Anak Paderi Memeluk Islam

Assalammu’alaikum. Baca dan renungkanlah.. Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah.

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan. Usaha kami mendapat sokongan penuh negeri. Kumpulan saya masuk ke kampung dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja akan membekalkan wang tunai sekitar RM50,000 !!!

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampung. Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Ada yang kami bantu dengan duit secara spontan. Ada yang kami hantar keperluan harian, pakaian, buku sekolah dan sebagainya. Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami dapat mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan!

Bayangkan pendapatan saya ketika masih di alam persekolahan. Sewaktu di Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil subjek Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan (betapa hinanya subjek ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu di tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus mengambil subjek Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian.

Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang-orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu).
“Cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai di kelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu?” Ustaz tersebut menerima kunjungan saya. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz tersebut.

“Cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam; agama cikgu dan bukan atas nama Kristian; agama saya”. Saya kemukakan persoalan, antaranya :-
Mengapa orang Islam sembah Kaabah?
Semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
Mengapa di akhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad?
Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan?
Injil sekarang dikatakan diseleweng, kalau begitu mana yang asalnya?

Amat menghairankan kerana ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab dengan tepat.
Apakah boleh manusia (iaitu paderi) mengampunkan dosa manusia lain?
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 (konsep ketuhanan Jesus)

Saya mengatur pertemuan ustaz dengan beberapa orang paderi iaitu kawan-kawan bapa saya. Tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz tersebut. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz tersebut. Di samping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tersebut dan saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib; seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi; dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya agar mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Di samping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga, terdengar suara azan dan ustaz tadi berada di tepi saya dan berkata, “Mengapa Johanis.. awak mengigau”. Saya pegang tangan ustaz dan saya katakan, “Cikgu, Islamkan saya”. Ustaz minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz tersebut.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu! Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup ke atas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap di rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke Semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri, vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu.

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik-beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. Saya sayang emak. Saya sayang adik-beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. Saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik-beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita… Ayah saya menganut Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah. Saya terus menangis. Saya pejamkan mata. Saya bayangkan ayah dihadapan.. saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama. Ya Allah betapa agungnya kekuasaan-Mu.

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, “You apa tahu..? Islam pun baru setahun jagung”. Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah, saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. Saya juga diancam oleh umat Islam !! Apa tauliah awak?, mana surat kebenaran Jabatan Agama?, mana permit polis?, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakwah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar tentang Islam…. jatuh cinta… lalu dimurtadkan… pura-pura…. dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Yang paling saya bimbangkan ialah Universiti Putra Malaysia (UPM). Itulah satu-satunya universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif memurtadkan orang-orang Islam !!!

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita yang terminum ‘Holly Water‘. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. JIKA TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Surah Yassin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian air buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.

cikwiduri: Semoga mendapat lindungan dari-Nya.

17 thoughts on “Anak Paderi Memeluk Islam

  1. assalammualaikum…
    saya juga seorang convert muslim. Ustaz Farhan kalau menbaca massage saya. bolehkah bagi email ustaz. saya ada soalan nak tanya ustaz. Banyak benda tak faham lagi…..

  2. Assalamualaikum,
    Saya terlalu terharu dengan kisah yg dipaparkan.Betapa seorang hamba Allah yg asal usulnya seorang kafir begitu bersemangat untuk memperjuangkan Islam.Betapa kecil dan rendahnya saya rasakan diri ini dibandingkan dengan Farhan walaupon saya dilahirkan dgn asal usul seorang Islam.Saya begitu berminat untuk bersama2 saudari Farhan sekiranya ada pembaca2 yg dapat memberikan saya cara untuk menghubungi beliau.Marilah kita sama2 cuba sedaya yg bolih untuk dengan apa cara sekalipon untuk menegakkan agama yg mulia ini.

  3. alhamdulillah……saya sendiri yang dah islam dari kecil lagi pun tak tahu selok belok islam tu sendiri….kadang-kadang saya ingat…tapi kadang-kadang saya alpa dengan hidup tanpa haluan saya….bila susah baru saya ingat ALLAH….bila saya baca kesah tuan…naik bulu roma saya sebab saya sendiri tak ada kesedaran macam tu…saya harap2 sangat saya dapat petunjukdan ditemukan dengan orang yang mampu membimbing saya ke jalan yang diredhai oleh NYA..

  4. Sesiapa pun kita lihatlah pada islam itu sndiri jgn dilihat pada penganutnya, kerana keindahan islam ada pada kesyumulannya tapi tidak pada penganutnya yang islam sekadar keturunan, tanpa mencari ilmu tentang islam, membuat kajian isi al-QURAN DAN hadis, dan tidak mahu pula mengamalkan ajaran Al-quran dan Hadis.
    Tahniah saudara Farhan,kerana memilih untuk bahagia di akhirat yang abadi. tiliklah diri kita apa bukti kita beriman kpd Allah kalauperintah Allah tidak kita jalankan, apa bukti kitaberiman kpd Malaikat seandainya kita tak merasa gerunnya pada malaikat maut,berhati2 dgn tindakan kita kerna diawasi malaikat Raqib dan Atid, takutnya nanti akan disoal mungkar dan nakir dlm kubur, gerunnyadgn tiupan sangkakala oleh israfil
    apa buktinya kita beriman dgn kitab seandainya al-quran kita tak tahu baca, kalau tahu baca tak tahu makna, kalau tahu makna tak pula kaji intipatinya, kalau kaji tak pula amalkan perintah yg terkandungdi dlamnya.
    Apa bukti kita beriman kpd rasul kalau sunah Rasul kita berat nak amalkan, hadis nabi berapa bilangan yang kita hafal, dlm sehari berapa kali kita selawat pada Rasulullah s.a.w.
    apabukti kita beriman kpd hari kiamat kalau kita takpula bersedia utk menghadapinya dgn amal soleh. Apa buktinya kita beriman dgn Qada’ dan Qadar seandainya kita sering berkeluh kesah bila Allah menguji kita dengan ujian2nya.
    Fikirlah! spya kita sama2 dpt meneguhkan iman kita dan membuktikan kita muslim sejati.

Comments are closed.