Kelab ‘kami sayang Pak Lah’

Ahli kelab Kami Sayang Pak Lah 

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berkunjung ke Bukit Bintang, di sini, malam kelmarin, terkejut apabila diserbu sekumpulan gadis jelita diketuai penyanyi dangdut tanah air, Ani Mayuni, membawa risalah dan pelekat kereta berslogan ‘Kami Sayang Pak Lah’.

Kejutan kumpulan 41 anggota Kelab Kami Sayang Pak Lah satu lagi usaha Barisan Nasional (BN) untuk memeriahkan kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 di Bukit Bintang yang menjadi kawasan tumpuan rakyat tempatan dan warga asing.

Dalam kempen itu, kumpulan penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berbaju-T putih dan bertopi biru berlambang BN mengagih-agihkan risalah, pelekat kereta dan lencana Pak Lah dan BN sambil memujuk orang ramai mengundi BN.

Ani, selaku ‘cheerleader’ atau ketua pasukan Kelab Sayang Pak Lah berkata, Bukit Bintang antara lokasi dalam siri jelajah ke seluruh negara terutama menceriakan kawasan kurang terasa bahang pilihan raya.

Menurutnya, kelab penyokong yang ditubuhkan seorang aktivis tempatan itu menghimpunkan gadis patriotik, cergas, sihat dan bersemangat tinggi dengan harapan bakal melahirkan generasi pemimpin pelapis.

“Kelab ini amat mengutamakan anggota cergas, komited dan bersemangat tinggi, manakala kecantikan satu bonus,” kata Ani ketika ditanya kriteria pemilihan anggotanya.

Menurutnya, ada kalanya kumpulan itu berjalan kaki sejauh enam kilometer untuk mengagih-agihkan risalah dan pelbagai cenderamata BN dan Pak Lah termasuk selempang, lencana dan bendera.

Bagi program sempena PRU 12, Ani berkata, kumpulan itu memulakan gerak kerja kempen dan mendekati orang ramai sejak 26 Januari lalu dan bergerak dari Kedah ke Pulau Pinang, Melaka, ibu kota dan kembali ke Butterworth secara berkonvoi membabitkan 25 kereta.

Ahli Kelab, Nurhayati Zoebir Erry, 22, yang baru menyertai kumpulan itu sebulan lalu gembira kerana berpeluang menjelajah negara sambil ikut serta dalam proses penubuhan sebuah negara demokrasi.

cikwiduri: kelab ini sebahagian untuk menarik pemuda Melayu Malaysia diketuai artis dangdut. ‘gedik’ sungguh mereka..

12 thoughts on “Kelab ‘kami sayang Pak Lah’

Comments are closed.