12 barisan manusia menuju ke akhirat

Barisan pertama: Diiringi dari kubur dalam keadaan tidak bertangan dan berkaki.

  • Mereka orang2 yang menyakiti hati jiran sewaktu hidupnya. Mereka yang sombong dan tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia mahupun di akhirat. Firman Allah: “Aku akan memalingkan hati orang yang sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat2 Ku, itulah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka”.
  • Barisan ke-2: Diiringi dari kubur dalam bentuk babi hutan.

  • Firman Allah: “Mereka orang yang meringan2kan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yang memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yang mengabaikan maka sewaktu mati, mayatnya akan dihimpit oleh liang lahad sehingga berselisih tulang rusuk”. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka diletakkan semua dosanya di atas kepala dan kedua2 bahunya. Maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu”.
  • Barisan ke-3: Diiringi dari kubur dalam bentuk keldai, perutnya penuh ular dan kala jengking.

  • Mereka adalah orang yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalam orang yang berkemampuan. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
  • Barisan ke-4: Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut.

  • Mereka adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual-beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yang diperoleh datang dari sumber yang halal.
  • Barisan ke-5: Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai.

  • Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar. Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya dan tempat mereka juga adalah neraka.
  • Barisan ke-6: Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan.

  • Mereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu.
  • Barisan ke-7: Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah dan nanah dari mulut mereka.

  • Mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian kebenaran.
  • Barisan ke-8: Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik, kepala ke bawah dan kaki ke atas.

  • Mereka adalah orang yang melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada bersunyi-sunyian antara seorang lelaki dan wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka”.
  • Barisan ke-9: Diiringi dari kubur dengan wajah hitam dan bermata biru, dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

  • Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
  • Barisan ke-10: Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh berpenyakit sopak dan dipenuhi kusta.

  • Mereka ini adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
  • Barisan ke-11: Diiringi dari kubur dalam keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan, bibir terjuih hingga ke dada dan lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yang menjijikkan.

  • Mereka ini adalah orang yang minum arak sewaktu hidupnya.
  • Barisan ke-12: Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar-sinar seperti bulan purnama.

  • Mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan “Mereka semasa hidupnya adalah orang yang beramal soleh dan melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat 5 waktu dan meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah SWT”.
  • Wallahualam.

    4 thoughts on “12 barisan manusia menuju ke akhirat

    1. Salam cik widuri..
      Sy nk mtk permission nk copy artikel ini and paste kat blog sy.. bleh tak?

    2. Insaf rasanya bila membaca keadaan mereka yang dibangkitkan di akhirat sesuai apa yang dikerjakan ketika di dunia. Oleh itu marilah kita pertingkatkan amalan dan jauhi larangan Allah.

    Comments are closed.