Niat penjelasan ketika wuduk

1.) Berkumur
Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2.) Membasuh muka
Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3.) Membasuh tangan kanan
Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini”.
Ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan.

4.) Membasuh tangan kiri
Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini”.
Ahli neraka diberikan hisabnya di tangan kiri.

5.) Membasuh kepala
Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.
Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6.) Membasuh telinga
Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.
Hari-hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya.

7.) Membasuh kaki kanan
Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim”.
Ahli syurga melintasi titian siratul mustaqim dengan pantas sekali.

8.) Membasuh kaki kiri
Ya, Allah, bawakanlah aku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”.
Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi sepanjang menghayati tuntutan Islam?

Adakah pernah kita berfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

3 thoughts on “Niat penjelasan ketika wuduk

  1. Salam Cik Widuri,
    Saya amat bersyukur jika ada hamba Allah spt Cik ni yang sentiasa perihatin dan peka dengan apa yang berlaku dengan umat Islam disekeliling kita setiap hari. Cuma saya minta berhati2lah dalam menyampaikan apa2 maklumat berkaitan HUKUM. Pastikan dulu kesahihan sebelum dipaparkan, demi mengelakkan kekeliruan.

    Contohnya dalam soal wuduk, kaedah mengangkat hadas kecil atau wuduk ini adalah dari perintah Allah. Allah menetapkan dan kita mengikut perintahnya. Oleh kerana kita bukan ulama’, maka kita disuruh mengikut ulama dalam melaksanakannya. Berlaku perbezaan namun ada hikmahnya. Cuma yang pasti, setiap sesuatu yang kita paparkan di sini, haruslah ada sokongan2 tersebut agar tidak mengelirukan, kekeliruan akan menyebabkan kita menjadi was-was, was-was ini kerja iblis/syaitan dan boleh menyesatkan. Ini saja yang saya harapkan.
    Wallahu’alam.

Comments are closed.