ERL

today interview at Astro Cyberjaya on 1.30pm. know what?! im lated! just wake up on 12.30pm take a shower and rushing to Komuter Sentul. gosh! bongok sungguh! tak sedar ape coz i sleep around 7am this morning. padan muke aku!

from Sentul have to go to KL Sentral and take ERL to Putrajaya. wow! heheh.. 1st time naik ERL. mahal nak mampos!!!. kalau dapat keja kat Cyberjaya naik kereta je lah! ngee.. at least merasa jugak la naik ERL daripada x pernah naik langsung.

so from ERL Putrajaya have to take a cab to Measat Cyberjaya. adoi! jauh dan bersimpang-siur naik semua kemudahan. pening kepala nak tukar2 train nie.

at Astro around 3pm. interview almost 1 hour. interviewer ask me then i ask them back. hehehe.. no mileage allowance! huhu. have to buy a car if i get job here (gini la orang susah kan..). around 5pm take a cab go back to ERL Putrajaya, changed Komuter at KL Sentral and back to Sentul. almost 7pm at home.

letihnya.. dah 5 hari tak jejak office. makin nak habis contract, makin malas aku ye! heheh..

One thought on “ERL

  1. Berikut jawapan dari CEO ERL tentang harga tambang yang mahal nak mampos tu, dia gaji besar boleh la cakap cam tu kita yang gaji kecik ni memang rasa nak mampos.

    Pertama sekali pihak Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) selaku pengendali perkhidmatan tren KLIA Transit ingin mengucapkan terima kasih atas maklum balas yang diberikan berhubung kadar tambang baru kami. Kami menghargai keprihatinan dan pandangan yang diberikan, dan mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk membuat penjelasan.

    Untuk makluman, kadar tambang kad perjalanan bulanan sememangnya telah diberikan kadar diskaun yang tinggi untuk sektor tertentu walaupun dengan kadar tambang baru ini. Sebagai contoh, diskaun yang diberi adalah 50% berbanding kadar tambang sehala biasa untuk sektor perjalanan dari KL Sentral ke Putrajaya. Harga tambang kad perjalanan bulanan sepatutnya dibandingkan dengan harga tiket penuh [apabila membelinya pada masa perjalanan].

    Pihak ERL tidak dapat berterusan untuk menampung kadar diskaun yang begitu besar untuk pemegang kad perjalanan bulanan KLIA Transit pada tahap kadar tambang yang lama, oleh sebab itu sedikit kenaikan harga adalah perlu. Kenaikan harga yang terakhir dibuat dua tahun yang lepas dan sejak dari itu kos operasi dan penyelenggaraan secara keseluruhannya telah meningkat dengan besar.

    Pihak kami sedar bahawa tujuan asas pembinaan kemudahan pengangkutan awam adalah untuk kebaikan pengguna awam tetapi sebagai sebuah entiti perniagaan terdapat faktor lain yang perlu diambil kira bagi memastikan kesinambungan perniagaan tersebut. Dalam keadaan kos pengendalian yang semakin meningkat, satu cara bagi sebarang syarikat pengangkutan awam untuk terus memberikan kadar diskaun yang tinggi adalah melalui pemberian subsidi kadar tambang oleh pihak kerajaan, yang mana tidak berlaku pada ketika ini. Langkah kenaikan harga bermula dari 01 Julai 2008 dibuat setelah mengambil kira faktor-faktor tersebut dan juga sejajar dengan tahun kewangan syarikat yang baru.

    Kami percaya bahawa bagi pengguna yang tinggal di Kuala Lumpur dan bekerja di Putrajaya, kadar tambang baru ini masih lebih murah jika dibuat perbandingan dengan memandu kenderaan sendiri yang melibatkan kos seperti petrol, tol dan kos penyelenggaraan. Tambahan pula dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan seperti ketepatan masa, keselesaan dan ciri keselamatan, harga yang dikenakan kepada pengguna adalah amat berpatutan.

    Seperti yang dinyatakan di atas, pihak ERL akan terus komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik pada kadar yang berpatutan. Justeru itu untuk makluman, pintu kawalan automatik yang baru akan dipasang di stesen-stesen yang mempunyai aliran pengguna yang tinggi seperti stesen KL Sentral, Putrajaya dan KLIA. Pintu automatik baru ini adalah berbeza dengan pintu automatik yang sedia ada kerana ia berupaya untuk menerima aliran pengguna yang tinggi dalam masa yang lebih pantas. Kami menjangkakan ianya akan dipasang dalam tempoh beberapa bulan bergantung kepada penghantaran dari pembekal.

    Pada hakikatnya, kami hanya mengurangkan diskaun yang diberikan kepada pemegang kad perjalanan bulanan. Harga pakej ini adalah jauh lebih rendah daripada harga biasa.

    Pihak ERL menghargai sokongan yang telah diberikan oleh pengguna selama ini dan berharap akan terus dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pengguna.

    Salam hormat,

    Dr Aminuddin Adnan
    Ketua Pegawai Eksekutif
    Express Rail Link Sdn Bhd

Comments are closed.