Kondo Saiful Bukhari RM2.2 juta?

Oleh Azamin Amin
Tue | Jul 01, 08 | 8:53:45 pm MYT

KUALA LUMPUR: Mungkin ramai yang ingin mengenali siapa susuk watak Saiful Bukhari Azlan, 23, yang telah ‘menggegarkan’ negara dan antarabangsa tentang aduan dan dakwaan liwatnya oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Satu laporan menyiarkan Saiful disifatkan sebagai seorang yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.

Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN,” kata sumber yang dipetik daripada Malaysiakini dan beliau juga didakwa merupakan sukarelawan kempen KeADILan sewaktu pilihan raya umum yang lalu.

Dalam pada itu perkara yang agak menghairankan banyak pihak ialah kemampuan Saiful menyewa Unit 1151 Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur jika dilihat dari sudut latar belakang pekerjaannya.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan sebuah unit kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 yang mana terdapat kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta ‘fitness centre’.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dipetik sebagai berkata mengakui gambar yang tersiar diambil ketika Saiful datang ke pejabatnya pada 12 Februari lalu bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran.

“Dia (pembantu Anwar) seorang pemimpin di kalangan pelajar. Dia pun ambil gambar dengan pemimpin lain. Soalnya bukanlah peranan sesiapa tetapi sama ada perkara itu berlaku atau tidak. Saya bukan orang di sebalik perkara ini. Itu terserah pada polis untuk tentukan,” katanya.

Najib berkata pembantu Anwar itu merupakan bekas pemimpin pelajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) manakala pegawainya di dalam gambar itu bertanggungjawab antara lain, bagi perkara berkaitan dengan pendidikan tinggi.

“Adalah menjadi lumrah tetamu, terutamanya para pelajar yang datang ke pejabat TPM (Timbalan Perdana Menteri), untuk mengambil gambar dengan pegawai-pegawai sebagai kenangan lawatan mereka,” katanya.

10 thoughts on “Kondo Saiful Bukhari RM2.2 juta?

  1. Pi jahanamlah politik malaysia. Semua Ahli politik jadi tiga suku. PKR ckp besar tapi tunduk dgn kehendak DP. DAP nak tolong orang cina saja. UMNO nak tolong kroni saja. PAS apapun tak buat.

  2. ramai yang boleh berfikir tentang kebenaran kan.. kalau gitu, saya pun ble la suka suka hati gie pejabat Menteri minta dermasiswa. huhuhu…

  3. lepas tuh, najib kata pulak yg si saiful bengap ni pegi ngadu kat die pasal DDSAI liwat die. yg tak lojiknye, boleh pulak pegi mengadu kat kediaman rasmi najib tuh..amboi..takkan la org biasa boleh senang2 pegi rumah menteri…

  4. pa la sangat nak bising ngan budak saiful tu.. nama pun saiful pasti cute punya.. kalau saya pun geram juga.. hiSS !!! Tak pa dia punya xxxxx pun dah koyak rabak.. kalau cam tu kasel aje !!!

    Pak Najib kata dia jumpa pegawai dia untuk dpt sokongan pembiayaan biasiswa.. lepas isu ni makin kecoh, Pak Najib pula kata dia jumpa sendiri dengan saiful dan si saiful ni pun mengadu di…. oleh Sdr Anwar.. tu tuduhan si saiful ni, sedihnya cerita ni..

  5. aku pun dah penin nengok benda-benda ne…dah 10 tahun belalu ade lagi yang mengaku kene liwat…dulu polis bawa tilam pasne nak bawa apa pulak??? udah-udah la BN oi…wat malu kaum aje

  6. najib yg jolok si saiful tp DSAI plak yg dpt nama ye…mcm2 la permainan kotor najib & Umno ni. X kan da kene kick leh duk kondo juta-juta.
    lg satu hal mn leh gi trs kat TPM tu mtk biasiswa klu bkn org biase so bdk ni msti ada luar biase ngan najib..ngaku je la najib oii..org sume da th perangai ktr ko & bini ko tu………

  7. Fifee…. itu lah lumrah dunia UMNO dan BN
    ade kabel… senang saje nk dpt ape2..
    we need to live with it lah…

  8. patutla sanggup jadi balaci..jadi macai si saiful tu…jns yg bengap agama upanya…..agaknya die pkir diala manusia yg x mati kot….taubatla slagi pintu msh terbentang

  9. dh kene kick makne nye bengap.. CGPA 1.5. Is he entitle to apply for scholarship? straight A student pun mnyembah JPA (bkn NAJIB) tp xdpt scholar. “there must be something goes wrong somewhere”-quoted by Macik Meri Sindarella

  10. tak tahulah betul ke tak kondo tu dia sewa ke apa tapi nak tanya sket…

    1) lepas kena ‘kick’… apa kerja saiful?
    2) parents dia orang kaya raya?

Comments are closed.