Polis Peroleh Perintah Mahkamah Halang Demonstrasi PROTES

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Polis hari ini telah memperoleh perintah mahkamah bagi menghalang perhimpunan haram oleh Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (PROTES) yang dijangka berlangsung esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata perintah tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tengah hari tadi membenarkan polis menghalang serta menahan indidvidu yang berkaitan dengan perhimpunan tersebut.

“Perintah di bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah itu menyenaraikan lima wakil PROTES terdiri daripada Dr Hatta Ramli, Tien Chua, Arutchelvam Subramaniam, Simon Oii dan Ronnie Liew supaya tidak hadir ke perhimpunan tersebut.

“Mahkamah telah memberikan arahan supaya kelima-lima mereka ini tidak hadir atau mengambil apa-apa bahagian dalam perhimpunan ini. Jika mereka engkar mereka boleh ditahan serta merta,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Arahan ini juga termaktub kepada mana-mana ahli gabungan PROTES atau siapa sahaja yang disyaki cuba turut serta dalam perhimpunan tersebut, katanya.

Zulkarnain berkata polis akan menampal arahan tersebut di sekitar kawasan demonstrasi bermula malam ini juga.

“Polis telah menetapkan dua zon larangan dengan membuat lingkungan kawasan merangkumi radius satu kilometer dari bangunan KLCC, Jalan Ampang, Jalan Lumba Kuda, Jalan P.Ramlee serta kawasan sekitar Masjid Assyakirin KLCC.

“Sekiranya mereka engkar dengan arahan kawasan yang kita keluarkan, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas mereka,” katanya.

PROTES sebuah gabungan badan bukan kerajaan dijangka mengadakan demonstrasi bagi membantah kenaikan harga barang dan petrol di hadapan bangunan KLCC esok. – BERNAMA

Ini lah negara kita.. negara Malaysia yang sudah mula bangkit dengan pelbagai demontrasi. Tak habis-habis dengan demontrasi. Gelombang Kuning la, Hindraft la, Protes la.. Lepas nie demontrasi apa lagi ya?

cikwiduri: nak wat demonstrasi haramkan wanita melayu dari berkerja di kelab-kelab malam.