Terapi ozon cuci darah

Posted on 30/04/2011 by


Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

TERAPI ozon mungkin baru di negara ini, tetapi di Eropah dan Amerika Syarikat, ia adalah kaedah paling popular untuk merawat pelbagai jenis penyakit dan memelihara kesihatan.

Ozon untuk tujuan perubatan adalah campuran 0.05-5.0 peratus ozon dan 99.95-95 peratus oksigen.

Ia menghapuskan pelbagai virus, yis, kulat dan protozoa, meningkat ketahanan badan, membersihkan darah dan limpa, menyeimbangkan proses penghasilan hormon dan enzim, mengurangkan radang, menenangkan sistem saraf, mem berhentikan pendarahan, mencegah kejutan, kesan teruk akibat strok, ‘Cardian Arrhythmia’, memulihkan fungsi otak dan daya ingatan serta membuang toksin.

Pengarah Urusan 1Green Product (M) Sdn Bhd, Rahmat Ahmad, berkata terapi ozon adalah sistem rawatan mem bersih saluran darah melalui dua kaedah iaitu ‘Extracorporeal Blood Oxygenation and Ozonation’ dan ‘Simple Access Fluid Extraction.’

“Darah pesakit disedut keluar dan disalurkan menerusi tiub ke tabung terapi ozon sebelum dialirkan semula ke tubuh pesakit selepas dibersih dan diozon mengikut kaedah pertama.

‘Simple Access Fluid Extraction’ pula menyah kotoran dari saluran darah seperti bendalir terbuang, toksin, virus, bakteria dan asid berlebihan ke tabung pembuangan.

Pengurus Jualan dan Pembangunan Perniagaannya, Raja Shaharulhisham Raja Othman, berkata terapi ozon memang popular di Eropah.

“Jika melakukan pembedahan pintasan jantung, darah pesakit masih ada kolestrol, tetapi rawatan terapi ozon membolehkan ia mencuci dan membuang kolestrol dalam darah.

“Dulu, saya ada gout dan mengelak makanan laut, tetapi sejak rawatan terapi ozon, ia tiada masalah lagi,” katanya.

Sementara itu, seorang pesakit darah tinggi, Nawi Meh, 74, berkata dia turut mempunyai kencing manis dan jantung.

Dia menggunakan pelbagai jenis ubat, tetapi kurang ber kesan sebelum mencuba terapi ozon.

“Selepas tiga kali mencuba terapi ozon, kesihatan saya kian baik dan saya bertenaga. Pertama kali dirawat, air daripada saluran darah berwarna perang dan berbuih, tetapi selepas kali ketiga, airnya jernih dan tiada toksin,” katanya.

Bagi Razali Abu, 61, dari Teluk Gong, Klang, dia menghidap sakit jantung dan membelanjakan kira-kira RM25,000 untuk kos perubatan.

“Doktor memberitahu salurah darah di jantung tersumbat lalu saya mencuba terapi ozon kerana tidak mampu me lakukan pembedahan.

“Selepas tiga bulan menjalani rawatan terapi ozon, saya bebas daripada sakit dada melampau,” katanya.
Bagi Datin Sharifah Nel Aida Alatas, 37, yang menghidap asma, mulanya dia tidak yakin rawatan terapi ozon tetapi selepas 10 kali mencuba, hasilnya amat memuaskan.

“Alhamdulillah, bacaan asma saya di paras normal iaitu 65IU/mL berbanding 220 IU/mL sebelum ini,” katanya.

Orang ramai yang mahukan maklumat lanjut, hubungi pusat terapi ozon di talian 03-41057422 atau 03-41057434.

About these ads
Posted in: My Write up