Mara Akan Tarik Balik Pinjaman Pelajar Aktif Politik

KUALA LUMPUR, 24 Jan — Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini mengeluarkan amaran akan menarik balik pinjaman para pelajar tajaannya yang didapati menyertai parti politik.

Ketua Pengarah Mara Datuk Nam Marthinin berkata agensi itu akan bertindak tegas ke atas pelajar yang ingkar.

“Mana-mana pelajar tajaan Mara akan ditarik balik pinjaman mereka sekiranya dikesan terlibat dalam parti politik,” katanya.

Beliau berkata semua pelajar institusi pengajian tinggi memang dilarang mencampuri urusan politik dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian untuk menjadi seorang graduan yang berjaya.

Nam yang ditemui selepas Majlis Anugerah Kualiti Mara 2007, berkata setakat ini seorang pelajar tajaan Mara yang menuntut di Ireland telah ditarik balik pinjamannya kerana terlibat dalam politik pada tahun 2003.

Ketua Pengarah Mara itu diminta mengulas mengenai penubuhan sebuah pergerakan politik yang dikenali sebagai Parti Mahasiswa Negara (PNM), yang menurut presiden pro-tem Azlan Zainal di Putrajaya 18 Jan lepas, berhasrat menarik keanggotaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi walaupun menyedari ia melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. – BERNAMA

Pelajar Malaysia dari dulu till now days memang banyak terdedah dengan kegiatan politik. Tak hairan la kalau ada yang bercita-cita nak wujudkan parti baru pula.

cikwiduri: masih lagi mengikuti berita dari ABIM. ngeh ngeh ngeh..