10 amalan yang terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh  Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut  dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah  sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan  dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang  hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta  anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit  nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi  kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah.  Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk memberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas  dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan  nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,  sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin tapi kalau di rumah sangat malas. Sedangkan sebaik baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat  kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibu bapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru  tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.

Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini,  rezeki Allah diminta tapi nak ke rumah-Nya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima  hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita  menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut  selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.
(Riwayat Bukhari)

9 thoughts on “10 amalan yang terbalik

  1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan bertahlil dan doa selamat yang kononnya dikirimkan untuk seseorang yang mati tidak akan sampai kepada mayat.

    Sabda Nabi Sallallahu `alaihi wasallam yang bermaksud, “Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amal usahanya kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan) soleh yang berdoa untuk simati” (an-Nawawi, Syarah Muslim : juz 1 hal; 9)

  2. hambaAllah,

    saya faham anda berniat baik memberi nasihat tetapi cara anda gunakan adalah salah… anda lebih kepada ‘menghina’ daripada ‘menegur’… saya bukan bias kepada sesiapa tetapi ingatlah “Niat tidak Menghalalkan Cara”… fikir-fikirkanlah…

  3. kepada saudara hamba Allah,
    Sila rujuk tajuk baru tentang “tudung” di blog ini. Semoga saudara tidak memandang hina dan tidak pula dihinakan oleh-Nya.

  4. hahaha..
    kate ank guru quran tp gmba xbtudung..
    ??
    hahaha
    atleast klu bkn gmba sbnr pn, ltk la gmba yg brtudung..
    huhu

  5. Salam

    bagus benar artikel ni.. kene bagi orang kampung i bace ni.. maklumla dah banyak sangat bidaah nya..

  6. lain kali jangan melawan orang yg memberi kita ilmu… hehehe… & juga org tua2.. kena hormat…

  7. tu la pesal… insaf2

    no. 8 tu i really thanks my parent.. they willing to ‘hire’ private ustaz to come to our house 5 days a week teaching Quran, tajwid etc… thanks mom, dad! you r the greatest… love u both (pls don’t die… yet)

Comments are closed.