Surat untuk emak (Part 1)

Assalammualaikum…

Ke hadapan bonda Sadiah yang amat dicintai. Diharapkan emak sihat sentiasa di kampung bersama ‘Sally’ dan tanaman mak yang sentiasa berbunga tue.

Pagi tadi Ami sempat ke pasar kat rumah nie, beli ayam. Ingat nak buat masak lemak cili api + sayur ape ntah namanya. Lama tak rasa. Asyik lunch kat kedai je (nak wat cemana…dah time keja). Sampai umah terlupa lak santan. Ya Rabbi…awat lupa nie! Arghhhh…kemas la umah dulu baru cari santan.

Sebelum ngemas, Ami kurang anak 2 ekor tue. Tak bole buat keja karang. Kita duk menyapu, si besar dengan si kecik duk main kejar2. Kang naik lak darah nie, lagi haru.

Pas ngemas, tros kuar ke pasar balik. Sib baik kedai kelapa tue ade lagi. Ami beli kelapa parut. Pastu bawa kereta sampai Jalan Ipoh semata-mata nak cari Ambank. Ape la owner umah aku nie. Kan senang kalu dia bagi akaun Maybank. Tak payah aku nak melilau macam nie. Hah jumpa dah! Bayar sewa sat… then drive balik umah.

Nak masak nie kena la ingat2 balik. Slalunya Ami masak simple je mak. Kalau mak ade kat sini, tentu mak nak buat semua. Teringat masakan mak. Blend kelapa, perah santan pastu blend lak kunyit dengan cili api. Panaskan periuk, tumis kunyit blend tadi. Sempat lak Ami tinjau anak2 kat depan. Masukkan ayam sampai keluar minyak baru Ami masukkan santan. Pastu pepandai la…

Dah habis masak tadi, Ami duk repair PC nie. Ya Rabbi…anak pokok cili yang mak kasi hari tue dah kena makan dengan anak. Pergh…hangin je hati nie. Sekor2 Ami piat telinga sambil Ami tunjuk apa salah diorg. Dah la pokok cili lagi satu tue mati kena gigit, ini pun anak2 gigit jugak. Geram! Geram!

Hari nie Ami tak keja. Settle sikit keja2 kat umah nie. 3 balang ikan tue pun dah berganti. Ami malas nak hantar kat kg. Nanti mak marah. Hehehe… Esok Ami nak bawa 1 balang tue ke opis. Kasi meriah atas meja tue dengan flora dan fauna. Ngeee…

Sebenarnya, Ami rindu sangat kat mak. Ikutkan hati, nak je drive sekarang jugak balik kg tapi Ami keja esok. Letih woo.. tapi puas bila dapat tengok muka mak, tengok rumah kg, tengok semuanya lah.

Nanti hari pertama puasa, Ami nak balik kg. Kita sambut puasa sama2 ye mak. Bole Ami bawa mak ke masjid untuk terawih nanti.

K la mak. Esok2 Ami tulis lagi. Tengah iron baju keja nie. Asyik menaip mata pun dah kuyu. Ami nak bangun awal Subuh sok. Nak masak nasi buat bekal gie keja.

Peluk cium untuk mak… Ami sayang sangat kat mak.

Assalammualaikum.

4 thoughts on “Surat untuk emak (Part 1)

Comments are closed.