tudung seorang wanita

Assalammualaikum…

HARI ini saya tertarik untuk bercerita dan berkongsi tentang persoalan yang sering diajukan atau dikaitkan dengan saya.

Ada yang berkata dengan nada sinis, apatah lagi menghina tak kurang pula yang berlemah lembut bercerita kepada saya tentang pemakaian tudung.

Saya akui, apabila wanita Islam bertudung, dia telah mengikut syarat iaitu menutup aurat sekaligus terserlah ciri-ciri wanita yang baik, bermaruah dan pastinya dihormati masyarakat.

Namun, adakah saya harus memakai tudung kerana permintaan orang lain? Apakah saya memakai tudung di atas kehendak kekasih? Tidak! Jika itu sebabnya saya memakai tudung, saya tau dan pasti, tudung di kepala ini tak kan kekal lama menutupi tiap helai rambut saya.

Tahukah semua, tudung itu adalah amanah kepada pemakainya. Tudung juga melindungi wanita daripada sifat serta nafsu yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Saya tidak suka menuding jari mengatakan “orang yang pakai tudung lebih buruk tingkah lakunya daripada yang tak bertudung” tapi sudah terlalu banyak contoh wanita bertudung yang sebegitu (lihat gambar). Mereka yang tersasar itu sebenarnya belum mampu menghayati erti tudung dan telah terjerat dengan nafsu sendiri.

Jika saya memakai tudung kerana permintaan orang lain dan pemakaian tudung itu tidak pula mampu mencegah diri daripada kemungkaran kerana iman masih setipis kulit bawang, apakah saya ini masih lagi wanita yang solehah?

Niat dan keinginan sendiri akan datang apabila tiba masanya. Tapi, saya tidak pula menunggu bila dah bergelar isteri baru nak pakai tudung sedangkan saya masih lagi solo dan bujang. Insyaallah…Dia lebih mengetahui bila waktunya. Amin…🙂

Wallahualam…

*Gambar adalah ilustrasi semata-mata yang dikutip daripada suratkhabar.

30 thoughts on “tudung seorang wanita

  1. Assalamualaikum…
    menutup aurat tu wajib bg semua org. jgnla pulak kerana hal2 negetif yg dikaitkan dgn gadis bertudung membuatkan gadis2 yg tak bertudung merasakan mereka da cukop bagus. memang benar tudung tak menjamin akhlak yg baek tp adakah dgn menidakkan suruhan menutup aurat tu baek jugak? pucuk pangkal diri sendiri… jgnla kite nk menegakkan kepincangan yg kita lakukan dgn menunding jari ke arah org laen.

  2. ASSALAMMUALAIKUM CIK WADURI,

    SAYA BERPENDAPAT DGN PNDAPAT BBRAPA ORG. .
    TDK SEMESTINYA YANG BERTDUNG ITU BAIK DAN TIDAK PLAK SMUA WANITA YANG TIDAK BERTUDUNG ITU TIDAK BAIK..SMUA ITU BERGANTUNG KPD INDIVIDU TERSEBUT BRFKIR SECARA RASIONAL.ALLAH MEMBERI KITA AKAL FIKIRAN UTK MEMBEZA KAN YANG BAIK DGN YANG BURUK..TIDAK DI AKUI GEJALA SOSIAL DI NGRA KTA SMAKIN BERLELUASA..KITA BERADA DI AKHIR ZAMAN..TIDAK SEMUA YANG KITA DI NIKMATI ITU AKAN TETAP…

  3. salam. Kalau kita menunggu pada perubahan, kita tak tahu perubahan itu kepada – atau +. Kalau kita still nak menunggu, kita tak tahu ajal rupa2nya yang ditunggu maut yang mengundang. masa tu takde masa kita nak berfikir pasal tunggu aku tak sempat lagi buat itu, aku tak sempat lagi nak buat ini. Dalam suruhan Allah takde ape2 perkara pon yang boleh ditangguh atau untuk menunggu. Hanya melaksanakan apa yang telah diperintahkan.

    1. Perintah Allah harus dilaksanakan…tidak harus bertangguh dalam melaksanakannya…sesungguhnya syaitan akan membenamkan jarumnya kedalam hati manusia yang menangguhkan untuk berbuat baik…bisikan2 akan dihembuskan supaya ia terus dilupakan…tidak ada benda yang baik itu memudaratkan…apatah lagi sekiranya itu adalah perintah Allah…didalamnya penuh hikmah yang tersembunyi…sebelum ajal tiba…sama2lah kita renungkannya…

  4. Assalamualaikum warohmatullah dan Salam ukhuwah buat cik widuri….

    Renung2kan dan hayati di sebalik ayat surah berikut :

    “..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” (Surah Ar-R’ad :11)

