Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP

Posted on 26/07/2012 by


Duit dari Akaun 2 di KWSP boleh digunakan untuk membuat pembayaran downpayment pinjaman rumah, ansuran bulanan pinjaman rumah, yuran pembelajaran universiti dan lain-lain.

Dalam artikel ini, saya ingin berkongsikan dengan anda proses pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk membuat pembayaran downpayment pinjaman perumahan.

Di antara dokumen yang perlu anda sediakan adalah:

1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) Rumah
3. Salinan bank statement atau buku bank
4. Salinan surat kelulusan pinjaman bank

5. Dan bawa bersama salinan asal (original copy) untuk setiap dokumen yang difotostat tadi.

Selepas itu, pergi ke mana-mana pejabat KWSP dan isi Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5). Saya mencadangkan anda pergi ke ibu pejabat KWSP di Kuala Lumpur bagi mempercepatkan proses pengeluaran wang KWSP Akaun 2 anda.

Bergantung kepada proses yang diambil oleh pihak KWSP, duit dari Akaun 2 anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam tempoh masa dari dua hingga empat minggu.

Satu lagi pesanan saya, pastikan segala maklumat seperti nama, alamat, dan sebagainya adalah sama di dalam Perjanjian Jual Beli (S&P) Rumah dan juga surat kelulusan pinjaman bank.

Jika tidak, pegawai KWSP akan menolak permohonan anda dan meminta anda membetulkan kesalahan yang ada sebelum datang semula ke pejabat KWSP.

Kredit: http://www.blogaku.net

About these ads
Posted in: Article