HARAM Lelaki Memakai Gelang Tangan (Part 1)

Oleh Ustaz Zainuddin Hashim.

Kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan serta penampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya malahan tidak tahu mengenai hukum akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boleh digunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah SWT. Apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasulallah SAW:
Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasulallah SAW telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. “Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata, “Ia adalah gelang perubatan”. Rasulallah bersabda, “Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.”
Hadis Sahih yang ke-19, 885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz-ustaz, pegawai-pegawai kerajaan, menteri-menteri dan semua umat Islam. Sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia, trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang, kemalangan dll.

Jenis-jenis gelang yang diharamkan bagi lelaki Islam :-
1) Gelang Kayu koka.
2) Gelang Kristal.
3) Gelang Tasbih.
4) Gelang Getah plastik.
5) Gelang Besi magnet.
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia).

Jenis2 gelang yang diharuskan :-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad).
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis).
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Related Topics:
HARAM Lelaki Memakai Gelang Tangan (Part 2)
Pemakaian Gelang Bermagnet Jika Penuhi Empat Syarat – Jabatan Mufti Negeri Perak

17 thoughts on “HARAM Lelaki Memakai Gelang Tangan (Part 1)

  1. salam! kalau semuanye haram apa kejadahnya dijual berleluasa. apa mufti buat? jawi? rumi? jais? tidok ke? mengapa rokok dah terangx keluar fatwa haram, masih ramai yg isap! bahkan raja ahmad pengurus bolasepak perak rancang nak dapatkan penaja dpd syarikat rokok! saya dah tanya banyak tempat xde kata haram pun. sebab saya jual gelang dan rantai&kalung untuk lelaki. ni yg marah bebenor. sabar! sabar itu salah satu dpd cabang imaannnnn!

  2. askm..sy nk tanye…kalau utk pmpuan,bleh x pkai cincin di jari tengah?

  3. dari segi menentukan haram atau halal adalha berunsurkan dalil yang kuat,jika ianya hanya dari hujjah-hujjah tanpa ada dalil yang memperkuatkan hujjahnya akan mengakibatkan banyak persoalan lain,jadi dengan itu sesuatu yang berdasarkan hadith terlebih dahulu meneliti hadithnya dengan mengkaji matan dan sanadnya,dalam penelitian itu akan terbukti bahasa ianya sahih atau tidak,dan pemahaman dari bahasa yang disampaikan dalam hadis tersebut,dengan pemahaman tersebut mungkin tidak ada timbul dalam keraguan terhadap sesuatu,selain hadith cuba teliti dari setiap hujjah yang dari tokoh-tokoh hukum islam,telitilah dalam kaedah ilmu pengetahuan…….
    wassalam…

  4. Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasulallah SAW telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. “Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata, “Ia adalah gelang perubatan”. Rasulallah bersabda, “Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.”
    Hadis Sahih yang ke-19, 885 Riwayat Imam Ahmad.

    aku nak minta tolong bawa balik hadis yang asalnya dalam bahasa arab. perkataan “gelang perubatan” bukan perkataaan asal. sedangkan item sebenar yang ditegur dalam hadis ialah “tangkal”. jangan kerana nak menang berhujah kita tukar maksud sesuatu hadis ikut kemahuan kita

  5. kuehpau : terima kasih di atas komen membina anda.
    saya setuju dengan kenyataan kuehpau mengenai persoalan “boleh atau tidak pakai gelang bagi lelaki”.
    Semoga yang masih dalam kekeliruan, rujuklah pada hadis Rasulullah dan fatwa yang telah dikeluarkan oleh para mufti.
    Tak perlu ragui perkara yang telah diharamkan.

  6. salam..
    cam best topik nie..sy pon ade letak dlm blog sy psl nie..cuma cik widuri mungkin tak letak ayat last skali dlm artikel tue.. “kalu nk sgt pakai gelang, jd laa antara 3 golongan yg diharuskn pakai gelang”.. bg sy, bende nie tak perlu kita argue.. sbb bila Nabi ckp jgn, so jgn laa.. tidak perlu timbul persoalan, bley ke pakai takde niat? bley ke pakai gelang berbentuk U? sbnanye org kafir dia kaji hadis Nabi, n diorg cuba nk pesongkn kita supaya timbul isu2 ni n tak ikut kata Nabi.. pk2 kn aa.. kalu kita mengaku kita umat Muhammad, ikut saja kata dia.. toksah aa duk argue lg.. sy bkn laa org yg sempurna.. salah silap sy mntk maap.. kalu btol cuba pk2 n amalkn.. kalu sy ckp tak btol, abaikan..

Comments are closed.