Petua mencuci hati

Oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak membersihkan hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa sebutkan lah “Ya, Allah jadikan hatiku bersih

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa kita diampunkan, otak kita turut menjadi tenang, dimurahkan rezeki, disayangi orang dan mencetuskan semua perkara kebaikan

3. Solat taubat
Selain kita memohon keampunan, dapat membersihkan hati dan menenangkan minda

4. Membaca Al-Quran
Selain membersihkan hati kita, ia turut menenangkan jiwa, sebagai penyembuh, penenang dan memberi terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhuallah” sebanyak 3X

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari
Semasa meminta maaf perlu sebutkan perkataan “minta maaf

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif
Jangan sesekali mengkritik, mengutuk diri sendiri atau merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah “Aku sebenarnya.. (perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda

Waktu yang paling baik adalah waktu malam iaitu sebelum tidur. Senyum dan pejamkan mata sambil berkata di dalam hati “Ya, Allah bersikanlah otak ku, bersihkanlah hati ku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif“. Menurut kajian psychology, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8. Berpuasa
Ketika berpuasa, kita terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang jahat

9. Cuba ingat tentang mati
Sekiranya hendak melakukan sesuatu perkara jahat, tak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa

10. Kekalkan wuduk

11. Bersedekah

12. Belanja orang makan
Lakukannya setakat yang kita mampu dan bukan untuk menunjuk-nunjuk

13. Jaga pemakanan kita
Jangan makan makanan yang dirasakan shubahah

14. Berkawan dengan ulama

15. Berkawan dengan orang miskin
Keinsafan akan datang pada diri kita jika kita sedar bagaimana susahnya kehidupan si miskin

16. Berpesan kepada para sahabat
Memberi nasihat dan berpesan perkara yang baik turut melatih diri kita menjadi insan yang syumul

17. Menjaga pacaindera
Pancaindera (mata, telinga, mulut…dsb), perlu dijaga daripada kejahatan. Contohnya jangan dengar orang mengumpat, jangan melihat perkara tak elok/sumbang, jangan mengumpat atau memfitnah orang

Bersyukurlah kepada orang yang menyakiti hati kita kerana dialah yang menabahkan hati kita, bersyukurlah kepada orang yang menipu kita kerana dialah yang meningkatkan pengetahuan kita, bersyukurlah kepada orang yang tidak mengendahkan kita kerana dialah orang yang memupuk kita agar berdikari dan bersyukurlah kepada orang yang menyeksa kita kerana dialah orang yang menguji kesabaran kita.

Jika mereka mengakui mereka adalah umat Nabi Muhammad pastinya mereka tidak akan membelakangi sahabat-sahabatnya.

Wallahualam.

One thought on “Petua mencuci hati

  1. Heran sëkali, org yg mencuci wajahnya bërkali kali dlm sëhari, tëtapi tidak mencuci hatinya walaupon sekali dlm setahun…

Comments are closed.