Mengapa WANITA sangat istimewa?

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata, “I letih la…dah lewat ni, I nak tido lah”.
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti. dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink. rendam lepas makan tadi…basuh la kejap. susun pinggan kat rak, lap dapur…terpercik kena sambal masa masak tadi. check air panas dalam flusk…takut habis pulak. malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air. sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong…salin la gula. check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok nasib baik ade lagi. ishh…ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap. pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh. penat dah ni, besok je la basuh…sidai kain lap je lah. air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle.

Baru teringat, tak semayang lagi. on da way nak ke bilik, papa tengok tv lagi. nampak pulak beg anak untuk antar ke taska. check…baju 2 pasang, towel…towel kecik untuk selsema, calamine lotion untuk sapu ruam, pampers 4 keping…alamak…terlupa pulak masukkan botol. basuh botol jap…ok settle.

Ternampak pulak beg untuk gie keje. emm…besok nak pakai beg polo coklatlah, asik2 pakai beg hitam ni je. salin jap barang2 ke beg coklat. cek sume 6 poket beg, takut la tertinggal apa2. leceh pulak. selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti. hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli beg baru nie. rasenya 25hb ni Sogo sale nih. mana flyers tadi ek. ha…ni die..ok. catit jap kat yellow sticker, nanti lupa…ok settle.

Tetiba dengar suara Papa “You buat apa lagi tu…tadi kata nak tido”. Mama “Yelah nak tido la ni…nak semayang jap”.

Masuk toilet. buat apa2 yang patut. cuci muka dulu…2 jenis lak tu. adoi…gosok gigi…semayang…pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni. nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak. huhuhuhu..

Buka almari. emmm…pakai baju hijau ni lah besok. gosok kejap. check baju Papa, baju Papa pun kena gosok jugak ni. la, napa komputer ni tak tutup ni. gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah. ishhh…gie dapur, basuh, sambung gosok baju. gantung elok2. kemaskan baju gantung2. masukkan seluar Papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok settle.

Dengar suara Papa lagi “I dah ngantuk ni”. dalam pada nak masuk ke bilik…owh…pokok aku dah nak mati ni ha. lupa dah 3 hari tak siram. ok, siram jap. check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup…ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku. bukak lampu luar.

Ni mainan ni sepah2. masukkan la dalam bakul mainan budak ni. banyaknya…sampai bawah meja makan pun ade. adoi….ok dah.

Ok dah boleh baring. adoi sakitnya pinggang. cium si comel ni kejap…selimutkan die. la…napa basah ni. emm…tukar la pampers ni. tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la. nanti gie Sogo 25hb ni beli la skali. ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tengah malam ni eh. tido sampai pagi k. gud nite. sweet dreams.

Aaahh…sedapnya dapat baring. mana pulak lotion sapu kurus aku nih. ha, ni dia. sambil sapu lotion kurus…setkan alarm. setkan program kerja besok…pagi kul 9.30 ade meeting. ahh…boring. panas pulak lotion nih. dah la. emm…sedapnya lelapkan mata. Ya Allah…terima kasih untuk rezeki-Mu hari ini. mohon keberkatan dari-Mu Tuhan. Papa pun bangun tutup tv “I dah ngantuk sangat ni. nak tido lah. citer pun tak best malam ni, bola pun takde”. selang seminit…dengar suara Papa berkeruh. dah agak dah.

So? Apa yang peliknya..???..

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?… SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT. tu yang tak boleh nak mati cepat tu.

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat. pasti anda disayangi kerana memahami mereka. well, women understand women better. Sesuai juga untuk lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan2 dengan lebih baik lagi.

Tak kira la wanita berkerjaya atau suri rumah, setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri.

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini, hormati dan hargailah mereka untuk keperibadian dan kebolehan mereka yang berdikari.

cikwiduri: tapi tak semua wanita mcm ni. naknya zaman sekarang. semua harapkan maid! pastu kalo tak puas hati…salahkan maid. hehehehe…

3 thoughts on “Mengapa WANITA sangat istimewa?

  1. that’s why i love my wife….šŸ™‚ she’s a superwoman… hehehehe…

Comments are closed.