    P/s : Jgn sesekali kita tetapkan waktu kita nak mula melaksanakan perintah Allah & taubat atas segala dosa-dosa kita yang lalu kerana ajal di tangan Allah. Ajal boleh datang kepada kita tidak kira kita dalam keadaan sihat mahupun sakit, suka mahupun duka, senang mahupun susah, dan apa keadaan sekalipun kerana kita sememangnya tidak tahu bila kita akan meninggal dunia dan kita juga pasti tidak akan menyangka yang kita akan mati secara mendadak atau tiba-tiba (nauzubillah). Adakah ketika itu kita sempat untuk bertaubat? Tidak sama sekali! Walau sesaat tidak ada waktu lagi Allah berikan masa untuk kita taubat sekiranya kita telah menemui ajal.

    Sebaik-baik amalan adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit. Walaupun seseorang itu tidak ada niat untuk berubah, dia perlu juga berusaha untuk laksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya walaupun pelaksanaan tersebut untuk manusia semata-mata. InsyaAllah dalam tempoh perubahan tersebut Allah akan buka hati orang itu untuk berubah dengan niat kerana Allah. Saya tidak galakkan untuk saudari guna cara tersebut tetapi bagi saya itu adalah cara yang paling kritikal untuk berubah.

    Carilah teman-teman yang sentiasa dekat dan mengingati Allah (Soleh dan solehah) kerana InsyaAllah kita akan lebih mudah berubah. Minta nasihat dan bimbingan mereka. Mereka juga boleh memberikan kita peringatan sekiranya kita terlalai dengan kehidupan. Banyakkan mengikuti majlis-majlis ilmu agama kerana banyak manfaatnya kita boleh perolehi melaluinya. Sebagai contoh lebih mudah untuk kita memperolehi teman-teman baru yang dapat membantu kita di tempat sedemikian.

    Paling penting dalam proses untuk berubah usaha kita mesti berterusan (istiqamah) dan sabar dari segala bentuk ujian kerana orang lain pasti akan mengata terhadap perubahan kita. Sabar itu sebahagian daripada iman tanpa sabar sia-sia segala usaha yang ingin kita capai.

    Banyakkan berdoa kepada Allah supaya diberikan kesabaran yang tinggi, dikurniakan teman-teman yang soleh dan solehah, dibuka pintu hati, dan pohonlah apa jua bentuk bantuan kerana Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya orang yang malas untuk berdoa itu sombong dan tidak bersyukur terhadap segala nikmat yang Allah berikan. Ingatlah bahawa hanya Allah yang layak bersikap sombong kerana kita hanyalah hamba-Nya dan dia adalah Maha Agung dan Maha Pencipta segala yang ada di alam semesta.

    Akhir kata dari saya, mulakanlah taubat nasuha (sebenar-benar taubat) dengan segera kerana maut menjemput kita bila-bila masa. Sediakan bekalan yang banyak untuk akhirat di samping mencari bekalan di dunia. Laksanakanlah segala perintah Allah dan tinggalkan Larangan-Nya umpama kita akan mati pada esok hari.

    Maafkan jika bahasa saya kasar atau sekiranya ada tersalah kata.

    Segala baik itu datangnya dari Allah dan buruk itu atas kelemahan diri saya sendiri sebagai hamba Allah yang kerdil..

    Semoga Allah merahmati dan membuka hati saudari…

    Wassalam…

  5. Salam,
    Dari pengamatan saya, cik widuri tidak menghina sesiapa, hanya untuk melihat dan belajar ilmu baru daripada sahabat2 di internet. King mungkin melampau, tetapi keterlaluan jika menghubungkaitkan cikwiduri dalam hal ini kerana cik widuri membuka perbincangan tetapi tidak dapat menyekat kata-kata orang lain.
    Mungkin FIKIR marah kerana menyentuh hal ini, tetapi sama-samalah kita munasabah diri masing2. Bukanlah apa yang FIKIR tulis itu salah sebenarnya, tetapi mungkin boleh diperbincangkan lagi. Pendapat saya, mengenai tudung? Lihat blog saya, http://sahabatsunnah.blogspot.com/

    1. Aku tak melampau tapi pompuan2 melayu tak sedar kesalahan mereka. So i uploadleh video tu… Kalu video tu dikatakan melamapu, pompuan melayu yg pakai tudung dan cemolot kat tempat awam (yg sunyi), berzina dlm belukar dan dlm kelapa sawit nak kata apa??? I dah meluat tgk pompuan2 melayu ni. Harapjeh lawa tapi perangai mcm sial.

  6. Nak buat ape2 tak payah la tengok orang lain. Kalau orang tu pakai smart pastu makan taik takkan nak ikut gak. Kesimpulannya, buat je lah apa yg betul & takyah buat yg tak betul.

Comments are closed.