“Satu” penerbangan!

Bila kita berangkat dari alam ini (dunia) ianya ibarat penerbangan kita ke sebuah negara lain iaitu ke kubur dan akhirat.

Di mana, maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

Di mana, penerbangan bukannya melalui Air Asia, AirJordan atau MAS tetapi Al-Jenazah.

Di mana, bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg tetapi amalan yang tiada atau ada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.

Di mana, bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.

Di mana, pewanginya bukan Tommy Girl atau Ralph Lauren tetapi air mawar dan cendana.

Di mana, pasport kita bukan Malaysia, British atau American tetapi Al-Islam.

Di mana, visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan tetapi ‘Lailahailallah‘.

Di mana, pelayannya bukan pramugari jelita tetapi Izrail dan lain-lain.

Di mana, layanan dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi tetapi sekadar kain yang diwangikan.

Di mana, destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International tetapi tanah perkuburan.

Di mana, ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani tetapi bilik 6 kaki yang gelap-gelita.

Di mana, pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam tetapi Mungkar dan Nangkir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.

Di mana, tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.

Di mana, lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

Di mana, destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya. Ianya percuma, jadi simpanan (saving) anda tidak akan dihabiskan.

Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.

Tak perlu risaukan tunda (delays), penerbangan ini sentiasa tepat, pada waktunya ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan. Anda telah hilang selera bersuka-ria.

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Berita Baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini.

Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!!

Penerbangan ini datang tanpa sebarang ‘amaran‘. Cuma perlu ingat! Nama anda telah tersedia ditempah untuk satu penerbangan.

Adakah kita telah bersedia untuk berangkat???

Sudahkah anda bersedia untuk penerbangan ini???

4 thoughts on ““Satu” penerbangan!

  1. It reminds me of my previous conversation with my eldest son (when he was 5 y.o):

    Son: Dedet, apa jadi bila kita mati?
    Dad: Bila mati, kena tanam sebab nanti busuk. Dalam kubur kita duduk sorang2, nanti cacing,ulat datang makan, kita reput tinggal tulang saja.
    Son: So tak boleh jumpa mummy, yana, akid, nenek lagi?
    Dad: Yelah, semua dah tak jumpa lagi. Kan sudah mati.
    Son: Dad, please don’t die.
    Dad: Tak boleh, semua org mati.
    Son: Dad, please don’t die, I don’t want you to die.
    Dad: Hmm… (thinking)

    I never answer that question…

    after reading this article, what was in my mind that day come again.. “am i ready?”

    insaf…

    p/s: good article. thanks.

  2. kita mmg tahu benda ni tapi sejauh mana kita yakin ianya akan berlaku. iman kita mmg x kuat untuk trima benda ni. kalau iman kuat dh lama kita bersedia…

  3. Kita mungkin telah merasai penerbangan di dunia, bertaraf antarabangsa, dilayan pramugari cantik belaka, duduk di kerusi empuk tetapi… ia tak akan sama dengan penerbangan kita ke alam barzah.

    kita tetap ‘terbang’ jua kan🙂

Comments are closed.