaria meninggalkan kumpulan mereka selepas mengahwini Azura (Fauziah Datuk Ahmad Daud).

Azura antara filem yang dibintangi oleh Raffi dengan kebanyakannya menampilkan dirinya sebagai lelaki macho yang nakal atau jahat. Raffi juga berlakon dalam pelbagai genre filem daripada aksi hingga komedi. Selain Azura yang diterbitkan pada tahun 1984, filem lain yang pernah dibintanginya ialah Di Ambang Kasih (1984), Tujuh Biang Keladi (1984), Si Jantung Hati (1986), Mr Os (1987), Hero (1989) dan Pak Tam Duda (1989).

Pembabitan Raffi dalam dunia lakonan sekitar tahun 1990-an memang kurang menonjol. Bagaimanapun, beliau seperti kembali aktif dan agak menyerlah menerusi drama bersiri bertemakan sejarah dan era darurat iaitu VAT69 – Warisan Darah Perwira yang pernah disiarkan di RTM dan Astro Ria.

VAT69 ialah pasukan khas (komando) PDRM, juga dikenali sebagai Komando 69. Sesetengah pihak berpendapat, perletakan senjata oleh PKM sedikit sebanyak dipengaruhi oleh tindakan unit tersebut ke atas mereka ketika Darurat Kedua (1968-1989). Setakat ni siri ni menonjolkan sejarah penubuhan unit ini, latihan serta satu operasi di Perak sekitar lewat 1960an.

Susulan daripada kejayaan drama bersiri VAT69 itu, Raffi beralih menjadi produser filem dengan menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Raffi Hussain Corporation (M) Sdn Bhd. Projek pertama syarikatnya ialah menerbitkan filem mirip fantasi dan lagenda berjudul Tasik Chini. Beliau sungguh komited dengan projeknya itu dan tidak pernah putus asa walaupun skripnya pernah ditolak beberapa kali oleh panel penilaian Finas.

Kesabarannya berbaloi apabila selepas hampir empat tahun menunggu, akhirnya Jawatankuasa Panel Penilaian Skrip Finas memperakui skripnya. Finas kemudian mengeluarkan surat sokongan kepada beliau untuk membuat permohonan pinjaman berjumlah RM1.5 juta di bawah Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC). Beliau yang pernah datang ke Balai Berita untuk memaklumkan berita gembira ini, begitu berkobar-kobar mengenai filem Tasik Chini.

Dalam satu temu bual, Raffi mengakui beliau menghadapi sedikit masalah untuk mendapatkan pinjaman itu kerana perlu menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dengan kedudukan kewangan syarikat penerbitannya terlebih dahulu. Sejak itu, perkembangan mengenai pembikinan filem Tasik Chini tidak diketahui lagi.

Namun, harapan yang lama tersimpan itu tinggal menjadi kenangan apabila pelakon dan penyanyi yang memiliki nama sebenar, Mohd Rofi Che Hussain menghembuskan nafas terakhirnya, petang 14 Oktober lalu.

Ironinya anak seni kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menemui Ilahi sehari sebelum sambutan ulang tahunnya yang ke-49, 14 Oktober. Raffi meninggal dunia kerana sesak nafas akibat serangan jantung sekitar jam 7 malam ketika berada di kediaman ibunya di Batu Caves, Selangor. Jenazahnya dibawa ke Kampung Gual Jedok, Tanah Merah, Kelantan untuk dikebumikan.

Raffi sebenarnya mula mencipta nama sekitar 1970-an. Menyelak lembaran permulaan kariernya sebagai anak seni, pesona arwah menyerlah apabila karektor serta gayanya yang yang persis bintang rock & roll tersohor, Elvis Presley membuatkan dia digelar Elvis Malaysia.

Populariti dek gelaran itu membawa Raffi melangkah ke dunia seni secara komersial apabila memperoleh tawaran rakaman album. Album pertamanya, Raffi dirakamkan pada 1981 memuncakkan namanya menerusi lagu seperti Luka Lama Berdarah Kembali, Dansa Ayuh Dansa, Mari Menari Rock And Roll, Tangisan Di Waktu Malam dan banyak lagi.

