Coretan: Reformasi PRU ke-12 (2008)

Oleh Salmiah A Hamid
Harian Metro

Tanggal 08 Mac 2008 Pilihan Raya Umum ke-12 diadakan untuk membentuk kembali kerajaan Malaysia setelah Parlimen dibubarkan.

Tsunami politik Malaysia menyaksikan kegagalan BN meraih undi dua pertiga. Kekecewaan ini jelas kelihatan apabila barisan pemimpin ‘besar’ BN tumbang ketika pilihan raya menentang pembangkang mereka terdiri daripada PKR, PAS dan DAP. Sungguh menyayat hati apabila calon BN yang berjawatan ketua menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen tewas dengan majoriti besar.

Si kecil molek berjiwa pemimpin, anak kepada Penasihat PKR, Nurul Izzah Anwar bangkit pertama kali membawa kemenangan PKR di P121 Lembah Pantai dengan majoroti 2,895 undi berjaya mengalahkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengungguli kawasan itu sejak 12 tahun lalu. Sharizat akur dengan suara rakyat yang mahukan perubahan serta nafas baru pemerintahan.

Kisah di Pulau Pinang pula menyaksikan jatuhnya seorang Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di P46 Batu Kawan kepada calon DAP, Prof Dr P Ramasamy dengan majoriti 9,485 undi. Kekalahan BN-Gerakan di Pulau Pinang memberi impak yang besar pada negara apabila pembangkang mengaut 43 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen.

Presiden MIC yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu amat terkejut dengan undian rakyat apabila beliau tewas di tangan calon PKR, Dr Michael Jeyakumar Devaraj. Beliau yang yakin menang di kerusi ‘favourite’nya di P62 Sungai Siput terpaksa mengaku kalah dengan perbezaan 1,821 undi. Sadis kerana kekalahannya itu sempena dengan hari lahir beliau pada 08/03/1936. Pasti hadiah harijadi ini memberi tamparan yang cukup hebat untuk dikenang.

Kisah sedih Samy Vellu ini, turut menimpa Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin yang kecundang di tangan calon PKR dengan majoriti 9,381 undi. Johari Abdul, nama yang belum gah di persada politik telah menarik kepercayaan rakyat di P15 Sungai Petani untuk menyuarakan hasrat serta kemahuan mereka. Sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, sudah pasti beliau punyai senjatanya sendiri untuk merubah pemikiran rakyat di Sungai Petani.

Angin perubahan BN turut dirasai oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Aziz Shamsuddin. Kepercayaan beliau untuk memenangi hati penduduk P108 Shah Alam tumbang dengan majoriti 9,314 di tangan calon PAS, Khalid Abd Samad. Keyakinan penduduk dengan arus politik PAS memungkinkan Khalid diterima untuk memenuhi selera baru mereka. Penangan yang diterima oleh Aziz, harus dijadikan iktibar kerana penduduk sekitar melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan sikap beliau yang didapati tidak turun padang serta jarang menemui dan beramah mesra dengan penduduk.

Ramai lagi timbalan menteri serta setiausaha parlimen yang kecundang di arena PRU ke-12 kali ini. Tidak dinafikan pergolakan politik Malaysia turun dan naik ini berkait rapat dengan tampuk teratas pemerintahan. Akur dengan keputusan rakyat seharusnya BN menilai kembali kejatuhan mereka yang teruk di 5 buah negeri. Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Persoalan kenaikan harga barang, minyak dan tol mungkin menjadi punca berlakunya perubahan undi. Rata-rata penduduk Malaysia sudah lama mempertikaikan masalah ini yang dari dulu masih tidak berjaya diselesaikan.

Ramai yang menyatakan sokongan terbuka kepada BN namun keputusan undi telah mengubah persepsi pemimpin BN, pembangkang bukan lawan mereka yang lemah. Terdapat pengundi yang ragu-ragu untuk menukar arus pemerintahan namun usaha pembangkang yang tidak jemu ditambah dengan manifesto yang pelbagai, rakyat berasakan tidak salah memperjudikan nasib mereka.

Apa yang pasti, PRU ke-12 menyaksikan kejatuhan BN yang teruk dan berakhir dengan 5 negeri dikuasai pembangkang. Majoriti rakyat telah bersuara, undi telus diakui SPR. Namun, apakah tsunami politik Malaysia yang diwakili pembangkang mampu mengubah kehendak masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia? Apakah agenda pembangkang semasa kempen mampu dilaksanakan? Apakah kaum Cina mampu menerima pemimpin Islam dari PAS (seperti di Perak) kerana mentaliti mereka akan berlakunya pemerintahan hukum hudud Islam sepertimana di Kelantan? Dan bagaimana pula kehidupan orang Melayu Islam di Penang setelah DAP menguasai kerajaan tersebut?

Jelas di sini, pembangkang telah menang dengan 5 negeri namun mereka harus berwaspada dengan kebangkitan BN serta acuannya untuk merampas kembali pemerintahan negeri tersebut. Menang atau kalah, itu adat perlawanan. Politik tidak akan mati dan terpadam dalam jiwa seorang pemimpin yang telah merasai kekalahan.

7 thoughts on “Coretan: Reformasi PRU ke-12 (2008)

  1. Thanks for all the comments on my first posting.
    I am just correcting the fact about the implementation of Hudud law in Kelantan.
    As a Muslim, we should be the one who support the implementation of Hudud Law in this beloved country.
    It is our Muslim law.
    If you believe in Quran, why cant you believe it, 100%.

  2. i can’t understand why so afraid of Hudud? it’s very strict & u’ll probably end up being penalise with lesser verdict using Qisas (correct me if i’m wrong)…

    so why most muslim (in Malaysia) againts it? simple… they DO NOT UNDERSTAND & to make matter worse, they DON’T WANT TO UNDERSTAND & prefer to live as an imbecile for the rest of their pathetic life…

    p/s: I’m not saying u r one of them En. Abdul Muein sir..

  3. i can’t understand why so afraid of Hudud? it’s very strict & u’ll probably end up being penalise with lesser verdict using Qisas (correct me if i’m wrong)…

    so why most muslim (in Malaysia) againts it? simple… they DO NOT UNDERSTAND & to make matter worse, they DON’T WANT TO UNDERSTAND & prefer to live as an imbecile for the rest of their pathetic life…

    p/s: I’m not saying u r one of them En. Abdul Muein sir..

  4. abdul muien;

    Kalau Kelantan melaksanakan Hukum Hudud, x semestinya ada orang yg kena potong tangan or rejam sampai mati… Bukan senang lah nak ‘layak’ dikenakan hukum potong tangan or whatever… u go study Hudud Law 1st , & let me know your finding…

    p/s: AFAIK, there’s only 1 case kena rejam zaman Nabi Muhammad.(I stand corrected).. & that person still live after that! i don’t want to elaborate more about this coz i think u r capable for your own research..

  5. abdul muien: terima kasih dengan komen anda. hukum hudud tidak dilaksanakan di Kelantan kerana tiada sokongan dari kerajaan pusat. namun, ura-ura mengatakan hukum hudud akan dilaksanakan di Kelantan.

  6. Cuma nak perbetulkan fakta:
    Kelantan tidak melaksanakan Hukum Hudud.
    Kalau sudah dilaksanakan, tentu sudah ada orang yang dipotong tangan atau direjam sampai mati.

Comments are closed.