Menguap? Jangan ambil mudah!

Menguap… Semua orang menguap termasuk juga saya. Tetapi kadang kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap.

Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut. Ini rasanya kebanyakan orang tahu. Alhamdullilah…kan manis gitu.

Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses tersebut. Bunyinya pula pelbagai…huargh, huh, haaah, dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini.

Mengikut penjelasan seorang ustaz yang saya temui baru2 ini, setelah saya ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yang agak kuat, syaitan sangat menyukai bunyi menguap, bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan. Astagafirullah. Begitu rupanya. Lalainya saya.

Jadi pesan ustaz tersebut, bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyian tetapi ucapkanlah istighfar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan dan menghiburkan syaitan.

Sukakah kita bila syaitan seronok? Sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar, setidak2nya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada Allah SWT dan menjauhkan fitnah syaitan.

– Hamba Allah –

One thought on “Menguap? Jangan ambil mudah!

Comments are closed.