Dua tahun selepas itu, Raffi mengukuhkan popularitinya sebagai penyanyi dengan kelahiran album kedua, Membara pada 1983. Sentuhan M Nasir dan A Ali yang bertindak sebagai komposer album itu memperluaskan lagi popularitinya menerusi lagu Saat Percintaan, Mencari, Gadis Penari Budaya dan Mula Jelingan Mata.

Tuah wajah kacak serta populariti yang dibinanya turut membawa Raffi melangkah ke dunia filem. Antara filem lakonannya adalah Azura yang turut menampilkan Jamal Abdillah, Fauziah Ahmad Daud dan Syed Sobrie selain Di Ambang Kasih, Mr Os dan Tujuh Biang Keladi.

Biarpun namanya semakin terpinggir namun dia tidak pernah sesekali melupakan bidang seni. Kecintaan terhadap dunia lakonan terus semarak dalam sanubarinya apabila dia membintangi filem terbaru, Gentayangan.

Sayangnya Raffi terlebih dulu pergi menyahut seruan Ilahi tanpa sempat menonton filem itu, malah turut membawa bersama harapan serta impiannya ke sebuah daerah abadi. Beliau meninggalkan seorang balu, Zawinunie Mohd. Ramli, 34, yang sarat mengandung tujuh bulan anak kelima mereka.

Allahyarham yang tinggal di Taman Pelangi Jaya, Sentul meninggalkan empat anak iaitu Mohd Warith Iqbal Putra, 6, Mohd Razafiq Putra, 11, Puteri Ratna Sari, 14, dan Mohd Indraputra, 15, yang sedang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). – Harian Metro

“Matahariku – Agnes Monica

Tertutup sudah pintu .. pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku suara tangisanku
Kubersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

……Tinggalkan aku.. matahariku……

Dengarlah matahariku suara tangisanku
Kubersedih kerna panah cinta menusuk jantungku

* 14 Oct 2008
aku sedih.
Tuhan… kuatkan semangat aku.
hilangkan ingatan aku agar aku tidak lagi perkara menyakitkan.
1999 – July 2008.
Segalanya menyakitkan!!! *

Fadhilat membaca al-Ikhlas

Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Ikhlas

 

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja ker ana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kep ana san.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki k ana n dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam ker ana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat ker ana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran ker ana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjal ana n. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang m ana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Fraud tactics!

Someone shared the following cases :

(1) Today I passed by a building which has an ATM machine. There was an old man looking at me. Suddenly, he called me. He said he didn’t know how to read, so he gave me his ATM card and asked me to help him withdraw money from the ATM machine. I answerd ‘NO!! If you need help, ask the security to help you’. Then he said ‘nevermind..’ and continued to find other people to help him.
REMEMBER: ATM machines have CCTVs. If you help him he will later claim that you have robbed him or stolen his ATM card. Besides, his ATM card could be a stolen one. So please be careful of these tactics.

(2) Suddenly your house lights go off. From your window you find that your neighbours still have lights. So you go out of your house to check the Meter Box. But once you open the door, a knife will be pointing at you and preventing you from closing it. This is when you will be robbed and injured.
REMEMBER: Even though your electricity suddenly goes off, DO NOT open your door immediately. Look around to see if there is anything unusual or if there is any noise around.

(3) This is another incident. You may have heard it before, it is about a lady who she saw a kid crying by the roadside. When she spoke to the kid, the kid told her he was lost and wanted her to take him home. The kid even gave her a paper with his house address. So she took him home. But when she rang the door bell, she had an electric shock. Later when she woke up, she was naked in an empty room.
REMEMBER: Being such a compassionate and helpful person might not be a good thing these days. Pass this on and girls, please be careful.. DON’T BE TOO KIND!!

(4) One day, there was an old lady outside my house holding 2 packets of sweets. At first I thought she was our neighbour and wanted to give us these packs of sweets as a gift. But then when she spoke, I can realised that she was foreigner. I could not understand what she was talking about. I guessed she must be asking for money.I sensed there was something wrong and immediately closed the door and ignored her. Later, I found she and an accomplice robbed someone else down the road.

