Awas kepada siswa dan siswi

Baru-baru ini saya membuka link rakan blog si kulatlapok dan perkara terbaru yang perlu diberi perhatian mengenai segelintir siswa kristian (yang pastinya bukan siswa Islam) cuba menghuraikan tentang kewujudan Tuhan dan perkaitannya dengan alam semesta.

Saya ingin mengingatkan terutama sekali penuntut IPT, siswa dan siswi agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah mempersoalkan “konsep ketuhanan”.

Pernah dengar “gila isim” ? Orang yang terlalu mengkaji tentang kewujudan Tuhan ini sehingga hilang akal warasnya dan boleh jadi gila disebut sebagai gila isim.

Kita sebagai orang Islam yang tahu agama, tidak termampu menghuraikan zat-zat Allah yang tersembunyi disetiap namanya (40 nama-nama Allah) juga yang terkandung dalam al-Quran apatah lagi jika hendak dihuraikan secara terperinci melalui kewujudan alam semesta.

Jangan la kita mudah terpedaya dengan dakwah kumpulan yang menggelarkan diri mereka rakansiswa ini kerana sebagai orang Islam, bertunjangkan al-Quran bersandarkan hadith dan sunnah Rasulallah, kita patut tahu bagaimana untuk membezakan perkara-perkara yang boleh membawa kita ke arah syirik.

Semoga pelajar IPT terutama WANITA/adik-adik/kakak-kakak agar TIDAk mudah terpengaruh dengan kebatilan yang dibawa oleh rakansiswa.com itu. Kerana saya tahu, terlalu banyak kes murtad di kalangan pelajar IPT. Doa saya, semoga muslimin dan muslimat sentiasa dilindungi Allah Taala. Amin.

3 thoughts on “Awas kepada siswa dan siswi

  1. ala werk.. kan masa kita bincang tentang ‘gila isim’ nie skopnya meluas
    ayat bunga2? kah…kah…kah…kah… apo la ko nie!

  2. aku dengar perkataan gila isim ni masa kita belajar sastera time form 5 dolu2.. hehe
    berbunge2 ayat fenin haku

  3. boikot rakansiswa
    mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam 1988 perkara 4 (1) iaitu seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang berugama Islam.

    Perkara 4 (2) menyatakan penjara boleh dikenakan tidak melebihi 1 tahun dan ddenda tidak melebihi 10K.

    ianya boleh dibawa ke kes mahkhamah civil dan boleh mengarahkan polis untuk menangkapnya.

Comments are closed.