Topup tahan lama

Org kata pakai line lagi save dari prepaid…Tapi korang mesti terperanjat dengan ape yang bakal aku ceritakan nie.

Top-up RM10 tapi boleh tahan sampai 1 bulan, tak kira la kalau korang bergayut berapa lama sekalipun, hantar berape juta sms sekalipun.

Mungkin rezeki aku hari tue, pegi la jumpa makcik bau2 bacang dengan aku. Dia ajar macam mana nak crossing account coz dia keja kat bahagian System Development Telekom.

Okay. Secara simple nya aku terangkan kat korang tapi ingat JANGAN BUAT LEBIH DARI 3 KALI untuk 1 nombor coz system akan auto detect dan batalkan no korang.

Time nya, korang boleh topup pertengahan hujung bulan antara 25hb ke atas dalam jam 3.00am ke atas.
coz dalam tempoh nie sistem akan diselenggara so ada harapan lah. Kena cuba la.

Caranya:-
1) Beli topup RM10…gesek dan ready.
2) korang type send ke 09901
3) tunggu reply. kat skrin akan keluar satu serial number 6 digit. korang salin tau.
4) pastu korang type masukkan 6 digit tadi send ke 09902
5) pastu diorang akan reply ‘insert your topup num’. korang type 14 digit topup number yg korang beli send ke 09903
6) tak lama pastu diorang akan reply;

“tengkorak kau berjambul…ingat nie company opah kau yg punya? masuk toilet pun kena bayar 20sen, nie kau nak topup 10 hengget nak pakai seumur idup plak!! banyak cantik muka kau!”

hah.. tue aar. aku pun tak sangka diorang akan reply mcm tu…
kecik ati aku..
kadang2 diorang reply lebih ‘kesat’ dari di atas dalam pelbagai bahasa. boleh menitik air mata beb..

dah la. penat pulak menipu nih.
pi sambung buat keje..

cikwiduri: hehehe…

2 thoughts on “Topup tahan lama

Comments are closed.