Pemakaian Gelang Bermagnet Jika Penuhi Empat Syarat – Jabatan Mufti Negeri Perak

IPOH: Pemakaian gelang bermagnet yang dikatakan mempunyai unsur perubatan dan menjadi satu trend kini adalah harus sekiranya memenuhi empat syarat yang ditetapkan, kata Ketua Penolong Mufti Negeri Perak, Ustaz Zamri Hashim.

Syarat-syaratnya:-

1) Pemakai gelang bermagnet itu tidak beri’tiqad (kepercayaan atau keyakinan di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kerana yang memberi kesan adalah Allah S.W.T.

2) Tidak berniat memakai gelang berkenaan kerana menyerupai wanita dan bukan bertujuan untuk bermegah-megah kerana semakin lahir kebelakangan ini trend menghiasai gelang-gelang berkenaan dengan aksesori-aksesori seperti perhiasan wanita.

  • “Haram memakai gelang yang diperbuat daripada emas,” katanya.
  • 3) Gelang bermagnet itu mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa.

  • “Bukti itu mestilah datang daripada para doktor atau ahli sains yang amanah lagi thiqah (boleh dipercayai). Tidak memadai hanya dengan penerangan jurujual sahaja,” katanya.
  • 4) Jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai maka adalah lebih baik pemakai gelang bermagnet itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan pemakaian gelang berkenaan.

    Beliau mengakui bahawa terdapat dua pandangan berkenaan isu pemakaian gelang bermagnet iaitu pandangan pertama menyatakan ia haram dipakai kerana menyerupai perempuan manakala pandangan kedua mengatakan ia harus dipakai kerana bertujuan berubat dengan masing-masing mengemukakan dalil mereka.

    “Oleh kerana perkara ini telah menimbulkan perselisihan pandangan antara para ilmuan, maka kaedah yang dicadangkan oleh Imam As-Sayuti iaitu keluar dari khilaf (keliru) adalah digalakkan,” katanya.

    Beliau berkata kertas kerja ringkas itu sekadar membawakan penghujahan kedua-dua pihak dan cuba membuat kesimpulan sekadar yang mampu supaya masyarakat mendapat gambaran terhadap perbincangan yang berlaku.

    “Perbincangan ringkas ini masih boleh diberi pandangan oleh para pembaca dengan membawa dalil-dalil dan hujah-hujah tetapi janganlah sampai memanjang-manjangkannya sehingga terlupa kepada isu yang lebih penting,” katanya. – Bernama

    Related Topics:
    HARAM Lelaki Memakai Gelang Tangan (Part 1)
    HARAM Lelaki Memakai Gelang Tangan (Part 2)

    6 thoughts on “Pemakaian Gelang Bermagnet Jika Penuhi Empat Syarat – Jabatan Mufti Negeri Perak

    1. pernyataan pertama n ketiga 2 sukar nak diselarikan.. tapi ini tipsnye..dalam al-quran Allah berfirman tidak Dia menjadikan sesuatupun di antara langit dan bumi itu dengan sia-sia..islam terlalu maju ke hadapan tapi umatnya sangat jauh ketinggalan..saban hari kite kutuk orang yahudi tapi sedarkah kite,org yahudi percaya smue yg jadi ada punce dan carenye.. jgn sntiase m’harap kalau kite sndri tak berubah

    2. kalyway,

      nak tgk hujah dari quran & hadis mana lagi? Mufti sendiri mengakui bahawa terdapat DUA PANDANGAN dan MASING2 MEMPUNYAI DALIL! so, dia mencadangkan kaedah keluar dari khilaf… saya sangat setuju… look it this way, it’s a better bet, if u study the possibilities mathematically, u will agree too.. . same as GOD or NO GOD arguement, mathematically u’ll choose that GOD exist as it’s the best ‘bet’… hope u understand what i’m trying to say..

    3. kalau nak bercakap, selidik dulu pokok pangkalnya, ikut suka hati bercakap, jemput dosa ada la

      ikut pendapat paling popular tak semestinya betul. kena tgk hujah dari quran dan hadis yang menyokong

    4. xpayah la pakai gelang2 ni… buat timbul fitnah je.. pakai jam cukup… nak berubat pun bukannya xde cara lain.. xpun telan je cuka getah, ‘lancar’ je aliran darah hahahaha

    Comments are closed.