Khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Tarikh:  9  Zulhijjah Tahun 10 Hijrah
Tempat: Lembah Uranah, Gunung ‘Arafah

“Wahai  manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak  mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun  ini.

Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari  ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka  anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah  kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah  bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang. 

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu.

Sekiranya mereka menyempurnakan diri mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. 

Layanilah  wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah  bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. 

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan.

Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. 
Sesungguhnya  aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”

5 thoughts on “Khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W

  1. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”

    KLU BACE AYAT TERAKHIR NI, CUBE KITE PK, RAMAI LG X BERPEGANG. RAMAI LG YG TINGGALKAN KAT RUMAH. SUME SIMPAN DALAM GEROBOK ATAU LETAK KAT TMPT TGI SEBAB TAKUT BUDAK2 AMIK BUAT MAIN-MAIN. ALQURAN TUUUUU. JGN BUAT SEBARANGAN. kate diorang la yang x phm ape kate Rasullullah ni…

  2. whatever Islam Hadari yg dipromosikan oleh PakLah saya tak tahu secara details… tetapi saya sangat kecewa dengan pemimpin berlatar-belakangkan agama Islam, diwar2kan memperjuangkan Islam tetapi terang2an menipu… saya tak menyentuh tuduhan2 buruk orang terhadapnya kerana tak tahu kebenaran hakiki tetapi mengapa sebagai seorang pemimpin hari ini dia cakap A esok boleh bertukar jadi B? bukankah itu menipu namanya? dan dia boleh tersenyum macam tiada apa2 terjadi.. tak malukah? jikalau saya kantoi menipu saya akan berasa amat malu dengan orang2 saya… panjang lak komen.. hanya meluahkan rasa kecewa..

    1. aperpun, dlam islam tiada yg latarbelakang kan islam..pabila dikatakan islam..maka muslimin dan muslimat itu wajib berlatarbelakang islam..tidak perlu parti politik atau aper pun..tetapi di bawah quran assunnah..tk

  3. “tidak ada lagi nabi atau rasul yang datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru”na’uzubillah demi masa manusia didalam kerugian.wahai paklah imam ghazali pun tak berbicara pasal islam hadhari.demi masa bertaubatlah

Comments are closed.