Kau Lelaki, Aku Wanita

Susah sangat ke nak jadi wanita yang baik? Banyak sangat ke amanah Tuhan yang perlu lelaki pikul? Jawapannya, memang tak susah dan memang banyak. Bagaimana?
Baca dan carilah jawapannya :-

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum telah menetapkan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri yang buat baik dapat pahala, kalau buat tak baik suaminya yang tanggung dosa. BERATKAN !

4. Suami WAJIB bagi nafkah pada isteri, tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isterinya dan menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi tanggungjawab yang dipikul oleh lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami. Mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tidak larat memikul berat dosa-dosa yang ditanggungnya.

————————————————————————————-

Orang lelaki juga diberi keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Bab ini orang lelaki kena lah tahu, kalau tak tahu lebih baik jadi perempuan. Betulkan..?

1. Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak anak.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan jika dia mati kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun Allah SWT (dosa kecil).

6. Wanita wajib taat kepada suaminya.
Wanita wajib kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat.
Allah menetapkan haid dan nifas yang memang tidak akan ada pada lelaki.

————————————————————————————-

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki iaitu: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja iaitu: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suami dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah.. sayangnya Allah SWT pada wanita.. kan. Semoga kita semua tergolong di kalangan mereka yang disayangi-Nya .

– cikwiduri

2 thoughts on “Kau Lelaki, Aku Wanita

  1. jagala kehormatan sebgi seorg wanita dan isteri..sekiranya ibu memberi cntoh yg baik..anak2 nya juga akan mewarisinya…dan sebaliknya…
    lelaki yg baik ialah..lelaki yg patuh pada ibunya sehingga tidak melanggar hukum Allah…
    sedarla..
    besar sungguh tanggungjwb mu…
    jd sedarla….

Comments are closed.