(5) I was at the ATM machine to withdraw some money. Behind me, there was an old lady. She asked me whether I was able to withdraw my money because she said she had problem with her machine. Suddenly a small girl came up beside me. The small girl was squeezing infront of me. I thought she was just naughty and playful. But then, the small girl put her hand at the tray of the ATM machine where the money comes out, ready to take away my money. I sensed something wrong and immediately pushed her away. Later I realised that the small girl and the old lady worked together. She was trying to steal my money while the old lady was trying to distract my attention by asking me questions!
REMEMBER: BE VERY CAREFUL when you are at an ATM machine and be alert. Look out for anyone suspicious around you!

(6) My parents are retired and stay at home most days. One afternoon, a young stranger went to their house and said his motorcycle had no more petrol and the petrol station was too far for him to push his bike there. So he asked my parents for an empty coke bottle to buy some petrol. He said he will pay RM2 for the bottle. So my mum took one coke bottle for him. He really took out the money from his pocket, but it was a RM 100 note. He told my mum he had no small change and asked my mum to give him the change. Luckily my mum was smart. She just told him to take it for free.
REMEMBER: obviously that note is fake!! Who would want to pay for RM2 for an empty coke bottle!! It’s very OBVIOUS that stranger is a trickster.

(7) This happened in Bali. A newly married couple were having their honeymoon at the hotel. When both are in the changing room, the wife suddenly went missing. The husband was very anxious and went around to find her. He asked the hotel staff to help him find her. Then he thought his wife was just playing hide and seek. So he went back and waited for his wife. After a few hours, he decided to call the police. 3 weeks passed and there was still no news about his missing wife. So he went back and was very dissapointed and sad. A few years later, he came back to Bali, to watch a ‘FREAK SHOW’ in an old house. He saw a dirty and rusty metal cage. Inside there was a lady without limbs. Her body including the face was full of scars. When he had a closer look at her face, he was shocked to find that it was her missing wife put there as a means for begging.

(8) This happened in Shanghai. A few years ago, a lady reported to the police that her cousin sister was missing in the shopping complex. But after 5 years, one of her friends found her cousin sister begging at the road side one of the streets in Bangkok, Thailand. The worst thing is that
her cousin sister has no more limbs and her body was tied to a lamp post with a shackle (metal chain).

(9) Let’s just shorten this story. DO NOT open your house door when you hear the sound of a BABY CRYING!! It might be a trap! Women in the house must be alert to this trick. The police said it is the work of a robber or murderer using the recording of a baby crying to attract your attention. This normally happens at night and when you are alone in the house.

(10) I read an email that was sent by my friend. Her friend, known as A, went to Luo Hu Commercial City with 2 friends, B and C. Luo Hu Commercial City is the Shenzhen counterfeit goods distribution center. There are many people there. It’s also near to the ShenZhen train station and Hong Kong’s Luo Hu Port. C went to the toilet at the shpping centre while A and B waited outside. After waiting for a long time, they felt uneasy and went into the toilet to look for her. When they went in, there was nobody inside. Both were scared and they called C’s phone. There was no reply. So they reported to the police. The police asked them whether they had seen anyboby suspicious going into the toilet. Both said there were none and its impossible to bring a life person out of the toilet without them noticing! Then A remembered seeing a cleaner pushing a trolley in, and then coming out. The police told them that was not the 1st time such a thing happened. The police suspected a gang of criminals who were always attacking women in the the toilet of shopping complexes. They use cleaners to kidnap people to harvest their organs for sale.
REMEMBER: Please be careful when using the toilet. Do not go to the wash room or toilet ALONE!! Please at least have a partner with you.

