Al-Fatihah: Yusni Jaafar

Arwah Yusni Jaafar

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal Yusni Jaafar Sidik, 63, meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Selayang akibat kegagalan hati. Yusni menghembuskan nafasnya pada kira-kira pukul 2.30 pagi.

Menurut anak keduanya Raja Ema, ibunya dimasukkan ke hospital itu pada 31 Jan lepas.

Katanya jenazah ibunya dibawa balik ke rumah keluarga di 37, Jalan USJ 3/2, Taman Seafield Jaya, Subang Jaya dekat sini dan disembahyangkan di Masjid USJ 15 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21.

Yusni, anak kelahiran Tumpat, Kelantan meninggalkan lima cahaya mata.

Filem pertama lakonannya ialah filem Panglima Badol pada 1978 dan sepanjang hayatnya telah berlakon dalam kira-kira 20 filem tempatan.

Antara pencapaian allahyarhamah sepanjang bergelar anak seni ialah memenangi Pelakon Wanita Komedi Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-8 pada 1989.

Lakonan terakhir beliau dalam filem Cuci pada tahun lepas.

BIODATA
NAMA: Yusni binti Jaafar Sidik (PPN)
UMUR: 63 tahun
TEMPAT LAHIR: Tumpat, Kelantan Darul Naim
BANGSA: Melayu
AGAMA: Islam
SUAMI: Raja Ibrahim bin Raja Mansor
TAHUN PERKAHWINAN: 1966
ANAK: 5 orang
NAMA ANAK:

  • 1. Raja Iskandar bin Raja Ibrahim
  • 2. Raja Ema binti Raja Ibrahim
  • 3. Raja Izat bin Raja Ibrahim
  • 4. Raja Emi binti Raja Ibrahim
  • 5. Raja Erna binti Raja Ibrahim
  • NAMA AYAH: Jaafar Sidik
    NAMA IBU: Kasmini Mustajab
    KERJAYA: Pelakon/Pelakon komedi veteran

    FILEM:

  • 2007 : Cuci – (Artis Undangan)
  • 2005 : Tak Ori Tapi Ok – (Pelakon Pembantu)
  • 2003 : Laila Isabella – (Artis Undangan)
  • 2002 : Soalnya Siapa? – (Pelakon Tambahan)
  • 1999 : Senario The Movie – (Pelakon Pembantu)
  • 1992 : Penghujung Malam – (Pelakon Pembantu)
  • 1990 : Driving School – (Pelakon Pembantu)
  • 1990 : Pening-Pening Lalat – (Pelakon Pembantu)
  • 1989 : Antara Dua Hati – (Pelakon Pembantu)
  • 1988 : Dendang Remaja – (Pelakon Pembantu)
  • 1988 : Guru Badul – (Pelakon Pembantu)
  • 1986 : Gila-Gila Remaja – (Pelakon Tambahan)
  • 1986 : Hantu Siang – (Pelakon Pembantu)
  • 1986 : Balik Kampung – (Pelakon Pembantu)
  • 1982 : Sikit Punya Gila – (Pelakon Pembantu)
  • 1981 : Setinggan – (Pelakon Utama)
  • 1978 : Panglima Badol – (Pelakon Utama)
  • ANUGERAH:

  • 1985: Pingat Pangkuan Negara (PPN) – Kerajaan Persekutuan
  • 1989: Pelakon Komedi Terbaik – Festival Filem Malaysia ke-8
  • Gambar ketika arwah Yusni terlantar sakit di hospital

    cikwiduri: Takziah kepada keluarga arwah Yusni Jaafar. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.

    7 thoughts on “Al-Fatihah: Yusni Jaafar

    1. Allahyarhamah seakan-akan ibu sy yg trlantr sakit hampir 2thn akbt strok…Sedih xterkte,Al-Fatihah..

    2. al-fatihah…
      semoga rohnya dcucuri rahmat…amin..
      yg telah pergi ddoakan..
      yg masih hidup teruskn hidup pada jalan yg betull…insyaallh…

    3. Alfatihah … semoga almarhumah ditempatkan di samping insan2 terpilih dan diredhai Allah.. insyaallah. Amin

    4. Takziah atas pemergian seorang penghibur tanahair yg disegani. Terima kasih ibu Yusni yg telah menghiburkan rakyat Malaysia 4 dekad berturut-turut. Al-Fatihah.

    5. ucapan takziah kepada ahli keluarga allayarhamah jusni jaafar..semoga roh arwah dicucuri rahmah dan ditempatkan bersama sama golongan org yg beriman..al-fatihah..amin…

    Comments are closed.