Guru dicekup sertai ratu mak nyah

“BACHOK: Seorang guru sekolah kebangsaan antara 16 lelaki berpakaian wanita yang ditahan ketika menyertai pertandingan ratu cantik mak nyah yang digelar ‘Miss Universe Asia 2008’ di sebuah resort di Jalan Tok Bali pada 26 Julai 2008.”

Ha…. berita baru yang cikwiduri petik daripada Metro Ahad, 27 Julai 2008.

‘Guru sekolah’ rendah tersebut mempunyai naluri dan jiwa seorang wanita, hinggakan menyertai pertandingan ratu cantik mak nyah.

Ape ke namanye nie!!!

Bagaimana agaknya anak-anak kita kalau cikgu lembut tue mengajar ‘bab’ lain. Parah la dunia pendidikan kalau dunia dah jadi macam tue. Semoga anak-anak kita tak tersongsang sehingga merubah naluri dan perwatakan menjadi sebaliknya.

“…itu dilakukan kira-kira jam 9 malam ketika semua mak nyah terbabit bersedia memperagakan pakaian kebaya dan gaun malam yang seksi.

Pakaian itu antara empat pakaian wajib bagi setiap peserta, manakala dua lagi pakaian yang perlu diperagakan adalah kasual dan pakaian mandi.

…didapati kira-kira 50 mak nyah bersiap sedia untuk menyertai pertandingan. Bagaimanapun, selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, ramai antara mereka lari dengan kenderaan masing-masing.

Ada kira-kira 300 orang di kawasan itu termasuk penonton, namun kita hanya berjaya menahan 16 mak nyah berusia 20 hingga 30-an yang mengambil bahagian dalam pertandingan ratu mak nyah. Mereka di bawa ke pejabat JAHEAIK untuk diambil keterangan.

Semua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 7, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 iaitu kesalahan membabitkan lelaki yang memakai pakaian wanita dan berlagak seperti wanita.”

20 thoughts on “Guru dicekup sertai ratu mak nyah

  1. aku pun xstuju tangkap cikgu 2 walhal dierr xpnah nk jd cm 2…..u all pikirkanlah cendiriiii??????tepuk dada tanyer selera….daaa

  2. Hello,
    I baru saja habis dokumentari tentang pekerja seks Mak Nyah yang beragama Islam.
    Ia akan ditayangkan bulan September di empat lokasi di Malaysia.

  3. betul tue oshkosh! ske sgt encik naughty_apple tue nyumpah org lain. takut termakan diri sendiri je sumpahan tue.

  4. satu pihak dah terang-terangan buat salah, pihak berkuasa bertindak sebab memang bidang kuasa (& mereka diamanahkan menjaga undang2 agama).. yg saya hairan, mengapa kamu menyokong membabi-buta malah menyalahkan mereka (pihak berkuasa)? tu yg amat tak setuju! sekarang ‘menyumpah’ anak orang lain gay/lesbian pulak… alahai… keles kepala hotak hang!

  5. naughty_apple : Nauzubillah. Semoga anak2 dan bakal suami yg mendapat didikan agama secukupnya tidak termasuk golongan ini mahupun golongan encik naughty_apple. Saya harap encik naughty_apple pun berubah la perangai tue.

  6. ala nok nanti anak kau akan jadi gay @ lesbian gak la. ntah2 laki kau pun makam luar ngan jantan gak. auw! keles!

  7. sokong oshkosh ! for me… kalau nak lindung org2 mcm nie… rasanya Malaysia akan jadi negara seks bebas. sebabnya mereka nie memang takde perasaan kat wanita. of koz nak dgn jantan gak. terbayang masa depan anak2 aku. rasa mcm nak kasi depa sekolah kat umah je!

Comments are closed.