Kes Liwat Anwar: Mahkamah Seksyen benarkan pembelaan hujah sahih sijil pindah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memutuskan ia mempunyai budi bicara untuk mendengar hujahan berhubung bantahan pihak pembelaan yang mempersoalkan kesahihan sijil dikemukakan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.
Hakim S.M. Komathy Suppiah menolak bantahan awal pihak pendakwaan yang berhujah adalah mandatori bagi Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 418A (3) Kanun Prosedur Jenayah untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi sebaik sahaja sijil pindah dikeluarkan oleh pendakwaan.
Beliau membuat keputusan itu berdasarkan empat kes undang-undang termasuk kes rasuah bekas Pengarah Urusan Sawit Kinabalu Group Datuk Wasli Mohamad Said yang memutuskan Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahihan sIjil pindah yang dipersoalkan itu.
Beliau juga menolak permohonan Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, Ketua Unit Pendakwaan di Pejabat Peguam Negara bagi penangguhan pelaksanaan keputusan yang dibuatnya sementara menunggu pihak pendakwaan memfailkan semakan di Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, Komathy membenarkan permohonan pendakwaan bagi Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun memfailkan afidavit untuk menyokong hujahan (pendakwaan) berhubung bantahan pihak pembelaan itu.
Komathy kemudian menangguhkan prosiding ke pukul 2.30 petang untuk mendengar hujahan.
Anwar, 60, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pembangkang yang baru dilantik di Dewan Rakyat berikutan kemenangannya dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh itu menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan tetapi tidak akan menghadapi hukuman sebatan kerana sudah berusia lebih 50 tahun.
Anwar dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.
Pasukan pembelaan terdiri daripada Sulaiman Abdullah, Sankara N. Nair, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.
Mohamed Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat dan Shamsul Sulaiman mewakili pasukan pendakwaan.
Terdahulu, Mohamed Yusof, dalam permohonannya bagi Abdul Gani dan Idrus untuk memfailkan afidavit bagi menyokong penghujahan pendakwaan terhadap bantahan pembelaan, berkata pendakwaan memerlukan afidavit bersumpah untuk membuat hujahan sewajarnya.
Mohamed Yusof berkata Abdul Gani dikehendaki memfailkan satu afidavit bagi menunjukkan bagaimana Abdul Gani melaksanakan budi bicaranya menandatangani sijil pemindahan.
“Kami berada di dalam mahkamah undang-undang. Segala-galanya mesti dilakukan mengikut undang-undang dan peraturan,” kata Mohamed Yusof.
Sementara itu, Sulaiman membantah permohonan pendakwaan bagi memfailkan afidavit yang menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyatakan bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes ini.
Di peringkat ini, Mohamed Yusof berkata kenyataan Abdullah itu berdasarkan laporan akhbar dan pembelaan seharusnya tidak bergantung kepada maklumat yang merupakan hanya dengar cakap.
“Dalam kes ini, wartawan menulis berita berkenaan perlu mengemukakan afidavit atau membuat akuan bersumpah bagi mengesahkan kenyataan Abdullah,” katanya.

Kes Liwat Anwar: Pendakwaan mohon semakan

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen menolak bantahan awalnya berhubung kesahihan sijil pemindahan.
Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden ketika ditanya media berkata pihak pendakwaan telah mengemukakan surat kepada hakim Mahkamah Tinggi memaklumkan perkara itu pada 2 petang tadi.
Bagaimanapun, Mohamed Yusof berkata mahkamah belum menetapkan tarikh untuk mendengar permohonan semakan tersebut.
Pagi tadi, Hakim Mahkamah Sesyen S.M.Komathy Suppiah memutuskan bahawa beliau mempunyai budi bicara untuk mendengar hujahan berhubung bantahan pembelaan yang mempersoalkan kesahihan sijil yang dikemukakan oleh pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.
Komathy menolak bantahan awal pendakwaan yang berhujah bahawa mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar bantahan pembelaan berhubung kesahihan sijil pemindahan.
Pendakwaan telah berhujah bahawa adalah mandatori bagi Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 418A (3) Kanun Prosedur Jenayah untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi sebaik sahaja sijil pindah dikeluarkan oleh pendakwaan.
Pembelaan telah membantah permohonan pendakwaan yang mahu kes Anwar itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan menyatakan sijil pemindahan itu tidak sah kerana ia ditandatangani Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang sedang disiasat oleh Badan Pencengah Rasuah berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh Anwar.
Laporan polis itu ialah berhubung dakwaan memalsukan keterangan dalam kejadian “mata hitam” Anwar pada 1998.
Anwar, 60, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun.