Pertama kali aku pandang dia, belum terbuka dalam hati ni untuk mendekati dia. Dia cute, comel gilew! Paling tak tahan, renungan mata bersama bulu mata yang melentik. Teruja woo! Tapi pandangan aku lebih kepada Kartini. Kartini, 2 tahun petah bercakap, mudah mesra pula tu buatkan aku ingin bersama dengannya.
Semalam, aku tidur bersama Ammar, 7 bulan. Tak lena sungguh! Baru aku nak terlelap dia dah menjerit. Yelah.. tak biasa lagi nak wat cemana. Aku bancuh susu baru 4 kali, tukar lampin 4 kali.. adoi! Inilah penangan baby Ammar. Hehehe…
Penjaga dia (not her mother) dah risau.. Yann pula minta aku hold baby dulu sebelum hantar pada penjaga dia. Isk..cemana ni. Kata Yann, nak tengok wajah baby masa dia balik lagipun dia dah belikan topi dan baju Ammar. Excited nya dia!
Seronok sebenarnya ada baby tetapi bak kata Yann “sayang kena ingat, kalau kita ada anak sendiri, jangan abaikan Ammar”. Sikit sebanyak aku faham maksud dia dan perasaan tu memang wujud dalam hati aku. Apatah lagi dengan kerja aku yang tak tentu masa, sukar untuk aku tumpu sepenuhnya pada Ammar. Lainlah kalau aku ni bebetul dah disahkan berkeluarga, tentu aku tak perlu kerja hujung minggu setiap masa koz dah ada staf ganti.
Sukar juga nak kikis dalam hati untuk membezakan anak angkat dengan anak sendiri nanti. Sekarang pun perasaan tu dah timbul. Isk…memang aku tak layak amik anak angkat. Tetapi aku sayang sangat pada Amirul Ammar.
Sekarang ni dia tengah tidur. Tadi bangun kejap tengok kartun sama aku pastu melalak. Bad mood… tak cukup tidur.
Yann balik la cepat. Yann juga yang tau jaga anak berbanding aku. Maklum la dia dah ada experience. Semalam masa bagitahu Yann, dia terkejut gila. Tapi aku tau Yann tak akan menolak sebab dia sayang pada budak. Dan memang betul pengetahuan aku tu. Hehehe…
Semoga Allah kurniakan aku zuriat yang banyak, bahagia dan beriman di dunia dan akhirat. Amin…




