Gincu, tumit tinggi haram di Kota Bharu

Jun 23, 08 6:23pm

Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengeluarkan larangan terbaru kepada pekerja Islam, antaranya tidak memakai gincu dan kasut tumit tinggi yang tidak mengeluarkan bunyi.

Yang Dipertua, Shafie Ismail berkata arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.

Katanya lagi, muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.

Jika hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah, katanya dalam pekeliling yang dikeluarkan kepada mereka yang bekerja mengendalikan semua premis dalam kawasan MPKB-BRI.

Etika berpakaian yang perlu dipatuhi termasuklah memakai tudung labuh, tidak jarang dan menutup dada, memakai baju berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.

Shafie berkata mereka yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kompaun seperti peruntukan Undang-Undang Kecil MPKB-BRI 1986 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikompaun tidak lebih RM500.

Related Topics:
Kenapa tak bogel saja?

7 thoughts on “Gincu, tumit tinggi haram di Kota Bharu

  1. hmmm… last night i was with someone who work in Jabatan Perhutanan Kelantan… asked her how’s thing going on with this gincu,make-up law thingy… she said no problem lah, still ppl wearing etc… but she did mentioned that it’s not actually a law, it’s more like advise… but not sure if the law only apply with MPKB staff? anyway, Foresty Department located in Kota Darulnaim in KB along with the Menteri Besar office… so should be they all must follow the law rite??? hmmm…

  2. heheheh.. mami penang yang terkenal dgn gelang sampai ke ketiak. patutnya akta nie dipraktik kan di penang jugak

  3. bagus gak… makcik2 yg gelang emas sampai ke ketiak tu xlehla nak show off lebih2 hahaha

  4. bagus gak… makcik2 yg gelang emas sampai ke ketiak tu xlehla nak show off lebih2 hahaha

  5. errr… bermakna kalau bercuti di Kota bharu kena ikut etika ni gak ke? or is it this law only apply for workers in Kota Bharu?

Comments are closed.