ubat oh ubat

tadi sebelum pakcik datang, aku dah kena marah dengan panglima. dia kata aku “bodoh!”. (tak guna punya panglima! malu aku depan semua orang free free je kena sembur). aku faham ape maksud dia kata gitu. ye la.. bodo sebab aku ikut je kata ex aku yg 8 tahun aku couple tue. heh! kalau aku ade kekuatan time tue memang aku dah ceraikan ex aku tue. tapi benda dah terkena kat aku. nak wat cemana.

aku mula perasan hal nie setelah aku putus dgn naz. aku duk pk. nape la aku asyik putus cinta je (cinta? kui kui kui..). macam something wrong lak. peliknya.. bukan aku yang minta putus tapi depa yang minta. aku luahkan pada seorang kawan perempuan. then dia la yang ajak aku jumpa kakaknya. dia ajak pergi berubat. mak kata “cuba-cuba la. mana tahu ada penyelesaian. kita nie berusaha”. tapi tak sangka. sangat aku tak sangka. nauzubillah.

setelah aku tau semua.. aku berubat terus. tapi aku selalu je rasa benda jahat tue ikut aku. masa habis berubat tadi.. abg dan akak perasan ade benda ikut depa balik. tak tau la benda sapa yang punya. nauzubillah..

“usaha, doa dan tawakkal… Insyaallah.”