apek workshop (1)

hari nie aku masuk opis. wat kije yg asek tertangguh. naik muak dah. tengah hari aku sempat ke workshop motor apek kat sentul tue. rosak teruk dah motor aku nie.. nak tak nak kena la baiki. nanti susah plak aku nak gie kerja.

aku tinggalkan motor kat situ pukul 2.00pm. then lengchai workshop tue bagi aku pakai motor suzuki tahun berapa ntah. hehe.. lawak bagi aku sebab motor tue motor lama.. so kena la berhati-hati bawaknya. kalau berhenti kat traffic light, orang duk tengok je aku. mana taknya.. motor nie bising nak mampos. aduhai.. sabor je la. aku tekan gear kaki, ade 7 gearnya. huhu.. mesti dah bikin sampai takut aku nak bawak. sepanjang aku bawak suzuki nie, aku duk tersenyum geli hati. hehe.. mesti orang kata aku gile! oldskool sungguh!

habis keja kul 6.30pm aku ke workshop semula nak amik motor aku. tak siap lagi. aduhai.. mata aku dah stim, kepala berputar je nie. ngantuk beb lepas makan ubat! siap semua aku agak2 mesti kena dalam rm100 lebih nie. welding, repair handle yang patah dalam, repair apa2 yg patut. at last apek tue kira rm80 je. “dengan lu wa kira cincai la”. “eleh! ye ke nie boss”. “haiya.. (apek gelengkan kepala sambil senyum). kalau itu handle ketat, lu datang kasi adjust balik”. phew.. aku senyum bagi duit sambil cakap “nie yang buat i sayang u boss”. hahaha.. amik atie apek la katakan (kembang bontot apek tue agaknya.. hehe). on da way ke rumah tak de lagi bunyi kruk krek, kruk krek. huhu..

 

– Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.. walaupun mereka berlainan bangsa atau agama –