Rumahku Syurgaku

Alhamdulillah…

Actually, hampir seminggu juga aku tinggal di rumah baru. Penat lelah berpindah dari tingkat 4 turun ke tingkat 3, berbaloi aku rasakan sebab senang hati di rumah baru ini.

Sabtu minggu lepas, balik saja dari kerja aku terus kemas barang-barang di bilik sewa. Hampir 10 kali aku turun naik tangga hantar berkotak-kotak barang ke rumah baru. Kali ini, aku sewa the whole house. Nasib baiklah dapat sokongan daripada emak, yang tak setuju jika aku sewa di rumah lama bersama dengan housemate yang dah berkahwin…(aku pun tak nak duk situ).

Walaupun buat masa ini, aku stay seorang tapi alhamdulillah…belum ada gangguan yang cuba menguji keimanan aku. Itu rumah aku dan aku tetap pertahankan!

Last night, selepas ‘berperang besar’ dengan Yan, aku muhasabahkan diri sebelum aku tidur.

Aku amat bersyukur atas kurniaan Ilahi yang masih memberi aku nafas di dunia ini, walaupun aku pernah minta untuk ‘mati’ kerana tidak terbeban di bahu ini dengan segala dosa.

Aku amat bersyukur kepada-Nya dengan limpahan rezeki yang Dia berikan. Hidup aku dulu susah, terumbang-ambing kini Dia beri aku jalan untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik dari sebelumnya.

Aku redha kepada-Nya dengan jodoh yang masih belum ada noktah. Aku redha jika hubungan yang tidak sekufu itu putus sebab aku tak nak ungkit-mengungkit berlaku selepas perkahwinan. Aku bukanlah wanita yang sempurna untuk mendapat lelaki yang begitu sempurna.

Kemudian, aku terlelap dan tak sedar apa-apa.

7 thoughts on “Rumahku Syurgaku

  1. ini dah kira pencabulan hak asasi binatang… wakakakaka…

    u sebut kucing, i teringat lagi 1 cerita pasal kucing… housemate i dulu ada sorang yg suka kucing, dia ada kutip sekor kucing bela… dia ni jenis suka tido berbungkus, selimut satu badan dari hujung kapla sampailah ke kaki… gila, i tak taula macam mana bernafas hahaha…

    anyway, dia ni selalu la tido ngan kucing dia (patut tangkap basah je hahaha)… satu kali i masuk bilik dia, dia tengah tido berbungkus, tetiba dia bukak selimut menyumpah2… i tanyalah… dia cakap, si kucing dia tu kentut dalam selimut hahahahaha…. padan muka…

    aritu, 2 ari lepas election baru je kawin, tak tahu la dia ajak bini dia tido berbungkus ke tak hahaha (harap2 bini dia tak kentut dalam selimut) LOL🙂

  2. takde nye nak peluk cium lama2…

    dah kawin nih mula2 je… past tu ko pandang north aku pandang south.. keskeskes.. tak caya tanya abanglong… am i right? tapi sayang tetap sayang beb… gf boleh beribu tapi bini sorang je (nak empat tapi gerenti xdapat la) hahaha…

    p/s; just wanna cheer u up beb… hidup ni macam tu lah.. ada down, ada up… the important thing is always think positive… & keep your morale up🙂 u’ll do just fine.. trust me

  3. hahahahaha sabar je lah!!!

    sometime i pun tedo kat ruang tamu. aman je rasa dapat tedo dengan ruang besar gitu.
    Insyaallah, tak de ape kat rumah baru i nie. between, i nak cari peneman. bole la i peluk dia, bole i cium dia.. mesti best🙂

  4. teringat kisah dulu2… time blajor U, dok umah sewa… cuti semester semua housemate balik, tinggal i ngan sorang lagi member xmoh balik sbb keje part time…

    1 night, member tu kuar g keje shift malam, tinggalah aku sorang2 dok umah.. nak tido, bentang tilam kat ruang tamu depan tv, tutup lampu, simpan cermin mata… cahaya bulan masuk ikut cermin tingkap depan umah, so nampak la samar2 ruang dalam umah… tengah golek2 nak tido (plus berangan pesal gf2 aku-hahaha) tetiba nampak bayang orang melintas… datang dari ruang dapur terus gerak masuk bilik utama… jubah putih rambut panjang sampai lutut… muka tak nampak (nasib baik)… aku buat2 tak tahu, golek2 lagi terus tido…

    aku tak de cakap apa2 ngan sesiapa sampailah semester break habis… budak2 semua dah masuk, baru aku dok borak2 ngan member yg ikut aku tak balik cuti aritu.. aku cerita dia apa aku nampak, dia cakap memang dia tahu umah ni ada something.. sebab tulah selalunya dia bila tido kat bilik belakang dia pasang kaset orang mengaji… hehehehe.. aku pikir2 balik, ntah ada apenya kawasan situ, dulu2 ladang kelapa sawit… buat tak tau jela… aritu ‘dia’ dah helo aku tapi tak kacau pun so oklah tu kot hahaha..

    p/s: cerita ini memang bukan cerita rekaan, memang betul2 berlaku & bukan niatku nak menakut-nakutkan cikwiduri yg dok sorang2 tus.. hahaha🙂 cheers!!

  5. Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
    Dia datangkan petir dan kilat..
    kita menangis dan tertanya-tanya,
    kemana hilangnya sinar..
    Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..

    all the best my dear friend🙂

Comments are closed.