Kenapa tak bogel saja?

Oleh BekokCobbong
27 Jun 2008.

  Macam-macam hal berlaku sehari dua ni. Mashitah kata surat pekeliling serta risalah etika berpakaian untuk wanita muslimah yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) supaya menutup aurat sebagai perkara remeh temeh? MasyaAllah. Dia sedar tak apa yang dia cakap tu. Tak serikkah dia dengan kontroversi perempuan boleh melacur kalau darurat dulu? Malang sungguh. Janganlah kerana periuk nasi serta mengejar pangkat dan kuasa sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina dan meminggirkan Islam. Kalau kata-kata tu keluar dari orang bukan ahli agama, mungkin orang tak pelik sangat, tapi ni dari Ustazah…MasyaAllah.

Mashitah berkata, sepatutnya mereka perlu memberi keutamaan isu yang lebih besar daripada isu memakai tudung seperti isu pengkid dan menangani masalah sosial.

“Tumpuan seperti itu perlu diberi keutamaan daripada tumpuan yang lebih kecil. Inilah masalah orang Islam lebih mementingkan perkara kecil manakala tumpuan yang lebih besar ditinggalkan,” katanya lagi.

Cuba perhatikan ayat Allah ini;
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa keluar dari rumah), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (perempuan yang baik-baik), maka dengan itu, mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Al-Ahzab 33 : 59)

Ingin bertanya kepada Mashitah, apakah kenyataan beliau itu menunjukkan ayat-ayat Allah adalah perkara kecil dan remeh-temeh ?

Dan sekarang giliran Mashitah pula bertanya kepada diri beliau sendiri.;

Apakah yang aku dan kerajaan BN telah lakukan untuk menangani gejala social? Apakah yang aku dan Ustaz-Ustaz BN telah lakukan untuk mengatasi masalah pengkid dan menangani masalah sosial?

Dan sekarang saya bertanya semula, apakah contoh tauladan yang diberikan kerajaan BN kepada rakyat? Bagaimana rakyat wanita nak pakai tudung kalau dilihat mereka pemimpin, menteri wanita dan isteri-isteri menteri-menteri sendiri bebas tak bertudung? Memang soal iman masing-masing tapi bukankah kepimpinan melalui tauladan?

Pelik! Apabila berlaku sesuatu kejadian jenayah atau gejala sosial, mengapa sibuk mencari formula dan bertanya professor itu professor ini, sedangkan peraturan dan hukum Allah ada. Mengapa tidak ingin kembali kepada panduan dan hukum Allah sedangkan Dialah yang menciptakan kita. Maka mestilah Dia tahu di mana kelemahan kita dan apa yang kita perlukan di dalam hidup kita. Pelikkan…Sungguh pelik!

Bacalah dua buah puisi ini untuk dita’akul dan di fikir-fikirkan

Tudung

Tudunglah makanan itu
Agar tidak disinggah lalat
Tudunglah dirimu itu
Agar tidak disinggah laknat!

Tudung

Engkau pun tersenyum mengejek sambil berkata;
Untuk apa bertudung..
yang diluar tidak penting, yang penting yang di dalam
Pakaian tidak penting, yang penting adalah iman di dalam hati
Kenapa engkau tidak berbogel sahaja, dan berkata;
“Yang diluar tidak penting, yang penting yang di dalam
Pakaian tidak penting, yang penting adalah iman di dalam hati..”

Related Topics:
Gincu, tumit tinggi haram di Kota Bharu

7 thoughts on “Kenapa tak bogel saja?

  1. isk.. perfumeshopkb
    jangan la kata dia pula berbog*l
    agak pedas juga ayat tue
    kita cuma berharap akan ada perubahan pada fakta yang pernah diketengahkan
    ok.

  2. Mashitah ni kenapa ek?
    siap mekap apa semua dah sekarang.
    ni kata hal remeh temeh je.
    WTH?
    nnt aku tak terkejut pasni kuar gambar dia pulak berbog*l.

    dunia oh dunia…

  3. Maaflah kalau post saya ni menyinggung perasaan orang laki. Mungkin kenyataan Mashitah tu kurang sesuai tapi saya paham maksud dia. Saya bekerja rapat dengan institusi pengajian tinggi di luar negeri dan di senario negara kita, kebanyakan pelajar2 IPTA ni terdiri dari kaum wanita. Apa dah jadi ngan orang laki2 di negara kita??? Hanya tahu merempit dan mengambil dadah. Kalau ada masa lapang pun asik menghentam kerajaan dan berpiket sedangkan bangsa2 lain especially cina sibuk bekerja bertungkus lumus mencari punca pencarian.

    Apapun,perangai orang lelaki yang menjadi-jadi ni langsung tak di addresskan. Di Kelantan sibuk meyalahkan orang pompuan atas kes2 rogol yang semakin pelik. Takkanlah anak-anak kecil yang dirogol dan disiksa adalah disebabkan orang pompuan??? Hal-hal seperti poligami juga dipromotekan sebagai sesuatu yang baik tapi isu2 ibu2 tunggal dan nasib wanita2 yang digantung tak bertali oleh orang lelaki masih banyak dan tertunggak. macam ni kah sebuah negara kebajikan?? Jangan asik nak menyalahkan wanita sahaja, sedangkan wanita juga telah banyak menjanakan ekonomi di Kelantan; kebanyakannya bekerja kuat untuk menampung keluarga, tapi menyedihkan bila segala pengorbanan langsung tiada penghargaan.

    Bagi saya, banyak lagi isu2 penting yang harus diketengahkan di Kelantan, tetapi nampaknya kerajan negeri seperti dalam ‘denial’. Seakan-akan isu2 itu boleh diketepikan (tapi sampai bila???).

    Masalah2 wanita yang menjadi ramai andartu sekarang, pun salahkan orang pompuan jugak. Salahkan kita kalau inginkan lelaki berkualiti, tapi kita dituduh terlalu memilih. Macam mana kita nak pilih orang di kalangan orang lelaki kita yang belum tentu boleh jadi imam dan ketua keluarga, sedangkan kita orang perempuan mesti pandai masak, jaga anak, pandai segala-galanyelah. Murah sangatkah wanita di Malaysia ni????

  4. Minta maaf, tiada komen.. hanya khas untuk mereka yang mahir dan fasih dalam bab ni.. . saya pun tak kenal siapa mashitah tu.., maaf kak.

  5. Ermm… pertama kali masuk ke dalam blog ni.. menarik sekali isu yg di ketengahkan… cam isu tudung ni… ermm oshkosh saya ada gak dengar pasal citer jiran ni… masa tu kalau tak silap umah dier kat area training camp tu kan…

  6. Sesat & Menyesatkan…

    lagsung aku tak respek… ngan jiran pun boleh gaduh, apa ustazah? apa belajar agama?

Comments are closed.