Zikir dan amalan permudahkan bersalin

Posted on 12/09/2011 by


Tanggal 22 September ini, Cikwiduri bakal melahirkan zuriat pertama.. lelaki atau perempuan masih tidak diketahui. Apa yang penting, anak dalam kandungan sihat walafiat.

Begitu juga Cikwiduri harapkan kepada bakal ibu dan ibu-ibu yang dah berpengalaman semoga selamat sentiasa ketika bersalin.

Dalam pada itu, kawan sekolah Cikwiduri masa form 5 dulu si Wawa @ Werk beri beberapa panduan, zikir dan doa ketika sebelum dan sewaktu bersalin.

Justeru, Cikwiduri ingin berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai amalan terbabit yang dapat tenteramkan fikiran ibu-ibu sewaktu hendak bersalin sekaligus sebagai amal jariah yang sabar menghadapi kesakitan ketika melahirkan anak.

Antara zikir dan doa yang sesuai diamalkan :

1.

"Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu."

2.

"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim."

3.

"Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh."

Apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:

4.

"Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah."

Untuk memudahkan bersalin, digalakkan membaca ayat kursi serta ayat ini:

5.

"Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam."

Perbanyakkan membaca zikir ini:

6.

"Maha Suci Allah."

7.

"Aku Pohon ampun kepada Allah."

Sentiasa membaca doa ini

8.

أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9. Surah Al-Ansyiqaq

Surah Al-Ansyiqaq

10. Banyakkan membaca surah Maryam.

11. Baca Surah An-Nahl: ayat 78-80.

Surah An-Nahl: ayat 78-80

Tambahan: Penggunaan air selusuh

Kebanyakan orang-orang tua yang Cikwiduri jumpa bertanyakan satu soalan “dah ambil air selusuh?”. Pada awalnya, suami Cikwiduri beranggapan orang-orang Melayu kita ini terlalu banyak pantang larang dan petua termasuk mengenai air selusuh ini. Bagi Cikwiduri pula, jika ia ada.. Cikwiduri ambil tapi jika tiada.. tidak pula Cikwiduri berusaha mencari. Namun atas inisiatif emak Cikwiduri sendiri yang menerangkan panjang lebar tentang kebaikan penggunaan air selusuh ini, Cikwiduri menerimanya dengan senang hati.

Sebenarnya, sesuatu perkara terletak pada keyakinan diri kita sendiri juga. Air selusuh dianggap sebagai air penawar yang diisi dengan bacaan ayat-ayat al-Quran bagi memudahkan seseorang hendak bersalin sekaligus ia termasuk dalam perubatan Islam yang berkesan jika kita mempercayainya. Nawaitu kita agar dipermudahkan bersalin dan dikurangkan kesakitan ketika bersalin.

Oleh itu, di samping doa dan zikir amalan dan usaha yang lain tetap diperlukan apatah lagi ketika kita menghadapi kelahiran anak pertama macam Cikwiduri ini. Sama-samalah berdoa agar anda semua seperti Cikwiduri sekarang ini, dipermudahkan bersalin kelak oleh-Nya. Amin.

About these ads
Posted in: Diary Hati