Kewajipan mandi wiladah

Posted on 24/02/2009 by


Terdapat beberapa perkara yang wajib kepada umat Islam berkaitan mandi hadas besar.

Bagi lelaki terdapat 2 perkara:
1. Keluar air mani
2. Berjimak (walaupun dilakukan secara zina) wajib mandi. Harus mandi juga walaupun tidak keluar air mani.

Bagi perempuan:
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak (walaupun dilakukan secara zina) wajib mandi. Harus mandi juga walaupun tidak keluar air mani.

Namun, kebanyakan wanita keliru berkaitan dengan mandi selepas melahirkan anak.

Mandi wiladah adalah mandi hadas besar sebaik sahaja selepas melahirkan anak.

Setelah itu diwajibkan mandi hadas selepas habis nifas

Niat mandi: “Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala“.

Saya teringat orang tua-tua kita tak benarkan wanita dalam pantang mandi basahkan kepala. Sebabnya, takut masuk angin la, sejuk la.

Suruhan agama tak boleh diketepikan semata-mata nak ikut pantang larang. Lagipun mandi wajib selepas melahirkan, hanya dilakukan SEKALI sahaja selepas melahirkan anak.

Dalam masa berpantang 40/60 hari, cuma sekali je mandi basahkan rambut, bukannya tiap-tiap hari. Boleh mandi dengan air panas…cuma pastikan air itu suci.

Kepada bakal menjadi ibu dan bapa, harap tak ambil remeh perkara ini.

Kebanyakan orang tak tahu mengenai mandi selepas bersalin tak sama dengan mandi selepas darah nifas kering. Wanita diwajibkan mandi wiladah kerana sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kering, wanita itu sudah berada dalam keadaan bersuci.

Diharap ilmu yang saya curahkan ini, dikongsi bersama dengan wanita, para ibu dan bapa yang bakal menimang cahaya mata.

Dr Mashitah:

Antara perkara yang mewajibkan seorang wanita mandi hadas besar ialah apabila keluar air mani, kering haid, dan nifas, wiladah tanpa darah dan berjimak. Imam Shafei jelas mengatakan maksud wiladah di sini merujuk kes tertentu wanita yang melahirkan anak tanpa nifas atau basah dengan darah termasuk wanita yang mengalami keguguran.

Maka, dia wajib mandi wiladah bagi membolehkan dia melaksanakan amal ibadatnya selepas kelahiran. Bagaimanapun, wanita lazimnya didatangi nifas selepas melahirkan anak maka, dia wajib menunggu sehingga darah nifas berhenti sebelum mandi hadas besar.

Tiada mandi wiladah bagi wanita bernifas dijelaskan oleh mazhab Shafie. Mandi bertujuan membersihkan dan menyucikan diri dan membolehkan kita bersolat.

Selepas suci daripada nifas, boleh bersolat seperti yang disebut dalam hadis. Tidak perlu mandi wiladah bagi yang masih ada nifas kerana jika pun mandi, dia tidak boleh melakukan ibadah seperti solat.

Namun, mazhab Hambali menafikan sekeras-kerasnya wujud mandi wiladah kerana dikatakan tiada nas mengenainya. – HM (30/01/2011)

About these ads
Posted in: Article, Religion