Al-Fatihah: Nasir Ramlee

TERAKHIR...Zakaria mencium dahi ayahnya sambil diperhatikan Suria.

TERAKHIR...Zakaria mencium dahi ayahnya sambil diperhatikan Suria.

   KUALA LUMPUR: “Dia sempat tenung muka dan melambai tangan kepada saya sebelum menghembuskan nafas terakhir di katil hospital,” kata Suria Bakar, 55, isteri anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Nasir Ramlee, 55, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan kencing manis di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 5.10 petang semalam.

   Menurut Suria, arwah  bertugas sebagai penyelaras muzik kombo di Istana Budaya berkelakuan pelik sejak dua minggu lalu apabila ingin tidur bersama dua anak lelakinya dalam  bilik di kediamannya di Setapak Garden.

  “Suami memang menghidapi pelbagai penyakit tetapi sentiasa tabah serta kuat melawan sakit dan enggan ke hospital pada awalnya tetapi selepas dipujuk apabila sakitnya semakin teruk dia terpaksa beralah,” katanya.

  Suria berkata, keadaan suaminya cukup kritikal ketika di hospital tetapi anaknya sempat bertemu sebelum dia disahkan meninggal dunia.

   Ketika ditemui di kediamannya malam tadi, Suria mengakui penyakit suami mula dikesan 10 tahun lalu.

  Sepanjang perkongsian hidup selama 20 tahun, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Zaidi, 17, dan Zakaria, 16.

   “Dia seorang penyayang sentiasa mengutamakan anak-anak. Sehinggakan kadang-kala saya agak terasa apabila suami melebihkan anak-anak daripada saya menyebabkan saya merajuk, bagaikan dalam cerita P Ramlee,” katanya sebak.

   Nasir mempunyai tiga lagi anak bersama bekas isteri pertama, Mariati Abd Rahman iaitu Gunina, 37, Gunawan, 35, dan Gurnarisasca, 31, manakala  Natasya, 23, dan Najwa, 22 anak kepada Rashidah Jaafar (isteri kedua).

   Sementara itu, Natasya berkata, dia bertemu bapanya beberapa minggu lalu untuk memaklumkan mengenai persembahan tribute  P Ramlee tahun depan.

    Jenazah Nasir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru, Jalan Ampang, jam 11 pagi.

Bush dibaling kasut

Bush sempat mengelak ketika dibaling kasut oleh wartawan Iraq

BAGHDAD: Iraq semalam berdepan dengan desakan yang semakin meningkat supaya membebaskan wartawan yang membaling  kasut kepada Presiden George W Bush.

Kejadian itu disifatkan oleh kerajaan Iraq sebagai memalukan tetapi sebahagian besar penduduk dunia Arab menganggapnya hadiah perpisahan paling baik untuk presiden Amerika yang tidak popular itu.

Rakan sekerja Muntazer al-Zaidi yang bekerja dengan  stesen televisyen bebas Iraq, Al-Baghdadia berkata, wartawan itu membenci Amerika dan merancang serangan itu sejak beberapa bulan lalu terhadap orang yang mengarahkan pencerobohan terhadap Iraq.

“Membaling kasut kepada Bush adalah ciuman perpisahan terbaik pernah dilakukan.  Ia menggambarkan betapa rakyat Iraq dan masyakarat Arab bencikan Bush,” kata Musa Barhoumeh, Pengarang akhbar Jordan, Al-Gahd Arabic.

Sementara itu, beratus-ratus rakyat Iraq menyertai tunjuk perasaan anti-Amerika Syarikat bagi membantah lawatan perpisahan Bush ke Iraq, yang terjerumus ke dalam keganasan dan hampir mencetuskan perang saudara selepas diceroboh pada 2003.

Kerajaan Iraq menyifatkan tindakan Muntazer sebagai memalukan dan menuntut majikannya yang berpejabat di Kaherah supaya meminta maaf.

Majikan Muntazer sebaliknya menggesa dia dibebaskan daripada tahanan.

Dalam kejadian berkenaan Muntazer melontar dua kasut ke arah Bush yang ketika itu mengadakan sidang akhbar bersama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki selepas menjerit: “Ini ciuman selamat tinggal, anjing.”

Bush bagaimanapun sempat mengelak.

“Televisyen Al-Baghdadia menuntut kerajaan Iraq membebaskan wartawannya, Muntazer al-Zaidi serta merta, selari dengan demokrasi dan kebebasan bersuara  yang dijanjikan Amerika Syarikat kepada rakyat Iraq,” menurut kenyataan yang dikeluarkan stesen televisyen itu.

Pengarah rancangan televisyen berkenaan di Kaherah, Muzhir al Khafaji menyifatkan Muntazer sebagai lelaki berpendirian terbuka.

Katanya, wartawan itu bekerja dengan Al-Baghdadia sejak tiga tahun lalu.

Tapak kasut dianggap benda paling menghinakan dalam budaya Arab.

Ketua sebuah kumpulan hak asasi manusia Iraq  yang berpejabat di Jordan, Ali Qeisi  berkata, semua tentera Amerika yang menggunakan kasut mereka untuk memalukan rakyat Iraq perlu didakwa bersama-sama pegawai  mereka, termasuk Bush.

Sementara itu, penulis blog terkenal rakyat Amerika keturunan Britain, Asad Abu Khalil berkata: “Kasut terbang itu menggambarkan pendapat masyarakat Arab yang meluas berbanding boneka yang ditemui Bush sepanjang kunjungannya ke  Asia Barat,” kata penulis blog terkenal Amerika keturunan Lubnan yang juga profesor di Universiti  Stanislaus, California.

Seorang peguam Iraq berkata, Muntazer berdepan dengan hukuman minimum penjara dua tahun jika didakwa memalukan seorang ketua negara atau 15 tahun jika dituduh cuba membunuh. – AFP

Allah panggil kita 3 kali saja seumur hidup

…ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Selama hayat kita sebagai manusia, Allah hanya memanggil kita sebanyak 3 kali sahaja. Iaitu:

Panggilan pertama adalah Azan.
Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel. Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita. Kadang-kala kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat-Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat-Nya, samada umat-Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat-Nya ketika hari Kiamat nanti.

Panggilan kedua adalah Umrah/Haji.
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-Nya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’. Hamba yang satu mendapatkan
kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam…yang tidak ada wang menjadi ada wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaik Allahuma Labaik/Umrotan’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji/Umrah bagi yang mampu.

Dan panggilan ketiga adalah KEMATIAN.
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan perkara, Allah tidak memberikan tanda secara langsung dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu, manfaatkan waktu kita sebaik-baiknya. Jawablah 3 panggilan Allah dengan hati dan sikap yang Husnul Khotimah. InsyaAllah syurga adalah balasannya.

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama ‘Huraisy‘ berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya: ‘Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?’ Huraisy pun menjawab, ‘Aku mahu mencari lima orang

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu bapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak’.

Wallahualam.