Al-Fatihah: Loloq

I received another news when a friend told me about it. Means kita telah kehilangan seorang penulis lirik yang banyak menaikkan nama artis di negara kita ini. Tiada lagi sentuhan indah daripada seorang karyawan berjiwa seni. Semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan orang-orang mukmin yang soleh. Amin..

Arkib Berita HarianBalu Allahyarham Loloq, Hairiah (dua dari kiri) bersama ibunya Hawa Md Bintan (kiri) serta dua anaknya di Tanah Perkuburan Islam Sungai Buloh.

PETALING JAYA 30 Jan. – Penulis lirik terkenal, Loloq, atau nama sebenarnya Rosli Khamis, 50, meninggal dunia jam 1.37 tengahari di Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur akibat pendarahan otak. Allahyarham yang dimasukkan ke pusat perubatan itu, Ahad lalu dilaporkan pada mulanya stabil dan beransur pulih setelah menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku, Isnin lalu. Namun, keadaan bertukar kritikal apabila paru-parunya mula dipenuhi gas karbon dioksida sehingga menjejaskan sistem tubuhnya. Loloq yang dilahirkan pada 21 Mei 1957 di Singapura, meninggalkan seorang balu, Hairiah Yaacob, 35, dan dua anak lelaki serta seorang anak perempuan.

Ketika JomStar menerima berita sedih itu daripada seorang teman, sukar menerima hakikat bahawa industri ini kehilangan seorang yang sebagus Allahyarham, apatah lagi dia baru sahaja bertanding bersama-sama M Nasir dalam Anugerah Juara Lagu ke-22 menerusi lagu Sembunyi ciptaan Aidit Alfian dan didendangkan Misha Omar dan Andy Flop Poppy, selain Angan Dan Sedar ciptaan M Nasir dan disampaikan Mawi. Untuk mendapat pengesahan, kami segera menghubungi rakannya, penulis lirik Mohariz Yaakob. Setelah disahkan betul, kami bergegas menuju ke pusat perubatan itu.

Ketika tiba di perkarangan bilik mayat, ramai rakan artis dan penggiat seni tempatan sudah berada di situ. Antaranya, Amy Search, Hattan, Mamat Khalid, Badarudin Azmi, M Nasir dan isteri, Marlia Musa.

Jenazah Allahyarham dibawa keluar daripada perkarangan bilik mayat pusat perubatan itu kira-kira jam 4.30 petang, sebelum dibawa ke Surau Al-Ikhwan, Bandar Baru Sungai Buloh untuk upacara memandikan dan mengkafankan jenazah. Jenazah turut disembahyangkan di tempat sama, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh. Jenazah selamat dikebumikan jam 6.45 petang. – JomStar.com

2 thoughts on “Al-Fatihah: Loloq

  1. Al-Fatihah untuk arwah .

    i love u Mistress Of Spices : semoga satu hari nanti anda menjadi penulis yang berjaya . pastu tros tak jenguk blog yg tak seberapa nie kan . sob sob..

  2. Alfatihah.. arwah adalah perangsang dan pemangkin jiwa aku sebagai penulis.. Semoga Allah memberikan rahmat kepadanya…

Comments are closed.